Contact Information

Theodore Lowe, Ap #867-859
Sit Rd, Azusa New York

We Are Available 24/ 7. Call Now.

Tafsir: Surah Aali ‘Imran [3] ayat 46

3|46| وَيُكَلِّمُ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ وَكَهْلًا وَمِنَ الصَّالِحِينَ

3|46| “Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang yang soleh.”

Kelahiran ’Isa Putera Maryam adalah pesan dari langit kepada semua manusia di bumi ini dan ’Isa Putera Maryam tergolong soleh. ’Isa Putera Maryam tidak pernah membunuh orang, satupun tidak pernah.

Beliau penuh dengan kasih yang tulus dan murni kepada semua orang tanpa pandang bulu.

Beliau sangat miskin sekali sampai-sampai ketika masih di dunia ini, beliau sungguh tidak tahu-menahu tidur di mana bila malam tiba.

Beliau bergantung kepada Allah  سبحانه وتعالى  dan beliau haqul yaqin bahwa pasti Allah  سبحانه وتعالى  pasti akan menyediakan segala apa yang dibutuhkan dalam hidup ini.

’Isa Putera Maryam adalah bujang yang sama sekali tidak pernah menikah dan sama sekali tidak pernah kawin dengan perempuan satupun di dunia ini.

Dalam hidup beliau, beliau berjihad menentang segala macam bentuk kemunafikan, menentang segala macam bentuk kekhufuran dan kemungkaran. Tidak peduli ahli ibadah atau ulama, kalau munafik, ’Isa Putera Maryam selalu menentang habis-habisan.

’Isa Putera Maryam setiap hari tidak pernah lupa mendirikan sholat bersembahyang bersujud kepada Allah  سبحانه وتعالى.

Dalam hal puasa, beliau pernah berpuasa 40 hari 40 malam tidak makan tidak minum sama sekali.

Lewat ’Isa Putera Maryam, Allah  سبحانه وتعالى  nak menunjukkan kemurnian akhlak yang harus dijadikan contoh atau diteladani oleh Muslim yang diberi hidayah oleh Allah haqiqah yang ma’rifat yang ikhlas kepada Allah dan yang memeluk kehaqiqiyan ilahi agar umat Islam yang haqiqah yang ma’rifat tahu dengan arif macam mana seharusnya menjalani hidup di dunia ini.

‘Isa bin Maryam ketika sedang berpuasa 40 hari 40 malam pernah digoda oleh Syaitan untuk memerintahkan batu-batu menjadi roti untuk dimakannya. Tapi ‘Isa bin Maryam menolak untuk makan dan terus memilih untuk berpuasa. Kepada Syaitan, ‘Isa bin Maryam menyebutkan Firman Allah yang termaktub di dalam Kitab Allah Injil Matius 4:4

“يَقُولُ الْكِتَابُ: لاَ بِالْخُبْزِ وَحْدَهُ يَحْيَا الإِنْسَانُ، بَلْ بِكُلِّ كَلِمَةٍ تَخْرُجُ مِنْ فَمِ اللهِ.”

yang bermaksud,

Telah tersurat: “Manusia hidup bukan dengan roti saja tetapi dengan setiap firman Allah.”

Kalau seandainya Yang Mulia Nabi ’Isa pernah bersikap dan bersifat kurang ajar walau hanya setitik sahaja, Beliau pasti akan menyatakan berhenti sebagai Kalimat Allah dan Roh Allah.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


Share:

administrator