Petikan dari Kitab Injil: Matius 16:13-20.
13Isa pergi ke daerah berhampiran kota Kaisarea Filipi. Dia bertanya kepada para pengikut-Nya, ‘Menurut kata orang, siapakah Putera Insan ini?’
14Mereka menjawab, ‘Ada yang berkata Yahya Pengimad; ada yang berkata Ilyas; ada pula yang berkata Yeremia atau nabi lain.’
15Isa bertanya, ‘Menurut kamu, siapakah Aku ini?’ 16Simon Petrus menjawab, ‘Junjungan, Engkau ialah al-Masih, Putera Allah Yang Hidup.’
17Isa berkata, ‘Berbahagialah engkau, Simon anak Yunus! Yang memberitahumu bukannya manusia tetapi Bapa-Ku di syurga. 18Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu inilah akan Kubina jemaah-Ku. Maut pun tidak dapat merobohkannya. 19Aku akan memberikan kunci kerajaan syurga kepadamu. Apa yang kauikat di dunia akan diikat juga di syurga. Apa yang kauuraikan di dunia akan diuraikan juga di syurga.’ 20Selepas itu Isa berpesan kepada para pengikut-Nya supaya jangan memberitahu sesiapa bahawa Dia al-Masih.
Cerita yang sebelum ini | Senarai Cerita Nabi | Cerita yang selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…