Perintah untuk memberitakan Injil

Petikan dari Kitab Injil: Matius 28:16-20.

16Kemudian, pengikut Isa yang sebelas itu pergi ke Galilea, ke gunung yang telah ditetapkan oleh-Nya. 17Di sana mereka melihat-Nya lalu menyembah-Nya. Namun demikian, ada antara mereka yang ragu. 18Isa berkata kepada mereka, ‘Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi. 19Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa pengikut-Ku. Imadkan mereka dengan nama Bapa, Putera dan Roh Suci. 20Ajar mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman.’

Cerita yang sebelum ini Senarai Cerita Nabi Cerita yang selepas ini