Categories: Article

Rabi’ah Adawiyah: Bakar Syurga! Padamkan Api Neraka!

Kitab-kitabullah Taurat, Zabur dan Injil dan Qur’an adalah kitab-kitab yang turun di padang pasir Timur Tengah. Kitab-kitabullah Taurat, Zabur dan Injil ditulis dalam Bahasa Ibrani Suryani dan Bahasa Yunani, bahasa lingua franca, bahasa antar-bangsa di Timur Tengah pada zaman dahulu kala kerana Timur Tengah pada zaman dahulu adalah jajahan bangsa kafir Romawi. Kitab al-Qur’an ditulis dalam bahasa Arab.

Bahasa Ibrani Suryani dan Bahasa Arab adalah bahasa serumpun. Kitab-kitab Timur Tengah tersebut bercerita tentang Jannah or Jannatullah,

‘Taman’, ‘Firdaus’ atau ‘Taman daripada Allah’.

Kitab al-Qur’an pun juga bercerita tentang

‘Taman’, ‘Firdaus’ atau ‘Taman daripada Allah’.

Dalam Kitab Taurat dan Zabur dan Injil yang berbahasa Suryani Ibrani, disebut

  /Gan/

ertinya Jannah, atau Taman.

Dalam Bahasa Yunani Kitab Injil disebut

/paradeiso/.

Bahasa Arab meminjam dari Bahasa Yunani. Bahasa Arab menyebutnya

 firdaus makna ‘taman’.

Allah al-Khalik menciptakan Adam dan Siti Hawa, manusia pertama, dan menempatkan Adam dan Siti Hawa di sebuah taman. Taman dalam bahasa Timur Tengah adalah Jannah. Silaturahmi yang bersifat berserah diri bulat-bulat tunduk dan patuh antara al-Khalik dan makhluk-Nya adalah keadaan yang indah dan damai bagaikan berada di taman. Jangan mati sebelum dalam keadaan silaturahmi yang bersifat berserah diri bulat-bulat tunduk dan patuh antara al-Khalik dan makhluk-Nya. Di dalam keadaan silaturahmi yang bersifat berserah diri bulat-bulat tunduk dan patuh antara al-Khalik dan makhluk-Nya itulah sesungguhnya adalah keadaan yang indah dan damai bagaikan berada di taman.

Disebutkan di QS.Al-Baqarah [2]:131-133 …

إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ ۖ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ (١٣١) وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ (١٣٢) أَمْ كُنتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِن بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَـٰهَكَ وَإِلَـٰهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَـٰهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ (١٣٣)

Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Tunduk patuhlah!” Ibrahim menjawab: “Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam”. (131) Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. (Ibrahim berkata): “Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih keadaan ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam”. (132) Adakah kamu hadir ketika Ya’qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apa yang kamu sembah sepeninggalku?” Mereka menjawab: “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya”. (133)

Silaturahmi yang bersifat berserah diri bulat-bulat tunduk dan patuh antara al-Khalik dan makhluk-Nya yang indah bagaikan berada di taman itu tidak lain adalah keadaan menyembah Tuhan yang disembah Ya’qub dan nenek moyang Ibrahim yang adalah nenek moyang manusia beriman. Itulah keadaan yang sungguh-sungguh indah dan damai bagaikan berada di taman.

Itulah keadaan tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam. Itulah keadaan yang sungguh-sungguh indah dan damai bagaikan berada di taman. Berserah diri bulat-bulat tunduk dan patuh antara al-Khalik dan makhluk-Nya di Taman Allah itulah satu-satunya yang indah dan damai.

Tapi sayang, kerana fitnah al-Masih Dajjal yang bermata satu, manusia menjadi terpesong berpandangan: semakin banyak wang dan harta pasti akan dianggap penting dan berpengaruh di masyarakat moden. Di kampung-kampung sama juga, semakin banyak memiliki kesaktian-kesaktian alam ghaib pasti dianggap penting dan berpengaruh di masyarakat kampung.

Namun, sebagai putera-puteri keturunan Ibrahim, kita kena tinggalkan itu semua, dan lebih mencari apa yang dianggap penting oleh Ibrahim nenek moyang kita. Yang dipentingkan oleh Ibrahim itulah yang dipentingkan Nabi Muhammad terbukti di Shalawat Ibrahimiyah yang ada di dalam solat kita selaku orang-orang yang berserah diri bulat-bulat kepada Pengasih dan Penyayang yang Rindunya terasa di dalam al-Masih Isa, bukan di dalam al-masih Dajjal yang bermata satu.

Nabi Muhammad menyatakan:

Abu Huraira r.a. mengkisahkan: Rasulullah s.a.w. pernah berkata, “Daripada semua manusia, akulah yang paling dekat Isa putera Maryam di kehidupan di bumi ini dan juga di kehidupan di akhirat.” Mereka bertanya, “Ya Rasulullah! Bagaimana itu boleh berlaku?” Bersabda Rasulullah, “Semua nabi adalah saudara dalam iman. Ibu mereka berlainan, namun semua berserah diri kepada Yang Satu. Dan lagi, tidak ada nabi di antara Isa dan aku.”

Abu Huraira r.a. mengkisahkan: Rasulullah s.a.w. pernah berkata, “Semua manusia bani Adam yang lahir, semuanya disentuh oleh Syaitan. Karena itulah, setiap bayi yang baru lahir pasti menangis kerana disentuh Syaitan, kecuali Maryam dan puteranya tidak disentuh Syaitan.”

Kemudian Abu Huraira berkata, “Bacalah, ‘Aku berlindung pada-Mu, ya Allah, lindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya, daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).’ ”

QS.Aali Imran [3]:36. Ini adalah tentang Maryam dan puteranya.

Semoga yang dirindukan Ibrahim juga yang dirindukan setiap insan di keluarga kita kerana kita adalah keturunan Ibrahim yang merindukan Jalan Pintas terdekat yang telah ditetapkan oleh Yang Rindu kepada kita. Jalan pintas terdekat itu adalah al-Masih Isa yang bermata dua seperti layaknya keturunan Ibrahim, bukan al-masih Dajjal yang bermata satu.

Di dalam solat sebelum salam, Rasulullah memohon:

Alloohumma innii a’uuzu bika min ‘azaabi jahanam, wa min ‘azaabil qobri, wa min fitnatil mahyaa wal mamaati, wa min fitnah al masiih ad dajjaal

Ya Tuhan, aku berlindung pada Mu dari jahanam, dan dari siksa kubur dan dari fitnah di bumi dan fitnah ketika mati dan dari kejinya fitnah yang dikirim oleh al-masih Dajjal.

Disebutkan di Surah Ali Imran ayat 19 bahawa sesungguhnya keadaan berserah diri bulat-bulat, tunduk patuh itulah satu-satunya yang diredhai, sampai-sampai tidak ada yang berselisih, kecuali orang-orang pintar yang sombong. Itulah keadaan yang indah dan damai bagaikan berada di taman atau dalam Bahasa Suryani Ibrani adalah Jannah atau dalam Bahasa Yunani dan Arab adalah

/paradeiso/

firdaus makna ‘taman’.

QS.Al-Baqarah [2]:131-133 adalah suatu percakapan terakhir Nabi Ibrahim dengan Ishaq dan Ya’qub, keturunan-keturunan beliau. Itulah yang diajarkan secara terus-menerus dan sungguh-sungguh oleh Islam, ugama kita. Wasiat tentang keadaan berserah diri bulat-bulat yang terus-menerus turun temurun diteladankan dan diwariskan mulai dari Ibrahim a.s. kepada Ishaq a.s. Wasiat yang sama itu disampaikan juga kepada cucu Ibrahim, Yaqub a.s. juga kepada keturunan selanjutnya sampai kapan sahaja. Wasiat hakiki yang mengandung kebenaran. Wasiat sepanjang masa bagi setiap orang tua yang mengharapkan kebaikan bagi keturunannya. Yakni pesan agar terus berada dalam keadaan berserah diri bulat-bulat, menjadikan hidup penuh makna dan memperjelas tujuan hidup bagi manusia, yakni menyembah Allah SWT semata.

Silaturahmi yang bersifat berserah diri bulat-bulat tunduk dan patuh antara al-Khalik dan makhluk-Nya itulah yang diseru dan diteladankan dan diwariskan oleh semua nabi. Itulah ugama semua nabi. Carilah ilmu yang diteladankan dan diwariskan oleh semua nabi itu dengan cara mengkaji al-Qur’an beserta maknanya dan mengkaji hadis-hadis sahih dan dengan berani melakukan nasihat-nasihat al-Qur’an dan hadis-hadis sahih. Jangan pernah merasa pelik. Al-masih Dajjal lah yang menyebabkan pelik. Al-Masih Isa daripada Allah SWT untuk membunuh sumber kepelikan itu, yakni, al-masih Dajjal.

Tapi sayang, sekarang ini hampir semua orang mencari syurga dan ingin masuk syurga. Padahal syurga itu adalah konsep bahasa Sanskrit, swargaloka yang ertinya suatu tempat bagi raja-raja untuk menghilangkan rasa penat dan tegang dengan cara mengumbar nafsu menikmati perempuan-perempuan cantik dan sexy gundik-candik raja-raja tersebut. Syurga adalah tempat mengumbar nafsu menikmati yang seronok-seronok, bukan tempat silaturahmi yang bersifat berserah diri bulat-bulat tunduk dan patuh antara al-Khalik dan makhluk-Nya di dalam al-Masih Isa-Nya yang membunuh al-masih Dajjal sumber segala fitnah yang keji. Berbeza dengan jannah, syurga adalah tempat mengumbar hawa nafsu.

Itulah mengapa ada seorang ahli tasawuf pada zaman dahulu yang bernama Rabi’ah Adawiyah membakar Syurga agar supaya orang berserah diri bulat-bulat tunduk dan patuh bukan kerana nak masuk Syurga agar boleh mengumbar hawa nafsu menikmati yang seronok-seronok sahaja. Itulah mengapa Rabi’ah Adawiyah memadamkan Api Neraka agar supaya orang berserah diri bulat-bulat tunduk dan patuh bukan kerana takut tidak memperoleh yang seronok-seronok sesuai hawa nafsu mereka. Mereka takut Api Neraka kerana mereka takut tidak boleh lagi mengumbar hawa nafsu mereka untuk menikmati yang seronok-seronok sahaja menurut hawa nafsu mereka.

Sesungguhnya keadaan yang indah dan damai itu hanya ada di Taman atau Jannah Firdaus tempat silaturahmi yang bersifat berserah diri bulat-bulat tunduk dan patuh antara al-Khalik dan makhluk-Nya di dalam al-Masih Isa-Nya yang membunuh al-masih Dajjal sumber segala fitnah yang keji. Itulah Jannah! Bukan Syurga. Kitab-kitabullah Taurat, Zabur dan Injil dan al-Qur’an dengan segala ibarat-ibarat dan kiasan-kiasannya sebenarnya berbicara tentang

 ’Jannati ‘Adnin’

Taman Adnin atau Taman Eden atau Taman Firdaus.

Termaktub di …

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini.


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago