Siapakah Waraqa Bin Nawfal dalam Salasilah dan Riwayat Nabi Muhammad s.a.w? (Bhg.8/13)

Waraqa disebutkan di dalam Hadis Bukhari sebagai seorang yang ber-alam pikiran nashara. Waraqa adalah paman Siti Khatijah istri Muhammad. Secara genetika, Waraqa, Khatijah dan Muhammad masih saudara, ertinya mereka masih ada pertalian darah. Waraqa menterjemahkan Injil Ibrani dengan memakai mushaf huruf Hijaiyah ke dalam bahasa yang difahami oleh berbagai macam orang dari mana-mana daerah di Mekah ketika itu.

Di bawah ini Hadis Bukhari yang menyebutkan Waraqa memiliki peran sangat penting dalam kehidupan Muhammad sebagai penyambung silaturahim insan-insan yang takdzim dan tawadu’ kepada Sayidina ‘Isa.

Ertinya:

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair berkata, “Telah menceritakan kepada kami dari Al-Laits dari ‘Uqail dari Ibnu Syihab dari ‘Urwah bin Az-Zubair dari Aisyah -Ibu Kaum Mu’minin- bahwasanya dia berkata: “Permulaan wahyu yang datang kepada Rasulullah s.a.w. adalah dengan mimpi yang benar dalam tidur. Dan tidaklah Beliau bermimpi kecuali datang seperti cahaya subuh. Kemudian Beliau dianugerahi kecintaan untuk menyendiri, lalu Beliau memilih Gua Hira dan bertahannuts disana yaitu ‘ibadah di malam hari dalam beberapa waktu lamanya sebelum kemudian kembali kepada keluarganya guna mempersiapkan bekal untuk bertahannuts kembali.

Kemudian Beliau menemui Khadijah mempersiapkan bekal. Sampai akhirnya datang Al-Haq saat Beliau di Gua Hira, Malaikat datang seraya berkata, “Bacalah!”

Beliau menjawab, “Aku tidak boleh baca.” Nabi s.a.w. menjelaskan.

Maka Malaikat itu memegangku dan memelukku sangat kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi,“Bacalah!”

Beliau menjawab, “Aku tidak boleh baca.”

Maka malaikat itu memegangku dan memelukku sangat kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi, “Bacalah!”

Beliau menjawab, “Aku tidak boleh baca.”

Malaikat itu memegangku kembali dan memelukku untuk ketiga kalinya dengan sangat kuat lalu melepaskanku, dan berkata lagi,

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah.”

Nabi s.a.w. kembali kepada keluarganya dengan membawa kalimat wahyu tadi dalam keadaan gelisah. Beliau menemui Khadijah binti Khawailidh seraya berkata, “Selimuti aku, selimuti aku!”

Beliau pun diselimuti hingga hilang ketakutannya. Lalu Beliau menceritakan peristiwa yang terjadi kepada Khadijah, “Aku mengkhawatirkan diriku.”

Maka Khadijah berkata, “Demi Allah, Allah tidak akan mencelakamu selamanya, kerana engkau adalah orang yang menyambung silaturrahim!”

Khadijah kemudian mengajak Beliau untuk bertemu dengan Waraqa bin Naufal bin Asad bin Abdul ‘Uzza, putra paman Khadijah, yang beralam pikiran nashara di Zaman Jahiliyyah, Waraqa juga menulis Kitab dalam bahasa Ibrani, juga menterjemahkan Kitab Injil dalam Bahasa Ibrani dengan izin Allah. Saat itu Waraqa sudah tua dan matanya buta.

Khadijah berkata, “Wahai putra pamanku, dengarkanlah apa yang akan disampaikan oleh putra saudaramu ini.”

Waraqa berkata, “Ini adalah NOMOS, seperti yang pernah Allah turunkan kepada Musa. Oh sayang sekali, seandainya aku masih muda dan aku masih hidup waktukamu diusir oleh kaummu.”

Rasulullah s.a.w. bertanya, “Apakah aku akan diusir mereka?”

Waraqa menjawab, “Iya. Kerana tidak ada satu orang pun yang datang dengan membawa seperti apa yang kamu bawa ini kecuali akan disakiti (dimusuhi). Seandainya aku ada waktu kejadian itu, pasti aku akan menolongmu dengan sekemampuanku.”

Waraqa tidak mengalami peristiwa yang diyakini tersebut kerana lebih dahulu meninggal dunia pada masa fatrah (kekosongan) wahyu.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini