Sirat al-Mustaqim (Bhg.1/3)

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus!

Itulah harapan setiap insan manusia.

Dalam solat dan doa, kita selalu mengutarakan itu kepada Tuhan Allah Sang Khaliq dengan mengucap Al Fatihah.

Apakah makna jalan yang lurus?

Secara umum, jalan itu juga disebut di QS Al Baqarah [2]:108 sebagai sawā’assabīli, yakni bukan patung sapi yang terbuat dari emas. BUKAN!

Jalan lurus itu jelas bukan emas dan bukan uang dan bukan harta dunia. Kalau kita lebih mengutamakan mencari uang dan mencari harta dunia, kita sedang tidak berada pada jalan yang lurus!

Kalau kita selalu ingin hidup yang seronok sahaja dan selalu suka makan-makan yang sedap dan selalu suka berpesta pora dan suka memikirkan diri sendiri sahaja dan tidak memperdulikan orang lain, kita tidak sedang berada di jalan yang lurus. Di jalan yang lurus, kita harus bertaqwa.

Disebutkan di QS Al An’ām [6]:153, hażā ṣirāṭī mustaqīman. Itulah jalan yang lurus. Jelas, jalan yang lurus itu bukan jalan yang dibuat oleh manusia.

Disebutkan di QS Al An’ām [6]:126 sebagai hażā ṣirāṭu rabbika mustaqīman. Itulah jalan Tuhanmu yang lurus.

Orang-orang yang sungguh-sungguh nak berada di jalan lurus Tuhan Allah tersebut selalu adalah orang-orang yang suka mengambil pelajaran pada ayat-ayat atau tanda-tanda yang sudah dijelaskan Tuhan Allah di dalam Kitab-kitab Allah Taurat, Zabur, Injil dan Qur’an. Pada kitab-kitab Allah tersebut kita wajib menjadi ahli zikir, ertinya, kita harus mengingat dan merenungkannya dan mengamalkan selama kita di hidup didunia ini.

Orang-orang yang berada di jalan yang lurus akan diserang habis-habisan oleh Syaitan. Berbahagialah orang-orang yang berada di jalan yang lurus.

Disebutkan di Kitab Allah Injil Surah Matta bab 5, ayat 3-11, Sayidina Nabi Isa alaihisalam berkata …

“Diberkatilah mereka yang terasa kelemahan rohani, kerana kerajaan syurga untuk mereka.

Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur.

Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini.

Diberkatilah mereka yang dahagakan kebenaran, kerana mereka akan dipuaskan.

Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga.

Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah.

Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah.

Diberkatilah mereka yang dianiaya kerana menegakkan kebenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka.

Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu kerana mengikut-Ku. Bersukacita dan bergembiralah, kerana ganjaran besar telah disediakan untukmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya.”

Itulah tanda-tanda berada di jalan yang lurus. Hanya orang-orang yang di jalan yang lurus lah yang membutuhkan nikmat Allah. Orang-orang yang hidup dalam pesta pora dan kenyamanan dan kegembiraan tidak membutuhkan nikmat Allah, kerana mereka pikir hidup mereka sudah penuh dengan kenikmatan.

Semoga kita tidak berada di jalan yang dimurkai dan tidak berada di jalan orang-orang yang sesat.

Tengok tapak web https://www.allahitukasih.com/kitab-kitab-suci/.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini