Sirat al-Mustaqim (Bhg.2/3)

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus!

Itulah harapan setiap insan manusia.

Dalam solat dan doa, kita selalu mengutarakan itu kepada Tuhan Allah Sang Khaliq dengan mengucap Al-Fatihah.

Apakah makna jalan yang lurus?

Ṣirāṭ al-Mustaqīm (Jalan yang lurus) disebut di …

Secara umum, disebut sebagai Ṣirāṭ atau Jalan Itu. Kadang disebut sebagai Ṣirāṭaka Mustaqīm, Jalan Lurus-Mu, Ya Allah!

Oleh Allah, Jalan Lurus itu disebut Ṣirāṭi Mustaqīm Jalan KU yang lurus! QS Al An’am [6]:153. Jelas jalan lurus itu bukan produk buatan manusia. Bukan produk buatan parti-parti dan golongan-golongan di bumi ini. Jalan Lurus itu murni buatan Allah.

Di Jalan yang lurus Ṣirāṭum Mustaqīm QS Ali ‘Imran [3]:51 ada kenyataan-kenyataan yang sangat jelas. Di Jalan Lurus yang murni buatan Allah tersebut terdapat kenyataan-kenyataan bahawa:

  • Allah menggembirakan manusia dengan Almasih Nya yang bernama Isa. QS Ali ‘Imran [3]:45
  • Sesungguhnya Isa adalah Kalimah daripada Allah. QS Ali ‘Imran [3]:45
  • Sesungguhnya Isa terkemuka di dunia dan di akhirat. QS Ali ‘Imran [3]:45
  • Sesungguhnya Isa dekat dengan Allah. QS Ali ‘Imran [3]:45
  • Sesungguhnya Isa sudah boleh berbicara dengan manusia ketika beliau baru sahaja lahir. QS Ali ‘Imran [3]:46
  • Sesungguhnya Isa adalah orang yang sangat soleh. QS Ali ‘Imran [3]:46
  • Sesungguhnya Isa bukan kerana air mani dan bukan kerana nafsu manusia. QS Ali ‘Imran [3]:47
  • Sesungguhnya Isa adalah KUN FA YA KUN kehendak Allah. QS Ali ‘Imran [3]:47
  • Sesungguhnya Allah adalah Guru daripada Isa mengenai Taurat, Zabur, Al Anbiya’ dan Injil. QS Ali ‘Imran [3]:48
  • Sesungguhnya Isa adalah tanda daripada Allah. QS Ali ‘Imran [3]:49
  • Isa mencipta burung dengan cara meniup tanah dengan izin Allah. QS Ali ‘Imran [3]:49
  • Isa menyembuhkan orang yang buta sejak lahirnya, dengan izin Allah. QS Ali ‘Imran [3]:49
  • Isa menghidupkan orang mati, dengan izin Allah. QS Ali ‘Imran [3]:49
  • Isa boleh beritahu kepada kita apa yang kita makan agar kita tak payah khuatir dan tak payah risau makan apa pada hari-hari kita di bumi ini. QS Ali ‘Imran [3]:49
  • Isa boleh tahu apa yang kita simpan di rumah kita. Isa boleh tahu apakah kita kedekut atau tidak. QS Ali ‘Imran [3]:49
  • Isa menyatakan bahawa Taurat yang datang sebelum Isa adalah benar. QS Ali ‘Imran [3]:49
  • Apa yang diharamkan untuk kita, Isa boleh menghalalkannya bagi kita. QS Ali ‘Imran [3]:50
  • Isa adalah tanda daripada Allah yang menandakan apakah kita tergolong orang beriman atau tidak. QS Ali ‘Imran [3] ayat 49 dan 50
  • Allah lah yang diutamakan Isa dan kita, oleh kerana itu bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepada Isa. QS Ali ‘Imran [3]:51

Hadza Ṣirāṭum Mustaqīm.

ITULAH JALAN YANG LURUS.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini