Categories: Article

Sirat al-Mustaqim (Bhg.3/3)

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus!

Itulah harapan setiap insan manusia.

Dalam solat dan doa, kita selalu mengutarakan itu kepada Tuhan Allah Sang Khaliq dengan mengucap Al Fatihah.

Apakah makna jalan yang lurus?

Ṣirāṭ-al Mustaqīm (Jalan yang lurus) disebut di …

Secara umum, disebut sebagai Ṣirāṭ atau Jalan Itu. Kadang disebut sebagai Ṣirāṭaka Mustaqīm, Jalan Lurus-Mu, Ya Allah!

Oleh Allah, Jalan Lurus itu disebut Ṣirāṭi Mustaqīm Jalan KU yang lurus! QS Al An’am [6]:153. Jelas jalan lurus itu bukan produk buatan manusia. Bukan produk buatan parti-parti dan golongan-golongan di bumi ini. Jalan Lurus itu murni buatan Allah.

Di Jalan yang lurus Ṣirāṭ-um Mustaqīm (QS Maryam [19]:36), ada kenyataan-kenyataan yang sangat jelas. Jalan Lurus itu dijelaskan dengan secara rinci di Qur’an Surah Maryam. Menurut Qur’an Surah Maryam, di Jalan Lurus yang murni buatan Allah tersebut terdapat kenyataan-kenyataan bahawa:

  • Isa bersifat suci. Bahkan sebelum lahirpun, Isa disebut bersifat suci. QS Maryam [19]:19
  • Isa ada bukan kerana nafsu manusia dan sungguh jauh dari nafsu manusia. QS Maryam [19]:20
  • Isa adalah hal yang mudah bagi Allah, namun tidak mudah bagi manusia. QS Maryam [19]:21
  • Isa adalah tanda bagi manusia dari Allah dan rahmat bagi manusia dari Allah dan hal itu adalah perkara yang sudah diputuskan oleh Allah. QS Maryam [19]:21
  • Penderitaan dan krisis di dalam kehidupan selalu menjadi penyebab keluarnya Isa. QS Maryam [19]:22-23
  • Kalau ada Isa pada alam pikiran kita, kita akan selalu jadi korban fitnah. Kita akan selalu difitnah Dajjal. QS Maryam [19]:22-23
  • Kalau ada Isa pada alam pikiran kita, LAA TAHZAN Jangan bersedih! Tuhan menjadikan anak sungai di bawahmu! QS Maryam [19]:24
  • Kalau ada Isa pada alam pikiran kita, bahkan pohon kurma pun akan menggugurkan buah kurma yang masak kepada kita. QS Maryam [19]:25
  • Kalau ada Isa pada alam pikiran kita, kita harus bernazar untuk berpuasa berbicara kerana pengalaman yang ghaib itu susah untuk dijelaskan dengan kata-kata kita. QS Maryam [19]:26
  • Kalau ada Isa pada alam pikiran kita, kita harus membawanya kepada kaum kita walau dengan melakukan itu, kita akan menjadi korban fitnah Dajjal. QS Maryam [19]:27
  • Kalau, kerana Isa, kita difitnah, ingat jangan cuba untuk menjawab dan membela diri, namun suruhlah pemfitnah itu untuk bertanya langsung kepada Isa, walaupun orang itu tidak tahu macam mana mereka boleh bertanya langsung kepada Isa. QS Maryam [19]:28
  • Kita percaya bahawa Isa secara ghaib, boleh berbicara menjelaskan dirinya walau beliau baru sahaja lahir (dan Isa akan berbicara menjelaskan dirinya sendiri). QS Maryam [19]:29-30
  • Allah menjadikan Isa diberkati di mana saja beliau berada. QS Maryam [19]:31
  • Isa mendirikan solat dan menunaikan zakat sejak bayi selama beliau hidup. Itulah perintah Allah kepada Isa sejak dia lahir. QS Maryam [19]:31
  • Kita boleh saja menerima zakat daripada Isa. QS Maryam [19]:31
  • Allah perintahkan Isa untuk sangat berbakti kepada ibunya dan untuk tidak menjadi sombong. QS Maryam [19]:32
  • Kita kena percaya bahawa bagaimanapun juga kesejahteraan dilimpahkan Allah kepada Isa pada hari Isa dilahirkan, dan pada hari Isa meninggal dunia dan pada hari Isa dibangkitkan hidup kembali. QS Maryam [19]:33
  • Kita kena percaya bahawa Isa itu bin Maryam, seorang dara yang hamil kerana kekuasaan Allah. QS Maryam [19]:34
  • Isa dan kebenaranya bukan untuk dibuat bantah-bantahan. QS Maryam [19]:34
  • Biarlah Isa sendiri yang menjelaskan dirinya sendiri kerana Isa adalah qaulal haq (Kebenaran). QS Maryam [19]:34
  • Akal manusia yang terbatas selalu meragukan Isa. QS Maryam [19]:34-35
  • Isa bukan hasil hubungan sex antara Allah dengan Maryam. Isa itu daripada Allah. QS Maryam [19]:34-35
  • Isa adalah KUN FAYA KUN. Apabila Allah telah menetapkan sesuatu, maka Allah hanya berkata, “Jadilah,” maka jadilah. QS Maryam [19]:35
  • Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang disembah dan diutamakan Isa dan kita pun seharusnya menyembah dan mengutamakan Allah Tuhan yang disembah dan diutamakan Isa. QS Maryam [19]:36

Hadza Ṣirāṭum Mustaqīm.

ITULAH JALAN YANG LURUS.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago