Sirat al-Mustaqim: Isa Petanda akan Datangnya Hari Kiamat (Bhg.2/2)

QS Az Zukhruf [43]:61

  • Isa adalah petanda akan datangnya hari kiamat.
  • Isa adalah satu-satunya utusan Allah yang menjadi petanda akan datangnya hari kiamat.

Kiamat ada dua macam — Kiamat Kubra atau Kiamat Besar dan Kiamat Sugra atau Kiamat Kecil.

Kiamat Kecil adalah hari kematian setiap kita.

Jadi, setiap orang yang sakaratul maut pasti melihat petanda datangnya hari Kiamat.

Di dalam kitab Injil, Isa lebih sering berbicara perihal maut daripada berbicara hidup di dunia. Isa lebih sering memperingatkan manusia untuk selalu berjaga-jaga kerana datangnya maut selalu tidak disangka-sangka.

Di dalam QS Al Anam [6]:152, disebutkan bahawa semoga kita terus-menerus di Jalan Lurus itu. Mengapa dikatakan semoga kerana hal-hal yang penuh dengan perjuangan setiap saat selalu menantang kita setiap saat seperti sebagai berikut:

  • Janganlah kita mengguna atau membelanja harta anak yatim.
  • Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil.
  • Jangan bebankan seseorang melainkan sekadar kesanggupannya.
  • Apabila kita berkata (memberi keterangan) hendaklah kita berlaku adil sekalipun mengenai kerabat kita.
  • Kita harus menunaikan janji Allah atau perintah-perintah Allah.

Itulah jalan yang lurus.

Jalan yang lurus itu menuntut kita untuk bertaqwa atau berjuang di Jalan Lurusnya Allah.

Janganlah kita mengikuti jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kita dari jalan-Nya. Oleh kerana itulah Allah memerintahkan kita untuk selalu bertaqwa.

Jalan Allah bukanlah jalan yang bercerai-berai.

Jalan Allah bukanlah parti-parti buatan manusia, bukan mazhab-mazhab buatan manusia, bukan tradisi-tradisi manusia, bukan tradisi Yahudi, bukan tradisi Yunani, bukan tradisi tidak berkhatan seperti tradisi orang-orang Kristian, juga bukan tradisi berkhatan seperti tradisi orang-orang Yahudi atau tradisi orang-orang Nashara atau tradisi orang-orang Islam. Bukan! Bukan itu Jalan Allah kerana Jalan Allah tidak bercerai berai.

Isa adalah Jalan Allah. Isa adalah Ṣirāṭ al-Mustaqīm.

Isa bersabda:

أَنَا هُوَ الطَّرِيقُ، أَنَا هُوَ الْحَقُّ، أَنَا هُوَ الْحَيَاةُ

Akulah jalan, kebenaran dan hidup.

28 تَعَالَوْا لِي يَا جَمِيعَ الْمُتْعَبِينَ وَالَّذِينَ أَحْمَالُهُمْ ثَقِيلَةٌ، وَأَنَا أُرِيحُكُمْ.

29 اِحْمِلُوا نِيرِي ، وَتَعَلَّمُوا مِنِّي لأَنِّي وَدِيعٌ وَمُتَوَاضِعُ الْقَلْبِ، فَتَجِدُوا رَاحَةً لِنُفُوسِكُمْ.

30 لأَنَّ نِيرِي سَهْلٌ وَحِمْلِي خَفِيفٌ.”

28‘Marilah ke sisi-Ku, wahai kamu yang lelah memikul beban berat; Aku akan membebaskanmu daripada bebanmu.

29Ikutlah perintah-Ku dan terima ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan sejahtera.

30Perintah yang Kuberi kepadamu mudah diturut, dan beban yang Kuberi mudah dipikul.’

Tengok tapak web https://allahitukasih.com/kitab-kitab-suci/.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini