Dalam Bahasa Suryani, bahasa di kampung halaman Nabi Isa, orang-orang di kampung halaman Nabi Isa di Suriah di Timur Tengah, Nama Allah dianggap sangat sangat suci dan manusia yang penuh dosa takut untuk memanggil langsung Yang Maha Suci kecuali dengan menyebut,
“Ha Syem” atau “Asma ul Husna.”
“Lait alaha ella de Syama,”
yang ertinya,
“Tidak ada ilah kecuali Asma ul Husna.”
Tidak ada bezanya ungkapan ini dengan shahadad pertama dalam diin Islam la ilaha ilallah. (Tidak ilah selain Allah).
Orang orang di kampung halaman Nabi Isa yang tabi’ dan takdzim kepada Nabi Isa seringkali menyebut Ar Rahman (Yang Maha Pemurah). Mereka merasa kotor dan merasa harus siwak dahulu mulut mereka sebelum menyeru Asma ul Husna.
Mereka biasa berseru Ar Rahman (Yang Maha Pemurah) kerana mereka merasa pantas dihukum dan memohon kemurahan Allah semata. Itulah kebiasaan para pengikut Nabi Isa, berseru Ar Rahman.
Disebutkan di QS Bani Isra’il atau Al Isra’ [17]:110 …
Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama “Allah” atau nama “Ar-Rahman,” yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia.” Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Itulah bukti bahawa Rasulullah adalah salah satu di antara orang-orang yang bangga melestarikan kebiasaan-kebiasaan para hawariyyun penyokong-penyokong setia Nabi Isa.
Sudah lama Kitab Zabur (86:15; 103:8; 111:4) menggemakan kehaqiqian bahawa Allah itu Maha Pemurah.
اللهُ رَحْمَانٌ
Allahu rahman
Kitab Taurat Surah Al-Khuruj (Keluaran) 33:19 bahawa semua tergantung reda Allah. Kalau Allah reda bermurah hati kepada siapapun yang Allah redai, manusia tak boleh berbuat apa-apa dan mendikte Allah. Kemurahan Allah bersifat luas seluas Allah.
وَأَرْحَمُ مَنْ أَرْحَمُ
Aku akan menunjukkan rahmat dan belas kasihan kepada siapapun orang yang Aku pilih.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |