Sunnatullah (Bhg.1/11)

Takdir Ilahi Dalam Kehidupan Kita

Allah SWT, Pencipta dan Tuhan alam semesta, penuh belas kasihan dan murah hati kepada kita dan nak melimpahkan barakah dan rahmat-Nya kepada kita lewat silaturahmi kita denganNya.

Itulah yang dinyatakan disemua kitab-kitab Allah, Taurat, Zabur, Injil dan Qur’an.

TAURAT Surah At-Tasyniyati (Ulangan) 7:9

Ingatlah bahawa TUHAN, Allah kamu satu-satunya Allah, dan Dia setia. Dia akan menepati perjanjian-Nya dan sentiasa menunjukkan kasih-Nya kepada seribu generasi orang yang mengasihi Dia, dan yang taat kepada hukum-Nya.

ZABUR 5:12

Kerana, Ya Tuhan, tentulah Engkau memberkati orang yang benar; Engkau melindungi mereka dengan kemurahan-Mu seperti dengan perisai.

INJIL Surah Luqa 1:50

Dia memberkati mereka yang takut akan Dia, daripada satu keturunan kepada satu keturunan yang lain.

QUR’AN Surah Al A’raf [7]:96

Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.

Kitab-kitab Allah tersebut menyatakan bahawa Tuhan Allah menyayangi seluruh ciptaan-Nya. Lewat perantaraan semua utusan-utusan Allah dan nabi-nabi Allah, Allah telah menyatakan kehendak-Nya untuk melimpahkan belas-kasihan-Nya dan sayang-Nya kepada kita agar supaya kita boleh hidup dengan tenteram dengan Nya. Ketenteraman kerana Allah meliputi kaya hati, ketenteraman batin, sukacita, bertujuan hidup di jalan Allah, ketabahan dan hidayah-Nya. Semua itu boleh kita alam asalkan kita hidup dalam silaturahmi yang akrap dengan Allah Al Khaliq.

  • KAYA HATI,
  • BERHATI TENTERAM
  • SUKACITA
  • MENIKMATI HIDUP YANG BERTUJUAN HIDUP DI JALAN ALLAH
  • TABAH dan SABAR
  • BERGERAK SESUAI HIDAYAH DAN TUNTUNAN-NYA

Rasakanlah apa yang dinyatakan Allah dalam …

TAURAT Surah Isya’ya 60:20

Masa kedukaanmu akan berakhir. Aku, TUHAN, akan menjadi penerang abadi bagimu, lebih kekal daripada matahari dan bulan.

ZABUR 16:11

Engkau akan menunjukkan aku jalan hidup; dalam hadirat-Mu sepenuh bahagia dirasai, di tangan kanan-Mu nikmat dikecapi selama-lamanya.

INJIL Surah Butrus Awal 2:9

Tetapi kamu umat terpilih, para imam Raja, bangsa suci, umat-Nya sendiri, yang dipilih untuk mengisytiharkan puji-pujian bagi Dia yang telah memanggilmu daripada kegelapan kepada cahaya-Nya yang gemilang.

QUR’AN ayat An Nur [24]:35

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah “misykaat” lubang lampu yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Allah mencipta setiap manusia pasti dengan takdir dan maksud tertentu yaitu HIDUP YANG PENUH DENGAN BERKAH DAN KEMULIAAN DARI NYA.

Allah mau supaya kita juga mempunyai silaturahmi yang dekat dengan Allah Sang Khaliq Pencipta kita seperti yang digambarkan dalam Sabda Allah di Kitab-Kitab Allah tersebut di atas.

  • KAYA HATI
  • BERHATI TENTERAM
  • SUKACITA
  • MENIKMATI HIDUP YANG BERTUJUAN HIDUP DI JALAN ALLAH
  • TABAH dan SABAR
  • BERGERAK SESUAI HIDAYAH DAN TUNTUNAN-NYA

Itu semua boleh berlaku didalam kehidupan setiap manusia apabila setiap manusia bersilaturahmi yang dekat dengan Allah Sang Khaliq yang mencipta setiap manusia.

Itulah mutu kehidupan yang sepatutnya dinikmati setiap insan manusia di dalam hidup mereka.

Menurut anda secara jujur, apakah di zaman sekarang ini terdapat banyak orang yang memiliki kualiti hidup seperti itu?

Macam mana dengan awak?

Jika tidak, mengapa begitu?

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini