Di Lawan oleh Nafsu Manusia
Apa yang sudah ditetapkan Allah di lawan oleh nafsu manusia. Itulah permasalahan yang terbesar di dalam kehidupan manusia. Itulah yang menyebabkan adanya jurang pemisah yang menyebabkan adanya gap yang lebar yang menyebabkan tidak adanya silaturahmi dengan Allah Al Khaliq Pencipta manusia. Oleh kerana itulah, manusia tidak menikmati barakah dan rahmat daripada Allah.
Itulah yang dinyatakan disemua kitab-kitab Allah, Taurat, Zabur, Injil dan Qur’an.
TAURAT Surah Isya’ya 59:1-2 …
Jangan sangka bahawa TUHAN terlalu lemah untuk menyelamatkan kamu, atau terlalu pekak untuk mendengar seruan kamu minta tolong!
Kerana dosa kamu, Dia tidak mendengarkan kamu, apabila kamu berdoa kepada-Nya. Dosa kamu memisahkan kamu daripada-Nya.
Kalaulah ada niat jahat dalam hatiku, Tuhan tidak akan mendengar rayuanku.
INJIL Surah Yahya Awal 1:10 …
Namun sekiranya kita mengatakan bahawa kita tidak pernah berdosa, kita menuduh Allah itu pendusta, dan firman-Nya tiada di dalam diri kita.
QUR’AN Surah Baqarah [2]:81 …
Sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Makhluk yang bernama manusia dicipta oleh Al Khaliq Yang Maha Pencipta Sekalian Makhluk untuk memiliki silaturahim dengan Ar Rahim yang adalah Al Khaliq Yang Maha Pencipta Sekalian Makhluk. Manusia. Sungguh suci atau tazkiya keadaan diciptakannya manusia oleh Allah.
Namun sayang sekali manusia penuh dengan alpa dan lalai dan lupa akan takdirnya yang sangat indah dan damai itu.
Alhasil manusia jauh dengan Ar Rahim yang adalah Al Khaliq Yang Maha Pencipta Sekalian Makhluk.
Jauh dengan Allah tidak lain adalah KOTOR atau DOSA atau dassa. Lihat QS Asy Syams [91]:10. Kotor atau Dosa dalam Tarjamah Arab Kitab Taurat, Zabur dan Injil dan Al Qur’an disebut khathii’ah.
Manusia menjadi lupa akan apa yang sejatinya dan apa yang sesungguhnya.
Kotor atau Dosa atau dassa lah yang membuat kita jauh dengah Al Khaliq.
Akibatnya manusia berbau:
- Kematian
- Kesombongan
- Memikirkan diri sendiri sahaja
- Penuh Ketakutan
- Penuh dengan Kesalahan dan Ketidak sopanan
- Penuh dengan kebencian
- Penuh dengan licik dan kebohongan
- Penuh dengan kegelisahan dan was-was dan tidak tenteram
- Penuh dengan kemurungan dan tidak ada rasa gembira dan lega dan lain-lain yang aneh-aneh
TAURAT Surah Al-Mulukil Awal (1 Raja-Raja) 8:46 …
… tiada sesiapa pun yang tidak berdosa.
TAURAT Surah Hazqiya (Yehezkiel) 18:20 …
Orang yang berdosa akan mati.
Aku telah dilahirkan dalam kejahatan, dan dalam dosa ibuku menghamilkan aku.
Janganlah jalankan penghakiman ke atas hamba-Mu, kerana dalam pandangan-Mu tiada makhluk hidup yang benar.
INJIL Surah Rom 3:23 …
Kerana semua manusia berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah.
QUR’AN Surah Al Ankabut [29]:40 …
Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
QUR’AN Surah Ar Rum [30]:10 …
… akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab …
QUR’AN Surah Al Baqarah [2]:36 …
Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Siti Hawa) dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya …
QUR’AN Surah Al A’raf [7]:22-23 …
Serta Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?”
Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.”
QUR’AN Surah Ali Imran [3]:11 …
Allah menyeksa manusia disebabkan dosa-dosa manusia. Dan (ingatlah), Allah Maha berat azab seksaNya.
QUR’AN Surah Al Baqarah [2]:276 …
Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
Berdasarkan Sabda Allah di atas bahawa dosa telah membuat manusia jauh daripada Allah. Alhasil, manusia mengalami kematian baik lahir maupun batin, ketakutan, pening, tidak punya tujuan hidup di jalan Allah, tidak bahagia, terus menerus merasa bersalah, dan hidup menuruti nafsu duniawi dan kehendak diri sendiri sahaja kerana tidak lagi taat dan patuh pada kehendak Allah.
Itulah keadaan yang jauh daripada Allah.
Jujur sahaja, apakah awak merasa jauh daripada Allah?
Apa yang boleh awak lakukan untuk membersihkan awak daripada dosa?
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |