Sudah Sunnatullah Bahawa Makhluk Membutuhkan Al-Khaliq
Dengan usaha dan kekuatannya sendiri, manusia tidak boleh memecahkan masalah yang dihadapinya. Manusia adalah makhluk. Allah adalah Al-Khaliq. Jadi manusia kena bersujud kepada Allah. Manusia kena dekat dengan Allah.
Manusia tidak boleh bergantung kepada usaha dan kekuatannya sendiri.
Kitab-kitab Allah menyebutkan di …
TAURAT surah Amsal Sulaiman 14:12 …
Jalan yang disangka baik itu akhirnya menuju maut.
Bagi mereka yang berpaling kepada cara yang penuh tipu daya Tuhan akan membawa mereka pergi bersama orang yang melakukan dosa.
INJIL surah Titus 3:5 …
Allah menyelamatkan kita, bukan kerana kebenaran yang kita lakukan, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Dia menyelamatkan kita melalui pentahiran kelahiran semula dan melalui pembaharuan yang dilakukan Roh Suci.
QUR’AN surah Al An’am [6]:70 …
Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan. Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya.
Mengenai dosa-dosanya, setiap orang pasti berusaha tutupi dengan cara berbuat baik agar timbangannya menunjukkan lebih banyak perbuatan baik daripada perbuatan tidak baik. Jadi manusia berusaha melakukan amalan perbuatan baik seperti berfalsafah dan humanist, dan berpulitik.
Usaha usaha itu tetap merupakan usaha usaha yang tidak halal kerana keluar dari dalaman yang kotor penuh dengan dosa. Di hadapan Allah yang Maha Tahu, tidak ada dalam diri manusia yang Allah tidak tahu. Walaupun manusia melakukan perbuatan-perbuatan baik namun keluar dari niat dan motif yang tidak murni dan tidak suci. Hal ini disebutkan di dalam Kitab Taurat surah Isya’ya 64:6.
Kami semua telah berdosa; bahkan perbuatan kami yang terbaik pun kotor dan najis. Kerana dosa kami, kami akan lenyap seperti daun layu diterbangkan angin.
Di hadapan Allah, manusia tidak boleh bersembunyi lagi dan tidak boleh merahasiakan keadaan hatinya. Manusia kena islam berserah diri kepada Allah dan haqul yaqin pada apa yang difirmankan Allah kepada manusia:
TAURAT surah Isya’ya 64:6 …
Kami semua telah berdosa; bahkan perbuatan kami yang terbaik pun kotor dan najis.
TAURAT surah Akhbariyyamil Tsasnii (2Tawarikh) 20:20 …
Percayalah kepada TUHAN, Allah kamu, maka kamu akan sanggup bertahan! Percayalah kepada nasihat nabi-nabi-Nya, maka kamu akan berjaya.
ZABUR 13:5-6 …
Tetapi aku yakin akan kasih setia-Mu; aku bersukacita dalam penyelamatan-Mu. Aku akan menyanyi memuji Tuhan, kerana limpah rahmat-Nya kepadaku.
Diberkatilah orang yang diampuni keingkarannya, yang dihapuskan dosanya.
INJIL surah Afaasusa (Efesus) 2:8-9 …
Kamu telah diselamatkan oleh sebab nikmat-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah nikmat Allah – bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorangpun yang dapat bermegah.
INJIL surah Ibrani 11:6 …
Tetapi tanpa iman, mustahil didapati keredaan-Nya. Sesiapa yang datang kepada Allah mestilah beriman bahawa Allah wujud dan Dia memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha untuk mencari-Nya.
QUR’AN surah Al Mu’minun [23]:109 …
Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu memohon kepadaKu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat.”
QUR’AN surah Al Baqarah [2]:256-257 …
Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman).
Manusia cenderung menutup dosa dan kekotoran di dalam kehidupan kita dengan amalan-amalan yang baik. Namun, manusia sering tidak boleh menutupinya.
Setiap kali manusia nak berbuat baik, dia nya malah melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya atau tidak baik. Manusia cenderung nak cepat, oleh kerana itu manusia cenderung cepat dan cari seronoknya sendiri dan cenderung meremehkan perintah serta larangan Allah, dengan cara memperlekehkan itu semua sebagai dosa kecil sahaja.
Manusia tidak boleh menutupi kekotoran serta dosanya sendiri ? Bagaimana manusia boleh mengatasi permasalahan besar manusia itu?
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…