Categories: Article

Sunnatullah (Bhg.4/11)

Allah Al-Khaliq yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang menetapkan takdir kepada manusia ketidak berdayaan dengan cara menutup segala kekurangan manusia.

TAURAT Surah Isya’ya 19:20

… Apabila orang ditindas, lalu mereka berseru kepada TUHAN ALLAH minta pertolongan, Dia akan mengirim seorang untuk menyelamatkan mereka.

ZABUR 49:7-9

Seorang pun daripada mereka tidak berdaya menebus saudaranya dengan membayar harga tebusannya kepada Allah – kerana harga tebusan jiwa mereka sungguh mahal, maka jiwa mereka akan musnah.

INJIL Surah Efesus 2:8-9

Kamu telah diselamatkan dengan nikmat-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah nikmat Allah – bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorangpun yang dapat bermegah.

QUR’AN Surah Ash Shaffat [37]:107

Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar.

Sebab sekarang Allah yang ada, Dia lah yang boleh menjadi harapan kepada kita manusia. Allah lah satu-satunya yang boleh menutup segala kekurangan kita manusia ini. Jadi kita manusia ini kena bersujud kepada Allah agar segala kekurangan kita ditutup oleh Allah dengan begitu kita boleh selamat kerana sebab Allah.

Sebagai kiasan tentang betapa maha pemurah dan sekaligus maha adil Allah dalam menyelamatkan makhluk ciptaan-Nya.

KISAH SEORANG HAKIM DAN SAHIBNYA

Seorang laki-laki di hadapkan ke pengadilan untuk diadili kerana dia telah mencuri sejumlah besar uang dari syarikat tempat dia bekerja. Ketika Sang Hakim mulai bertanya kepada terdakwa seperti biasa yang dilakukan oleh seorang hakim, di situ Sang Hakim menyadari bahawa terdakwa adalah sahabat lamanya yang paling karib. Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu membuat Sang Hakim merasa dalam situasi yang pelik. Perasaan Sang Hakim bercampur aduk, kerana terdakwa ternyata adalah sahib karib daripada Sang Hakim maka Sang Hakim terhimpit oleh dua keputusan yang saling bertentangan:

Berbelas kasihan atau tegas menjunjung tinggi keadilan! Tapi, apabila Sang Hakim membebaskan terdakwa dari hukuman yang kena dijalaninya, maka Sang Hakim mengingkari kewajibannya sebagai seorang hakim dan bertentangan dengan hukum yang berlaku. Tapi, apabila Sang Hakim memilih tegas menjunjung tinggi keadilan dan menghukum terdakwa, bererti Sang Hakim mengingkari hati nuraninya yang selalu mengingatkan Sang Hakim bahawa terdakwa adalah sahib karibnya yang tidak boleh dilupakan begitu sahaja.

Di antara himpitan kedua keputusan yang saling bertentangan itu, Sang Hakim merenungkan balik apa makna hidup bersahabat dan juga apa makna hukum itu sendiri. Akhirnya Sang Hakim mengambil keputusan yang semurni-murninya yang sungguh-sungguh bijaksana namun tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip kedua keputusan yang menghimpit tersebut, yakni Sang Hakim memutuskan untuk berkorban yaitu Sang Hakim membayar uang yang telah dicuri oleh sahabatnya tersebut dan adanya pengorbanan dari Sang Hakim itu, terjunjunglah hukum dan keadilannya. Sahabat yang menerima kebebasan dan kemurahan hati dari Sang Hakim itu sangat lega dan berbahagia, dan selalu mengingat kemurahan yang penuh pengorbanan dan keadilan itu selama hidupnya.

Semoga kisah ini menjadi kias yang mengingatkan kita manusia ini akan sifat Allah Yang Pemurah dan Penyayang lagi Maha Adil yang memilih untuk menutup kekurangan kita manusia dengan qurban sembelihan yang agung.

Tetapi sekarang ada satu pertanyaan, apakah kita telah benar-benar sudah di aqiqah oleh kerana kemurahan dan keadilan Allah? Apakah kita telah benar-benar sudah ada qurban yang menggantikan kita dalam menghadapi hukuman yang nyata, agar tertutup sudah oleh kemurahan dan keadilan Allah segala kekurangan kita manusia ini?

Berikut ini adalah apa yang difirmankan Allah di dalam Kitab-Kitab Allah:

AL-QUR’AN Surah Al Qashash 28:16

Ia merayu (dengan sesalnya): “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah – apalah jua kiranya – akan dosaku”. (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

ZABUR 34:22

Tuhan menebus roh hamba-Nya; tiada seorang pun yang percaya kepada-Nya akan dihukum.

ZABUR 56:13

Kerana Engkau telah menyelamatkan aku daripada maut dan mengelakkan kakiku daripada tergelincir, supaya aku dapat melangkah di hadapan Allah dalam cahaya orang yang hidup.

TAURAT Surah Al-Khuruj (Keluaran) 12:13

Darah pada tiang pintu rumah akan menjadi tanda bagi rumah tempat tinggal kamu. Apabila Aku nampak darah itu, Aku akan melalui kamu, dan tidak menghukum kamu semasa Aku menghukum orang Mesir.

TAURAT Surah Isya’ya (Yesaya) 63:8

TUHAN ALLAH berfirman, “Mereka umat-Ku; mereka tidak akan menipu Aku.” Oleh itu Dia menyelamatkan mereka …”

INJIL Surah Matta (Matius) 26:28

Kerana ini darah-Ku bagi perjanjian baru, ditumpahkan untuk umat manusia supaya hapus dosa mereka.

INJIL Surah Rum (Rom) 3:23-25

Kerana semua manusia berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah. Namun, dengan kasih kurnia Allah yang dikurniakan-Nya dengan rela, manusia dapat diperbenar melalui penebusan yang terdapat dalam Isa al-Masih. Allah menjadikan Isa al-Masih korban pendamaian supaya dengan kematian Isa, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Allah berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Allah bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka.

INJIL Surah Butrusa Awal (1 Petrus) 1:18-19

Kamu mengetahui bahawa untuk membebaskanmu daripada hidup sia-sia warisan nenek moyangmu, tebusannya bukanlah sesuatu yang dapat dibinasakan seperti perak atau emas, tetapi darah al-Masih yang amat berharga, darah anak domba yang tiada cacat celanya.

Sebab Allah sifat-Nya Pemurah lagi Penyayang dan Adil, takdir ilahi selalu bersifat begitu sejak dari zaman dahulu kala sampai selama-lamanya. Allah sudah menetapkan qurban yang agung untuk menutup segala kekurangan kita demi tertebusnya segala kekurangan serta dosa-dosa kita yang dahulu, sekarang dan yang akan datang.

Macam mana Allah memberi Qurban Sembelihan yang Agung untuk menutup segala kekurangan kita manusia ini?

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago