Categories: Article

Tauhid: Allah yang Maha Esa – Pandangan, Kerinduan dan Amalan Semua Utusan-Utusan Allah di dalam Kitab-Kitab Allah Sebelum Al-Qur’an

Terjemah Kitab Taurat, Zabur dan Injil dan Al-Qur’an tidak pernah memakai kata SATU untuk kata Ibrani ‘echad’ atau Arab ‘ ُالأ َحَد’ aḥad. Kalau hanya berkata bahawa Allah itu berjumlah satu. Syaitan pun tahu itu dan pandai mengatakan itu. Tapi Tauhid itu bukan hanya pokoknya Allah tidak berjumlah dua atau tiga. Tauhid itu bukan sekedar pokoknya bukan polytheisme. Tauhid itu bukan hanya sekedar monotheisme atau bukan sekedar kepercayaan bahawa Tuhan itu berjumlah satu.

Tauhid itu harus menunjukkan bahawa Allah itu utama. Tauhid itu harus terasa manfaat dan barakahnya. Allah, diri kita sendiri, orang lain dan bahkan musuh kita dan masyarakat kita dan isinya alam, akal pemikiran, watak, jiwa dan perasaannya pasti secara aktif saling berkaitan erat didalam ketauhidan. Orang lain bahkan musuh kitalah yang merasakan bahawa didalam kehidupan kita Allah yang utama. Pandangan, kerinduan dan amalan semua utusan-utusan Allah menunjukkan bahawa Allah itu utama, bukan uang yang utama, bukan harta yang utama, bukan television yang utama, bukan kereta mahal yang utama, bukan pasangan hidup kita yang utama, bukan anak-anak kita yang utama, bukan pekerjaan kita yang utama, bukan cita-cita kita yang utama, bukan kita yang utama, kalau selain Allah yang utama itu jelas adalah nafsu jahat bukan tauhid. Tapi Allah lah yang utama.

Bagaimana Allah utama dinyatakan dia dalam Kitab-Kitab Allah sebelum Al-Qur’an?

Bangsa berkhatan Bani Isra’il yang asli sejak dulu menjunjung tinggi iman tauhid yakni mengutamakan Allah. Wasiyat untuk mengutamakan Allah seperti yang dicontohkan oleh utusan-utusan Allah tersebut termaktub di dalam Kitab Allah At-Taurat Surah Tasyniyati [Ulangan] 6:4

SHEMA YISRAIL ADONAI ELOHIM ADONAI ECHAD

Dengar wahai Bani Isra’il Allah itu Esa.

Diriwayatkan di dalam Kitab Allah Injil bahawa pada suatu hari datang ahli ibadah kepada Sayidina Isa bin Maryam. Alim ulama tersebut bertanya kepada Sayidina Isa, syariat apa yang paling utama untuk dilakukan?

Sayidina Isa langsung mengulangi wasiyat para nabi sebelumnya bahawa …

SHEMA YISRAIL ADONAI ELOHIM ADONAI ECHAD

Dengar wahai Bani Isra’il Allah itu Esa.

Kamu hendaklah mengasihi Allah Tuhanmu dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dengan sepenuh fikiranmu, dan dengan sepenuh kekuatanmu. Inilah perintah yang terutama. Perintah yang kedua ialah: Kamu hendaklah mengasihi sesama manusia seperti kamu mengasihi sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri. Tiada syariat lain yang lebih utama daripada dua perintah ini.

Mengutamakan Allah harus selalu diuji sungguh tidaknya dengan apakah kita juga mengutamakan sesama manusia sama seperti kita mengutamakan diri kita sendiri. Setiap manusia adalah hasil ciptaan Sang Pencipta. Bisakah kita mencintai Sang Pencipta namun menghina ciptaanNya. Bohong kalau kita merasa mengutamakan Allah namun kita kedekut pada orang lain padahal sesungguhnya orang lain itu adalah ciptaan Allah. Ibaratnya, bohong kalau kita merasa mengasihi seseorang namun kita membenci anak daripada orang itu.

Allah beserta sifat-sifatNya harus kita terima dan harus kita percayai dengan sungguh-sungguh. Kalau kita tidak mahu menerima sifat-sifat Allah tersebut, bagaimana mungkin Allah mahu menerima iman kita kepadaNya walaupun kita mengungkapkannya dengan begitu khusu’ sekalipun. 99 Asma Allah harus kita terima dengan iklas. 99 sifat-sifat Allah tersebut harus kita terima dengan iklas. Allah sungguh mengetahui mana orang yang sungguh mempercayaiNya beserta sifat-sifatNya dan mana yang tidak.

Tersebut di dalam Terjemah Kitab Injil Surah Risalah Awal ila ahli Kurintusa (1 Korintus) 8:3-4 …

3-4 إِذَنْ بِشَأْنِ الأَكْلِ مِنَ اللَّحْمِ الَّذِي يُقَدَّمُ لِلأَصْنَامِ: نَحْنُ نَعْلَمُ أَنْ الصَّنَمَ لَيْسَ إِلَهًا لَهُ وُجُودٌ فِي الْعَالَمِ. لا إِلَهَ إِلا اللهُ.

Tetapi seseorang yang mengasihi Allah, dikenal oleh Allah.  Tentang makan makanan yang dipersembahkan kepada berhala: Kita tahu bahawa berhala menggambarkan sesuatu yang tidak ada. Kita tahu bahwa Allah itu Esa, tiada ilah selain Allah.

Sifat Allah itu adil dan membela segala orang dizalimi dan mendengarkan orang yang berseru memohon pertolongan kepadaNya.

Tersebut di dalam Terjemah Kitab Allah Zabur Nabi Daud 103:6-8 …

6 اللهُ يَعْمَلُ الْحَقَّ وَالْعَدْلَ لِكُلِّ الْمَظْلُومِينَ.

7 عَرَّفَ مُوسَى طُرُقَهُ, وَعَرَّفَ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَعْمَالَهُ.

8 اللهُ رَحْمَانٌ رَحِيمٌ, اللهُ حَلِيمٌ وَمُحِبٌّ جِدًّا.

Allah menjalankan kebenaran dan keadilan bagi semua yang tertindas.

Dia memberitahu jalan-Nya kepada Musa, memberitahukan perbuatan-Nya kepada Bani Isra’il (orang-orang yang berseru memohon pertolonganNya):

Allah penuh belas kasihan dan penuh nikmat, panjang sabar serta melimpah kasih-Nya.

Tersebut di dalam Terjemah Kitab Allah Zabur Nabi Daud 86:15

15 أَمَّا أَنْتَ يَا رَبُّ فَأَنْتَ الله الرَّحْمَانُ الرَّحِيمُ, أَنْتَ حَلِيمٌ وَمُحِبٌّ وَوَفِيٌّ جِدًّا.

Tetapi Engkau, ya Allah adalah Tuhan yang pemurah dan penyayang, panjang sabar serta melimpah kasih dan setia.

Allah tidak boleh diatur oleh manusia. Allah memiliki kehendak sendiri. Manusia kena menerima segala kehendak Allah apapun itu kehendakNya. Kita terima segala redaNya. Termaktub didalam Terjemah Kitab Allah At-Taurat, Surah Al-Khuruj (Keluaran) 33:19

19 فَقَالَ اللهُ: “أَمُرُّ أَمَامَكَ بِكُلِّ جُودِي, وَأُعْلِنُ لَكَ اسْمِي وَهُوَ “الدَّائِمُ€.” وَأَرْأَفُ بِمَنْ أَرْأَفُ وَأَرْحَمُ مَنْ أَرْحَمُ.”

Tetapi firmanNya: “Aku akan melewatkan segenap kegemilangan-Ku dari depanmu dan menyerukan nama-Ku, Allah, didepanmu: Aku akan memberi nikmatKu kepada barang sesiapapun yang Kuberi nikmat dan mengasihani barang sesiapapun yang Kukasihani.”

Allah selalu ada bagi orang yang berseru memohon pertolongan kepadaNya. Nabi Yaakub pernah mengalami ujian yang sangat berat daripada Allah. Dan Nabi Yaakub berseru kepada Allah bahawa beliau akan menerima segala ujian yang daripada Allah dan tetap mencintai Allah walaupun menanggung ujian yang amat berat sampai beliau memperoleh pahala dari Allah. Oleh kerana itulah, Nabi Yaakub, oleh Allah, digelari Isra’il yang ertinya orang yang berseru kepada Allah dan berjuang mencari pahala daripada Allah. Oleh karena itulah setiap orang yang berseru kepada Allah layak disebut Isra’il.

Zabur 86:5 أَنْتَ يَا رَبُّ غَفُورٌ وَطَيِّبٌ وَمُحِبٌّ جِدَّا لِكُلِّ الَّذِينَ يَدْعُونَكَ.

Kerana Engkau, ya Allah, baik dan sedia mengampuni, serta melimpahkan kasih kepada semua yang menyeru-Mu.

Jelas sifat-sifat Allah tidak sama dengan sifat-sifat Mammun Dewa Uang. Sifat-sifat Allah tidak sama seperti nafsu nafsi manusia. Manusia harusnya mahu menerima Allah dan sifat-sifatNya tersebut, bukannya malah membandingkannya dengan Mammun Dewa Uang dan sifat-sifatnya.

Di dalam Terjemah Kitab Allah Injil Syarif, Surah Hawariyyun Matta (Matius) 6:24, Sayidina Nabi Isa bersabda:

24 “لاَ يَقْدِرُ أَحَدٌ أَنْ يَخْدِمَ سَيِّدَيْنِ، لأَنَّهُ إِمَّا أَنْ يَكْرَهَ الأَوَّلَ وَيُحِبَّ الثَّانِيَ، أَوْ يَكُونَ مُخْلِصًا لِلأَوَّلِ وَيَحْتَقِرَ الثَّانِيَ. لاَ تَقْدِرُونَ أَنْ تَخْدِمُوا اللهَ وَالْـمَالَ مَعًا.

Seorang hamba tidak mungkin mengabdi kepada dua orang tuan. Dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain; atau akan setia kepada yang seorang dan mencela yang lain. Demikianlah, kamu tidak dapat menjadi hamba Allah dan juga hamba uang.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago