Contact Information

Theodore Lowe, Ap #867-859
Sit Rd, Azusa New York

We Are Available 24/ 7. Call Now.

Nabi Isa itu Kehendak Allah  أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ  (Dikehendaki Allah). Nabi Isa sudah dikehendaki Allah.

Walau manusia merasa pelik, tapi manusia mahu tidak mahu kena terima Nabi Isa yang adalah Kehendak Allah. Walau baru sahaja lahir, Isa sudah berkata bahawa beliau adalah nabi. Itu ertinya, walau belum khatan, Isa sudah berkata beliau adalah nabi.

Padahal budak kecil yang belum khatan, statusnya masih ada najis dalam dirinya, dan ketika dia berada dalam satu barisan dengan yang dewasa, maka najis itu akan tersebar juga ke dalam barisan sholat itu. Akhirnya orang yang berada dalam barisan sholat dengan budak kecil yg belum khatan tidak sah sholatnya.

Ini sungguh pelik, walau belum khatan, Isa sudah berkata beliau adalah nabi.

Al-Qur’an Surah Maryam [19] ayat 21 menyatakan bahawa Nabi Isa adalah  أَمْرًا مَّقْضِيًّا  amrammaqḍiyyan (perkara yang telah ditetapkan berlakunya). Al-Qur’an surah Maryam [19] ayat 35 menyebutkan bahawa Nabi Isa adalah qaḍā (ketetapan Allah) dan bukti yang nyata bahawa apabila  أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ  (inyasyā’allah) Allah berkehendak menetapkan jadinya suatu perkara, maka menjadilah ia.

Nabi Isa, oleh Al-Qur’an, disebut  وَجِيهً  (wajīhan). Tengok QS Ali Imran [3]:45.  وَجِيهً  wajīhan akar katanya sama dengan  وَجْهِ ٱللَّهِ  (wajhillah), makna wajah Allah atau muka Allah. QS Al Baqarah [2]:272.

Seringkali Nabi Isa wajīhan di QS Ali Imran [3]:45 ditarjamahkan ke dalam bahasa Melayu, Nabi Isa terkemuka di dunia dan di akhirat. Wajah atau muka adalah organ tubuh yang menjadi simbol kemuliaan. Jadi betul, muka Allah adalah yang terkemuka di dunia dan akhirat.

QS Ali Imran [3]:45 menyebutkan bahawa Nabi Isa wajīhan fīddunyā wal ākhirat.

Nabi Isa adalah muka Allah. Oleh kerana itulah, Al-Qur’an menyebut Nabi Isa wajīhan fīddunyā wal ākhirat (terkemuka di dunia dan akhirat. Kerana hanya muka Allah lah yang terkemuka di dunia dan akhirat. Nabi Isa adalah muka Allah. Oleh kerana itu pula, Al-Qur’an menyebut Nabi Isa  ٱلْمُقَرَّبِينَ  (al-muqarrabīn) (sisi Allah).

QS Ali Imran [3]:45 menyebutkan bahawa Nabi Isa wajīhan fīddunyā wal ākhirat.

Disebutkan di QS Al Baqarah [2]:272

 وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنْ خَيْرٍ فَلِأَنفُسِكُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُونَ إِلَّا ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ ٱللَّهِ ۚ

yang bermaksud,

Kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah.

Secara harafiah, kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana mencari wajah Allah. Secara tafsir, kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana mencari Sayidina Isa.

Nabi Isa wajīhan fīddunyā wal ākhirat. Nabi Isa itu wajah Allah. Nabi Isa itu ketetapan Allah.

Nabi Isa itu kehendak Allah. Nabi Isa itu wajah Allah. Nabi Isa itu muka Allah.

Nabi Isa itu sisi Allah. Nabi Isa pasti adalah izin Allah.

Tengok di Al-Qur’an Surah Ali Imran [3]:49,

  • Nabi Isa boleh membuat untuk orang mukmin dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian Nabi Isa tiup pada tanah liat itu lalu menjadilah tanah liat itu seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah;
  • dan juga Nabi Isa boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan Nabi Isa boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah;
  • dan juga Nabi Isa boleh memberitahu kepada orang mukmin tentang apa yang seseorang makan dan apa yang seseorang simpan di rumahnya.

Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda bagi orang mukmin, jika orang-orang mukmin memang sungguh-sungguh beriman.

Dikisahkan di dalam Tarjamah Kitab Allah Injil Surah Marqusa (Markus) 5:24-34 …

Pernah pada suatu hari, begitu ramai orang mengikut Sayidina Isa. Ramai orang berasak-asak mengerumuni Sayidina Isa bak semut mengerumuni gula.

Di situ ada seorang wanita yang sudah 12 tahun menghidap penyakit perdarahan. Wanita yang menghidap penyakit perdarahan itu telah menghabiskan segala hartanya untuk dirawat ramai tabib dan bomo dan orang-orang pintar tetapi tetap sahaja tidak sembuh, malah semakin parah keadaannya.

Wanita itu telah banyak mendengar tentang Sayidina Isa. Wanita itu susah hati merasakan betapa pedih hidupnya.

Sapu tangan punca merah,

Mari sarung cincin suasa;

Luka tangan tampak berdarah,

Luka hati menahan rasa.

Oleh kerana itu, wanita yang sakit itu berusaha masuk ke tengah-tengah kerumunan orang-orang ramai itu dan berusaha mendekati Sayidina Isa dari belakang lalu menyentuh sarung Sayidina Isa.

Wanita yang sakit itu sungguh haqul yaqin kepada Sayidina Isa. Dalam hatinya, wanita itu berkata, “Sekiranya dapat kusentuh sarung Sayidina Isa, tentu akan sembuh.”

Dengan serta-merta perdarahannya seketika itu juga langsung berhenti. Wanita itu merasakan dirinya sudah sembuh.

Pada saat itu juga Sayidina Isa sadar ada kesaktian yang telah keluar daripada beliau lalu beliau bertanya, “Ada seseorang menyentuh sarungku. Siapa gerangan yang menyentuh sarungku?” tanya Sayidina Isa kepada orang orang ramai yang berasak-asak mengerumuni Sayidina Isa.

Ditanya begitu, orang-orang yang mengerumuni Sayidina Isa berkata kepada Sayidina Isa, “Lihatlah orang ramai berasak-asak menghimpit Engkau dan mengerumuni Engkau berasak-asak. Bagaimana Engkau boleh bertanya siapa gerangan yang menyentuh sarungMu, Ya Sayidina Isa?”

Tetapi Sayidina Isa memandang sekelilingNya, mencari siapa gerangan yang telah menyentuh sarung beliau itu.

Wanita itu mengetahui apa yang telah terjadi kepada dirinya. Wanita itu gemetar ketakutan, lalu tampil dan sujud kepada Sayidina Isa dan menceritakan segala-galanya.

Lalu Sayidina Isa berkata kepada wanita itu, “Wahai anak-Ku, imanmu telah menyembuhkan kamu. Pulanglah dengan sejahtera dan tenteram dan sembuhlah engkau daripada penyakitmu.”

Nabi Isa tidak lain adalah izin Allah. Nabi Isa tidak lain adalah kehendak Allah. Nabi Isa tidak lain adalah qada dan takdir Allah.

Nabi Isa tidak lain adalah muka Allah. Nabi Isa tidak lain adalah wajah Allah. Nabi Isa wajihan fi dunya wal akhirat. Nabi Isa terkemuka di dunia dan akhirat. Nabi Isa muka Allah.

Nabi Isa di sisi Allah.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


Share:

administrator