Nabi Isa itu Kehendak Allah أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ (Dikehendaki Allah). Nabi Isa sudah dikehendaki Allah.
Walau manusia merasa pelik, tapi manusia mahu tidak mahu kena terima Nabi Isa yang adalah Kehendak Allah. Walau baru sahaja lahir, Isa sudah berkata bahawa beliau adalah nabi. Itu ertinya, walau belum khatan, Isa sudah berkata beliau adalah nabi.
Padahal budak kecil yang belum khatan, statusnya masih ada najis dalam dirinya, dan ketika dia berada dalam satu barisan dengan yang dewasa, maka najis itu akan tersebar juga ke dalam barisan sholat itu. Akhirnya orang yang berada dalam barisan sholat dengan budak kecil yg belum khatan tidak sah sholatnya.
Ini sungguh pelik, walau belum khatan, Isa sudah berkata beliau adalah nabi.
Al-Qur’an Surah Maryam [19] ayat 21 menyatakan bahawa Nabi Isa adalah أَمْرًا مَّقْضِيًّا amrammaqḍiyyan (perkara yang telah ditetapkan berlakunya). Al-Qur’an surah Maryam [19] ayat 35 menyebutkan bahawa Nabi Isa adalah qaḍā (ketetapan Allah) dan bukti yang nyata bahawa apabila أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ (inyasyā’allah) Allah berkehendak menetapkan jadinya suatu perkara, maka menjadilah ia.
Nabi Isa, oleh Al-Qur’an, disebut وَجِيهً (wajīhan). Tengok QS Ali Imran [3]:45. وَجِيهً wajīhan akar katanya sama dengan وَجْهِ ٱللَّهِ (wajhillah), makna wajah Allah atau muka Allah. QS Al Baqarah [2]:272.
Seringkali Nabi Isa wajīhan di QS Ali Imran [3]:45 ditarjamahkan ke dalam bahasa Melayu, Nabi Isa terkemuka di dunia dan di akhirat. Wajah atau muka adalah organ tubuh yang menjadi simbol kemuliaan. Jadi betul, muka Allah adalah yang terkemuka di dunia dan akhirat.
QS Ali Imran [3]:45 menyebutkan bahawa Nabi Isa wajīhan fīddunyā wal ākhirat.
Nabi Isa adalah muka Allah. Oleh kerana itulah, Al-Qur’an menyebut Nabi Isa wajīhan fīddunyā wal ākhirat (terkemuka di dunia dan akhirat. Kerana hanya muka Allah lah yang terkemuka di dunia dan akhirat. Nabi Isa adalah muka Allah. Oleh kerana itu pula, Al-Qur’an menyebut Nabi Isa ٱلْمُقَرَّبِينَ (al-muqarrabīn) (sisi Allah).
QS Ali Imran [3]:45 menyebutkan bahawa Nabi Isa wajīhan fīddunyā wal ākhirat.
Disebutkan di QS Al Baqarah [2]:272 …
وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنْ خَيْرٍ فَلِأَنفُسِكُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُونَ إِلَّا ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ ٱللَّهِ ۚ
yang bermaksud,
Kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah.
Secara harafiah, kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana mencari wajah Allah. Secara tafsir, kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana mencari Sayidina Isa.
Nabi Isa wajīhan fīddunyā wal ākhirat. Nabi Isa itu wajah Allah. Nabi Isa itu ketetapan Allah.
Nabi Isa itu kehendak Allah. Nabi Isa itu wajah Allah. Nabi Isa itu muka Allah.
Nabi Isa itu sisi Allah. Nabi Isa pasti adalah izin Allah.
Tengok di Al-Qur’an Surah Ali Imran [3]:49,
Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda bagi orang mukmin, jika orang-orang mukmin memang sungguh-sungguh beriman.
Dikisahkan di dalam Tarjamah Kitab Allah Injil Surah Marqusa (Markus) 5:24-34 …
Pernah pada suatu hari, begitu ramai orang mengikut Sayidina Isa. Ramai orang berasak-asak mengerumuni Sayidina Isa bak semut mengerumuni gula.
Di situ ada seorang wanita yang sudah 12 tahun menghidap penyakit perdarahan. Wanita yang menghidap penyakit perdarahan itu telah menghabiskan segala hartanya untuk dirawat ramai tabib dan bomo dan orang-orang pintar tetapi tetap sahaja tidak sembuh, malah semakin parah keadaannya.
Wanita itu telah banyak mendengar tentang Sayidina Isa. Wanita itu susah hati merasakan betapa pedih hidupnya.
Sapu tangan punca merah,
Mari sarung cincin suasa;
Luka tangan tampak berdarah,
Luka hati menahan rasa.
Oleh kerana itu, wanita yang sakit itu berusaha masuk ke tengah-tengah kerumunan orang-orang ramai itu dan berusaha mendekati Sayidina Isa dari belakang lalu menyentuh sarung Sayidina Isa.
Wanita yang sakit itu sungguh haqul yaqin kepada Sayidina Isa. Dalam hatinya, wanita itu berkata, “Sekiranya dapat kusentuh sarung Sayidina Isa, tentu akan sembuh.”
Dengan serta-merta perdarahannya seketika itu juga langsung berhenti. Wanita itu merasakan dirinya sudah sembuh.
Pada saat itu juga Sayidina Isa sadar ada kesaktian yang telah keluar daripada beliau lalu beliau bertanya, “Ada seseorang menyentuh sarungku. Siapa gerangan yang menyentuh sarungku?” tanya Sayidina Isa kepada orang orang ramai yang berasak-asak mengerumuni Sayidina Isa.
Ditanya begitu, orang-orang yang mengerumuni Sayidina Isa berkata kepada Sayidina Isa, “Lihatlah orang ramai berasak-asak menghimpit Engkau dan mengerumuni Engkau berasak-asak. Bagaimana Engkau boleh bertanya siapa gerangan yang menyentuh sarungMu, Ya Sayidina Isa?”
Tetapi Sayidina Isa memandang sekelilingNya, mencari siapa gerangan yang telah menyentuh sarung beliau itu.
Wanita itu mengetahui apa yang telah terjadi kepada dirinya. Wanita itu gemetar ketakutan, lalu tampil dan sujud kepada Sayidina Isa dan menceritakan segala-galanya.
Lalu Sayidina Isa berkata kepada wanita itu, “Wahai anak-Ku, imanmu telah menyembuhkan kamu. Pulanglah dengan sejahtera dan tenteram dan sembuhlah engkau daripada penyakitmu.”
Nabi Isa tidak lain adalah izin Allah. Nabi Isa tidak lain adalah kehendak Allah. Nabi Isa tidak lain adalah qada dan takdir Allah.
Nabi Isa tidak lain adalah muka Allah. Nabi Isa tidak lain adalah wajah Allah. Nabi Isa wajihan fi dunya wal akhirat. Nabi Isa terkemuka di dunia dan akhirat. Nabi Isa muka Allah.
Nabi Isa di sisi Allah.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…