Contact Information

Theodore Lowe, Ap #867-859
Sit Rd, Azusa New York

We Are Available 24/ 7. Call Now.

Disebutkan di QS Ali Imran [3]:19

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ

Innaddiina ‘indallahil ‘islaam

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.

Dalam bahasa Qur’an adalah, “Sesungguhnya diin yang benar dan diredai Allah ialah Islam.”

Ugama adalah kata dalam bahasa Sanskrit yang ertinya tidak berubah. Ugama berasal dari akar kata sanskrit a = tidak, gam = berubah. Yang tidak berubah adalah abadi. Satu satunya yang abadi adalah Tuhan. Apapun yang tidak berubah boleh disebut “UGAMA.” Bahasa yang dipakai dalam Qur’an jelas bukan bahasa Sanskrit, tapi bahasa Arab, yaitu salah satu bahasa Semitik atau bahasa Timur Tengah.

Qur’an menyatakan bahawa sesungguhnya diin yang benar dan diredai Allah ialah Islam.

Diin ertinya bukan sama dengan ugama. Diin ertinya keberadaan berhutang kepada Allah.

Dan islam ertinya bukan parti Islam dan tradisi masyarakat Islam.

Dijelaskan di QS Ali Imran [3]:20

3|20| فَإِنْحَاجُّوكَفَقُلْأَسْلَمْتُوَجْهِيَلِلَّهِوَمَنِاتَّبَعَنِۗوَقُللِّلَّذِينَأُوتُواالْكِتَابَوَالْأُمِّيِّينَأَأَسْلَمْتُمْۚفَإِنْأَسْلَمُوافَقَدِاهْتَدَواۖوَّإِنتَوَلَّوْافَإِنَّمَاعَلَيْكَالْبَلَاغُۗوَاللَّهُبَصِيرٌبِالْعِبَادِ

faqul ‘aslamtu wajihyallah wa manittaba’ani

waqullilladzina ‘uutuul kitaabal ummiyyiini aslamtum

Katakanlah: “Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku”. Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang “Ummi” (orang-orang musyrik Arab): “Sudahkah kamu berserah diri?”

Jadi ‘islam di QS Ali Imran [3]:19 ertinya adalah berserah diri bukan ugama Islam beserta mazhab-mazhabnya. Jadi boleh diertikan, keberadaan berhutang kepada Allah menyebabkan keberserahan diri bulat-bulat kepada Allah.

Disebutkan di QS Ar Rum [30]:30 …

الدِّينَ  al diin

atau keberadaan berserah diri bulat-bulat kepada Allah berbeza dengan,

شِيَعًا ۖ كُلُّ حِزْبٍ

syiya’an kullu hizbin

… mengikut kecenderungan masing-masing sampai menjadi berpuak-puak dan tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya.

Kecenderungan masing-masing yang membuat tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya jelas bukan al diin keberadaan berhutang kepada Allah yang menyebabkan keberserahan diri bulat-bulat kepada Allah.

Berserah diri bulat-bulat kepada Allah kerana merasa berhutang kepada Allah, keadaan seperti ini sudah dirasa orang jauh sebelum Tahun 570 Sesudah Masehi Nabi Muhammad lahir. Jauh sebelum Muhammad lahir, keberadaan berserah diri bulat-bulat kepada Allah kerana berhutang kepada Allah sudah menjadi kerinduan orang.

Contohnya, Nabi Ibrahim diingatkan Allah untuk berserah diri kepada Allah.

QS Al Baqarah [2]:131

2|131| إِذْقَالَلَهُرَبُّهُأَسْلِمْۖقَالَأَسْلَمْتُلِرَبِّالْعَالَمِينَ

wa idz qaala lahu rabbuhu aslim.

qaala aslamtu lirabbil ‘al’amiin.

“Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

Nabi Ibrahim dan Nabi Ya’qub yang digelar Isra’il oleh Allah berwasiat,

فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

falaa tamuutunna illa wa antum muslimuun.

Janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan berserah diri bulat-bulat kepada Allah.

Pertanyaan yang dilontarkan oleh Nabi Ya’qub yang digelar Isra’il kepada anak-anak beliau yang disebut Bani Isra’il adalah,

مَا تَعْبُدُونَ مِن بَعْدِي

(maa ta’buduuna min ba’dii)?

Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?

Alhamdulillah. Pertanyaan wasiyat tersebut dijawab oleh Bani Isra’il yakni keturunan-keturunan Nabi Isra’il:

قَالُوا نَعْبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَٰهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

qaaluu na’budu ilaha wa ilaha abaa’ika ibraahiim wa ismaa’iil wa ishaaqa ilahan wahidan wa nahnu lahu muslimuun.

Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri.”

Jadi Al Qur’an menyatakan bahawa Bani Isra’il pun adalah orang-orang muslim ertinya orang-orang yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah.

Al Qur’an menyatakan bahawa hawariyun penyokong-penyokong setia Nabi Isa pun adalah orang-orang yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (وَاشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ). QS Ali Imran [3]:52.

Lalu apa bukti bahawa orang-orang berserah diri bulat-bulat kepada Allah:

  1. Tidak ada rasuah

Disebutkan di QS Asy Syu’ara [26]:181-183 …

“Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.

“Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.

“Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, …

Muslim kah suatu negara kalau rasuah masih banyak dan merajarela? Tapi anehnya negara-negara Islam terkenal dengan rasuahnya. Itu menandakan bahawa negara-negara tersebut tidak Islam, hanya tampaknya sahaja Islam.

  1. Sungai-sungai bersih airnya dan alam tidak dirosak

Disebutkan di QS Asy Syu’ara [26]:183

… dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.

  1. Tidak suka membicarakan aibnya orang dan tidak suka gossip

Disebutkan di QS Al Hujurat [49]:11

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

Disebutkan di QS Ali Imran [3]:45, kita diperintahkan untuk mengikut Nabi Isa yang termuka di dunia dan di akhirat, sebab beliau adalah kabar yang menggembirakan dan Kalimah daripada Allah dan didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

Kerana Nabi Isa Almasih lah pembela orang-orang Muslim di akhir zaman ini untuk menghadapi fitnah-fitnah Dajjal musuh satu-satunya orang-orang Muslim.

3|45| إِذْقَالَتِالْمَلَائِكَةُيَامَرْيَمُإِنَّاللَّهَيُبَشِّرُكِبِكَلِمَةٍمِّنْهُاسْمُهُالْمَسِيحُعِيسَىابْنُمَرْيَمَوَجِيهًافِيالدُّنْيَاوَالْآخِرَةِوَمِنَالْمُقَرَّبِينَ

(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

Itulah bukti-bukti bahawa kita berserah diri kepada Allah.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


Share:

administrator