Ummul Kitab (Lauh Mahfuz – Ibu daripada kitab)

QS Ar Rad [13]:38-39 …

13|38| Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang Rasul untuk mendatangkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah. Tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada kitab yang telah ditentukan oleh “Suratan Azali.”

13|39| Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada UMMUL KITAB “Ibu segala suratan.”

Disebutkan di dalam Kitab Al Qur’an bahawa apa yang diwahyukan Allah bersumber daripada Allah sendiri. Apapun yang diwahyukan Allah bersumber dari UMMUL KITAB atau “Ibu segala suratan atau Ibu segala kitab.”

Kalam (Memiliki Firman).

Mutakalliman (Memiliki Firman) adalah salah satu daripada 20 Sifat Allah.

Jadi apapun yang diwahyukan oleh Allah bersumber dari Allah Al Ḥafīẓ (Yang Memelihara).

Kalam Allah sumber segala Kitab sudah bersama-sama dengan Allah, kerana tidak mungkin Allah ada sebelum KalamNya, kerana Allah tidak mungkin tanpa KalamNya.

Dari KalamNya, Allah memberi sedikit demi sedikit tanda-tanda atau ayat-ayat kepada pesuruh-pesuruhNya yaitu nabi-nabi dan rasul-rasulNya.

Ummul Kitab membuktikan bahawa Allah selalu memiliki master daripada segala kitab-kitabNya. Al Qur’an terjemahan Bahasa Inggris yang bertajuk An Interpretation of the Qur’an oleh Majid Fakhry dari Universitas Al Azhar Mesir dan The Meaning of The Holy Qur’an oleh Yusuf Ali menyebutnya secara harafiah sebagai the Mother of the Book.

Memang secara harafiah, ummul kitab adalah Ibu daripada Kitab. Itu bukan bererti Ibu yang melahirkan Kitab dan Kitab adalah anak kandung dari Ibu. Bukan!

Kalimat Allah adalah sumber dari Kitab. Intisari dari pesan-pesan Kitab Al Qur’an berasal dari Kalimat Allah kerana Kalimat Allah adalah sifat wajib daripada Allah. Kalimat Allah selalu bersama dengan Allah. Intisari dari pesan-pesan Kitab Al Qur’an adalah:

  1. Sudah jelas bahawa Allah lah yang mencipta alam semesta dan segala isinya. Allah yang satu itu.
  2. Allah yang satu itu pemurah dan penyayang.
  3. Jangan memperilah apapun selain Allah. Allah lah yang wajib kita per-ilah. Kita kena tunduk dan taat kepada Allah.
  4. Di hari kiamat, kita semua akan berdiri di hadapan kursi tahta Allah di pengadilan akhiratNya.

Itulah juga intisari dari pesan-pesan dan akhlaq yang dicontohkan Nabi Isa Kalimat Allah.

Disebutkan di QS Ali Imran [3]:45

إِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمِنَ لْمُقَرَّبِينَ

(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan Kalimah daripada Allah, namanya: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan di sisi Allah.

Kitab Injil dan Qur’an menyatakan bahawa Isa Kalimat Allah. Isa adalah Kalimat Allah.

Disebutkan di dalam Kitab Injil Surah Yahya bab 1, ayat 1-18 …

فِي الْبَدْءِ كَانَ الْكَلِمَةُ1. وَكَانَ الْكَلِمَةُ مَعَ اللهِ. وَالْكَلِمَةُ هُوَ اللهُ، 2 وَكَانَ فِي الْبَدْءِ مَعَ اللهِ. 3 بِوَاسِطَتِهِ كُلُّ شَيْءٍ أَصْبَحَ مَوْجُودًا، وَبِغَيْرِهِ لَمْ يَأْتِ إِلَى الْوُجُودِ أَيُّ شَيْءٍ. 4 فَكُلُّ مَا فِي الْوُجُودِ اسْتَمَدَّ حَيَاتَهُ مِنَ الْكَلِمَةِ. وَهَذِهِ الْحَيَاةُ كَانَتْ نُورَ النَّاسِ. 5 وَالنُّورُ يُشْرِقُ فِي الظَّلامِ، وَالظَّلامُ لا يَقْوَى عَلَيْهِ.

6 كَانَ رَجُلٌ مُرْسَلٌ مِنَ اللهِ اسْمُهُ يَحْيَى، 7 جَاءَ بَقَصْدِ الشَّهَادَةِ، لِيَشْهَدَ لِلنُّورِ لِكَيْ يُؤْمِنَ الْكُلُّ بِوَاسِطَتِهِ. 8 لَمْ يَكُنْ هُوَ النُّورَ، بَلْ جَاءِ لِيَشْهَدَ لِلنُّورِ. 9 فَالنُّورُ الْحَقِيقِيُّ الَّذِي  يُنِيرُ كُلَّ إِنْسَانٍ كَانَ آتِيًا إِلَى الْعَالَمِ.

10 وَأَتَى إِلَى الْعَالَمِ، وَمَعَ أَنَّهُ صَانِعُ الْعَالَمِ، لَكِنَّ أَهْلَ الْعَالَمِ لَمْ يَعْرِفُوهُ. 11 جَاءَ إِلَى شَعْبِهِ، لَكِنَّ شَعْبَهُ لَمْ يَقْبَلْهُ. 12 أَمَّا الَّذِينَ قَبِلُوهُ، أَيِ الَّذِينَ آمَنُوا بِاسْمِهِ، فَأَعْطَاهُمْ الْحَقَّ فِي أَنْ يَصِيرُوا أَوْلادَ اللهِ، 13 لا لأَنَّهُمْ وُلِدُوا مِنَ الْبَشَرِ، وَلا بِقَرَارٍ بَشَرِيٍّ، وَلا عَنْ رَغْبَةِ إِنْسَانٍ، بَلْ مِنَ اللهِ.

14 وَالْكَلِمَةُ صَارَ بَشَرًا، وَعَاشَ بَيْنَنَا. وَرَأَيْنَا جَلالَهُ، الْجَلالَ الَّذِي لَهُ بِاعْتِبَارِ أَنَّهُ الابْنُ الْوَحِيدُ لِلأَبِ، وَهُوَ مَمْلُوءٌ بِالنِّعْمَةِ وَالْحَقِّ. 15 شَهِدَ لَهُ يَحْيَى فَهَتَفَ: “هَذَا هُوَ الَّذِي قُلْتُ عَنْهُ: يَجِيءُ بَعْدِي وَيَكُونُ أَعْظَمَ مِنِّي لأَنَّهُ مَوْجُودٌ قَبْلِي.” 16 وَنَحْنُ كُلُّنَا نِلْنَا مِنْ غِنَى نِعْمَتِهِ بَرَكَةً بِعْدَ بَرَكَةٍ. 17 لأَنَّ الشَّرِيعَةَ أُعْطِيَتْ بِوَاسِطَةِ مُوسَى، أَمَّا النِّعْمَةُ وَالْحَقُّ فَقَدْ جَاءَا بِوَاسِطَةِ عِيسَى الْمَسِيحِ. 18 لا أَحَدَ رَأَى اللهَ أَبَدًا. لَكِنَّ الابْنَ الْوَحِيدَ الَّذِي بِجِوَارِ الأَبِ، هُوَ أَخْبَرَ عَنْهُ.

Yang bermaksud,

1Pada permulaan sudah wujud Kalimat, dan Kalimat itu bersama Allah dan Kalimat itu adalah Allah. 2 Dia bersama Allah pada permulaan.

3Segala-galanya diciptakan melalui Dia. Dari segala yang wujud, tiada suatu pun yang dicipta tanpa-Nya. 4Hidup ada di dalam-Nya, dan hidup itu cahaya manusia. 5Dan Cahaya itu bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak menguasainya.

6Allah mengutus seorang bernama Yahya. 7Dia datang untuk memberi kesaksian tentang Cahaya itu, supaya semua orang akan percaya melalui Dia. 8Dia sendiri bukanlah Cahaya itu, dia datang untuk memberi kesaksian tentang-Nya. 9Itulah Cahaya yang benar, Cahaya yang menerangi setiap manusia di dunia.

10Dia berada di dunia, dan dunia telah dicipta melalui-Nya, namun manusia di dunia tidak mengenal-Nya. 11Dia datang kepada milik-Nya sendiri, tetapi milik-Nya tidak menerima-Nya. 12Namun demikian, Dia memberi hak menjadi anak Allah kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya dalam nama-Nya. 13Kelahiran mereka bukan melalui darah keturunan, atau kehendak tabii manusia, atau kemahuan seorang lelaki, tetapi kerana perbuatan Allah.

14Kalimat itu menjadi manusia dan hidup di kalangan kita. Kita melihat kemuliaan-Nya sebagai Putera tunggal yang datang daripada Allah Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran.

15Yahya memberi kesaksian tentang-Nya. Dia berseru, ‘Inilah Dia yang kukatakan akan datang selepasku, tetapi Dia lebih besar daripadaku, kerana Dia sudah ada sebelum aku.’ 16Daripada limpah kesempurnaan-Nya kita semua telah menerima kasih kurnia dan berkat. 17Ini kerana hukum Taurat disampaikan melalui Musa, tetapi nikmat dan kebenaran yang haqiqi dinyatakan melalui Isa al-Masih. 18Tiada siapa pernah melihat Allah, melainkan Yang Esa dan Ilahi yang ada di pangkuan Bapa, telah menyerlahkan-Nya.

Oleh kerana itulah, semua wahyu-wahyu daripada Allah tidak pernah merasa pelik menyatakan bahawa Isa Kalimat Allah. Kalimat Allah selalu bersama dengan Allah kerana tak terbayangkan Allah tanpa sifatNya yang selalu memiliki Kalimat.

Kalimat Allah adalah adalah Ummul Kitab (Ibu daripada Kitab). Isa Kalimat Allah Ummul Kitab. (Isa Kalimat Allah Ibu daripada Kitab). Ingat dalam alam piker LAUH MAḤFÛẒ. Perbanyak istighfar! Dalam alam pikir LAUH MAḤFÛẒ, Isa adalah hadirnya Allah sendiri. Dalam alam pikir LAUH MAḤFÛẒ, Isa adalah izin Allah.

Adam tak berbapa tak beribu kerana memang Adam manusia pertama. Siti Hawa tak beribu dan beliau keluar dari tulang rusuk orang laki-laki kerana memang tidak ada wanita ketika itu dan kerana memang tidak ada perkawinan ketika itu. Sejak ada Adam dan Siti Hawa, sudah sememangnya orang laki-laki kena bersetubuh dengan orang perempuan kalau mau punya anak. Jadi oleh kerana itulah, awak dan setiap orang di bumi ini sudah sememangnya dari orang laki-laki dan dari orang perempuan (berbapa dan beribu). Tapi mengapa di antara semua manusia hanya Isa yang tidak sememangnya?

Hanya Isa yang bersifat mukhalafatu lil hawaditsi (YANG LAIN DARIPADA YANG LAIN). Bukankah itu sifat Allah? Dan hanya Allah yang memiliki sifat itu!

Hanya Isa lah manusia yang SIJIL KELAHIRAN, RESUME dan BATU NISAN nya GHAIB DAN MENAKJUBKAN DAN TIDAK TERPERI DAN TIDAK TERKATA!

Kerana Isa Kalimat Allah adalah Allah dan 20 sifat wajib Allah. Dalam alam pikir LAUH MAḤFÛẒ, Isa Kalimat Allah sememangnya bukan manusia sembarangan. ISA KALIMAT ALLAH SEMEMANGNYA ALLAH.

اُطْلُبُوا العِلْمَ مِنَ المَهْدِ إِلى اللَّحْدِ

Ertinya:

“Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga liang lahat.”

Dirikan solat tahajud, agar hanya Allah Yang Maha Pemberi Petunjuk.