Categories: Article

Ungkapan-Ungkapan Orang yang Berserah Diri Bulat-Bulat kepada Allah

Orang yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah SWT selalu memandang apapun yang berlaku di bumi ini adalah pemandangan yang disebabkan oleh Allah SWT. Orang yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah SWT tidak memandang bahawa dia adalah pusat namun Allah SWT adalah pusat dan sumber segala kejadian.

Allah memegang kendali penuh mengenai apapun yang berlaku di bumi ini. Itulah keislaman yang dicontohkan oleh semua pesuruh-pesuruh Allah. Mereka semua memandang apapun yang berlaku di bumi ini dengan takut kepada Allah SWT. Mereka tidak menghina siapapun atau apapun walaupun menurut mata kepala memang tak cantik dan tak rupawan kerana mereka takut kepada Allah al Khaliq yang mencipta.

Mereka tidak suka memberi pujian-pujian kepada siapapun atau pada apapun walaupun sebenarnya masuk akal pujian-pujian tersebut diterimanya kerana mereka takut kepada Allah dan hanya Allah yang layak dipuji.

Pernah pada suatu hari seorang pemimpin di antara Bani Isra’il pada zaman Nabi Allah Isa a.s. datang kepada Nabi Allah Isa a.s. dan menyapa Nabi Allah Isa a.s.,

أَيُّهَا الْمُعَلِّمُ الصَّالِحُ

(Ayyuhāl mu’allimuṣṣāliḥ)

yang bermaksud,

“Wahai guru yang soleh atau wahai guru yang baik!”

Disebut baik dan disebut soleh oleh orang itu, Nabi Allah Isa langsung mengingatkan orang itu bahawa yang baik hanya Allah dan yang soleh hanya Allah.

فَقَالَ لَهُ عِيسَـى: لِمَاذَا تَدْعُونِي صَالِحًا؟ لا صَالِحَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ

(faqālalahu ‘iisa: limāżā tad’ūnī ṣaliḥan? lā ṣāliḥa ‘ilāllahu waḥdahu)

yang bermaksud,

“Mengapakah engkau mengatakan aku ini baik? Tiada sesiapapun yang baik kecuali Allah!”

Itulah yang dicontohkan Nabi Allah Isa a.s. Jadi apabila kita dipuji, katakanlah,

لا صَالِحَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ

[lā ṣāliḥa ‘ilāllahu waḥdahu]

Tiada sesiapapun yang baik kecuali Allah!

Dan itulah yang dicontohkan oleh semua pesuruh-pesuruh Allah.

Dan seterusnya dalam perjalanan kepasrahanmu kepada Allah, katakanlah:

اَلْحَمْدُ لِلَّه

(Alḥamdulillah)

yang bermaksud,

“Segala puji bagi Allah.”

Katakan “Alḥamdulillah” ketika merasa lega dan puas atau setelah selesai makan dan ketika awak ditanya orang tentang khabar awak, apabila awak merasa baik-baik sahaja, katakanlah [Alḥamdulillah].

Atau boleh juga katakana,

اَلْحَمْدُ لِلَّه وَ الشُّكْرُلِلَّه

(alhamdulillah wa syukrulillah)

“Segala puji bagi Allah dan syukur kepada Allah”

… apabila awak merasa sangat lega dan gembira dan berjaya dalam kehidupan awak atau apabila awak merasa sehat walafiat atau setelah awak selesai makan, katakanlah,

مَاشَاءْ اَللَّه

(masya’ allah)

yang bermaksud,

“Sebab izin Allah.”

Katakan masya’ allah, apabila awak merasa kagum atau takjub pada seseorang atau pada sesuatu. Misalnya, kalau ada seseorang bercerita kepada awak, “Saya punya satu anak umurnya 9 tahun.”

Katakanlah, (masya’ allah) dan kemudian awak boleh melanjutkan percakapan dengan Bahasa Melayu.

سُبْحَانَ اللَّه

(subḥānallah)

yang bermaksud,

“Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah.”

Katakan subḥānallah ketika awak terkejut dan terkesima, tercengang hilang akal dan termangu-mangu ketika awak melihat atau mendengar sesuatu, kerana Allah memang maha kuasa dan maha suci sifatNya.

لَا حَوْلَ وَ لَا قُوَةَ إِلَا بِاللَّه

(lā ḥaula wa lā quwata ‘ilābillah)

yang bermaksud,

“Tidak ada kekuatan kalau bukan dengan kekuatan Allah.”

Kita tidak boleh memaksakan kehendak kita dan kekuatan kita. Nafsu kita tidak boleh kita andalkan.

Nabi Allah Isa a.s. pernah mengajar orang-orang bahawa apabila memanjatkan doa kepada Allah, manusia tidak dibenarkan memaksa Allah untuk menerima apa yang dikehendaki manusia yang berdoa itu, tapi manusia kena mengatakan kepada Allah bahawa semoga terlaksanalah kehendak Allah dunia-akhirat lahir-batin, kita tidak sepatutnya berfokus pada kehendak kita manusia ini. Nabi Allah Isa bermunajad,

لِتَكُنْ مَشِيئَتُكَ، عَلَى الأَرْضِ كَمَا هِيَ فِي السَّمَاءِ

yang bermaksud,

“Semoga terlaksalah kehendakMu, Ya Allah, dunia akhirat lahir batin.”

Jadi, benar katakanlah lā ḥaula wa lā quwata ‘ilābillah apabila ada sesuatu yang tak terduga di luar kendali awak dan diluar akal pikiran awak.

إِنْشَاءْ اَللَّه

(insyā’allah)

yang bermaksud,

“Semoga kehendak Allah yang terlaksana!”

Disebutkan di Tarjamah Arab Injil Surah Risalah Ya’qub 4:13-15 …

وَالآنَ انْتَبِهُوا أَنْتُمْ يَا مَنْ تَقُولُونَ: “سَـنَذْهَبُ الْيَوْمَ أَوْ غَدًا إِلَى الْبَلْدَةِ الْفُلانِيَّةِ، وَنُقِيمُ هُنَاكَ عَامًا وَنَشْـتَغِلُ وَنَرْبَحُ.” 14 مَهْلا! أَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ شَـيْئًا عَنِ الْغَدِ، وَلا تَضْمَنُونَ حَيَاتَكُمْ! فَأَنْتُمْ بُخَارٌ يَظْهَرُ فَتْرَةً قَلِيلَةً ثُمَّ يَخْتَفِي. 15 بَدَلا مِنْ ذَلِكَ يَجِبُ أَنْ تَقُولُوا: “إِنْ شَاءَ الرَّبُّ وَعِشْنَا، سَنَعْمَلُ هَذَا الأَمْرَ أَوْ ذَاكَ

yang bermaksud,

13 Sekarang, dengarlah nasihatku, wahai kamu yang berkata, ‘Hari ini atau esok kami akan bertolak ke sebuah negeri dan tinggal di situ selama setahun untuk berniaga dan mencari wang.’

14 Tetapi kamu tidak tahu apa yang akan terjadi dengan kehidupan esok. Kamu umpama wap, yang kelihatan sejurus lantas lenyap.

15 Sepatutnya kamu berkata demikian, ‘Kalau diizinkan Ar Rabbil alamin Tuhan, kalau dizinkan Tuhan Yang Maha Kuasa, kami akan terus hidup dan melakukan sekian-sekian.’

Kalau kita mendengar berita kematian siapapun, kita kena kena katakan,

إِنَّالِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن

(‘innalillahi wa ‘inna ‘ilaihi rāji’ūn)

Siapapun yang mati! Bagi orang yang berserah bulat-bulat kepada Allah, kematian bererti kehidupan kerana,

“Milik Allah kita semua, dan kepada Allah lah, kita semua kembali.”

Salah satu asma dan sifat Allah adalah al Hayyul al Qayyum yang bersifat penuh dengan Hayat Hidup! Jadi sungguh hiduplah barangsiapa yang kembali kepada Allah Al Hayyul al Qayyum.

Jadi terbunuhnya para nabi oleh orang-orang Bani Isra’il boneka Kaisar Rom pada zaman dahulu yang tercatat di QS Al Ma’idah [5]:70, Ali Imran [3]:112 hanya mengantarkan para nabi yang terbunuh tersebut kembali kepada Allah Al Hayyul al Qayyum Sang Kehidupan. Itu ertinya mereka semua yang dibunuh oleh orang-orang Bani Isra’il Boneka Rom tersebut masih hidup.

Mulai sejak lahirnya, Almasih Isa Kalimat Allah di QS Ali Imran [3]:45 sudah bercakap tentang kematiannya yang tercatat di QS Maryam [19]:33 (dan Maryam [19]:20-34), dan Allah sendirilah yang menetapkan kematian Isa di QS Ali Imran [3]:55 dan QS An Nisa’ [4]:157 dengan syubbihalahum [nampaknya mereka orang-orang Bani Isra’il lah yang melakukan pembunuhan Isa].

Jadi benarlah QS Al Baqarah [2]:154 yang menyatakan,

وَلَا تَقُولُوا لِمَن يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ

“Janganlah kamu mengatakan terhadap orang yang mati di jalan Allah mati, tapi sesungguhnya mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya.”

Benar pula apa yang dinyatakan di dalam Tarjamah Arab Kitab Injil Surah Risalah Timutawus Awal (2 Timothius) 2:11,

هَذَا كَلامٌ حَقٌّ: إِنْ مُتْنَا مَعَهُ نَحْيَا مَعَهُ.

haża kalāmun haqun: ‘in mutnā ma’ahu naḥya ma’ahu

yang bermaksud,

“Kata-kata ini benar: Jika kita mati bersama-Nya, kita juga akan hidup bersama-Nya.”

Tarjamah Arab Injil Surah Matta (Matius) 10:39

مَنْ أَرَادَ أَنْ يَحْفَظَ حَيَاتَهُ، يَفْقِدُهَا. أَمَّا مَنْ فَقَدَ حَيَاتَهُ فِي سَبِيلِي، فَإِنَّهُ يَجِدُهَا.

man ‘arāda ‘an yaḥfaẓa ḥayātahu, yafqiduhā. ammā man faqada ḥayātahu fī sabīlī, fa’innahu yajiduhaa

Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidupnya, dan sesiapa yang kehilangan hidupnya kerana menjadi pengikutku akan mendapatkan hidup kekal.

Jadi bagi orang-orang yang beriman dan berserah bulat-bulat kepada Allah, yang dipegang adalah prinsip uulil abshār memandang dengan mata hati bukan dengan mata kepala seperti yang disebutkan di QS Ali Imran [3]:13. Walau mata kepala menyaksikan kematian, namun mata hati menyaksikan kehidupan. Semuanya benar. Mata kepala benar. Mata hati juga benar.

Nabi Isa mati terbunuh dihukum mati salib oleh orang orang Bani Isra’il Boneka Kaisar Rom. Itu kata mata kepala. Namun, mata hati kita orang-orang beriman kepada Allah kena bersikukuh berkata, “Tidak! Nabi Isa hidup kembali kepada Allah. Apa yang disaksikan oleh mata kepala dan mata hati, menurut Kitab-Kitab Allah Taurat, Zabur, Injil dan Qur’an, sama-sama haq! Itulah Kuasa Ilahi.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago