Ya Adl

العدل

Yang Maha Adil.

Adil adalah salah satu yang diharapkan dari seorang hakim yang baik. Kalau ada hakim yang baik pasti ada keadilan. Kalau ada keadilan pasti ada damai.

Di mana sahaja di bumi ini, orang-orang selalu mendambakan keadaan yang damai.

Dalam Bahasa Arab, damai adalah salam سَلَا .mDalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani, damai adalah shalom.

SALAM dan SHALOM adalah ungkapan yang ertinya mendambakan hubungan silaturahmi yang baik antara bangsa-bangsa dan juga antara orang yang satu dan orang yang lainnya.

Di lebih dari 50 negara Islam di mana Islam adalah ugama majoriti, setiap orang tanpa pandang bulu selalu ingin diperlakukan dengan adil, tanpa dibeza-bezakan dan selalu ingin dilindungi dan dipayungi oleh sistem atau aturan hukum yang baik. Tapi sayang, pada kenyataannya, sebahagian besar orang-orang Muslim yang tinggal di negara-negara Islam justeru banyak menderita kerana keadilan hampir tidak ada, kerana pemimpin-pemimpin dan hakim-hakim di negara mereka cenderung bersikap tidak adil dalam memimpin dan membuat keputusan.

Di dalam Kitab Al-Qur’an, enam kali kata adil atau عدل disebut untuk menggambarkan sifat adilnya manusia dan sifat adilnya Allah. Tengok Qur’an Surah An Nisa’ [4]:58, Al An’am [6]:115. Jadi baik Allah maupun manusia boleh bersikap adil.

Dalam Tarjamah Bahasa Arab Kitab Taurat, Zabur dan Injil, kata adil atau عدل banyak sekali disebut.  Kitab Taurat, Zabur dan Injil dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani dan Bahasa Yunani menggunakan beberapa kata yang ertinya adil. Berbicara tentang kata adil, ada sebuah kota kecil di Timur Tengah disebelah baratdaya Baitalahm (Bethlehem) yang bernama Adullam.

Adullam memiliki akar kata yang sama dengan kata adil. Di Adullam ada sebuah gua di mana di dalamnya Daud pada zaman dahulu pernah bersembunyi di situ mencari perlindungan ketika dikejar-kejar orang yang mahu membunuhnya.

Dalam budaya Bani Isra’il para nabi, ada sebuah kebiasaan mencari keadilan dengan cara pergi ke sebuah tempat yang disebut kota pencari keadilan. Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani, adil adalah tsedeq צֶדֶק yang sering diertikan sebagai benar, hakiki, tidak pandang bulu, tidak membeza-bezakan.

Dalam Kitab Nabi Musa, Al-Ilah atau Tuhan Yang Maha Adil digambarkan sebagai Al-Ilah Tuhan yang setia, tidak ada kecurangan pada-Nya. Dia melakukan yang baik dan yang benar.

Termaktub di Kitab Taurat Surah At-Tasniyati (Ulangan) 32:4.

Oleh Nabi Ayub, Al-Ilah Tuhan Yang Maha Adil digambarkan sebagai Al-Ilah Tuhan yang sunggguh besar kuasa-Nya sehingga kita tidak dapat mendekati-Nya; Dia jujur dan adil terhadap manusia.

Termaktub di Kitabul Anbiya’ Surah Ayub 37:23.

Oleh Nabi Daud, Al-Ilah Tuhan Yang Maha Adil digambarkan sebagai hakim yang benar.

Termaktub di Kitab Zabur 7:11.

Berada di JALAN ALLAH atau FĪ SABĪLILLAH, digambarkan oleh Nabi Musa adalah berada dalam kenyataan bahawa Tuhan Allah itu tidak membeza-bezakan dan tidak pandang bulu dan tidak menganak emaskan dan tidak berat sebelah dan tidak menerima rasuah.

Termaktub di Kitab Taurat Surah At-Tasniyati (Ulangan) 10:17.

Bulus, salah satu Hawariyun, yakni penyokong setia Nabi Isa, menyatakan bahawa Tuhan Allah adalah penuh dengan keadilan bagi semua orang tanpa pandang bulu,  bahkan, oleh Tuhan Allah,  harga diri kaum tidak berkhatan pun dijaga-Nya.

Termaktub di Suhuf Hawariyun Surah Galatia 2:6, beliau juga menyatakan bahawa setiap jongos-jongos Allah pasti menikmati kemerdekaan di dalam keadaan yang takzim dan tawadu’ beriman kepada Yang Mulia Sayidina Nabi Isa.

Termaktub di Suhuf Hawariyun Surah Ar Ruum 2:11, beliau menyatakan bahawa manusia tempatnya salah dan lupa namun walaupun begitu, Allah menyelamat semua manusia tanpa pandang bulu.

Termaktub di Kitab Taurat Surah At-Takwin (Kejadian) 22, Suhuf Hawariyun Surah Galatia 3:6 dan seterusnya, Ibrahim dengan rela dan dengan taat membawa putera kandungnya ke tempat qurban dan menjadikan putera kandungnya itu sebagai qurban untuk Allah. Kerana melakukan tindakan yang rela berqurban dengan taat kepada perintah Allah, tindakan Ibrahim itu disebut sebagai tindakan yang “benar dan adil.” 

Termaktub di Surah At-Takwin (Kejadian) 18:19.

Oleh kerana tindakan yang penuh iman inilah dan juga kerana pilihan-pilihannya untuk menjalani hidup dengan iman, Ibrahim, oleh Allah, dianggap benar dan dianggap lurus.

Termaktub di Suhuf Hawariyun Surah Ar-Ruum 4:13 dan seterusnya.

Salah seorang Hawariyun lainnya yang bernama Ya’qub menyebut Ibrahim sebagai خَلِيلُ الله (Khalīlullah) yang ertinya adalah Sahabat Allah atau Kekasih Allah. Lihat pula Kitab Majmu Syarif Doa Kanzul Arsy. Ya’qub al-Hawariyun itu juga bersetuju dengan Bulus al-Hawariyun yang menyatakan bahawa,

“Allah meredai seseorang itu kerana perbuatannya, bukan kerana imannya semata-mata.”

Termaktub di Suhuf Hawariyu Surah Ya’kub 2:24.

Perlu diketahui, orang yang dianggap benar dan dianggap lurus oleh Allah itu selalu ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi orang penuh kehakikian yang ciri khasnya seperti yang digambarkan oleh Nabi Allah Āmūs, iaitu,

“Membenci kejahatan, mencintai kebaikan, dan menegakkan keadilan di mahkamah.”

ermaktub di Kitabul Anbiya’ Surah Āmūs 5:15.

Sampai sekarangpun, banyak orang Muslim sangat mendambakan datangnya yang ditetapkan oleh Allah untuk membunuh almasih Dajjal sumber fitnah yang membuat manusia tidak boleh hidup dengan penuh kehakikian dan kebenaran. Dajjal ertinya palsu.

Yang ditetapkan oleh Allah untuk membunuh Dajjal adalah Almasih Isa. Disebutkan di dalam Hadis:

ٌاَ لأَ نْبِيَءُ إِخْوَةٌ لِعَلَّاتٍ أُمَّهَا تُهُمْ شَتَّ وَدِيْنهُمْ وَحِد

ُوَإِنِّي أَوْلَى النَّاسِ بِعِيْسَى بْنِ مَرْيَمَ لِأ  نَـــــَّـهُ لَمْ يَكُنْ نَبِيٌّ بَيْنِيْ وَبَيْنَه

ِوَإِنَّهُ نَازِلٌ فَإِذَا رَأَيْتُمُوْ هُ فَا عْرِفُوْهُ: رَجُلٌ مَرْبُوْعٌ إِلَى

 ِالْحُمْرَةِ وَالْبَيَاضِ عَلَيْهِ ثَوْبَانِ مُمَصِّرَان

كَأَنَّ رَأْسُهُ يَقْطُرُ وَإِنْ لَمْ يَصِبْهُ بَلَلٌ

َفَيَدُقُّ الصَّلِيْبَ وَيَقْتُلُ الْخِنْزِيْرَ وَ يَضَعُ الْجِزْيَة

 ُوَيَدْ عُو النَّاسَ إ لَى اْ لإ  سْلَامِ وَ يُهْلِكُ الله

 ُفِي زَمَانِهِ الْـمِلَلَ كُلَّهَا إِلَّا الِإسْلَام

َوَيُهْلِكَ اللهُ فِي زَمَانِهِ الْـمَسِيحَ الدَّجَّال

 ِڽُمَّ تَقَعُ اْلأ مْنَةُ عَلَى اْلأ رْضِ حَتَّى

 ِتَرْتَعَ اْلأ سْوُدُ مَعَ اْلإ  بِلِ وَالنِّمَارُ مَعَ الْبَقَر

ِوَالذِّئَابُ مَعَ الْغَنَمِ وَيَلْعَبُ الصِّبْيَانُ بِالْحَيَّت

 لاَ تَضُّرُهُمْ فَيَمْكُڽُ أَرْبَعِيْن سَنَةً ڽُمَّ يُتَوَ فِّى

 وَيُصَلِّيْ عَلَيْهِ ا لـمُسْلمُوْنَ

Yang maksudnya,

“Para nabi itu bersaudara dari satu bapak dan ibu mereka berlainan, namun keadaannya satu, yakni semua berserah diri kepada Tuhan Allah. Sesungguhnya saya adalah orang yang paling dekat kepada Isa bin Maryam, kerana tiada nabi antara aku dan dia. Sesungguhnya dia akan turun. Jika kamu melihatnya, maka kenalilah dia. Dia seorang yang sedang tingginya, berkulit kemerah-merahan, mengenakan dua lapis pakaian yang berwarna dua, dan kepalanya meneteskan air walaupun kepalanya itu tidak basah. Dia akan meniadakan siksa hukuman mati salib yang mengerikan, membunuh babi (menyediakan makanan yang halal sahaja), menghapuskan pajak dan mengajak manusia kepada keadaan islam (keadaan yang berserah diri bulat-bulat kepada Tuhan Allah).

Pada zaman Isa, Allah membinasakan almasih Dajjal. Kemudian terciptalah rukun damai di muka bumi sehingga ular besar dan unta hidup bersama dengan rukun, demikian pula singa dan lembu hidup rukun damai, serigala dan domba hidup rukun damai, dan anak-anak dapat bermain-main dengan ular sebab ular tak lagi membahayakan anak-anak.”

(Hadis Riwayat Ahmad.)

Dan juga Al-Bukhari rahimahullah meriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

َوَ لَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَيُوْ شِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيْكُمُ ابْنُ مَرْيَمَ حَكَمًا عَدْلا  فِيَكْسِرُ الصَّلِيْبَ وَيَقْتُلُ اْلخِنْزِيرَ و يَضَعُ اْلجِزْيَةَ وَ يَفِيْضُ الْـمَا لُ حَتَّى لَا يَقْبَلَهُ أَحَدٌ وَحَتَّ تَكُوْنَ السَّجْدَةُ خَيْرً الَهُ مِنَ الدُّنْيَا وَ مَا فِيْهَا

Yang maksudnya,

Demi yang jiwaku dalam kekuasaannya, sesungguhnya telah dekat waktunya Isa ibnu Maryam turun kepadamu sebagai hakim yang adil. Dia akan meniadakan salib hukuman mati yang memalukan, membunuh babi (menyediakan makanan yang halal sahaja), menghapuskan pajak, dan harta kekayaan melimpah ruah hingga tidak ada seorang pun yang mau menerimanya dan hingga satu kali sujud lebih baik baginya daripada dunia dan isinya (Hadis Riwayat Bukhari).

Hadis Nabi juga menceritakan kisah Nabi Isa mensejahterakan manusia dan membunuh babi-babi. Menurut hadis Nabi, Nabi Isa menyebabkan manusia hidup aman dan sentosa dan Nabi Isa menghancurkan apapun yang membelenggu manusia, apapun, pasung dan segala bentuk hukuman mati yang memalukan, semuanya itu dihapuskan oleh Nabi Isa.

Segala bentuk hukuman mati termasuk hukuman salib dan rejam batu dan dimasukkan ke kandang binatang buas macam  singa, harimau dan ular berbisa semua dihapuskan oleh Nabi Isa. Alhasil, semua manusia hidup tenteram, aman dan sentosa.

Almasih Isa ditetapkan Allah. Oleh kerana itulah beliau didamba-dambakan oleh segala macam manusia tanpa  pandang bulu.

Sudah ditetapkan oleh Allah, Almasih Isa adalah hakim yang adil حَكَمًا عَدْلا (ḥakaman ‘adlan).

Begitulah cara Allah menyatakan keadilan Allah.

Munajad:

Dunia dan Bangsaku sungguh sangat mendambakan keadilan. Di manakah Engkau, wahai Yang Maha Adil, ketika mereka merintih penuh kesakitan kerana dizalimi oleh ketidakadilan?

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini