Categories: Article

Yā ’Afuw

العفو

Maha Pemaaf;

menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf.

Bermula dengan … AR-RAHMAN, RAHIM, GHAFFĀR, GHAFŪR … ‘AFUW hampir mirip dengan RAŪF.

Semua menggambarkan bahawa Yang Ilahi bersifat …

  • Penyabar
  • Pemaaf
  • Pengampun
  • Pemurah

Dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil, tidak ada kata yang mirip dengan AL-‘AFUW. Secara bahasa, AL-‘AFUW tidak termaktub di dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil.

Namun walaupun secara bahasa, AL-‘AFUW tidak termaktub di dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil, sebenarnya Kitab Taurat, Zabur dan Injil menyatakan bahawa sifat daripada Yang Ilahi adalah penyabar, pemaaf dan pemelihara dan penjaga makhlukNya. Sebenarnya sifat-sifat itu adalah sifat daripada AL-‘AFUW.

AL-‘AFUW bererti, Maha Pemaaf menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf.

Jika mempertimbangkan aspek-aspek hukum dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil, dapat ditarik kesimpulan AL-‘AFUW cenderong lebih mengenai dosa-dosa kecil.

Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani, ada tiga kata yang bererti dosa, iaitu …

  • awon,
  • adikia, dan
  • anomia.

Awon adalah khilaf. Awon lebih bersifat bimbang, bingung, pening, khawatir sebagai akibat atau effect tidak beriman kepada Yang Ilahi.

Adikia dan anomia lebih bersifat kemaksiatan dan pelanggaran yang secara nyata dilakukan.

Disebutkan di dalam Kitab Zabur 25:11,

/lema’an shimekha yh wsalachta la’awon ki ravhu/

yang bermaksud,

“Demi namaMu, wahai Yang Ilahi, ampunilah kekhilafanku dan kebingungan dan kebimbangan dan kekhawatiranku, dan kepeninganku yang amat banyak ini.”

Dalam Bahasa Inggris, “Excuse me!” Dalam Bahasa Melayu, “Permisi!” Kedua kata itu cenderong lebih mengenai khilaf dan merasa pening dan bingung, kekhuatiran.

Bani Isra’il adalah Keturunan Nabi Ibrahim. Orang-orang Bani Isra’il wajib memberi menyembelih haiwan korban apabila mereka menyentuh apa sahaja yang najis.

Menurut Kitab Taurat Surah al-Awiyaina [Imamat] 5:10, apabila orang-orang Bani Isra’il menyentuh apa sahaja yang najis, mereka harus menyerahkan haiwan korban kepada para imam Baitullah untuk disembelih oleh para imam tersebut. Setelah haiwan korban disembelih oleh imam di Baitullah, najis atau kekotoran hidup orang tersebut diampuni kerana telah disiksanya haiwan korban itu sebagai pengganti atau korban yang menanggung siksa, dengan begitu, orang yang najis atau yang hidupnya kotor tersebut diampuni. Berapa jumlah haiwan korban yang disembelih tergantung pada keadaan najis atau kotor atau dosa-dosa orang itu dan juga tergantung pada kemampuan orang itu untuk memberi haiwan korban untuk menebus dosa-dosa dan kotoran hidupnya yang kotor tersebut.

Jadi orang-orang Bani Isra’il selalu menghitung berapa kali dia menyentuh apa sahaja yang najis dan selalu menghitung kotoran-kotoran di dalam hidup mereka dan juga menghitung dan membayangkan hukuman-hukuman yang pantas mereka terima daripada Allah. Setelah berkorban, mereka juga selalu membayang-bayangkan dan menghitung-hitung ampunan-ampunan yang mereka terima daripada Allah.

Di Zaman Runtuhnya Kerajaan Bani Isra’il dan Kerajaan Yahuda, Nabiullah Amus mempersoalkan kebiasaan-kebiasaan bodoh orang-orang Yahudi yang suka menghitung berapa kali mereka menyentuh apa sahaja yang najis dan menghitung kotoran-kotoran dalam hidup mereka. Nabiullah Amus adalah observer atau pengamat kecenderongan perilaku manusia.

Nabiullah Amus menyindir mengapa orang-orang Yahudi tidak menghitung juga kenajisan dan kekotoran dari bangsa-bangsa kafir atau tidak berkhatan di seluruh dunia yang telah mempengaruhi kehidupan ibadah kaum berkhatan dan mengapa pula orang-orang Yahudi tidak menghitung juga kekotoran dan kenajisan dan dosa-dosa di dalam hati orang-orang Yahudi itu sendiri. Nabi Amus mencabar orang-orang Bani Isra’il bahawa mereka tak payah hitung-hitung dan timbang-timbang dosa-dosa dan khilaf mereka yang sudah tidak dapat lagi dihitung berapa kali.

Dosa dan khilaf ada di mana-mana … di Damaskus, Gaza, Tyre, Edom, Ammon dan Moab. Dan Bani Yahuda atau Yahudi disebut-sebut sebagai kaum yang tidak mahu menta’ati syariah Kitab Taurat dan selalu melawan ketetapan-ketetapan Allah. (Suhuf Amus 2:4.)

Namun, Suhuf Amus juga menyatakan bahawa azab yang besar dari Allah akan dijatuhkan kepada Bani Isra’il secara keseluruhan. Kata Nabiullah Amus,

Tuhan Allah berfirman, “Kalau tidak 3 kali, atau 4 kali, pokoknya, Bani Isra’il sudah berkali-kali berdosa, kerana itu Aku pasti akan menghukum mereka. Mereka menjual orang jujur sebagai abdi; orang jujur yang tidak dapat membayar hutang mereka. Demikian juga yang dilakukan mereka terhadap orang miskin yang tidak dapat membayar hutang, walaupun hutang itu hanya seharga sepasang selipar.

(Suhuf Amus 2:6.)

Suhuf Amus itu memang suhuf yang pendek, namun merupakan salah satu suhuf berbahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani yang berisikan ampunan-ampunan ilahi yang disediakan oleh Allah bagi Bani Isra’il atas dosa-dosa besar umat Allah itu. Namun, walaupun begitu, umat Bani Isra’il itu akan dihukum ketika umat Bani Isra’il itu ditaklukkan dan dijajah dimana-mana diseluruh dunia ini. (Suhuf Amus 9:9-10.)

Sayidina Isa pun juga mempersoalkan kebiasaan-kebiasaan bodoh orang-orang Yahudi yang suka menghitung berapa kali mereka menyentuh apa sahaja yang najis dan suka menghitung kotoran-kotoran dalam hidup mereka dan suka menghitung-hitung hukuman-hukuman yang pantas mereka terima dan suka menghitung-hitung perbuatan-perbuatan saleh yang telah mereka lakukan. Kenajisan atau amal saleh, sekecil apapun, mereka hitung-hitung. Sayidina Isa mempersoalkan kebiasaan-kebiasaan bodoh orang-orang Yahudi itu.

Kata Nabiullah Isa …

Sungguh malang, wahai kamu orang-orang munafik! Kamu memberikan zakat sepersepuluh daripada pelbagai jenis rempah seperti selasih, adas manis dan jintan kepada Allah. Tetapi kamu tidak mematuhi ajaran Taurat yang benar-benar penting bagi keadilan, belas kasihan dan kesetiaan.

(Kitab Injil Surah Matta 23:23.)

Pernah suatu ketika Sayidina Isa menjawab pertanyaan Butrus al-Hawari mengenai sampai berapa kali seseorang wajib memaafkan kesalahan orang lain. Sampai 7 kali kah? Tanya Butrus al-Hawari kepada Sayidina Isa.

Dijawab oleh Sayidina Isa,

“Bukan 7 kali, namun 70 kali 7 kali.”

(Kitab Injil Surah Matta 18:22.)

Nabi Muhammad mengingatkan …

لإنسان محل لخطاوانسين

Manusia tempatnya salah dan lupa.

Jadi maksud Sayidina Isa adalah bahawa manusia pasti akan selalu harus memaafkan sesama manusia atas segala khilaf dan lupa baik yang disengaja ataupun tidak, baik besar ataupun kecil, kerana manusia tempatnya salah dan lupa.

Munajad:

Wahai yang ilahi yang maha mengḥisāb, hitungan-Mu amat berbeza dengan hitungan hamba. Ni’mat ampunan-Mu merubah segala hitungan.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago