اَلْأَحَد
Maha Esa
Kata yang dipakai dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani adalah,
Kata yang dipakai dalam Bahasa Arab adalah أَحَدٌ aḥād.
Terjemahan Bahasa Melayu Taurat, Zabur dan Injil dan Al Quran memakai kata esa, bukan berjumlah satu. Dialah Allah Yang Maha Esa.
Bukan Dialah Allah yang berjumlah satu.
Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani dan Bahasa Arab sama mengenai sifat atau nama Yang Ilahi ini.
Kedua-duanya menyatakan bahawa Tuhan itu Esa.
Kata yang dipakai dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani adalah,
Kata yang dipakai dalam Bahasa Arab adalah أَحَدٌ aḥād. Untuk mengungkapkan keesaan Tuhan atau Ketauhidan, terdapat sedikit perbezaan budaya dan bahasa antara orang Muslim dengan orang Isra’il.
Menurut adat orang Muslim dan adat orang Isra’il, yang non-hawariyyun atau hawariyyun, ketauhidan atau keesaan Tuhan itu harus menyatakan bahawa Tuhan itu berjumlah satu, dan tidak terdiri dari apapun dan tidak mengandung apapun. Betul-betul berjumlah satu dan bilangannya harus satu dan wajib terbilang satu. Tidak mengandung apapun. Tidak terdiri dari apapun.
Orang Kristian, yang bertamadun Rom atau yang hawariyyun juga mengungkapkan keesaan Tuhan atau Ketauhidan.
Menurut orang hawariyyun dari Tamadun Kristian, Tuhan Maha Esa itu ertinya Tuhan itu unik luar biasa, oleh kerana itu satu-satunya, tidak ada yang menyamai, kerana Tuhan itu memang unik luar biasa atau ghaib sifatnya dan tidak terbilang dan tidak berjumlah dan tidak terjumlah. Uniknya Tuhan atau keghaiban Tuhan itu ibaratnya milik dari Bapa, Putera dan Roh Tuhan atau milik dari Allah, Kalimah-Nya dan Roh Allah.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ (Allah, Ar Rahman, Ar Rahim)
… jelas tidak dihitung tiga, kerana memang tidak berkaitan dengan jumlah.
Dalam Kitab Taurat dan Suhuf Ezra yang kelihatannya berjumlah tiga itu disebut …
… (Kitab Taurat Surah At-Takwin [Kejadian] 4:26; Suhuf Ezra 5:1) atau, dalam Bahasa Arab,
بِسْــــــــــــــــــمِ الــــــــــلهِ bismillah
(Dengan Nama Al Ilah atau Dengan Nama Allah atau Dengan Nama Tuhan).
Keesaan Tuhan atau Kesatuan Tuhan atau Unitas Tuhan atau Ketauhidan Tuhan memang sungguh ghaib dan merupakan kemaha tunggalan atau himpunan yang ghaib dan unik luar biasa.
Dalam Kitab-Kitab Suryani Negeri Syam yaitu Kitab Taurat, Zabur dan Injil,
atau,
أَحَدٌ /aḥād/,
tidak selalu bererti cardinal number atau bilangan yang berjumlah satu.
Contoh di Kitab Taurat Surah At-Takwin [Kejadian] 2:24 disebutkan …
‘alken ya’azau ish et avi w’et ‘imo wdavaq b’ishto whaul vasar ‘echad
yang bermaksud,
Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka menjadi satu atau menjadi terhimpun oleh takdir ilahi.
Perhatikan juga:
Do’a Nabi Muhammad s.a.w. pada perkahwinan putrinya Fatimah Az-Zahroh dengan Ali bin Abi Thalib …
Semoga Allah menghimpun yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua, dan kiranya Allah meningkatkan kualitas keturunan mereka.dan menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmah, sumber ilmu dan hikmah, serta pemberi rasa aman bagi umat.
Perkahwinan adalah terhimpunnya seorang laki-laki dan seorang perempuan oleh Allah.
Perkahwinan adalah himpunan yang tempat bagi seorang laki-laki dan seorang perempuan untuk hitung-hitungan dan bukanlah tempat untuk hitung-hitungan.
Perkahwinan adalah satu kerana sebab Allah. Yang terserak-serak dari keduanya disatukan dalam himpunan yang disebut perkahwinan.
Para hawariyun menjunjung tinggi ketauhidan, kemaha-tunggalan yang ghaib dan unik itu. Sebenarnya istilah triniti atau tritunggal diadakan adalah kerana zaman dahulu kala, orang Kristian dihina oleh polemik kabar burung tuduhan orang ramai di Yerusalem dan Timur Tengah bahwa para hawariyyun yang bertamadun Rom itu menyembah tiga Allah.
Kerana dihina dan diserang ramai orang yang berpolemik yang memburuk-burukkan ungkapan tauhid Kristen tamadun Rom, orang Kristian itu merasa dizalimi, maka mereka kembangkan istilah triniti sebagai tanggapan mereka untuk menjawab atau menyatakan bahawa mereka tidak menyembah Allah yang tiga jumlahnya.
Sebagai ilutrasi, menurut tauhid uluhiyah, ada tiga tingkatan dalam mentauhidkan Allah. Tiga tingkatan namun semuanya tauhid yang tidak dapat dipisah-pisahkan dan tidak dapat diranking mana yang lebih tinggi.
Islam menurut bahasa adalah masuk dalam kedamaian. Sedangkan menurut syara’, Islam bererti pasrah kepada Allah, bertauhid dan tunduk kepada-Nya, taat, dan membebaskan diri dari syirik dan pengikutnya.
Iman menurut bahasa bererti membenarkan disertai percaya dan amanah. Sedangkan menurut syara’, iman bererti pernyataan dengan lisan, keyakinan dalam hati, dan perbuatan dengan anggota badan.
Ihsan menurut bahasa berarti kebaikan, yakni segala sesuatu yang menyenangkan dan terpuji. Sedangkan menurut syara’, ihsan adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh baginda Nabi yang artinya …
“Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Allah. Jika engkau tidak dapat melihat Allah, maka sesungguhnya Allah melihatmu.”
Syaikh Ibnu Taimiyah berkata,
“Ihsan itu mengandung kesempurnaan ikhlas kepada Allah dan perbuatan baik yang dicintai oleh Allah.”
Tauhid bukanlah agar umat manusia saling menghina dan saling menyerang. Tauhid adalah untuk memuliakan dan mengagung-agungkan Yang Ilahi.
Pada tahun 325, ada pertemuan orang-orang hawariyyun dari berbagai macam tamadun dan dari berbagai tingkatan ketauhidan, mereka bertemu di Kota Nicaea sekarang İznik, Turki dan menerima bahawa Sayidina Isa Kalimah Allah bersifat ilahi dan Sayidina Isa Kalimah Allah adalah Yang Ilahi yang di dunia disebut Putera Maryam. (Kitab Injil Surah Yahya 1:1.)
Mereka tetap merasa menjunjung tinggi iman tauhid dan tetap merasa mengesakan Yang Ilahi dan tetap mengakui keunikan daripada Yang Ilahi dan tetap menganggap Yang Ilahi adalah satu-satunya bukan sekedar berjumlah satu. Mereka tetap merasa menyembah Allah seolah-olah mereka melihat Allah. Dan apabila mereka tidak dapat melihat Allah, mereka merasa dilihat oleh Allah.
Allah Yang Maha Esa. Itulah kehakikian yang ada di berbagai macam ayat dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil. Rukun ibadah dalam Kitab Taurat Surah Tasyniyati [Ulangan] 6:4 juga menekankan Allah Yang Maha Esa.
shema yisra’el yh ‘elohe yh echad
yang bermakna,
“Dengarlah, wahai Isra’il! Yang Ilahi ilah satu-satunya, tiada yang lain.”
Isra’il adalah gelar dari Allah bagi Nabi Ya’qub, yang bererti …
“berjuang untuk mendapat pahala dari Allah.”
Jadi barangsiapa yang berjuang untuk mendapat pahala dari Allah boleh disebut isra’il juga.
Yang ilahi adalah ilah satu-satunya, tidak ada yang lain, itu dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani Suryani adalah …
atau salah satu nama Yang Ilahi dalam Bahasa Arab adalah …
اَلْقُدُّوْس /Al Quddus/.
Terjemahan Bahasa Inggris nya adalah … THE HOLY ONE.
Kitab Taurat dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani tidak memakai cardinal number ONE atau berjumlah satu, namun hanya menyebut,
yang ertinya,
‘Yang Istimewa’ atau ‘Yang Utama.’
Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani memakai ordinal number
‘UTAMA.’
(Suhuf Al-Muluukil Tsani [2 Raja-Raja] 19:22; Zabur 89:18.)
Walau tanpa disebut berjumlah satu, makhluk sudah tahu bahawa Yang Ilahi itu memang unik dan tidak sama dengan apapun dan tidak dapat disamakan dengan ilah-ilah yang lain atau apapun, dan memang Yang Ilahi itu bersifat istimewa, utama atau, bukan hanya berjumlah satu, tapi satu-satunya.
Ratusan ribu tahun yang lalu, nabiullah Isya’ya paling sering menyatakan bahawa Yang Ilahi yang bersifat utama atau istimewa!
Yang Ilahi yang bersifat utama atau istimewa itu memang adalah Yang Menutupi Segala Kekurangan Manusia.
Yang Ilahi yang utama atau istimewa itu menutup semua kesalahan dan khilaf manusia.
Yang Ilahi yang bersifat utama atau istimewa itu menyelamatkan manusia dan membebaskan manusia dari hukuman siksaan dosa-dosa manusia.
Yang Ilahi yang bersifat utama atau istimewa itu membebaskan manusia dari cengkeraman dosa-dosa.
Yang Ilahi yang bersifat utama atau istimewa itu membunuh Dajjal sumber fitnah yang keji.
Termaktub di Suhuf Isya’ya [Yesaya] 41:14 …
Yang Ilahi berfirman,
“Walaupun kamu kecil dan lemah, hai Isra’il, jangan takut, Aku akan menolong kamu.
Aku, Allah yang dimuliakan oleh orang-orang Isra’il, adalah ilah yang suci, Akulah yang menyelamatkan kamu.
Termaktub di Suhuf Isya’ya [Yesaya] 47:4 …
Allah yang dimuliakan Bani Isra’il, adalah ilah yang suci, membebaskan kita, nama-Nya Allah Yang Maha Kuasa.
Pada zaman dahulu kala di zaman Nabi Musa, Tuhan Allah menyelamatkan umat Allah Bani Isra’il dari cengkeraman Fira’un yang keji. Tuhan Allah menyebabkan umat Allah Bani Isra’il keluar dari cengkeraman Fir’aun yang keji. Ketika Tuhan Allah menyelamatkan umat Allah Bani Isra’il, Tuhan Allah menyatakan kembali bahawa Tuhan Allah adalah satu-satunya tidak ada yang lain selain Dia. Dia unik dan ghaib.
shema yisra’el yh ‘elohe yh echad.
lo’ yihyeh ekha elohim ‘acherim ‘al aya.
yang bermaksud,
‘Dengarlah, wahai Isra’il! Yang Ilahi ilah satu-satunya, tiada yang lain.
Jangan sembah tuhan-tuhan lain; sembahlah Aku sahaja.
(Kitab Taurat Surah At-Tasyniyati [Ulangan] 6:4 dan Al-Khuruj [Keluaran] 20:3.)
Begitulah Yang Ilahi menyatakan kembali keunikan-Nya atau ketauhidan-Nya atau keesaan-Nya atau keutamaan-Nya kepada manusia makhluk-Nya.
Ada dua nabi yang menyatakan dalam suhuf bahawa Yang Ilahi adalah unik luar biasa, satu-satunya, tiada yang lain.
Sebelum ketetapan ilahi Nabi Isa lahir untuk menjadi korban untuk menutup kekurangan-kekurangan manusia, Nabiullah Zakharia menyatakan bahawa Yang Ilahi akan memerintah seluruh isi bumi. Hanya Dia, tiada yang lain, Dialah penutup kekurangan-kekurangan manusia. Dialah Yang Ilahi satu-satunya tidak ada yang lain.
haya yh melekh ‘al kol ‘aretz yom hahu’ yihyeh yh ‘echad shem ‘echad
Kemudian Yang Ilahi akan menjadi raja seluruh bumi. Setiap orang akan menyembah Dia sebagai ilah dan mengenal Dia dengan nama yang sama, satu-satunya, tidak ada yang lain, unik.
(Suhuf Zakharia 14:9.)
Akhirnya ramalan nabiullah Zakharia di zaman purbakala itu menjadi kenyataan dalam al-Masih Isa yang berdakwah untuk menjunjung tinggi Dia. Kitab Injil dan Kitab Al-Quran menyatakan kisah al-Masih Isa menjunjung tinggi Dia. Kitab Taurat, Zabur dan Injil dan Quran menyebutkan …
yang bererti,
‘tiada ilah selain Dia.’
Sebelum ketetapan ilahi Nabi Isa lahir untuk menjadi korban untuk menutup kekurangan-kekurangan manusia, Nabiullah Malakhi menyatakan bahawa Yang Ilahi adalah Bapa daripada umat manusia. Bapa tentu tidak disebut berjumlah satu, namun disebut satu-satunya Bapa daripada segala macam manusia.
halo av ‘echad lkhulanu halo’ ‘el ‘echad bera’anu maddua’ nivgad ish b’achi lchallel berit avolenu
Bukankah kita semua mempunyai bapa yang sama yang satu-satunya itu? Bukankah kita semua diciptakan oleh ilah yang sama yang satu-satunya itu? Tetapi mengapakah kita saling memungkiri? Mengapakah kita menghina perjanjian yang dibuat Allah dengan nenek moyang kita?
(Suhuf Malakhi 2:10.)
Disebutkan di dalam Hadis Riwayat Ibnu Majah …
Dan urusan tidak berkembang, melainkan semakin susah.
Dunia tidak berkembang melainkan semakin ke belakang.
Manusia tidak berkembang melainkan semakin rakus.
Kiamat tidak terjadi melainkan atas orang-orang jahat.
Tidak ada Al-Mahdi melainkan Isa bin Maryam.
Disebutkan di dalam Hadis Riwayat Muslim,
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Demi Allah, kelak Nabi Isa putera Maryam akan turun sebagai HAKIM YANG ADIL atau RATU ADIL.
Disebutkan di dalam Hadis Riwayat Ahmad,
Allah menetapkan membunuh al-masih Dajjal yang bermata satu dengan cara-Nya iaitua al-Masih Isa yang bermata dua membunuh al-masih Dajjal yang bermata satu. al-masih Dajjal mati kerana pedang al-Masih Isa. Isa adalah al-Masih daripada Allah. Dajjal adalah al-masih daripada Syaitan.
Pada zaman al-Masih Isa, al-Masih Isa akan membatalkan semua hukuman mati dan membebaskan para tahanan. Pada zaman al-Masih Isa, terciptalah kedamaian di muka bumi sehingga ular besar dan unta hidup bersama dengan rukun bergembala sama, demikian pula harimau dan lembu, serigala dan domba, dan bayi-bayi kecil dapat bermain-main dengan ular sebab ular tidak lagi membahayakan, [kerana mereka semua bergembala sama yang satu-satunya itu].
Disebutkan di dalam Hadis Riwayat Bukhari,
Pada zaman al-Masih Isa, hukuman mati dibatalkan, tahanan dibebaskan dikeluarkan dari penjara, pajak dihapus, dan harta kekayaan melimpah ruah hingga tidak ada seorangpun yang mahu menerima harta kekayaan, namun yang mereka mahu adalah kesempatan, walau satu saat sahaja, bersujud kepada Yang Ilahi, kerana kesempatan bersujud kepada Yang Ilahi itu dirasa jauh lebih nikmat dan jauh lebih baik daripada memiliki dunia dan segala isinya.
Disebutkan di dalam Hadis Riwayat Bukhari,
Bagaimanakan keadaanmu apabila al-Masih Putera Maryam turun kepadamu dan imam kalian dari kalangan?
Semua hadis ini termaktub di kitab yang bertajuk, “Taisiru al Aliyyul qadir li ikhtisari tafsir Ibnu Katsir” terjemahan Bahasa Melayu, “Kemudahan dari Allah: Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir” oleh ulama Arab Saudi Muhammad Nasib Ar-Rifa’i.
Rukun ibadah dalam Kitab Taurat Surah Tasyniyati [Ulangan] 6:4 menekankan Allah Yang Maha Esa.
shema yisra’el yh ‘elohe yh echad.
Dengarlah, wahai Isra’il! Yang Ilahi ilah satu-satunya, tiada yang lain.
https://www.youtube.com/watch?v=fUSdHB1R-W4
Nabi Isa tidak menghapuskan dan tidak membatalkan rukun ibadah tauhid Bani Isra’il yang termaktub di Kitab Taurat Surah Tasyniyati [Ulangan] 6:4 itu.
Nabi Isa justeru menyerukan kepada para hawariyyun dan para penyokong-penyokong setianya untuk terus mencintai dan melaksanakan rukun ibadah tauhid di Kitab Taurat itu. Perhatikan perkataan Nabi Isa di Kitab Injil Surah Marqusa 12:29-32 dan seterusnya dengan jelas terus menekankan rukun ibadah ugama tauhid.
Sayidina Isa hanyalah memberikan tafsir yang mengungkap dinamika daripada keesaan Allah itu sendiri. Sayidina Isa hanyalah memberikan tafsir yang mengungkap dinamika daripada keyakinan tauhid bahawa Allah itu Utama, Istimewa dan Luar Biasa Unik. Sayidina Isa Kalimah Allah hanya mengingatkan macam-macam tauhid kepada Allah Yang Maha Mengasihi dan Maha Menyayangi Putera IlahiNya. Itulah satu-satunya Allah yang unik yang tidak dapat disamai dan tidak dapat diganti apapun.
Sayidina Isa Kalimah Allah hanya mengingatkan bahawa Allah Yang Maha Mengasihi dan Maha Menyayangi itu mengasihi dan menyayangi Putera Ilahi Kalimah Allah. Dan kepada orang-orang Yahudi yang membantahnya dan menyelisihinya, Sayidina Isa mengibaratkan,
“Yang Ilahi itu adalah Bapanya”
dan,
“Sayidina Isa adalah Putera Ilahi Kalimah Allah.”
Orang-orang Bani Isra’il yang menyelisihi Nabi Isa bukanlah Bani Isra’il para nabi. Orang-orang Bani Isra’il yang menyelisihi Nabi Isa itu bukanlah orang-orang yang berjuang mendapatkan pahala Ilahi.
Kepada orang-orang Yahudi yang menyelisihi Nabi Isa Kalimah Allah itu, Nabi Isa Kalimah Allah mengibaratkan,
Bapa dan Aku adalah satu atau sama.
[Allah dan Kalimah-Nya adalah satu atau sama.]
(Kitab Injil Yahya 10:30.)
Ketika Nabi Isa Kalimah Allah mengibaratkan dirinya adalah “Putera daripada Yang Ilahi,” orang-orang Yahudi suk langsung menuduh Nabi Isa Kalimah Allah telah melakukan dosa syirik yang tidak dapat diampuni dan, oleh kerana itulah, orang-orang Yahudi itu menghukum mati Nabi Isa dengan disalib sampai mati oleh orang-orang Rom maharaja Bani Isra’il suk yang mereka takuti dan muliakan. (Kitab Injil Surah Luqa [Lukas] 22:70.)
Sayidina Isa memanjatkan doa semoga para hawariyyun tidak sepi sendirian ketika Sayidina Isa meninggalkan bumi ini kembali kepada Allah, namun semoga Roh Allah akan terus bersama dengan para hawariyyun agar mereka tidak sepi sendirian.
Inilah doa Sayidina Isa kepada para hawariyyun:
Aku memberi mereka kemuliaan yang Kauberikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu himpunan kerana Allah sebagaimana Kita adalah satu himpunan.
Aku di dalam mereka dan Engkau di dalam-Ku, supaya mereka bersatu berhimpun sepenuhnya.
Dengan demikian dunia akan tahu bahawa Engkau sebenarnya telah mengutus-Ku, dan Engkau mengasihi mereka sebagaimana Engkau mengasihi-Ku.
(Kitab Injil Surah Yahya 17:22-23.)
Munajad:
Engkaulah satu-satunya Yang Ilahi yang hamba muliakan. Engkau ghaib tanpa awal, bukan anak kandung siapapun, dan Engkau tidak terlihat mata, tidak pernah hamil, tidak pernah mengandung, tidak pernah punya anak kandung, dan bukan putera kandung siapa-siapa, dan Engkau tidak akan pernah musnah, dan Engkau berkuasa penuh dalam kebaikan dan kekuatan dan kekuasaan. Hamba beserta seluruh kekuatan dan penguasa di alam semesta ini mengakui Engkaulah satunya-satunya Yang Ilahi. Engkau lebih daripada sekedar berjumlah satu, namun Engkaulah satu-satunya Yang Ilahi Yang Berkuasa Penuh.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…