Categories: Article

Ya ‘Aliy

 ُاَلعَلِى

Yang Maha Tinggi.

Di mana Allah berada?

Al-Quran Surah Al Baqarah [2]:115 menyebutkan,

وَلِلَّـهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

walillahil masyriqi wal magribi fa’ainamā tuwallū fatsamma wajhullah. innallaha wāsi’un ‘alīm

yang bermaksud,

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana pun kamu mengadap Allah, di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah ni’matNya), lagi sentiasa Maha Mengetahui.

Di mana Allah berada? Seluruh isi alam tidak akan cukup untuk menampung Allah. Adakah Rumah Allah atau Bait Allah yang dapat menampung Allah? Pikiran dan akal manusia akan menjadi penat dan pusing apabila harus memikirkan rumah atau bait yang dapat menampung Allah.

Di dalam Kitab Allah Taurat Zabur Injil disebutkan bahawa Tuhan Allah di atas segala makhlukNya. Tuhan Allah tinggi di atas. Tuhan Allah Maha Tinggi di atas.

Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani dan Bahasa Suryani dan Bahasa Arab, nama Allah Yang Maha Tinggi itu hampir sama di ketiga bahasa Timur Tengah tersebut.

Dalam Bahasa Ibrani adalah,

ELIYON .

Dalam Bahasa Suryani adalah EL ELIYON.

Dalam Bahasa Arab adalah AL-‘ALIY ُاَلعَلِى.

Dalam Bahasa Melayu adalah YANG MAHA TINGGI.

Langit atau Surga di atas sana dipercayai sebagai tempat di mana Yang Maha Tinggi berada membawahi semua makhluk ciptaanNya.

Disebutkan di dalam Terjemahan Melayu Kitab Taurat Surah At-Tasyniyati [Ulangan] 26:15.

“Ya Allah, pandanglah ke bawah dari tempat-Mu yang suci di syurga dan berkatilah umat-Mu Bani Isra’il.”

Nabi Ayub pernah bertanya-tanya,

“Tidakkah Allah tinggal di syurga yang tertinggi, dan memandang ke bawah, pada bintang-bintang yang tinggi sekali?”

Termaktub di Suhuf Nabi Ayub 22:12.

Tuhan Allah dipercaya berada di tempat yang maha tinggi. Dilihat dari nama Allah yang adalah Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Quddus, Yang Maha Suci, itu bererti Tuhan Allah terpisah jauh daripada makhluk antara langit dengan bumi. Tuhan Allah di atas. Manusia di bawah. Jelas, itu bererti Tuhan Allah berada di tempat yang terpisah.

Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Zabur menyebutkan bahawa Allah itu hakiki sampai ke tempat yang maha tinggi sekalipun. Menurut Nabiullah Irmiya, Tuhan Yang Maha Tinggi itu berada di Bait Allah di tempat yang maha tinggi.

Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Suhuf Nabi Irmiya 17:12,

“Rumah Allah ilah yang kita sembah seperti takhta yang mulia, yang terletak di atas gunung tinggi sejak mula-mula.”

Ketika masih muda belia, Nabi Isya’ya [Yesaya] pernah diberi penglihatan oleh Allah di mana Nabi Isya’ya melihat tahta Tuhan Allah di kursi di tempat yang maha tinggi dan di tempat yang teramat mulia.

Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Suhuf Nabi Isya’ya 6:1.

Kemudian dikisahkan di Terjemahan Bahasa Melayu Suhuf Nabi Isya’ya, Nabi Isya’ya mendengar הרחמן /Ha Rachaman/ atau El Rachman Yang Maha Pemurah Pemberi Kasih berfirman, yang bermaksud:

Akulah Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Suci, yang hidup selama-lamanya. Aku tinggal di tempat yang tinggi dan suci, tetapi Aku tinggal juga bersama-sama orang yang rendah hati dan yang bertaubat nasuha daripada dosa, supaya Aku dapat memulihkan keyakinan dan harapan mereka.

Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Suhuf Nabi Isya’ya 57:15.

Demikian juga Nabiullah Mikha yang hidup sezaman dengan Nabiullah Isya’ya juga diberi penglihatan oleh Allah di mana Nabiullah Mikha melihat kursi tahta Tuhan Allah di tempat yang amat sangat mulia, namun Nabiullah Mikha merasakan Tuhan Allah menjalani hidup bersama dengan orang-orang yang rendah hati dan tidak sombong.

Apakah yang harus aku persembahkan kepada Tuhan Allah di syurga, apabila aku datang menyembah Dia? Mempersembahkan lembu kah? Tidak!

Tuhan Allah telah memberitahu kita apa yang baik. Perkara yang dituntut oleh TUHAN daripada kita adalah supaya kita berlaku adil, selalu mengamalkan kasih, dan dengan rendah hati hidup bersatu dengan Allah kita.

Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Suhuf Nabi Mikha 6:6,8.

Di Akhir Zaman macam sekarang ini di mana Almasih yang ditetapkan Allah untuk membunuh Dajjal sudah turun, kursi tahta yang maha tinggi dan amat mulia juga diperlihatkan oleh Allah kepada siapa sahaja yang Allah berkenan. Oleh Allah, malaikat Allah Jibril pernah diperintah Allah untuk memberi tahu seorang dara yang bernama Maryam yang mengandung Isa sebab Allah. Oleh Tuhan Allah, malaikat Jibril diperintahkan untuk memberi tahu dara itu bahawa putera yang dikandungannya itu adalah karena sebab Tuhan Allah Yang Maha Tinggi. Oleh kerana itulah, bayi putera Maryam itu diibaratkan sebagai Putera Allah Yang Maha Tinggi. Ibaratnya! Tentu bukanlah anak kandung Allah Yang Maha Tinggi seperti yang dituduhkan oleh orang-orang di zaman moden ini.

Termaktub di Terjemahan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Luqa 1:32,

 سَيَكُونُ عَظِيمًا، وَيُدْعَى ابْنَ الْعَلِيِّ

Yang bermaksud,

Dia akan menjadi mulia dan Dia akan digelar Putera Allah Yang Maha Tinggi.

Nabi Zakharia adalah orang mandul dan sangat tua renta ketika, karena mukjijat Allah, dapat mempunyai anak kandung yang bernama Yahya. Ketika Nabi Zakharia akan mengkhatankan Yahya, Nabi Zakharia menyatakan bahawa puteranya yang masih bayi itu akan digelar نَبِيَّ الْعَلِيِّ nabiyyal ‘aliyyi” makna,

Nabi Allah Yang Maha Tinggi.”

Termaktub di Terjemahan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Luqa 1:76.

Pernah ketika Sayidina Isa melakukan dakwah tauhid mengutamakan Allah, tiba-tiba ada seorang yang kerasukan Syaitan. Orang yang kerasukan Syaitan itu tiba-tiba datang dan bersujud kepada Nabiullah Isa sambil berteriak keras,

“Wahai Sayidina Isa Putera Allah Yang Maha Tinggi.”

Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Injil Marqusa 5:6-7.

Astofan al-Hawari seorang pengikut setia Nabi Isa mati syahid dirajam oleh orang-orang Yahudi suk yang munafik. Astofan al-Hawari di depan ramai orang di luar Bait Allah di Tanah Suci Yerusalem menyatakan,

“Yang Maha Tinggi tidak ada di dalam Bait Allah yang didirikan oleh tangan kotor manusia atas dasar politik manusia.”

Mendengar pernyataan Astofan-al Hawari itu, orang-orang Yahudi suk menjadi marah dan merajamnya sampai mati.

Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Suhuf Al-Hawariyyun [Kisah Para Rasul] 7:48.

Bulus al-Hawari dan rekan-rekan sesama Hawariyyun pernah ketika melakukan dakwah tauhid, ada seorang jongos wanita yang kena ilmu guna-guna. Wanita jongos yang kena ilmu guna-guna itu berteriak keras keras,

“Orang-orang ini adalah hamba hamba Allah Yang Maha Tinggi. Mereka menunjukkan kepada kalian jalan keselamatan.”

Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Suhuf Al-Hawariyyun [Kisah Para Rasul] 16:17.

Munajat:

Tingginya langit dan dalamnya samudra adalah bukti daripada tinggi dan dalam Mu, Ya Allah Yang Maha Tinggi.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago