Yā Awwal

الأول

Maha Pemulaan, Maha Pertama;

iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.

Seorang ustaz yang arif ditanya,

“Macam mana anda sampai ke tingkatan ma’rifat mengenal Yang Ilahi?”

Ustaz yang arif itu menjawab,

“Dari bukti bahawa hanya Tuhan Allah lah yang mampu mempersatukan yang saling berlawanan.”

Allah adalah …

  • Al-Muqaddim (المقدم) ‘Yang Maha Mendahulukan’ sekaligus Al-Muakhkhir (ا(لمؤخر) ‘Yang Maha Mengakhirkan’
  • Al-Awwal (الأول) ‘Maha Pertama’ sekaligus Al-Ākhir (الآخر) ‘Maha Penghabisan.’

Sudah terbukti hanya Allah lah yang mampu sekaligus begitu.

Seorang ulama tasawuf yang bernama Ibn ʿArabī menyatakan bahawa zaman purbakala, zaman dahulu kala itu, sesungguhnya bermula daripada Al-Awwal (الأول) Maha Pertama kerana hanya Dialah yang tidak memiliki pemulaan.

Allah adalah Yang …

  • Maha Mendahulukan, sekaligus Yang Maha Mengakhirkan,
  • Maha Pertama sekaligus Maha Penghabisan.

KeabadianNya tak terukur oleh masa. Sejak pemulaan sampai akhir sudah ada dan akan terus ada. Tanpa pemulaan dan tanpa akhir.

Al-Awwal (الأول) Maha Pertama sungguh amat saling berkaitan dengan Al-Muqaddim (المقدم) Yang Maha Mendahulukan.

Al-Awwal (الأول) Maha Pertama seolah tidak berkaitan dan bahkan berlawanan dengan Al-Muakhkhir (المؤخر) Yang Maha Mengakhirkan dan dengan Al-Ākhir (الآخر) Maha Penghabisan. Namun sesungguhnya …

  • Al-Awwal (الأول),
  • Al-Muakhkhir ا(لمؤخر), dan
  • Al-Ākhir (الآخر)

… sungguh amat berkaitan dan tidak berlawanan sama sekali.

Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani memiliki beberapa kata yang bererti ‘Pertama.’

 (echad) ‘pertama.’

 (rash) ‘kepala.’

Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani, kedua kata tersebut dapat diertikan ‘pertama’ atau ‘pemulaan.’

Disebutkan Suhuf Akhbarilayyamil Tsānī (2 Tawarikh) 13:12

/varosh elohim khohana/

‘Yang Ilahi adalah kepala daripada para imam’

Dalam perjuangan, Allah adalah di hadapan orang-orang yang bertugas di medan paling hadapan.

Allah adalah kepala daripada para imam. Allah adalah yang pertama daripada segala yang pertama.

Terjemahan Bahasa Yunani Taurat, Zabur dan Injil mengibaratkan bahawa Yang Ilahi adalah bagaikan huruf pertama dalam abjad Yunani sekaligus huruf yang terakhir dalam abjad Yunani untuk mengungkapkan bahawa Allah Maha Luas.

(Alpha sekaligus Omega).

Itulah ungkapan dalam Bahasa Yunani untuk mengungkapkan bahawa Allah Maha Luas.

/eimi to alpha kai to omega, legei kurios ho theos, ho on kai, ho en kai ho erchomenos ho pantokrator/

‘Akulah Alif dan Ya, yang pertama dan yang terakhir,’ demikian firman Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa, yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan dating.

Suhuf Hawariyyun ar-Ru’ya [Wahyu] 1:8.

Butrus al-Hawari adalah salah satu sahabat daripada Sayidina Nabi Isa. Dahulu ada seorang murid daripada Butrus al-Hawari bernama Marqusa.

Marqusa adalah saksi sahih yang menyaksikan hubungan silaturahmi antara Sayidina Nabi Isa dan Al-Hawariyyun, 12 sahabat-sahabat Sayidina Isa. Lewat perantaraan apa yang didengar Marqusa, Suhuf Marqus ada. Marqusa berasaskan dari apa yang didengarnya Butrus al-Hawari berkata kepadanya. Dan Butrus al-Hawari mendengar Sayidina Isa berkata.

Selain itu, Marqusa bahkan menceritakan pengalamannya sendiri ketika dia mendekati Sayidina Isa ketika Sayidina Isa sedang menjalani pelaksanaan hukuman mati salib. Walaupun Sayidina Isa banyak difitnah oleh orang, namun Marqusa tidak menjauhi Sayidina Isa.

Marqusa malah mendekati Sayidina Isa ketika banyak orang menjauhi Sayidina Isa yang sedang dihukum mati ketika itu. Marqusa mendekati Sayidina Isa ketika Sayidina Isa sedang menjalani hukuman mati salib. Ada banyak orang menjadi marah ketika mereka melihat Marqusa mendekati Sayidina Isa yang sedang menjalani hukuman mati salib itu.

Orang-orang itu kemudian menzalimi Marqusa dan menelanjangi Marqusa dengan cara melucutkan pakaian Marqusa sehingga Marqusa menjadi lari terbirit-birit dalam keadaan telanjang. Marqusa sungguh dipermalukan banyak orang ketika Marqusa mengungkapkan rasa cintanya kepada Sayidina Isa. Suhuf Marqusa ada untuk orang-orang kaum tidak berkhatan yang ungkapan ketauhidannya tidak berkiblat ke Tanah Suci Baitul Maqdis Yerusalim.

Oleh kerana itulah, Suhuf Marqusa dimulai dengan …

/arche tou euaggellion iesou christou huiou theo /

 yang bermaksud,

‘Inilah permulaan Injil tentang Isa Almasih, Putera Allah.’

(Kitab Injil Surah Marqusa 1:1.)

Suhuf Marqusa berisikan kisah-kisah mukjizat yang dilakukan Sayidina Nabi Isa dan silaturahmi Sayidina Nabi Isa dengan Butrus al-Hawari dan para hawariyyun lainnya yang juga sahabat-sahabat Sayidina Isa.

Ketika Sayidina Nabi Isa didatangi dua orang nabi di zaman purbakala yang sudah Allahyarham, iaitu aruah Nabi Ilyas dan aruah Nabi Musa, disebutkan dalam Suhuf Marqusa bahawa tiba-tiba Nabi Ilyas dan Nabi Musa pergi dan tidak nampak lagi, tinggal Nabi Isa sahaja.

فَلَمَّا تَلَفَّتُوا حَوْلَهُمْ، فَجْأَةً لَمْ يَرَوْا أَحَدًا مَعَهُمْ إِلا عِيسَـى وَحْدَهُ

falammā talaffatū alahum faj’atun lam yarau aadan ma’ahum ‘ilā ‘īsa wadah

Para Hawariyyun tidak lagi melihat sesiapa di situ selain Yang Mulya Sayidina Nabi Isa.

(Kitab Injil Surah Marqusa 9:8.)

Dalam suhuf Marqusa, banyak kejadian dan banyak peristiwa dibahas dengan amat cepat. Namun ketika membahas kejadian-kejadian dan peristiwa-peristiwa berkenaan itu, pembahasannya selalu terhenti apabila ada menyangkut budak-budak kecik seolah mendahulukan budak-budak kecik terlebih dahulu.

Sayidina Isa pernah memanggil seorang budak kecik untuk diperkenalkan kepada para sahabat-sahabatnya. Sambil memperkenalkan seorang budak kecik kepada para sahabat-sahabatnya itu, Sayidina Isa berkata,

“Barangsiapa ingin diutamakan, harus mahu menjadi yang terakhir dan harus mahu mendahulukan siapapun tanpa pandang bulu.”

(Kitab Injil Surah Marqusa 9:35.)

Sayidina Isa pernah berkata,

“Barangsiapa yang sampai hati terhadap budak-budak kecik dan menyebabkan budak-budak kecik itu menjadi nakal dan menjadikan budak budak kecik menjadi pelik, lebih baik batu penggilling yang amat besar dikalungkan ke leher orang itu, kemudian lemparkan orang itu ke dalam samudera.”

(Kitab Injil Surah Marqusa 9:42.)

Kemudian disebutkan di dalam Suhuf Marqusa, Sayidina Isa memarahi sahabat-sahabatnya kerana mereka menghalau budak-budak kecil yang ingin mendekati Sayidina Isa. Melihat budak budak kecil dibelakangkan oleh sahabat-sahabat Sayidina Isa, Sayidina Isa menegur sahabat-sahabatnya dengan keras,

Ketahuilah, barangsiapa tidak menyambut budak-budak kecil dan tidak menghormati budak-budak kecil dengan amat tinggi sungguh tidak akan mungkin orang tersebut masuk syurga jannahnya Allah, Kerajaan Allah.”

(Kitab Injil Surah Marqusa 10:15.)

Menasihati sahabat-sahabatnya, Sayidina Isa berkata kepada sahabat-sahabatnya,

“Wahai anak-anak, sungguh amat susah masuk Kerajaan Allah, iaitu, Syurga Jannah Allah.”

(Kitab Injil Surah Marqusa 10:24.)

Akhirnya Sayidina Isa menyimpulkan bahawa yang wajib didahulukan dan diutamakan untuk dilakukan sesungguhnya adalah demi untuk bermanfaat seperti yang ditakdirkan Allah, jangan mencari-cari alasan, lakukan segala sesuatu bahkan walau harus tidak mengutamakan keluarga sekalipun dan walau harus tidak utamakan anak-anak mu sekalipun dan walau harus tidak pikirkan tanah dan harta sekalipun.

Jangan pandai mencari-cari alasan, berjuanglah demi untuk menjadi manfaat seperti yang ditakdirkan Allah. Kalau dihina dan dizalimi kerana lebih mengutamakan Kerajaan Allah itu daripada nafsu dan dunia, pahala sudah disediakan di zaman akhirat kelak. (Kitab Injil Surah Marqusa 10:30.)

Ingatlah nasihat Sayidina Isa,

“Banyak yang pertama didahulukan dan yang paling belakang disebabkan menjadi utama.

(Kitab Injil Surah Marqusa 10:31.)

Munajad:

Ya Sayidina Isa, Engkau berkata, “Demi untuk menjadi manfaat seperti yang ditakdirkan Allah, yang pertama wajib dikebelakangkan, yang paling belakang, wajib didahulukan. Hal itu sungguh tidak pernah diperhitungkan di dalam kehidupan moden ini. Hamba mencari kebijaksanaan semangat jihad mu itu, wahai Sayidina Isa, agar hamba mengikuti ketetapan ketetapan Kerajaan Ilahi-Mu, Ya Sayidina Isa.”

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini