Kekuatan Yang Agung (اَلعَزِيز)
Ya Aziz Asma Allah. Ya Aziz itu mustahak.
Ya Aziz adalah salah satu asma Allah yang menyatakan bahawa Allah Maha Kuat, Maha Kuasa, Maha Perkasa, Maha Agung.
Dalam hal kata-kata dan ungkapan yang bermakna Maha Kuat, Maha Kuasa, Maha Perkasa dan Maha Agung, Bahasa Bani Isra’il Ibrani dan Bahasa Arab memiliki banyak kesamaan dalam melafazkannya. Baik Bahasa Bani Isra’il Ibrani maupun Bahasa Arab adalah sama-sama Bahasa Semitik. Semitik adalah bangsa-bangsa keturunan-keturunan Nabi Ibrahim. Mengenai kata yang bererti kuat dan perkasa, Bahasa Bani Isra’il Ibrani dan Bahasa Arab memiliki banyak kesamaan.
Namun hanya ada satu kata dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani yang tidak ada kesamaannya dalam Bahasa Arab.
Kata itu adalah gadol yang ertinya agung. Gadol adalah kata yang disukai banyak orang Isra’il.
Bani Isra’il para nabi menjunjung tinggi iman tauhid. Bani Isra’il para nabi berbahasa ibu Bahasa Bani Isra’il Ibrani. Bahasa yang mereka pakai tentu bukanlah Bahasa Arab.
Termaktub di Kitabul Anbiya’ Surah Irmiya (Yeremia) 32:18 dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani, yang bermaksud …
Engkaulah Allah yang agung dan perkasa; Engkaulah TUHAN Yang Maha Kuasa.
Kitab Zabur ditulis dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani. Kitab Zabur adalah kitab yang penuh dengan ratapan dan rintihan manusia yang menjadi merana kerana mengalami kesusahan dan penderitaan jiwa yang dalam, kerana difitnah, dikhianati dan dizalimi.
Kitab Zabur adalah kitab yang penuh dengan ratapan dan rintihan minta tolong kepada Tuhan Allah kerana difitnah, dikhianati dan dizalimi. Kitab Zabur mengingatkan barangsiapa yang terzalimi dan terkhianati untuk datang kepada Tuhan Allah yang agung dan perkasa yang mampu menghadapi dan mengalahkan segala macam serangan-serangan dari musuh-musuh kita.
Bapa daripada Nabi Sulaiman yang bernama Dawud yang pernah menghadapi raksasa kafir yang bernama Jaluth dan yang puasanya dijadikan puasa sunnah Dawud oleh barangsiapa yang dizalimi, oleh Allah, Dawud diberi Kitab Zabur yang adalah pemberi penjelasan yang sempurna. (Termaktub di QS An Nisa’ [4]:163 dan QS Ali Imran [3]:184).
Dawud mengemis kepada Allah al-ilah tuhan sumber segala Kemenangan untuk diberi belas kasihan dan kemurahanNya. Belas kasihan dan kemurahan Allah, itulah yang Dawud minta kepada Allah.
Termaktub di Kitab Zabur Surah 86 ayat 5, Dawud menyebut Allah sebagai rabb tuhan yang baik dan sedia mengampuni serta melimpahkan kasih kepada semua orang yang berseru merintih minta tolong kepada Nya. Tarjamah Bahasa Arab Kitab Zabur menyatakan,
لأَنَّكَ أَنْتَ يَا رَبُّ صَالِحٌ وَغَفُورٌ وَكَثِيرُ الرَّحْمَةِ لِكُلِّ الدَّاعِينَ إِلَيْكَ
yang bermaksud,
“Engkau, ya Tuhan, baik dan sedia mengampuni, serta melimpahkan kasih kepada semua yang menyeru-Mu.”
Dawud menyebut dirinya adalah hamba Allah atau jongos daripada Allah. Termaktub di Kitab Zabur Surah 86 ayat 16 dalam bahasa ibu Bani Isra’il para nabi yang adalah Bahasa Bani Isra’il Ibrani. Berseru dengan penuh rintihan Nabi Dawud kepada Tuhan Allah.
pene tone chann ten ‘azz eved hoshi’ ven amat
Yang bermaksud,
Berpalinglah kepadaku, dan kasihanilah aku; berilah hamba-Mu ‘AZZ (kekuatan agung-Mu) dan selamatkanlah aku yang mengabdi kepada-Mu seperti ibuku dahulu.
‘Azz dalam Kitab Zabur yang berbahasa Bani Isra’il Ibrani ertinya adalah kekuatan agung daripada Tuhan Allah. Jadi al-Aziz ertinya Sumber Kekuatan Yang Agung yang adalah Allah. Jadi tidak lain al-Aziz itulah ilah atau tuhan yang dimintai tolong oleh Nabi Dawud ketika dalam keadaan merana penuh dengan rintihan kerana difitnah, dizalimi dan dikhianati dan itulah penderitaan jiwa yang sangat dalam. Oleh kerana dalam keadaan yang sangat susah itulah, Nabi Dawud berseru kepada al-Aziz.
Termaktub dalam Kitab Zabur Dawud (140:7), ada banyak kisah tentang Tuhan Allah al-Aziz mengabulkan segala macam permohonan yang penuh rintihan minta tolong kepada Allah. Nabi Dawud berseru kepada Tuhan Allah.
YHWH ‘ADON ‘AZZ YESHU’A SAKKOTA RO’SH YOM NESHEQ
yang kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab,
اللَّهُمَّ يَا رَبَّي, يا مُنْقِذِي الْقَوِيَّ, أَنْتَ ظَلَّلْتَ رَأْسِي فِي يَوْمِ الْمَعْرَكَةِ.
ALLAHUMMA YA RABBA, YA MUNQIŻI AL-QAWWIYYA, ‘ANTA ẒALLALTA RA’SĪ FĪ YAUMIL MA’RAKAH.
yang kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu adalah,
YA ALLAH YA TUHAN, KEKUATAN PENYELAMATANKU, ENGKAU TELAH MENUTUP KEPALAKU PADA HARI PERTEMPURAN.
Dan akhirnya Nabi Dawud setelah rintihan permohonannya dikabulkan oleh Tuhan Sumber Kekuatan Yang Agung, Nabi Dawud bersaksi termaktub di Kitabullah Zabur 138:3 …
yom qara’ti ta’an tarhiv nafsh ‘azz
Yang apabila diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab adalah,
فِي يَوْمَ دَعَوْتُكَ أَجَبْتَنِي. شَجَّعْتَنِي قُوَّةً فِي نَفْسِي.
Dan apabila diterjemahkan ke Bahasa Melayu, maknanya adalah,
Pada hari aku berseru Engkau telah menjawab aku; dan menjadikan aku berani karena kekuatan yang agung dari Mu dalam jiwaku.
Nabi Daud menjadi berani kerana al-Aziz dalam jiwanya. Oleh kerana itulah, beliau tidak takut walau menghadapi raksasa kafir yang bernama Jaluth sekalipun.
Secara etimologi, kata ‘aziz asal-usulnya dari istilah militer yang bermakna benteng atau kota tempat pertahanan. Dikisahkan di dalam Kitab Taurat, mata-mata yang dikirim Nabi Musa dan Nabi Harun untuk memata-matai kawasan Kanahan akhirnya kembali kepada Nabi Musa dan Nabi Harun. Hampir semua dari mata-mata itu melaporkan bahawa rakyat Kanahan ternyata adalah orang-orang yang bengis dan garang dan gagah perkasa dan kawasan Kanahan ternyata adalah kota tempat pertahanan yang dijaga dan dikawal dengan sangat rapi dan ketat oleh banyak askar-askar mereka. Kisah ini termaktub di Kitab Taurat Al-‘Adadi (Bilangan) 13:28.
Namun ketika Nabi Musa melihat samudera, beliau melihat ada angin sangat kuat dari timur membelah samudera itu sehingga menjadi jalan keluar bagi Nabi Musa dan Bani Isra’il umatnya untuk boleh menyeberangi samudera itu dengan aman. Akhirnya mereka dapat mencapai tujuan mereka dengan berjalan kaki lewat samudera yang terbelah kerana Allah Sumber Kekuatan Yang Agung itu. (Hal ini termaktub di Kitab Taurat Al-Khuruj (Keluaran) 14:21).
Kekuatan Yang Agung telah membelah samudera besar menjadi jalan keluar bagi Nabi Musa dan Bani Isra’il umatnya. Melihat Kekuatan Yang Agung itu, Musa bersama-sama Bani Isra’il umatnya itu berjalan melewati samudera raya itu dengan penuh syukur atas adanya Kekuatan Yang Agung yang membelah samudera itu. Musa dan Bani Isra’il bersyukur,
‘AZZ ZIMRAT YHWH YEHI YESHU’A ZEH ‘ELI ‘ANWEHU ‘ELOIHI ‘AV WA’ AROMEMENHU
Yang kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab adalah,
2 اللهُ قُوَّتِي وَأُغْنِيَتِي, وَقَدْ صَارَ نَجَاتِي. هُوَ رَبِّي فَأُسَبِّحُهُ, رَبُّ أَبِي فَأُعَظِّمُهُ.
Yang apabila diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bermakna,
TUHAN ALLAH pembelaku yang kuat; Dialah yang telah menyelamatkan aku. Dialah Allah yang kusembah, dan aku akan memuji Dia; Dia Allah yang disembah bapaku, dan aku akan melantunkankan qasidah untuk memuji kebesaran-Nya. [Kitab Taurat Al-Khuruj (Keluaran) 15:2].
Bani Isra’il para nabi yang diwakili oleh Nabiullah Isya’ya (Yesaya) juga mencatat bahawa takdir pasti memastikan akan adanya tilawat dan qasidah ucapan syukur yang akan dilantunkan oleh umat di masa yang akan datang di tempat yang telah dijanjikan oleh Allah. Nabiullah Isya’ya menulis dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani,
yom hu’ yushar hashir hazeh ‘erets yehuda ‘ir ‘azz lanu yeshu’a yashitchomot
Yang apabila diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bermaksud,
Masanya akan tiba apabila orang melantunkan qasidah ucapan syukur ini di tanah Yehuda: Kota benteng pertahanan kita kuat! Allah yang membela temboknya!
Termaktub di Kitabul Anbiya’ Surah Isya’ya 26:1, ‘ir ‘azz ertinya kota benteng pertahanan yang kuat. Sebab itulah boleh jadi, azis adalah ibarat kota benteng pertahanan yang kuat tempat kita yang lemah ini berlindung itu adalah Allah Al-Aziz, sumber kekuatan yang agung.
Maryam, ibu dari Sayidina Isa, pernah menaikkan tilawat pujian Maryam untuk Allah Yang Agung, Maryam adalah seorang Bani Isra’il yang berbahasa Bani Isra’il Ibrani.
Inilah tilawat pujian Maryam untuk Tuhan Allah yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Yunani.
Ini termaktub di Tarjamah Yunani Kitab Injil Surah Luqa 1:51 …
epoiesen kratos en brachion autou
Yang apabila diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab adalah,
عَمِلَ بِذِرَاعِهِ أَعْمَالا عَظِيمَةً.
Yang apabila diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bermaksud,
Allah telah menunjukkan kekuatan tangannya.
Bahasa Yunani adalah bahasa antar bangsa ketika itu.
Kata yang bererti “kekuatan” yang dipakai dalam Bahasa Yunani adalah juga meminjam dari istilah militer, iaitu, kratos.
Pa’ul Hawariyun memakai istilah militer kratos itu untuk menyampaikan pesan yang haqiqi bahawa “kita yang lemah ini, oleh Allah, diberi Rohul Quddus sebagai kekuatan yang agung dari Allah untuk kita yang lemah ini. (Termaktub di Kitab Injil Surah Efesus 3:16).
Munajat:
Ya Allah Yang Maha Kuasa, pagarilah hamba-hamba-Mu ini dengan kekuatan tangan-Mu. Buanglah segala fitnah Dajjal yang telah mengadu domba mereka untuk menghancurkan jiwa dan semangat mereka. Karena Engkaulah Ya Allah, Kekuatan Agung kami yang terfitnah ini.
Al-Aziz hanya untuk daif.
Yang dizalimi perlu Tuhan.
Hanya yang lemah yang perlu Yang Maha Perkasa.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |