Yā Ba’ith

اَلْبَاعِث

Maha Membangkitkan;

iaitu membangkitkan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.

Nabi Ayub bertanya-tanya,

“Apabila orang sudah sampai pada ajal kematiannya, dapatkah orang mati tersebut hidup balik ?”

(Termaktub di Suhuf Ayub 14:14.)

Di dalam hidup ini, semua manusia juga bertanya-tanya mengenai hal ini, kerana menyadari bahawa semua makhluk hidup pasti akan menemui ajalnya atau akan mati.

Al-Ba’ith. Nama Allah ini ertinya adalah Yang Menghidupkan orang mati atau Yang Membangkitkan Orang Mati Dari Alam Kubur atau Yang Memberi Tempat Bagi Orang Yang Sudah Mati di Akhirat Nanti. Itulah nama Allah.

Bai’ith itu Bahasa Arab. Bahasa Melayu meminjamnya menjadi BANGKIT. Orang Melayu bilang “bangkit dari kubur.”

Kitab Taurat Zabur Injil dan Quran menyatakan bahawa semua orang mati akan bangkit dari kubur dihidupkan kembali, oleh Allah!

Banyak orang mentertawakan apa yang dikatakan oleh Kitab-Kitab Allah tersebut. Orang-orang itu menghina Kitab-Kitab Allah Taurat Zabur Injil dan Quran. Mereka berkata,

“Allah tidak akan membangkitkan semula orang-orang yang telah mati.”

(Termaktub Quran Surah Naḥl [16]:38.)

Apa yang dinyatakan orang-orang itu ditolak oleh Kitab al-Quran. Al-Quran menyatakan bahawa, dari tidak ada, Allah al-Khalik dapat menyebabkan ada sehingga menjadi ada. Allah adalah pencipta segala yang makhluk. Allah pun pasti dapat mengadakan makhluk yang sudah tidak ada atau sudah mati menjadi ada lagi atau menjadi hidup lagi. Al-Khalik selalu dapat menyebabkan yang sudah tidak ada menjadi ada lagi!

Penghina-penghina Kitab Taurat Zabur Injil dan Quran itu pula akan bertanya:

“Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula?” Katakanlah: “Ialah Allah yang menjadikan kita pada mulanya!”

Jadi kalau ada pertanyaan …

“Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula?

Jawab,

“Ialah Allah yang menjadikan kita pada mulanya!”

(Termaktub Quran Surah Banī Isrā’īl 17:51.)

Orang-orang mati, oleh Allah, diadakan balik atau dikembalikan menjadi hidup semula. Itulah yang diyakini oleh Al-Ghazali. Orang mati diadakan balik, hidup semula atau orang mati dikembalikan menjadi hidup semula. Menurut Al-Ghazali,

“Apabila orang menjadi menemui ajalnya atau mati, itu ertinya, al-Khalik sekali lagi mencipta orang itu.”

Bulus al-Hawari adalah seorang penyokong setia Sayidina Isa. Pernah di Bandar Kurintus (sekarang Turki). Bulus al-Hawari berkata kepada orang-orang yang takzim kepada Sayidina Isa mengenai “ciptaan baru” yang berlaku kerena Sayidina Isa dihidupkan lagi dari alam kubur dan diangkatnya beliau oleh Allah ke haribaanNya atau ke pangkuanNya.

إِنْ كَانَ وَاحِدٌ يَنْتَمِي لِلْمَسِيحِ، فَهُوَ خَلِيقَةٌ جَدِيدَةٌ. زَالَ الْقَدِيمُ وَجَاءَ الْجَدِيدُ. كُلُّ هَذَا يَعْمَلُهُ اللهُ الَّذِي صَالَحَنَا مَعَ نَفْسِهِ بِوَاسِطَةِ الْمَسِيحِ،

Sesiapa yang ada dalam al-Masih adalah ciptaan baru. Hal-hal lama telah lenyap dan segala-galanya baru. Semuanya datang daripada Allah melalui al-Masih-Nya.

(Termaktub Suhuf al-Anbiya’ Surah 2 Kurintus 5:17-18.)

Ratusan tahun sebelum Sayidina Isa lahir sekalipun, Nabiullah Daniyal sudah pernah menyatakan bahawa orang mati dihidupkan lagi oleh Allah untuk diadili. Di zamannya, pandangan Nabi Daniyal bahawa orang mati dihidupkan lagi oleh Allah sesungguhnya adalah pandangan yang berani dan pasti dari ilmu yang canggih.

Banyak orang yang sudah mati akan hidup semula: ada yang akan menikmati kehidupan kekal, ada pula yang akan menderita hinaan kekal.

(Kitab Taurat Suhuf Daniyal 12:2.)

Sayidina Isa sungguh amat dekat dengan Allah kerana beliau adalah …

  • الْمُقَرَّبِينَ al-muqarrabīn, dan
  • كَلِمَةٍ kalimah Allah

Termaktub di Kitab Injil Surah Yahya 1 dan Quran Surah Ali Imran [3]:45.

Itulah sebabnya Sayidina Isa ditetapkan Allah menjadi Hakim Yang Adil.

Orang-orang mati akan terus bangkit dari kubur. Yang berbuat baik akan bangkit untuk mendapat hidup kekal dan yang berbuat jahat akan bangkit untuk dihukum.

Aku tidak dapat melakukan sesuatu pun atas usaha-Ku sendiri. Aku menghakimi manusia menurut perintah Allah. Penghakiman-Ku adil, kerana Aku tidak mengikut kehendak-Ku sendiri tetapi kehendak Dia yang mengutus-Ku.

(Kitab Injil Surah Yahya 5:29-30.)

Dengan izin Allah, Sayidina Isa adalah Hakim yang Adil yang akan mengadili orang-orang mati ketika mereka dihidupkan balik oleh Allah.

Akhirnya, secara terang-terangan Sayidina Isa mengumumkan siapa sesungguhnya Putera Maryam atau Putera Insan atas izin Allah. Secara terang-terangan, kata Sayidina Isa, Putera Maryam ditetapkan Allah menjadi hakim yang adil yang mengadili segala orang mati. Dengan memakai ibarat seorang tuan rumah Sayidina Isa berkata,

“Barangsiapa menjadi tuan rumah yang baik dan murah hati kepada tamunya tanpa pandang bulu akan diberi pahala oleh Allah pada hari kebangkitan orang yang benar daripada kematian.”

(Kitab Injil Surah Luqa 14:14.)

Menurut Hadis, turunnya Sayidina Isa adalah salah satu bunga kiamat.

Munajat:

Hidup ku di sebuah planet yang bernama bumi ini hanyalah sementara. Tidak ada ilah selain Allah yang memberi harapan dihidupkan lagi segala makhluk setelah kematian. Hanya Engkaulah, ya Allah, satu-satunya harapan hamba.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini