Yā Bāqī

اَلْبَاقِى

Yang Maha Kekal.

Aṣ-Ṣamad adalah nama Allah yang bererti bahawa Allah lah yang pada zaman dahulu kala telah mencipta tumpuan tempat segala isi bumi ini bertumpu.

Al-Bāqī juga adalah nama Allah. Al-Bāqī memiliki akar kata yang bererti, “terusnya” atau “kemudiannya” yang bererti masa yang akan datang, sampai selama-lamanya.

Zaman dahulu kala dan masa yang akan datang kedua-duanya dapat bermakna kekekalan. Bagi manusia, masa berganti, namun bagi Allah, zaman dahulu dan masa yang akan datang tidak ada bezanya. Bagi Allah, masa itu tetap sama dan tidak berganti-ganti.

Kata Al-Bāqī tidak termaktub di dalam Kitab-Kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil, namun Kitab-Kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil penuh dengan kisah-kisah yang menggambarkan kekekalan di masa yang akan datang. Itulah makna daripada Al-Bāqī.

Disebutkan di Kitab Al-Anbiya’ Surah Al-Jamiati [Pengkhotbah] 3:11 bahawa Allah telah menyatakan sesuatu namun masih banyak yang belum dapat difahami oleh manusia.

Dia telah menentukan waktu yang tepat bagi tiap-tiap perkara. Dia telah memberi kita keinginan untuk mengetahui masa depan, tetapi tidak memberi kita pemahaman tentang segala perbuatan-Nya dari awal sampai akhir.

Dalam hidupnya, manusia selalu bertanya-tanya apa ertinya menjadi selama-lamanya atau memikirkan akhirat dan selalu bertanya-tanya apakah hidup yang dimilikinya sekarang ini masih akan terus ada di akhirat nanti.

Sultan-sultan yang bergelar Fir’aun pada zaman dahulu kala membina piramid-piramid tempat terakhir yang mereka pikir ‘akhirat’ dimana mereka terus ada. Mereka mendirikan piramid-piramid itu di sepanjang tepi Sungai Nil sedangkan banyak jongos-jongos mereka mati di jurang-jurang Sungai Nil persis di samping piramid-piramid tempat mereka beristirahat selama-lamanya.

Kitab Zabur menyatakan yang selama-lamanya adalah …

  • “Takut akan Allah” atau “Hormat dan memuji-muji Allah” (Kitab Zabur 19:9),
  • “Bin Daud” (Kitab Zabur 89:36),
  • “Kebenaran atau Kehakikian Allah” (Kitab Zabur 111:3),
  • “Puji kepada Allah” (Kitab Zabur 111:10).

Sesiapa yang bertahan ke saat akhir akan diselamatkan …

itulah yang dikatakan oleh Sayidina Nabi Isa yang termaktub dua kali di Kitab Injil Surah Matta 24:13.

Itu bukan perkara senang! Sayidina Isa memerintahkan para hawariyun penyokong-penyokong setia beliau untuk bersilaturahmi dengan orang-orang rosak yang disebutnya sebagai “domba-domba sesat antara Bani Isra’il.” (termaktub di Kitab Injil Surah Matta 10:6), namun, kata Nabi Isa, kalau mereka melakukan itu, mereka akan ditangkap lalu diseret ke mahkamah dan akan disebat di kumpulan-kumpulan orang ramai di sinagog-sinagog dan tempat-tempat suci dan dibawa ke hadapan penguasa dan raja sebagai saksi Nabi Isa kepada mereka dan kepada bangsa-bangsa kafir yang tidak berkhatan yang tidak mengenal Allah. Sayidina Isa mengutus mereka seperti domba ke tengah tengah sekawan serigala. Mereka akan disakiti oleh orang-orang ramai dan mereka akan dipenjarakan. (Kitabullah Injil Surah Matta 10:15,16,18.)

Kata Nabi Isa, ketika mereka di dalam penjara, mereka akan menjawab semua perkara yang dituduhkan kepada mereka. Mereka akan menjawab namun bukan dengan kata-kata mereka sendiri, namun dengan kata-kata daripada Roh Allah al-Khaliq yang dinyatakan melalui mereka. (Termaktub di Kitabullah Injil Surah Matta 10:20.)

Setiap orang akan membenci mereka kerana mereka adalah hawariyun penyokong-penyokong setia Sayidina Nabi Isa. Keluarga dan saudara mereka pun akan berlaku khianat terhadap mereka dan menyerahkan mereka untuk dibunuh. 

(Termaktub di Kitabullah Injil Surah Matta 10:21.)

Namun, kata Nabi Isa, walaupun mereka dianiaya dan dibenci, sesiapa yang bertahan ke saat akhir akan diselamatkan.

Itulah akhirat. Itulah yang selalu berlaku selama-lamanya. Bertahanlah dan bersabarlah selama-lamanya.

Kitab Injil surah Marqus mendukung apa yang termaktub di Surah Matta tentang Sayidina Isa yang menyatakan perkara-perkara yang mengerikan apabila mereka menjadi pengikut-pengikut setia Sayidina Nabi Isa. Perkara perkara yang mengerikan itu dinyatakan Sayidina Isa kepada para pengikut beliau di atas Bukit Zaitun dimana Tanah Suci Al-Quds Yerusalem tampak jelas dari atas Bukit Zaitun. Mengikut Sayidina Isa adalah bererti mengalami Kiamat!

Namun, kata Nabi Isa, sesiapa yang bertahan dan bersabar ke saat akhir akan diselamatkan. Kata Nabi Isa, Roh Allah akan menjawab semua tuduhan tuduhan yang melawan dan mengingkari pengikut pengikut Sayidina Isa. Jawaban ilahi itu ada lewat perantaraan pengikut pengikut setia Sayidina Isa yang dizalimi tersebut. Nabi Isa juga menyatakan bahawa pada waktu pengikut pengikut setia Sayidina Nabi Isa dizalimi akan terjadi banyak kepelikan dan kesusahan yang meliputi munculnya nabi nabi palsu, peperangan, gosip gosip mengenai perang, gempa bumi dan wabah kelaparan. (Termaktub di Kitabullah Injil Surah Marqus 13:3 dst.)

Yang terjadi pada saat berakhirnya segala sejarah diungkapkan oleh Matta al-Hawari dan Marqusa al-Hawari sebagai berikut:

Namun, sesiapa yang bertahan ke saat akhir akan diselamatkan. Perihal perihal yang melegakan umat tentang kerajaan Allah akan disebarkan ke seluruh pelosok bumi sebagai suatu kesaksian kepada semua bangsa. Selepas itu barulah tiba akhir zaman.

(Kitab Injil Surah Matta 24:13-14.)

Munajad:

Ya Allah Yang Maha Abadi, berikanlah kepada hamba ketabahan untuk bersabar dan bertahan dengan ikhlas dan penuh harapan sampai berakhirnya segalanya.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini