Ya Bāri’

البارئ

Yang Maha Mengadakan Daripada Tiada.

Al-Khāliq الخالق (Yang Maha Pencipta).

Al-Bāri البارئ (Yang Maha Mengadakan Daripada Tiada).

Kalau membaca kitab Taurat, Zabur dan Injil mengenai pencipta dan ciptaan, sesungguhnya terdapat kesan bahawa penggunaan Al-Khāliqالخالق dan Al-Bāri’البارئ  adalah sama saja, tidak dibezakan, boleh pakai Al-Khāliqالخالق  atau juga boleh pakai Al-Bāri’ البارئ.

Dari semua makhluk yang diciptakan Allah, manusia adalah bukti yang paling berwibawa daripada penciptaan segala makhluk.

Adam lah yang memberi nama segala makhluk. Setiap makhluk, oleh Adam, dinamai. Apa sahaja yang telah dicipta Allah, oleh Adam diselidiki dan satu per satu, dan kemudian, oleh Adam, diberi nama satu per satu. Adam berhasil membuka tabir misteri penciptaan. Kemampuan Adam menamai satu per satu dari semua makhluq adalah bukti manusia memiliki kemampuan berpikir yang tinggi.

Adam adalah bapak daripada segala manusia. Adam dan Siti Hawa yang sesungguhnya adalah orangtua kita itu dengan leluasa beribadah kepada Allah al-Khaliq. Orangtua kita itu, oleh Tuhan Allah, diberi kebebasan yang leluasa. Tapi akhirnya, Syaitan dengan licik dan licin menggelincirkan atau mempengaruhi orangtua kita itu untuk memakai kebebasan yang leluasa itu untuk ingkar terhadap Kalimat daripada Allah.

Mengenai kisah penciptaan Adam baik di Kitab Taurat Surah At Takwin bab 3 dan di Kitab Al-Qur’an Surah Al Baqarah [2]:31-…, Surah Tā Hā [20]:115-…, Surah Al A’rāf [7]:24-…, orang-orang Bani Isra’il, Kristian dan Muslim jelas-jelas ada kata sepakat.

Orang-orang Muslim terus kukuh dengan pendirian bahawa yang digelincirkan atau dipengaruhi oleh Syaitan yang licik dan licin itu hanya Adam dan Siti Hawa sahaja, sedangkan kita, keturunannya, sama sekali tidak kena pengaruh Syaitan yang licik dan licin itu. Keadaan orangtua kita yang tergelincir kena pengaruh Syaitan yang memprihatinan itu tidak dapat menyebabkan kita ketularan orangtua kita itu terkena pengaruh Syaitan yang memprihatinkan itu.

Namun Kitab-Kitab Allah menyatakan bahawa keadaan terkena pengaruh Syaitan yang licik dan licin itu sungguh terus-menerus menyesakkan seluruh manusia. Setiap manusia tanpa pandang bulu, besar atau kecil, semuanya selalu dalam keadaan sesak terkena pengaruh Syaitan yang licik dan licin.

Termaktub di dalam Al-Qur’an Surah Al Baqarah [2]:36, yang bermaksud,

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati).”

Jelas, setiap manusia tergelincir kerana terkena pengaruh Syaitan yang licik dan licin. Bahkan orang-orang yang disebut nabi setelah Adam pun juga dalam keadaan tergelincir kerana terkena pengaruh Syaitan yang licik dan licin. Nuh, Ibrahim, Musa dan Daud pun juga sama. Termaktub di dalam Kitab-Kitab Allah bahawa semua manusia tanpa pandang bulu dalam keaadan tergelincir kerana terkena pengaruh Syaitan. Oleh kerana itulah, para nabi yang disebutkan di dalam Kitab-Kitab Allah juga memohon ampun kepada Allah.

Disebutkan dalam hadis,

الإنسان محل الخطإ والنسيان

Manusia adalah tempat kesalahan dan lupa.

Dalam hadis lain dikatakan:

Artinya; “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap keturunan Adam yang lahir pasti dicubit oleh jari-jari syaitan di kedua pinggirnya kecuali Isa putranya Maryam.”

(HR Bukhari.)

Pasti kerana salah dan lupa lah, orang memohon ampun kepada Allah.

Sebelum seluruh manusia di zaman Nabi Nuh diazab air bah oleh Allah, Allah sudah mengetahui bahawa keadaan manusia yang penuh dengan salah dan lupa itu, dari hari ke hari semakin menyesakkan dada. Oleh kerana itulah, Allah menyatakan,

“Aku akan membinasakan manusia yang sudah Kuciptakan itu.”

Termaktub di Kitab Taurat Surah At-Takwin (Kejadian) 6:7.

Nabi Musa ingat kemurahan yang besar yang pernah Allah berikan kepada seluruh makhluk di hari mereka dicipta Allah. Nabi Musa juga ingat kemurahan yang besar yang pernah Allah berikan kepada Bani Isra’il umatnya sehingga hanya kerana kemurahan Allah sahaja, Bani Isra’il boleh merdeka dari penjajahan Raja Fir’aun yang zalim. Oleh kerana ingat akan kemurahan Allah, Nabi Musa mengingatkan kepada Bani Isra’il jangan sampai LUPA akan kemurahan Allah. Termaktub di dalam Kitab Taurat At-Tasyniyati (Ulangan) 4:32-40.

Namun kenyataannya, Bani Isra’il LUPA. Oleh kerana itulah, Bani Isra’il disebut sebagai bangsa yang tergelincir kerana pengaruh Syaitan yang licik dan licin. Bangsa Isra’il adalah bangsa yang khilaf atau salah dan LUPA.

Akibatnya, Bani Isra’il adalah bangsa yang pertama kali tergelincir  kerana pengaruh Syaitan yang licik dan licin itu. Perkara ini sungguh terus menyesakkan seluruh bangsa-bangsa di dunia ini. Setiap bangsa tanpa pandang bulu, besar atau kecil semuanya selalu dalam keadaan sesak terkena pengaruh Syaitan yang licik dan licin.

Kerana manusia dalam keadaan lupa yang sungguh menyesakkan dada itu, Allah menjadi sangat jauh dari alam semesta tempat manusia berada. Allah menjadi penuh dengan azab kepada kita manusia semua ini. Janji atau nazar atau sumpah dan qurban kena dibuat dan dilaksanakan jika nak dekat dengan Allah. Syarat-syarat haiwan yang diqurbankan seperti yang dituntut dalam Kitab Taurat Surah Al-Awiyaina (Lewi), yakni, haiwan qurban wajib hukumnya dalam keadaan sempurna dan tidak cacat dan tanpa noda. Memenuhi kewajiban dan syarat-syarat seperti itu yang dituntut oleh syariah Kitab Taurat menjadi ciri khas ibadah di Tanah Suci Yerusalem. Termaktub di dalam Kitab Taurat At-Tasyniyati (Ulangan) 7:1-10.

Tapi anehnya, Allah dan nabi-nabi-Nya melihat kemunafikan-kemunafikan dalam kegiatan ibadah itu yang hanya sekedar memenuhi kewajiban dan syarat-syarat seperti yang dituntut oleh syariah. Dan Allah dan nabi-nabiNya menganggap kegiatan ibadah orang munafik itu sebagai ibadah yang paling penuh dengan kemunafiqan. Nabiullah Isya’ya menegur dengan sangat keras sikap-sikap orang-orang munafik yang penuh dengan lupa.

Malanglah orang yang membantah Penciptanya; orang itu seperti periuk yang melawan pembuatnya. Adakah tanah liat bertanya kepada tukang periuk, “Apakah yang engkau buat?” Bolehkah periuk mengadu bahawa pembuatnya itu tidak pandai?

Termaktub di Kitabul Anbiya’ Isya’ya (Yesaya) 45:9.

Kerana merasa prihatin akan betapa ingkar dan munafiknya, ahli-ahli ibadah di Bait Allah di Tanah Suci Yerusalem,  Nabi Irmiya, atas izin Allah, diberi pemandangan Bait Allah di Tanah Suci Yerusalem dihancurkan leburkan oleh orang-orang yang zalim. Dalam pemandangan itu, Nabi Irmiya melihat orang-orang di Bait Allah Tanah Suci Yerusalem yang disanjung-sanjung orang sebagai nabi-nabi Allah dan imam-imam Allah ternyata hidup mereka penuh dengan ingkar dan kemunafikan.

Termaktub di Kitab Maraatsii Irmiya (Ratapan) 4:13

مِنْ أَجْلِ خَطَايَا أَنْبِيَائِهَا وَآثَامِ كَهَنَتِهَا السَّافِكِينَ فِي وَسَطِهَا دَمَ الصِّدِّيقِينَ

Tetapi hal itu berlaku kerana nabi-nabinya telah berdosa, dan imam-imamnya membunuh orang yang tidak bersalah.

Nabi Husya’a, seorang nabi dari Bani Isra’il pada tahun 700-an, atas izin Allah, diberi pemandangan oleh Allah. Dalam pemandangan yang dari Allah, Nabi Husya’a melihat akan tiba masanya di mana qurban-qurban dari manusia tidak dianggap sah dan akan dihentikan oleh Allah. Termaktub di Kitabul Anbiya’ Surah Husya’a 3:4.

Pa’ul al-Hawariyun, seorang yang takzim kepada Sayidina Isa, pernah menulis surat kepada orang-orang di Ephesus mengenai apa yang Allah al-Khaliq lakukan lewat perantaraan Almasih Isa yang …

menjelaskan kepada semua orang pelaksanaan rahsia ilahi itu, yang dari permulaan zaman telah terselindung dalam hati Allah atau dzat Allah.

Termaktub di Risalah Efesus 3:9.

Sesungguhnya hamba Allah adalah jongosnya Allah. Sebagai jongosnya Allah,

“kita ini buatan-Allah, dicipta dalam Isa al-Masih untuk melakukan perbuatan baik, yang telah disediakan terdahulu oleh Allah untuk kita lakukan.”

Termaktub di Risalah Efesus 2:10.

Seorang jongos, oleh Allah,

“berubah kepada diri baru yang dicipta menurut teladan Allah dalam kebenaran dan kesucian sejati.”

Termaktub di Risalah Efesus 4:24.

Munajat:

قَلْباً نَقِيّاً اخْلُقْ فِيَّ يَا اللهُ وَرُوحاً مُسْتَقِيماً جَدِّدْ فِي دَاخِلِي.

Ya, Allah. Ciptakan hati yang bersih dalam diriku, Ya Allah, dan pulihkan semangat waja dalam jiwaku. (Doa Nabi Daud).

Allah membuat kita dari tanah.

Allah membuat Isa daripada tiada.

Isa rahsia Ilahi.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini