Categories: Article

Ya Baṣīr

البصير

Yang Maha Melihat.

Di dalam Kitabul Anbiya’ Irmiyah (Yeremia) 33:3 terdapat kata

(batzur)

yang ertinya “diamat-amati oleh  Tuhan Allah, Yang Tidak Kelihatan.” Kata yang lazim untuk “melihat” dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani adalah

 (raah)

dan dalam Bahasa Arab adalah

رأى  /ra’a/.

Namun untuk asma’ul husna “Yang Maha Melihat” bukan kata ra’a yang lazim itu yang digunakan. Baṣīr dipakai  untuk asma’ul husna “Yang Maha Melihat.”

Baṣīr (Yang Maha Melihat) (Yang Maha Memperhatikan atau Yang Maha Mengawasi) sangat erat kaitannya dengan Samī’ (Yang Maha Mendengar).

Melihat dan Mendengar adalah dua kemampuan pancaindera yang sangat penting yang dipakai untuk mengungkapkan sifat-sifat Allah dalam Asma’ul Husna. Kalau al ilah atau Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar, itu adalah ibarat yang ertinya seolah-olah Allah bermata dan bertelinga. Kitab Taurat, Zabur dan Injil seringkali menggunakan pantun atau ibarat tentang mata dan telinga Allah. Tentu itu bukan bererti Allah bermata dan bertelinga.

Insan-insan Muslim di pulau Madura Indonesia sering berkata èlmo kopèng, yang bermaksud, telinga tempat masuknya ilmu ugama. Insan-insan Muslim sangat mengandalkan telinga ketika berada di masjid di mana mereka boleh mendengarkan ayat-ayat Qur’an ditilawatkan atau dibaca ketika mendirikan solat dan mereka juga boleh mendengarkan surah-surah Qur’an dilagukan dengan indahnya di masjid. Dalam Islam, seni rupa hanya terbatas pada kaligrafi tulisan Bahasa Arab yang elok dipandang mata untuk menyampaikan pesan-pesan Al Qur’an.

Dibanding telinga,  mata lebih sering menjadi pintu masuk godaan. Kitab Allah Injil Surah 1 Yahya 2:16 menyatakan bahawa lewat mata, manusia dapat menjadi penuh dengan nafsu dan syahwat. Telinga tidak pernah disebut sebagai jalan masuk nafsu dan syahwat.

 لأَنَّ كُلَّ مَا تُقَدِّمُهُ الدُّنْيَا هُوَ شَهْوَةُ الطَّبِيعَةِ الدَّنِيَئَةِ، وَشَهْوَةُ الْعُيُونِ

Segala yang ada di dunia ini – keinginan nafsu dan mata, serta segala keangkuhan hidup – bukanlah daripada Allah Bapa tetapi daripada dunia.

(Termaktub di Kitab Injil Surah 1 Yahya 2:16.)

Di dalam Kitab Allah Taurat At-Tasyniyati (Ulangan) terdapat ibarat yang menyatakan bahawa sepanjang tahun, mata daripada Allah selalu mengamati dan mengawasi Tanah Al Quds Yerusalem, yaitu Tanah Yang DijanjikanNya untuk diikhlaskanNya dan diwakafkanNya.

Termaktub di Kitab Zabur 34:15 bahawa Allah mengamat-amati dan mengawasi dan memelihara orang yang hidup dengan penuh kehaqiqian.

لأَنَّ عَيْنَيَّ اللهِ عَلَى الصَّالِحِينَ, وَأُذُنَيْهِ تُصْغِيَانِ إِلَى دُعَائِهِمْ.

Kerana mata dan telinga Allah mendengar rayuan mereka yang hidup dengan penuh kehaqiqian.

Disebutkan di Kitabul Anbiya’ Surah Azrā 5:5 bahawa ketika orang-orang Bani Isra’il para nabi membina balik Tanah Suci kota Al Qudsi Yerusalem, mata daripada Tuhan Allah memperhatikan mereka.

Perlu diketahui, mata daripada Allah sungguh memperhatikan dan mengawasi manusia bukan hanya ketika manusia dalam keadaan yang baik-baik sahaja, namun juga dalam keadaan yang sangat memprihatinkan sekalipun. Dahulu pada zaman kegelapan di mana tidak ada rasa keadilan di masyarakat,  tiada lagi orang yang jujur sehingga sesiapa yang menjauhi kejahatan menjadi mangsa kejahatan.

Disebutkan di Kitabul Anbiya’ Surah Isya’ya 59:15, Tuhan bersiap-siap menyelamatkan umat-Nya. Tuhan Allah nampak semuanya. Tuhan Allah murka kerana tiada keadilan lagi.

Kerana Allah bersifat tidak suka melihat ketidak adilan, disebutkan di Kitab Allah Zabur 101:3, Nabi Dawud tidak suka melihat kekejian yang dilakukan orang.

Kepada Bani Isra’il para nabi, mata Nabi Daud tertumpu. Termaktub di Kitab Allah Zabur 101:6.

Kitab Allah Zabur mengingatkan orang-orang di dunia yang hidupnya sombong dan yang suka memalukan dan suka merugikan orang-orang kecil bahawa Tuhan Allah itu ada dan melihat tingkah laku orang-orang yang hidupnya sombong penzalim-penzalim orang-orang kecil dan Tuhan Allah tidak pernah akan lupa segala tingkah laku penzalim-penzalim orang-orang kecil itu.

(Termaktub di Kitab Allah Zabur 10:11.)

Disebutkan di dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil ada kisah orang-orang yang nampak Tuhan Allah secara langsung dan memperoleh ru’ya (penampakan) atau (pesan) atau (wahyu) dari Tuhan Allah. Wahyu-wahyu ilahi yang diperoleh orang-orang itu secara langsung dari Tuhan Allah dengan cara Tuhan Allah menampakkan diri secara langsung kepada orang-orang itu. Penampakan Tuhan Allah itu terjadi pada zaman Bani Isra’il hijrah dan mengungsi ke wilayah-wilayah bangsa tidak berkhatan dan pada zaman Nabi-nabi Bani Isra’il seperti Nabi Hazqīya dan Nabi Daniyal dan pada zaman para Hawariyun orang-orang yang takzim dan tawaduk kepada Nabi Isa putera Maryam.

Namun mengulangi kembali penampakan diri Tuhan Allah secara langsung jelas tidak boleh dijamin dapat berlaku lagi bila-bila masa. Jadi oleh kerana itulah, wahyu-wahyu ilahi yang tertulis dalam bentuk kitab lebih diutamakan. Tuhan Allah menyuruh Nabiullah Habakuk,

“Tulislah dengan jelas apa yang Kunyatakan kepadamu, supaya dapat dibaca dengan mudah. Tulislah semuanya pada batu tulis.”

Tuhan Allah memerintahkan begitu agar barangsiapa yang membacanya boleh memperoleh tuntunanNya.

(Termaktub di Kitabul Anbiya’ Habakuk 2:2.)

Pada hari Yaumul Khamsīn, hari di mana Ruh Allah nuzul atau turun kepada para Hawariyun, yaitu,  orang-orang yang takzim kepada Yang Mulia Sayidina Isa, Butrus al Hawari berdiri di Baitullah di Tanah Suci Al Quds Yerusalem  bahawa Ruh Allah akan turun kepada manusia dan manusia akan nampak Tuhan Allah secara langsung.

Pengalaman baru yang penuh dengan keajaiban itu termaktub di Kitab Injil Surah Kisah Para Hawariyun (Kisah Para Rasul) 2:14 dan seterusnya.

Butrus al Hawari secara terbuka bercerita tentang Yang Mulia Sayidina Isa Almasih yang dibangkitkan hidup kembali. Butrus al Hawari menceritakan itu semua dengan mengutip apa yang termaktub di dalam Kitab-Kitab Allah dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani, yaitu Taurat, Zabur dan Al Anbiya.

(Tersebut di Kisah Para Hawariyun (Kisah Para Rasul) 2:16, 25, 34).

Munajat:

Betapa hamba sungguh perlu mendengarkan suara Mu dan melihat tangan Mu, Ya Allah,  yang menolong hamba setiap saat.

Tolonglah hamba untuk berserah diri bulat-bulat kepada Engkau, Ya Allah dengan cara mengenal Engkau sebagai Tuhan Yang Maha Besar di dalam hidup ini.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago