Ya Bāsiṭ

ُاَلْبَاسِط

Yang Maha Melapangkan.

Sains atau ilmu pengetahuan yang teratur dan dapat dibuktikan kebenarannya telah membuat kita menyadari bahawa alam semesta tempat kita berada ini ternyata bukanlah statik atau bukanlah tidak ada perubahan apa-apa dan bukanlah tidak bergerak.

Alam semesta tempat kita berada ini ternyata selalu bergerak penuh dinamika perubahan untuk menjadi luas dan lapang.

Sejak dahulu kala, khususnya orang-orang yang beriman tauhid, yakni, orang-orang yang mengutamakan Allah, mereka berpandangan bahawa bumi, langit dan segala musim-musimnya bukanlah barang yang statik atau diam yang tidak ada perubahan, namun merupakan alam yang selalu bergerak dinamis yang dari hari ke hari selalu semakin menjadi luas dan lapang.

Secara kosa kota, memang Bahasa Bani Isra’il Ibrani tidak memiliki kata yang sama persis dengan al-bāsiṭ, yang ertinya “Yang Maha Melapangkan.” Namun Kitab Taurat, Zabur dan Injil dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani dan terjemahannya mengakui bahawa Allah memang tidak bersifat statik atau tidak diam namun bersifat selalu aktif bergerak dengan penuh dinamika dan kekuatan yang meluas ke mana-mana.

Menurut lembaran bertulis yang paling tua dari segala macam lembaran bertulis, iaitu, buku catatan atau suhuf Al-Anbiya’ Nabi Ayub, di mana Nabi Ayub mendengar Allah berfirman lewat perantaraan angin badai puting beliung yang sangat kencang. Melalui perantaraan angin badai itu, Allah berfirman kepada Ayub,

“Tahukah engkau keluasan dunia? Jawablah, jika engkau tahu segalanya.”

Termaktub di Suhuf Al-Anbiya’ Nabi Ayub 38:18.

Jauh sebelum Zaman Kesedaran di Eropah, didalam khemahnya Nabi Ayub yang menderita sakit, bersama tiga kawannya yang suka berdebat dengannya, mereka sudah menyedari bahawa Tuhan Allah lah yang menyebabkan semua kejadian-kejadian yang menghairankan dan yang luar biasa dialam semesta ini. Sejak dari zaman dahulu kala, Nabi Ayub sudah menyedari bahawa Allah lah yang menyebabkan semua “kejadian-kejadian yang luar biasa yang menghairankan yang tidak dapat dipahami dan yang tak terkira.”

Termaktub di Suhuf Al-Anbiya’ Nabi Ayub 9:6-8 ….

Siapakah kalau bukan Allah, yang menggempakan bumi dan yang menggoyangkan tiang penyangga bumi?

Siapakah kalau bukan Allah, yang memerintah matahari dan bintang-bintang?

Siapakah kalau bukan Allah, yang membentangkan langit?

Dan kelak di kemudian hari, muncullah Nabiullah Isya’ya (Yesaya) yang menulis pandangannya pada tahun 700 sebelum Masehi, dimana beliau menyatakan bahawa sungguh Allah adalah:

  • yang menciptakan dan membentangkan langit,
  • yang membentuk bumi serta segala yang hidup di atasnya,
  • yang memberikan nyawa dan nafas kepada manusia.

(Termaktub di Kitabul Anbiya’ Isya’ya, Yesaya 42:5.)

Namun, ternyata bukanlah alam semesta atau alam zahir sahaja yang bersifat tidak diam dan yang selalu bergerak penuh dinamika meluas kemana-mana. Alam batin, iaitu, rasa ingin tahu akan Allah juga bersifat tidak diam dan selalu bergerak penuh dinamika meluas kemana-mana. Rasa ingin tahu akan Allah adalah pemberian yang penuh ni’mat daripada Allah kepada manusia.

Dalam doa munajat yang dipanjatkan oleh Hinnah, ibu daripada Nabiullah Somu’il (Samuel), disebutkan bahawa,

لِأَنَّ ٱلرَّبَّ إِلَهٌ عَلِيمٌ

/li’annarrabba ‘ilahun ‘alīm/

“Tuhan Allah Maha Tahu.”

Termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Somu’il Awwal, 1 Samuel 2:3).

Somu’il, Daniyal, Isya’ya, Husya’a adalah sebahagian dari nabi-nabi Allah. Menurut Qur’an dan Hadis, jumlah keseluruhan nabi-nabiullah adalah 124,000. Setiap suku dan bahasa, Tuhan kirim satu nabi.

(QS Yunus [10]:47, QS Ibrahim [14]:4).

Nabiullah Daniyal adalah seorang pesuruh Allah Yang Maha Hidup. Nabiullah Daniyal memiliki rasa ingin tahu yang besar, bukan hanya ingin tahu siapa sesungguhnya dirinya, namun Nabiullah Daniyal beranggapan bahawa rasa ingin tahu adalah bahagian daripada masa akhir zaman di mana banyak orang akan melakukan penyelidikan dan penelitian untuk memuaskan rasa ingin tahu, dan rasa ingin tahu itu akan bertambah.

(Termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Daniyal, Daniel 12:4.)

Namun aneh dan ganjil, Nabiullah Husya’a (Hosea) yang hidup sezaman dengan Nabi Isya’ya (Yesaya), iaitu, pada tahun 700 sebelum Masehi, malah meratapi dan menangisi adanya gejala-gejala yang menunjukkan semakin menurunnya jumlah orang yang memiliki rasa ingin tahu akan Allah. Gejala-gejala itu terasa sejak turunnya jumlah orang yang memiliki rasa ingin tahu akan Allah di Tanah Suci di Isra’il. Inilah keprihatinan Nabi Husya’a yang termaktub di Kitabul Anbiya’ Surah Husya’a (Hosea) 4:6 …

قَدْ هَلَكَ شَعْبِي مِنْ عَدَمِ الْمَعْرِفَةِ. لأَنَّكَ أَنْتَ رَفَضْتَ الْمَعْرِفَةَ أَرْفُضُكَ أَنَا حَتَّى لاَ تَكْهَنَ لِي. وَلأَنَّكَ نَسِيتَ شَرِيعَةَ إِلَهِكَ أَنْسَى أَنَا أَيْضاً بَنِيكَ.

qad halaka sya’bi min ‘adamil ma’rifat.

li’annnaka ‘anta rafaḍtal ma’rifat ‘arfuḍuka ‘anā ḥatta lā takhanalī. wa li’annaka nasīta syarī’at ‘ilahika ‘ansa ‘anā ‘iḍan banīka.

yang bermaksud,

Umat-Ku binasa kerana mereka tidak mahu mengakui Aku. Kamu, imam-imam, tidak mempedulikan Aku dan telah menolak ajaran-Ku. Oleh itu Aku pun akan menolak kamu dan tidak mengakui anak-anak kamu sebagai imam-Ku.

Di permulaan Zaman di mana manusia yang terzalimi Dajjal amat sangat merindukan kedatangan Almasih atau Penolong daripada Allah, Nabiullah Zakharia, bapa daripada Nabi Yahya, pernah menyatakan bahawa rasa ingin tahu akan Allah dan rasa ingin ditebus oleh Allah, bagaikan seorang anak yang jatuh kedalam jurang yang dalam nak selamat merindukan datangnya orang yang mahu berkorban tuk menyelamatkannya keluar dari jurang, akan secara meluas dirasakan oleh banyak orang di mana-mana tempat.

Semua orang tanpa pandang bulu akan merasa sangat ingin tahu akan Allah dan merasa sangat ingin ditebus oleh Allah. Nabiullah Zakharia kemudian menyatakan bahawa puteranya, iaitu, Nabi Yahya, oleh Allah, diperintahkan untuk datang terlebih dahulu sebelum datangnya orang yang mahu berkorban untuk menyelamatkan umat manusia keluar dari jurang yang dalam dan gelap gulita. Dan Nabi Yahya diperintah, oleh Allah, untuk menyediakan jalan dan meluruskan jalan sebelum datangnya orang yang mahu berkorban untuk menyelamatkan umat manusia keluar dari jurang yang dalam dan gelap gulita.

(Termaktub di Kitabul Anbiya’ Isya’ya, Yesaya 40:3, Kitabullah Injil Surah Marqusa 1:1-3).

Kemudian Sayidina Isa bergerak di baris paling depan …

“menyatakan bahawa sudah tiba masa yang ditetapkan Allah untuk mengkhabarkan Berita Baik kepada orang miskin dan mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, kesembuhan bagi orang buta; dan kemerdekaan bagi orang yang tertindas.”

Termaktub di Kitabullah Injil Luqa, Lukas 4:18.

Ini semua berlaku agar kekuatan Allah sungguh dirasakan oleh umatNya tanpa pandang bulu di bumi ini yang, oleh Allah, dinamai Kerajaan Allah atau Syurga-Nya. Ibarat-ibarat yang disampaikan oleh Sayidina Isa di Kitabullah Injil Surah Matta, Matius bab 13 adalah mengenai bercambahnya Kerajaan Allah yang penuh rahsia itu, yang bercambahnya diibaratkan bagaikan bercambahnya benih kecil yang terjatuh di tanah yang subur, dan bagaikan bercambahnya benih kecil pokok khardal atau bagaikan bercambahnya benih kecil pokok beringin, dan bagaikan ragi yang berkhasiat secara diam-diam tapi nyata.

(Termaktub di Kitabullah Injil Surah Matta, Matius bab 13 ayat 23, 31, 33).

Munajat:

Wahai, Yang Maha Melapangkan, jangan hambat perkembangan dari apapun yang telah Engkau berikan dengan penuh ni’mat kepada hamba. Biarlah berkembang benih-benih ni’mat yang telah Engkau taburkan dalam kehidupan hamba.

Insan itu bak benih kecil bercambah. Zahir Batin Tumbuh. Luaran dan Dalaman Sehat.

Terpulang pada Sang Petani.

Beliau adalah Sayidina Isa dengan izin Allah.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini