Yā Bāṭin

الباطن

Maha Tersembunyi;

iaitu tidak dapat dizahirkan Zat-Nya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal Zat-Nya itu.

Sesungguhnya amat berkaitan,

Al-Bāṭin (الباطن) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dizahirkan Zat-Nya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal Zat-Nya itu,

dengan …

Az-Ẓāhir (الظاهر) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudan-Nya itu dengan bukti-bukti.

Al-Bāṭin (الباطن) amat erat hubungannya dengan Az-Ẓāhir (الظاها) …

  • Yang Maha Tersembunyi itu amat erat hubungannya dengan Yang Maha Menyatakan;
  • Yang Maha Tersembunyi itu amat erat hubungannya dengan Yang Maha Menampakkan kewujudan-Nya.

Hal itu membuktikan bahawa Yang Ilahi ALLAH itu sungguh amat luas dan tidak dapat terukur oleh masa dan maha luasnya tidak dapat diukur dengan jarak.

Orang Melayu bilang, “lahir-batin.” Manusia pun juga bersifat seperti penciptanya. Orang Melayu bilang, “Dalamnya lautan bisa diduga, dalamnya hati manusia tidak dapat diduga.”

Jadi, manusia pun juga bersifat ẓāhir dan juga bersifat bāṭin. Secara lahir, manusia dapat menjadi penat, sakit dan akhirnya mati. Namun walaupun begitu, batin dan perasaan manusia mampu tidak tergantung pada materi dan tidak tergantung pada harta duniawi.

Orang-orang yang mengikuti Sayidina Nabi Isa ditolong oleh Roh Hakiki atau Roh Allah. Mereka mengibaratkan Al-Khalik adalah Bapa atau Abah mereka. Bagi mereka, Allah adalah Abah, ibaratnya.

Bulus al-Hawari terus menyatakan perkara ini, yang bermaksud,

“Kerana kamu bukanlah menerima Roh yang menyebabkan kamu diperhamba lagi oleh ketakutan, tetapi telah menerima Roh yang menjadikanmu anak Allah. Dan dengannya kita berseru, ‘Abba, Bapa.’ Roh itu sendiri memberikan kesaksian dengan roh kita bahawa kita anak Allah. Jika kita anak, maka kita waris-waris Allah, waris bersama dengan al-Masih, jika kita benar-benar berkongsi penderitaan-Nya supaya dapat berkongsi kemuliaan-Nya kelak.

(Suhuf Rūm 8:15-17.)

Batin daripada seseorang seringkali menjadi perhatian daripada dakwah Sayidina Isa kepada para hawariyyun. Kepada para hawariyyun, Sayidina Isa seringkali berbicara mengenai keadaan batin seseorang.

Para hawariyyun dan orang-orang yang mencari-cari kesalahannya Nabi Isa seringkali tak faham pada apa yang dikatakan oleh Sayidina Nabi Isa baik melalui ibarat atau secara langsung yang tidak melalui ibarat, mereka tidak faham. Mereka terkejut. Mereka merasa pelik.

Kepada para ahli syariat Bani Isra’il, Nabi Isa berkata bahawa Jannah Kerajaan Allah bukanlah sesuatu yang dapat dilaksanakan oleh manusia. Jannah Kerajaan Allah tidak akan pernah dapat dilaksanakan orang dengan cara apapun dan dimana pun tidak akan pernah dapat dilaksanakan. Itulah perkataan Sayidina Nabi Isa kepada ahli syariat Bani Isra’il yang selalu berusaha melaksanakan syariat ugama.

Kata Nabi Isa,

“Tiada orang akan berkata, “Lihatlah di sini!” atau “Lihatlah di sana!” kerana kerajaan Allah sebenarnya ada di dalam kamu.”

(Kitab Injil Surah Luqa [Lukas] 17:21.)

Di dalam Kitab Injil Surah Marqusa terdapat satu ibarat pendek tentang benih jagung yang dikubur kedalam tanah dan dalam perjalanannya akhirnya benih jagung tersebut menghasilkan panen yang bermanfaat.

Ibaratnya, Jannah Kerajaan Allah itu adalah suatu kisah perjalanan atau bahkan proses bertumbuhnya suatu benih menjadi pokok yang bermanfaat. Bertumbuhnya benih itu jelas tidak akan pernah dapat terlihat mata. Ketika benih dikubur di dalam tanah, benih itu akan hidup dan mengalami perjalanan atau proses pertumbuhan, mula-mula pucuk, kemudian bulir akhirnya berbuah-buah menjadi manfaat, dan akhirnya buah dituai pada musim menuai.

Walau petani keluar malam untuk mengintip pertumbuhan benih yang dikuburnya di dalam tanah, tidak akan pernah dapat petani itu melihat pertumbuhan benih yang dikuburnya itu. Ibaratnya, seperti itulah Jannah Kerajaan Allah. Jannah Kerajaan Allah adalah suatu kisah perjalanan bahkan suatu proses bertumbuhnya suatu benih menjadi pokok yang bermanfaat.

Seperti itulah Jannah Kerajaan Allah apabila diibaratkan. Itulah perjalanan atau bahkan proses berlakunya Jannah Kerajaan Allah. Disebutkan di dalam Kitab Injil Surah Marqusa 4:26.

Ibarat tentang Jannah Kerajaan Allah yang bagaikan benih yang bertumbuh ini keluar dari lisan Sayidina Isa yang tercatat di dalam Quran.

Quran Surah Al Fath [48]:29 juga mengibaratkan Jannah Kerajaan Allah adalah bagaikan proses bertumbuhnya suatu benih menjadi pokok yang bermanfaat ini.

Di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan yang menanamnya.

Berbicara mengenai proses bertumbuhnya, kita perlu mengetahui bahawa dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani …

 /beten/

… bererti ‘perut,’ ‘rahim’ dan ‘tubuh yang kelihatan’ atau ‘zat.’ Dalam Bahasa Arab, بطن /batan/.

Dalam dinamika perkembangan wacana sastera Bani Isra’il,

 /beten/

atau …

بطن. /batan/ 

juga boleh bererti dalaman-dalaman yang tidak mudah difahami dalam hidup manusia. Orang-orang Bani Isra’il dan orang-orang Arab memiliki kesamaan dalam melafaskannya.

Nabi Ayub menggunakan kata …

 /beten/

untuk mengungkapkan keberadaan atau ‘zat’ beliau ketika beliau dirahim ibunya. (Suhuf Ayub 3:10.)

Nabi Daud menggunakan …

 /beten/

yang bererti, ‘raga,’ ‘zat‘ dan,

 /nafsh/ yang bererti, ‘jiwa.’

(Zabur 31:9.)

Nabi Sulaimain mengingatkan bahaya memburuk-burukkan orang lain di belakangnya atau mengumpat. Nabi Sulaimain menasihati dan memberi peringatan bahawa memang umpatan sangat enak rasanya; orang suka menelannya.

Orang suka memasukkan umpatan ke dalam hati atau …

 /beten/. 

(Suhuf Nabi Sulaiman [Amsal Sulaiman] 18:8.)

Kitab Taurat, Zabur dan Injil juga mengakui bahawa Allah itu Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dizahirkan Zat-Nya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal Zat-Nya itu. Kitab Taurat, Zabur dan Injil menyatakan

wa ‘era’ ‘el ‘avraham ‘el yitzchaq wa ‘el ya’aqov be ‘el shaddai wa shemy yh lo’ noda’ti leahem

yang bermaksud,

Aku telah menampakkan diri kepada Ibrahim, Aku telah menampakkan diri kepada Ishak, dan Aku telah menampakkan diri kepada Yakub sebagai Yang Ilahi Yang Maha Kuasa, tetapi Aku tidak memperkenalkan diri kepada mereka dengan nama-Ku yang suci.

(Kitab Taurat Surah Khuruj [Keluaran] 6:2.)

Semua kisah-kisah dalam Kitab-kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil dan Quran membuktikan bahawa Yang Ilahi Allah mengharap semua orang-orang mu’min yang beriman kepada Yang Ilahi untuk menjadi muqarrabīn dekat kepada Yang Ilahi.

Dalam lautan dapat diduga, hati manusia tidak dapat diketahui.

Bulus al-Hawari melakukan dakwah menyiarkan iman tauhid kepada ahli-ahli kebatinan dan pujangga-pujangga bestari dan cerdik pandai di Tamadun Kaum Tidak Berkhatan di Atena Yunani. Di kuil yang dibina mereka untuk memuja ilah yang tidak dikenal, Bulus al-Hawari dengan penuh budi bahasa yang baik berusaha meyakinkan orang-orang pengagum banyak berhala-berhala ini untuk mengutamakan …

“YANG ILAHI YANG MENCIPTAKAN ALAM SEMESTA DAN SEGALA ISINYA.”

(Kitab Injil Surah Kisah Para Hawariyyun [Kisah Para Rasul] 17:22 dan seterusnya.)

Munajad:

Meskipun hamba akhirnya mampu memahami segala kuasa ghaib-Mu, Ya Ilahi, namun apabila hamba tidak memiliki belas kasihan, segala kemampuan dan kefahaman hamba itu tidak bermanfaat sama-sekali.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini