Yā Ghani

اَلْغَنِى

Maha Kaya

Nabi Ibrahim pada zaman dahulu memiliki banyak kambing, domba dan lembu. Itulah ciri-ciri orang kaya raya pada zaman dahulu yang digambarkan di dalam Kitab Bahasa Ibrani/Suryani Taurat, Zabur dan Injil. Punya banyak kambing, domba dan lembu, itulah ciri-ciri orang kaya pada zaman dahulu di Timur Tengah.

Semoga bisa membayangkan apa yang dimaksud kaya di dalam Nama Allah Al-Ghani Yang Maha Kaya dan Al-Mughni Maha Pemberi Kekayaan.

Padang rumput yang hijau dan lembah yang ditumbuhi rumput yang hijau di Palestina adalah makanan bagi ternak-ternak, simbol kekayaan yang digambarkan dalam Kitabullah Taurat, Zabur dan Injil berbahasa Ibrani/Suryani. Begitulah Maha Kayanya Allah diibaratkan. Allah lah pemilik segala macam haiwan di hutan belantara. Disebutkan di Kitab Zabur 50:10, Allah lah pemilik,

kerana setiap haiwan di gurun adalah milik-Ku, begitu juga lembu di atas seribu bukit.

Kitab Zabur memuji-muji Allah yang mencipta segala macam makhluk yang hidup di darat mahupun makhluk yang hidup di laut. (Termaktub di Kitab Zabur 104:24-25.)

Di dalam Kitabullah Al-Anbiya’ Amsal Sulaiman banyak disebutkan Tuhan Allah menyatakan diri bahawa Dia Kaya Raya. Di dalam Kitabullah Al-Anbiya’ Amsal Sulaiman 8:18 disebutkan Tuhan Allah berkata,

“Aku dapat memberi kamu kekayaan dan kehormatan, kemakmuran, dan kejayaan.”

Dan termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Amsal Sulaiman 22:4

Orang yang hormat dan takut kepada  Allah, serta merendahkan diri akan mendapat kekayaan, kehormatan, dan usia panjang dari Allah .

Menjadi kaya adalah keuntungan yang didapat oleh orang yang banyak beribadah kepada Allah, sebab Allah Maha Kaya. Namun ingat, Allah berfirman di dalam Kitabullah Al-Anbiya’ Amsal Sulaiman 22:1,

“Nama baik lebih baik daripada harta yang banyak; dikasihi orang lebih baik daripada diberikan perak dan emas.”

Dan juga Allah mengingatkan di dalam Kitabullah Al-Anbiya’ Amsal Sulaiman 22:2,

“Orang kaya dan orang miskin mempunyai satu persamaan: kedua-duanya yang mencipta adalah Allah!”

Bahkan Allah menyadari perlunya manusia berada di tengah-tengah. Tidak kaya, namun juga tidak miskin. Allah tahu itulah keadaan yang baik bagi manusia.

Di dalam Kitabullah Al-Anbiya’ Amsal Sulaiman 30:8-9 disebutkan:

Tolonglah aku supaya aku tidak berdusta, dan tolonglah aku supaya aku tidak kaya dan tidak miskin. Oleh itu, berilah aku hanya apa yang aku perlukan. Jika aku kaya, mungkin aku berkata aku tidak memerlukan Engkau. Sebaliknya, jika aku miskin, mungkin aku mencuri, lalu memalukan Allahku.

Nabiullah Amus sesungguhnya hanyalah seorang petani desa yang miskin. Beliau melihat orang-orang kaya di zamannya bersikap amat tega dan tidak berbelas kasihan kepada orang-orang miskin yang tidak punya tanah. Nabiullah Amus menjadi amat marah dengan adanya keadaan di bandar-bandar besar di mana yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin. Dengan marah, Nabiullah Amus berteriak,

“Yang kaya menindas orang lemah dan menekan orang miskin!”

Dengan marah pula, Nabiullah Amus membentak,

“Hai wanita kaya, kalian menuntut suamimu untuk senantiasa menyediakan minuman keras untuk mu!”

(Termaktub di Kitab Al-Anbiya’ Surah Amus 4:1.)

Ketika Tanah Suci Yerusalem Bani Isra’il dikepung pasukan musuh yang ingin memiliki Tanah Suci Yerusalem, Nabiullah Irmiyah mengibaratkan runtuhnya Kota Suci Yerusalem bagaikan wanita cantik yang bodoh …

Hai Yerusalem, engkau ditimpa bencana! Mengapa engkau memakai baju merah? Mengapa engkau menghias diri dengan barang kemas, serta menyolek mata dengan celak? Sia-sialah engkau mencantikkan dirimu! Semua bekas kekasihmu menghina engkau, malah mereka mahu mencabut nyawamu.

(Termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Irmiya 4:30.)

Jadi kalau begitu, apakah harta menurut Allah?

Kepada Nabiullah Irmiya, Allah berkata bahawa Allah tidak mengagumi emas dan perak. Menurut Allah, emas dan perak bukanlah harta. Allah bersabda:

Orang bijak tidak boleh berbangga kerana kebijaksanaan mereka, orang kuat tidak boleh berbangga kerana kekuatan mereka, dan orang kaya tidak boleh berbangga kerana kekayaan mereka.

(Termaktub di dalam Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Irmiya’ 9:23.)

Menurut Allah, kebijaksanaan, kekuatan dan kekayaan bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan.

Sesungguhnya, apa sahaja yang dikatakan Sayidina Isa sebenarnya tidak lain adalah perkataan para nabi sebelumnya. Ketika Sayidina Isa memulai dakwah, Sayidina Isa membaca zikir dari Kitab Kuno Al-Anbiya’ Surah Isya’ya,

Roh Allah ada padaku, Dia telah memilih aku dan mengutus aku untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin, untuk memulihkan orang yang hancur hati,

(Termaktub di dalam Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Isya’ya 61:1 dan Surah Luqa 4:18.)

Kepada para pengikutnya yang semakin berkurang jumlahnya, Sayidina Isa justeru memperingatkan para pengikutnya yang berjumlah kecil itu untuk jangan sampai mencari beliau di luar kehidupan orang-orang …

  • musafir
  • fakir miskin
  • yang malu, dan
  • yang lapar dan dahaga akan kehakikiyan.

Kalau orang mencari Sayidina Nabi Isa di luar kehidupan fakir miskin, mereka hanyalah suka bertemu orang-orang kaya, namun mereka tidak bertemu dengan Sayidina Isa.

Carilah beliau di dalam kehidupan musafir. Carilah beliau di dalam kehidupan fakir miskin. Carilah beliau di dalam kehidupan orang-orang yang malu. Carilah beliau di dalam kehidupan orang-orang yang lapar dan haus akan kehakikian. (Termaktub di dalam Kitabullah Injil Surah Matta 25:31-40.)

Mother Theresa seorang hamba Allah yang memberi tauladan dalam mengabdi kepada fakir miskin di Kota Kalkuta India pernah berkata bahawa beliau melihat Sayidina Isa setiap hari justeru di dalam kehidupan orang-orang yang sengsara penuh derita yang setiap hari dirawatnya.

Munajad:

Wahai Yang Ilahi, nafsu haiwan ku selalu rindu mendapatkan harta dunia dan pakaian yang bagus-bagus dan mahal-mahal, namun yang Kau berikan kepada hamba selalu yang lebih berharga daripada itu harta dunia.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini