Al-Hādī adalah nama Allah yang makna-maknanya amat bererti bagi ketiga keyakinan tauhid iaitu ugama Hādū atau Yahudi, Nashara, Islam kerana ketiga-tiganya bentuk keyakinan tauhid itu berasal dari ketaatan iman Nabi Ibrahim. (Termaktub di QS Al-Ma’idah [5]:69.)
Sebelum Zaman Nabi Daniyal, ada beberapa kata yang bererti ‘penasihat’ dan ‘penunjuk.’ Dalam Kitab Al-Anbiya’ Surah Daniyal, penasihat-penasihat Raja Persia iaitu Raja Nebukhanasru disebut …
(Termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Daniel 3:24.)
Orang-orang Yunani menyingkatnya menjadi …
yang ertinya, ‘jalan,’ ‘tata cara,’ atau ‘jalan hidup.’
dalam Bahasa Yunani amat dekat dengan ْ…
اَلْهَادِي /al-hādī/ dalam Bahasa Arab.
Dalam Kitabullah Injil dalam Bahasa Yunani dan Bahasa Arab Surah Yahya 14:6, Sayidina Isa menyatakan bahawa beliau adalah …
Berkata Sayidina Isa,
ego eimi he hodos
yang bermaksud, “Aku lah Jalan Lurus.”
Di Kitabullah Injil Surah Yahya 6:48 dalam Bahasa Yunani dan Bahasa Arab, Sayidina Isa menyatakan …
ego eimi ho artos tes zoes
yang bermaksud “Aku lah Roti Kehidupan.”
Di Kitab Injil Surah Yahya 8:12 dalam Bahasa Yunani dan Bahasa Arab, Sayidina Isa menyatakan …
ego eimi to phos tou kosmos
yang bermaksud, “Aku lah cahaya kehidupan.”
Di Kitab Injil Surah Yahya 10:7 dalam Bahasa Yunani dan Bahasa Arab, Sayidina Isa menyatakan …
ego eimi he thura ton probaton
yang bermaksud, “Aku lah pintu gerbang domba domba.”
Di Surah Yahya 10:11 dalam Bahasa Yunani, Sayidina Isa menyatakan …
ego eimi ho poimen ho kalos
yang bermaksud, “Akulah gembala yang baik.”
Di Surah Yahya 11:25 dalam Bahasa Yunani, Sayidina Isa menyatakan …
ego eimi ho anastasis kai zoe
yang bererti, “Aku la kebangkitan dan hidup.”
Di Kitabullah Injil Surah Yahya 14:6 dalam Bahasa Yunani, Sayidina Isa menyatakan …
ego eimi ho hodos kai ho aletheia kai he zoe
yang bermaksud, “Akulah jalan lurus, kebenaran dan hidup.”
Pernyataan yang dibuat oleh Sayidina Isa mengenai beliau menyatakan bahawa Sayidina Isa adalah rizqi kehidupan hari-hari kita bagaikan nasi atau roti yang kita makan setiap hari dalam kehidupan kita, dan Sayidina Isa juga adalah keselamatan kita secara abadi, dan juga Sayidina Isa adalah kehidupan yang kekal. Itulah hakikat Sayidina Isa. Sayidina Isa tidak lain adalah ni’mat daripada Allah Yang Maha Esa yang Maha Murah. Sayidina Isa sungguh nyata sampai-sampai Sayidina Isa dengan amat haqul yaqin menyatakan bahawa tidak ada yang dapat kembali kepada Allah Al-Khaliq yang pada hakikatnya adalah Bapa daripada semua manusia kalau tidak melalui perantara iaitu Sayidina Isa.
Bagi insan-insan Muslim, petunjuk yang abadi adalah mengamalkan hukum-hakam sunnah-sunnah para nabi dan Taurat Nabi Musa dan juga mengamalkan Qur’an dan Hadish dan sunnah-sunnah Nabi. Kitab-kitabullah sebelum Qur’an juga diterima sebagai petunjuk ilahi. QS Ali Imran [3]:3-4 …
وَأَنزَلَ التَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ ..مِن قَبْلُ هُدًى لِّلنَّاسِ
Allah menurunkan Taurat dan Injil sebelum Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia.
Ada amat banyak hukum-hakam dalam fiqh Islam. Tidak ada yang tahu pasti berapa jumlah hukum-hakam yang yang harus diamalkan. Oleh kerana itulah, apabila ada orang yang tertarik mengetahui secara pasti semua hukum-hakam untuk menjadi ulama (orang-orang yang berilmu), maka penting bagi dia untuk memiliki kitab-kitab fiqh dan diniyah untuk menjadi ulama. Menurut hukum-hakam Islam, setiap perbuatan manusia harus dapat dikategorikan dalam 5 jenis perbuatan, iaitu …
Setiap makanan dan minuman harus diketahui apakah halal atau haram. Setiap keadaan manusia harus diketahui apakah dalam keadaan Tahir atau Najis.
Orang-orang yang takdzim kepada Sayidina Isa dari zaman ke zaman dan di mana mana tempat di dunia ini pasti, oleh Allah Yang Maha Mengatur, diberi hujjah-hujjah tertentu. Oleh kerana bersifat hujjah, maka amat penuh dengan dinamik-dinamik tertentu. Namanya sahaja hujjah pasti harus diakui ada dan harus dihormati dan tidak boleh dihina dan dihakimi. Nafsi-nafsi. Sendiri-sendiri. Terserah takdir dan ketetapan Allah yang maha mengatur. Itulah cara orang-orang yang takdzim kepada Sayidina Isa mengungkapkan ketakdzimannya kepada Jalan Lurus daripada Sayidina Nabi Isa.
Dan lagi ada ni’mat Ruh Allah yang selalu memberi petunjuk seolah-seolah Sayidina Nabi Isa sendiri yang memberi petunjuk. (Kitabullah Injil Surah Yahya 16:13.)
Kemudian, ajaran dan tauladan para hawariyun di Kitab Injil Surah Kisah Para Hawariyun penting untuk diamalkan agar menjadi melegakan dan penuh ni’mat dan kehakikiyan kerana Allah bagi seluruh isi alam. Bahkan pesan daripada Roh Allah sekalipun apabila dilakukan dan diajarkan boleh menjadi bahan perbezaan pandangan atau khilafiyah seperti yang pernah terjadi di antara orang-orang beriman di Kota Korinti. (Kitab Injil Surah Para Hawariyun 19:9.)
Di manapun sahaja apabila orang-orang yang takdzim kepada Sayidina Isa melakukan apa yang diperintahkan oleh Sayidina Isa, pasti akan ada penolakan dan bahkan ada permasalahan yang menghambat kemajuan dakwah Sayidina Isa.
Namun walaupun begitu sifatnya, Bulus Abdulmasih pernah menceritakan sifat daripada Jalan Lurus Sayidina Isa.
Aku mengaku di hadapanmu bahawa aku menyembah Allah, Tuhan nenek moyangku, menurut Jalan Lurus Sayidina Isa yang dianggap salah oleh mereka. Aku juga percaya dan berpegang kepada hukum Taurat, dan segala yang tersurat di dalam kitab nabi-nabi. Seperti mereka juga, aku berharap kepada Allah bahawa semua orang akan dibangkitkan daripada kematian kelak, sama ada orang benar ataupun orang jahat.
(Kitab Injil Surah Para Hawariyun 24:14 dst.)
Munajad:
Tunjukkanlah hamba Jalan Lurus-Mu, Jalan Lurus yang pernah dilalui Sayidina Isa dalam rangka untuk menerima dan menjalankan kehendak Allah tempat Sayidina Isa berasal.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…