Categories: Article

Ya Ḥakīm

اَلْحَكِيْم

Maha Bijaksana;

iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmu-Nya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.

Sifat Tuhan Allah Yang Maha Bijaksana atau al-Ḥakīm اَلْحَكِيْم memang ada hubungannya dengan اَلْحَكَم al-Ḥakam, Yang Maha Memutuskan Hukum.

Dalam hal ini, sampai sekarang Bahasa Bani Isra’il dan Bahasa Arab masih memiliki kata yang sama. Dalam Bahasa Arab ḥakam, dalam Bahasa Ibrani,

 /ḥăḵam/,

yang bermaksud,

hikmah atau bijaksana.

Orang-orang yang berbahasa ibu Bahasa Arab kadang menyebutnya,

حَكِيم /ḥakim/

yang ertinya,

berhikmah atau bijaksana.

Di Zaman Para Nabi pada zaman dahulu kala, Bahasa Yunani adalah bahasa yang amat penting dan termustahak dan merupakan bahasa antar bangsa yang amat penting. Bahkan sampai sekarangpun tetap menjadi bahasa termustahak untuk nama-nama saintifik di ilmu perubatan, biologi, kimia, fizik.

Kitab Injil ditulis dalam Bahasa Yunani tersebut. Bahasa Yunani dan Bahasa Inggris adalah satu rumpun dan saling berkaitan. Dalam Injil Bahasa Yunani, hikmah dan bijaksana adalah,

 /sophos/ atau /sophia/.

Bahasa Inggris memiliki kata ‘sophisticated.’ Bahasa Melayu meminjamnya menjadi ‘sofistikated’ yang bermaksud canggih.

Dalam Bahasa Melayu, sofistikasi adalah kecanggihan. Dalam Bahasa Bani Isra’il dan Bahasa Arab, sofistikasi adalah ḥăḵam, ḥakam, ḥakim, ḥikmah. Dalam Bahasa Inggris, mahasiswa yang duduk di tahun kedua di universiti disebut sophomore yang bererti “masih muda tapi sudah pandai.” Ya, masih muda tapi sudah pandai, itulah yang diharapkan Nabi Sulaiman ketika beliau berkata:

الابْنُ الْحَكِيمُ يُفَرِّحُ أَبَاهُ, وَالْجَاهِلُ يَحْتَقِرُ أُمَّهُ.

Anak yang bijak menyukakan hati bapanya; anak yang bodoh menghina ibunya.

(Termaktub di Kitab Taurat terjemahan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu Suhuf Sulaiman (Amsal) 15:20.)

Dalam Suhuf Kūrintūs, Bulus al-Hawari bersilaturahmi dengan orang-orang Yunani yang amat suka dengan filsafat dan logika dan suka mengandalkan otak yang canggih dan kepintaran dan kecerdasan. Mereka cenderong merasa berotak canggih, pintar dan cerdas dan cenderong mengutamakan logika.

Bulus al-Hawari memberi nasihat kepada mereka untuk mahu mencari ilmu yang lebih tinggi daripada filsafat dan logika. Inilah nasihat Bulus al-Hawari untuk orang-orang yang canggih itu.

لأَنَّ اللهَ فِي حِكْمَتِهِ، قَصَدَ أَنْ يَعْرِفَهُ النَّاسُ لا عَنْ طَرِيقِ حِكْمَتِهِمْ. بَلْ شَاءَ أَنْ يُنْقِذَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ عَنْ طَرِيقِ البِشَارَةِ الَّتِي يَعْتَبِرُ الْبَعْضُ أَنَّهَا غَبَاءٌ.

Oleh sebab kebijaksanaan Allah, Dia telah menetapkan bahawa manusia tidak mungkin mengenal-Nya dengan kebijaksanaan sendiri. Allah berkenan menyelamatkan mereka yang beriman kepada-Nya melalui berita yang kami sampaikan, yang dianggap sebagai kebodohan.

(Termaktub di Kitab Injil terjemahan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu Kūrintus Awal [1 Korintus] 1:21.)

Kepintaran manusia seringkali menjadi lawan daripada hikmah ilahi daripada Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Namun walaupun begitu, Kitab Taurat Zabur dan Injil tetap menghargai kecanggihan kepintaran manusia khususnya yang berkaitan dengan teknik dan tehnologi.

Disebutkan dalam Kitab Taurat Zabur dan Injil, Tuhan Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang memberi orang-orang keterampilan dan informasi. (Termaktub di Kitab Taurat Surah al-Khuruj [Keluaran] 28:3.)

Disebutkan juga bahawa, kepada wanita-wanita, Tuhan Allah memberi kemahiran dan keterampilan. (Termaktub di terjemahan Bahasa Melayu Kitab Taurat Surah al-Khuruj [Keluaran] 35:31 dan Suhuf al-Anbiya’ Surah Samū’īl Tsānīyah [2 Samuel] 20:16.)

Tuhan Allah lah yang menyebabkan …

  • Yusuf
  • Daud
  • Sulaiman
  • Ayub

… menjadi orang-orang yang amat berhikmah.

Termaktub di terjemahan Bahasa Melayu Kitab Taurat …

Namun walau mereka berhikmah, mereka memuji-muji Allah sebagai sumber hikmah yang memampukan mereka menjadi berhikmah dalam memandang segala sesuatu.

Tuhan Allah juga memberi ilmu falak (astromi) dan ilmu mantiq (logika) kepada orang-orang dari bangsa tidak berkhatan dari negeri timur yang jauh dari Tanah Suci al-Quds Yerusalem. Karena ilmu falak dan ilmu mantiq itulah, orang-orang majusi tersebut mengetahui tarikh dan tempat lahirnya Nabi Isa di Tanah Bangsa Berkhatan yakni di Kampung Bait Lahm Timur Tengah. Orang-orang majusi tersebut bahkan datang memberi hadiah kepada bayi Isa yang baharu sahaja lahir ketika itu. (Termaktub di Kitab Injil terjemahan Bahasa Melayu Matta [Matius] 2:1-12.)

Sebelum Sayidina Isa lahir, sudah banyak orang berhikmah dan nabi-nabi Allah dan ahli-ahli ibadah dan ahli-ahli kitab dengan lantang menyuarakan kehakikian hikmah ilahi dan mereka bahkan sampai dibenci dan difitnah dan diancam dan bahkan dibunuh kerana menyampaikan kehakikian hikmah ilahi.

Sayidina Isa berkata kepada Bani Isra’il di Tanah Suci al-Quds Yerusalem bahawa, sama sahaja, beliau pun juga harus mengalami hal yang sama ketika menyampaikan hikmah dan kehakikian ilahi, yakni Sayidina Isa dianiaya, dibenci, difitnah dan bahkan dibunuh. Persis sama seperti yang sudah dialami banyak orang berhikmah dan nabi-nabi Allah dan ahli-ahli ibadah dan ahli-ahli kitab di masa lampau tersebut. (Termaktub di Kitab Injil terjemahan Bahasa Melayu Matta [Matius] 23:34.)

Sayidina Isa mengingatkan bahawa jongos wajib dan sudah sepatutnya menyenangkan majikannya dan mengambil hati majikannya. Sayidina Isa bertanya kepada para hawariyyun, pengikut-pengikut setianya,

مَنْ هُوَ الْعَبْدُ الْأَمِينُ الْحَكِيمُ

man huwal ‘abdul amīnul ḥakīm

yang bermaksud,

“Siapakah hamba yang setia dan bijaksana?”

(Termaktub di Kitab Injil terjemahan Bahasa Melayu Matta [Matius] 24:45.)

Kemudian Sayidina Isa yang tinggal di masyarakat padang pasir di Palestina dan Isra’il menyampaikan sebuah ibarat 10 dara dalam rombongan pengapit pengantin perempuan di padang pasir Timur Tengah. Dalam mengantarkan pengantin perempuan, mereka harus melewati padang pasir yang gelap gulita. Tapi dari 10 dara dalam rombongan pengapit pengantin perempuan itu, ada yang bijaksana, namun juga ada yang bodoh. Jadi hanya pengapit yang sudah mempersiapkan minyak untuk lenteranya lah yang boleh mengantarkan pengantin perempuan untuk memasuki majelis perkahwinan yang berbahagia dan terhormat itu, kerana lentaranya menyala terang benderang.

Itulah yang menyebabkan dara-dara bijaksana dan canggih itu dibenarkan masuk ke dalam Majelis Perkahwinan yang terhormat itu. Namun dara-dara yang tidak punya minyak untuk lanteranya jelas tidak dibenarkan masuk ke Majelis Perkahwinan itu kerana mereka tidak membawa lentara yang mati dan padam kerana mereka tidak siapkan minyak. Karena mereka bodoh dan tidak canggih, mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam Majelis Perkahwinan terhormat itu. (Termaktub di Kitab Injil terjemahan Bahasa Melayu Matta [Matius] 25:1 dan seterusnya.)

Sama seperti di dalam ibarat-ibarat lainnya yang pernah disampaikan oleh Sayidina Isa, beliau menyampaikan bahawa hikmah, kebijaksanaan dan kepandaian atau, yang dalam bahasa Yunani, disebut,

 /sophos/ atau /sophia/,

yang bermakna,

kecanggian,

itu sungguh wajib dan termustahak untuk dimiliki sebagai modal dan syarat masuk Kerajaan Allah yang abadi.

Kepandaian dan kepintaran dan kecanggihan dunia tentu bukanlah sumber terpercaya untuk memperoleh panduan hidup, kerana yang dapat dipercaya adalah hikmah yang daripada Tuhan Allah yang dibagikan Tuhan Allah kepada siapa sahaja yang Tuhan mahu berikan.

Begitulah Bulus al-Hawari lebih mengandalkan hikmah ilahi dibanding mengandalkan kepintaran dan kecanggihan dunia …

يَا لَعَظَمَةِ غِنَى اللهِ وَحِكْمَتِهِ وَعِلْمِهِ! مَنْ يَفْهَمُ مَقَاصِدَهُ؟ وَمَنْ يَعْرِفُ طُرُقَهُ؟

yang bermaksud,

Oh, betapa kaya kebijaksanaan dan pengetahuan Allah! Penghakiman-Nya tidak terduga, dan jalan-jalan-Nya tidak mungkin diselami!

(Termaktub di Kitab Injil terjemahan Bahasa Melayu Suhuf Rom 11:33.)

Nasihat terakhir Bulus al-Hawari kepada para hawariyyun penyokong-penyokong setia Sayidina Isa yang tinggal di Bangsa Tidak Berkhatan Rūm (Rom Italia Eropa) yang terkenal dengan filsuf dan logikanya.

أَمَّا أَنْتُمْ فَقَدْ سَمِعَ الْجَمِيعُ عَنْ طَاعَتِكُمْ. وَلِهَذَا فَإِنِّي أَفْرَحُ بِكُمْ، وَأُرِيدُكُمْ أَنْ تَكُونُوا حُكَمَاءَ فِي مَا هُوَ خَيْرٌ وَأَبْرِيَاءَ فِي مَا هُوَ شَرٌّ

yang bermaksud,

Semua orang telah mengetahui ketaatanmu. Oleh itu aku bergembira tentangmu. Aku mahu kamu bijak dalam kebaikan serta bersih daripada kejahatan.

(Termaktub di Kitab Injil terjemahan Bahasa Melayu Suhuf Rom 16:19.)

Terjemahan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu Suhuf Rom diakhiri dengan sebuah doa memohon barakah daripada Allah kepada umat.

هُوَ الْحَكِيمُ وَحْدَهُ، لَهُ الْجَلَالُ إِلَى الْأَبَدِ بِوَاسِطَةِ عِيسَى الْمَسِيحِ. آمِـينَ

yang bermaksud,

Kepada Allah, yang satu-satunya bijaksana, segala kemuliaan melalui al-Masih Isa selama-lamanya. Amin.

(Termaktub di Kitab Injil terjemahan Bahasa Melayu Suhuf Rom 16:27.)

Munajat:

Ya Allah yang tak terbatas ilmu dan hikmah-Nya. Hamba memohon kepada-Mu diberi cara pandang-Mu yang luas seperti udara di bumi ini menghidupi hamba.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago