Ya Ḥalīm

الحليم

Maha Penyantun

Tidak diketahui macam mana kata al-ḥalīm boleh menjadi salah satu dari Asma’ul Husna, Asma Allah.

Pada dasarnya,

al-ḥalīm

memiliki akar kata,

حال ḥāla

yang ertinya

“masa peralihan peringkat dalam hidup manusia dari masa anak yang penuh dengan badai dan tidak tenang dan waswas menuju ke masa dewasa yang matang yang lebih tenang dan lebih sabar.”

Di dalam Al-Qur’an Surah Aṣ Ṣāffāt [37]:100, al-ḥalīm dipakai untuk menjelaskan perasaan yang dialami putera Ibrahim ketika dibawa ke tempat qurban penyembelihan di mana putera tersebut ta’at dan menurut kepada bapanya yang sedang bersiap-siap untuk menyembelihnya.

Salah satu terjemahan Al-Qur’an Surah Aṣ-Ṣāffāt [37]:100-102 dalam Bahasa Inggris,

The Koran, N.J Dawood,

menterjemahkan baligh atau balag بَلَغَ di ayat 102 menjadi,

“reached the age when he could work with him [Abraham]”

yang bermaksud,

“mencapai umur akil baligh menjadi dewasa sehingga putera tersebut dapat mulai bekerja sama dengan bapanya [Ibrahim].”

Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani dan Bahasa Yunani, ada beberapa kata yang masing-masing jelas memiliki latar belakang budaya yang tidak sama, namun hakikat maknanya jelas sama, iaitu,

Al-Khalik Pencipta Alam Semesta yang berada di tempat yang maha suci namun sabar terhadap makhluk yang bernama manusia.

Makna seperti itu sungguh ada di dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil. Itulah makna dari al-ḥalīm yakni makna yang penuh dengan sifat yang pemurah dan penyayang.

Al-ḥalīm, yang ertinya Yang Maha Penyantun, menyatakan bahawa Tuhan Allah bukanlah hanya melihat dari atas di tempat yang maha tinggi yang terpisah dari dunia yang campur aduk ini. Bukan begitu!

Namun, ibaratnya,  Tuhan Allah, “menyingsingkan lengan baju,” berusaha mendekati umatNya yang dalam keadaan jatuh ke bawah di bumi  ini. Termaktub di Kitab Zabur 113:6.

Al-ḥalīm, Tuhan Yang Maha Penyatun itu memberi derajad yang mulia bagi orang-orang miskin dan orang-orang yang membutuhkan. (Zabur 113:7-8).

Jadi derajat yang mulia adalah santunan dari al-ḥalīm Yang Maha Penyantun itu. Oleh al-ḥalīm Tuhan Allah Yang Maha Penyantun itu, wanita-wanita yang mandul diberi kelegaan mempunyai anak kandung dan sukacita menjadi ibu daripada anak-anak kandungnya dan diberi kelegaan dan sukacita di dalam keluarganya bersama anak-anak kandungnya dan cucu-cicitnya.

Namun santunan Allah bukan hanya santunan yang seronok-seronok sahaja. Pada zaman dahulu pernah ada seorang raja Bani Isra’il yang bernama Raja Amaziah. Raja itu memperkenalkan Bani Isra’il kepada ilah sesembahan bangsa tidak berkhatan, Bangsa Edom. Padahal ilah sesembahan bangsa tidak berkhatan itu tidak mampu memberi pertolongan kepada para penyembahnya yang sudah dihancurkan oleh umat Allah Bani Isra’il. Raja Amaziah itu menyebabkan Bani Isra’il jatuh ke dalam dosa syirik, iaitu, tidak lagi mengutamakan ilah sesembahan nenek-moyang mereka iaitu Ibrahim, Ishaq dan Ya’qub. Oleh kerana itulah, Allah memberi peringatan atau teguran yang sangat keras melalui salah seorang nabiullah. Diceritakan, seperti Nabi Natan menegur Raja Daud yang khilaf jatuh ke dosa zinah, ada seorang nabiullah yang tidak dikenal namanya menegur Raja Amaziah yang khilaf itu jatuh ke dosa syirik.

Ketika menegur Raja Amazia, nabiullah itu disuruh diam dan tutup mulut oleh Raja Amaziah. Nabiullah itu diam sejenak, namun tidak lama kemudian, nabiullah itu membuka semua dosa-dosa syirik Raja Amaziah yang tidak lagi mengutamakan al-ilah sesembahan nenek moyang Bani Isra’il iaitu Ibrahim, Ishaq dan Ya’qub.

Termaktub di 2 Tawarikh 25:14 dan seterusnya.

Dalam Bahasa Yunani ada beberapa kata yang pada hakikatnya bererti penyantun. Dalam Bahasa Yunani ada disebut bahawa penyantun adalah perbuatan Tuhan, namun manusia juga dapat menjadi penyantun sebagai akibat santunan dari Tuhan kepada manusia.

Dalam Bahasa Antar Bangsa Yunani ketika itu, Bulus al-Hawariyun mengingatkan bahawa manusia akhirnya boleh menjadi insyaf dan taubat nasuha hanya kerana sebab …

chrestotetos  (kebaikan Allah)

anoches  (kemurahan Allah)

makrothumias  (kesabaran Allah).

Termaktub di Suhuf Hawariyun Ar-Ruum 2:4 yang bermaksud:

Atau adakah kamu memperkecil kebaikan, kemurahan serta kesabaran Allah yang amat besar, dan tidak tahu bahawa kebaikan Allah membawamu ke pintu taubat?

Bulus al-Hawariyun menyatakan bahawa turunnya Yang Mulia Sayidina Isa Almasih ke dunia atas izin Allah dan segala perjuangannya sampai titik darah penghabisan sebagai qurban kaffarah untuk menggantikan manusia yang penuh lupa dan dosa dalam menanggung siksa dan hukuman akibat dosa-dosa manusia itu adalah untuk membuktikan bahawa Allah Maha Pengasih dan Penyayang sekaligus Maha Adil dan juga untuk membuktikan bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyantun. Itulah bukti Allah bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka. Itulah bukti keadilan sekaligus kemurahan Allah dan santunan daripada Allah kepada manusia yang penuh lupa dan dosa.

Termaktub di Suhuf Hawariyun Ar-Ruum 3:25.

Oleh kerana itulah, Bulus al-Hawariyun menasihati barangsiapa yang menjadi jongos-jongos Allah untuk terus menerus bersifat penuh kemurahan dan kesabaran terhadap satu dengan yang lain. Masing-masing kena bersikap pemurah dan penyabar.

Termaktub di Suhuf Hawariyun Efesus 4:2.

Itulah style Bulus al-Hawariyun ketika memberi nasihat kepada barangsiapa sahaja yang menjadi jongos-jongos Allah untuk terus-menerus bersifat penuh dengan kemurahan dan kesabaran terhadap satu dengan yang lain.

Kepada jongos-jongos Allah di Kota Kolose tempat tinggal bangsa tidak berkhatan, Bulus al-Hawariyun menasihati bahawa sifat pemurah dan penyantun adalah sangat mustahak untuk mewujudkan adanya umat di mana warganya saling menyayangi dan saling berbelas kasihan. Bulus al-Hawariyun menulis semua sifat-sifat yang diperlukan untuk terjadinya persaudaraan yang saling menyayangi dan saling berbelas kasihan.

Sifat-sifat itu adalah,

الْحَنَانِ وَاللُّطْفِ وَالتَّوَاضُعِ وَالْوَدَاعَةِ وَالصَّبْرِ

(ḥanāni) belas kasih , (luṭfi) baik budi, (tawāḍu’) rendah hati, (wadā’ah) lemah lembut, (ṣabr) sabar).

Termaktub di Suhuf Hawariyun Surah Kolose 3:12-13.

Munajat:

Ya Allah Sang Pemelihara nyawa dan jiwaku. Curahkanlah kemurahanMu, ya Allah, di setiap tetes darah dan syaraf-syaraf ku ini.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini