الحميد
Maha Terpuji
Banyak orang Muslim memiliki nama,
- Muhammad مُحَمَّد
- Achmad أَحْمَدُ
- Hamid حميد
Sesungguhnya nama nama orang tersebut secara tata bahasa memiliki akar kata yang sama dengan al-Hamīd الحميد, nama Allah, yang ertinya Maha Terpuji.
Perihal “puji,” dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani pun juga ada kata yang apabila dihubung-hubungkan secara tata bahasa sungguh amat mirip dengan fenomena tata bahasa Arab seputar kata “puji” tersebut.
Dalam Kitab Taurat Bahasa Bani Isra’il Ibrani Surah al-Khuruj (Keluaran) 20:17 ada perintah daripada ilah yang dimuliakan dan disembah Nabi Musa dan kaumnya, Bani Isra’il itu. Perintah itu berbunyi,
bermaksud,
“Jangan Rindu Memiliki Punya Orang,”
atau,
“Jangan Puji apapun yang Miliknya orang, syukurilah milikmu!”
Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani,
bererti “memuji-muji merindukan.”
Taurat, Zabur, Injil memberi peringatan keras kepada manusia untuk jangan sampai puji-puji hal-hal yang mengasyikkan nafsu. Taurat, Zabur dan Injil juga memberi nasihat kepada Bani Isra’il, yakni, orang-orang yang mencari pahala daripada Sang Ilahi,
“Jangan sampai puji-puji yang asyik-asyik kerana yang asyik-asyik itu boleh jadi adalah berhala atau bukan sang ilahi الــــــــله “.
(Termaktub di Kitab al-Anbiya’ Surah Isya’ya (Yesaya) 1:29.)
Mereka diberi nasihat begitu kerana mereka sudah tidak lagi mencari pahala daripada Yang Ilahi yang tidak nampak mata. Mereka lebih menuruti nafsu haiwan.
Taurat, Zabur dan Injil juga mengingatkan mereka untuk jangan sampai puji-puji kecantikan wanita atau pornografi gambar dan tulisan yang lucah yang membangkitkan nafsu. (Termaktub di Kitab Amsal Sulaiman 6:25.)
Taurat, Zabur dan Injil juga mengingkatkan mereka untuk jangan sampai puji-puji ketampanan dan kejantanan pemuda-pemuda (atau pornografi gambar dan tulisan yang lucah yang membangkitkan nafsu). (Termaktub di Kitabul Anbiya’ Surah Hazqiya (Yehezkiel) 23:6.)
Kitab Taurat, Zabur dan Injil juga mengingatkan mereka untuk jangan sampai puji-puji kebun-kebun anggur yang indah dan nyaman dan jangan puji-puji kekayaan dan kenyamanan dunia. (Termaktub di Kitab al-Anbiya’ Surah Amus 5:11.)
Taurat, Zabur, Injil memberi peringatan keras kepada manusia untuk jangan sampai puji-puji itu semua. Kitab Taurat Zabur Injil memperingatkan apabila kita sampai puji-puji itu semua, kita pasti akan diazab oleh Yang Ilahi.
Namun Taurat Zabur dan Injil dalam Bahasa Suryani-Ibrani justeru menyatakan bahawa sungguh amat beruntung apabila orang rindu pada Yang Ilahi dan memberi segala puji kepada Yang Ilahi, bukan kepada kecantikan wanita dan ketampanan dan kejantanan pemuda dan bukan kepada kenyamanan duniawi dan kekayaan duniawi.
Termaktub di Kitab Zabur 68:18, puji-puji dalam bentuk pantun diberikan kepada Yang Ilahi:
‘alita la marom shavita
shevi laqachta
mattanot ba ‘adam
w’af sorerim li shekon
yah elohim
yang bermakna:
Engkau telah naik ke tempat yang tinggi,
Engkau membawa orang tawanan;
Engkau menerima persembahan di kalangan manusia,
malah daripada pemberontak –
supaya Allah Tuhan kami akan tinggal di sana.
Perihal puji memuji, ada istilah yang berasal dari Bahasa Bani Isra’il Ibrani yang ertinya “Segala Puji bagi Yang Ilahi.”
Istilah yang termashur yang sampai dipakai dalam banyak bahasa itu adalah Haleluyah.
Bahasa Arab- هللوا لله (Halilūlillah).
Yang Ilahi atau Tuhan yang disembah Nabi Musa itu memiliki nama yang suci dan asmanya sungguh amat baik [asma-ul husna].
Dalam Bahasa Suryani, Tuhan yang memberi NAMUS kepada Musa itu bernama …
Kitab al-Quran centering menyebut هو, yang bererti DIA atau, dalam Bahasa Inggris, HE.
lā ilāha illā huwa
/there is no deity but Him/
/tiada ilah selain Dia/
(Termaktub di Quran Surah Ali Imran [3]:2.)
Itulah yang disebutkan di dalam hadis di mana Waraqa bin Naufal, paman Siti Khatijah yang juga paman Muhammad, berkata kepada Siti Khatijah mengenai suaminya, Muhammad, yang mengalami NAMUS, iaitu Yang Ilahi yang Dimuliakan dan Disembah Musa dan Yang Memberi Syariah atau Hudud Kepada Musa itu. Waraqa bin Naufal menyebutnya NAMUS (Ilah Yang Berbicara Dengan Musa).
Dalam Kitab Injil Bahasa Yunani yang merupakan bahasa lingua franca atau bahasa internasional di Timur Tengah ketika itu, Taurat atau Syariat Ilahi yang diberikan Sang Ilahi kepada Musa disebut,
Musa adalah orang Bani Isra’il dan tentu Musa berbahasa ibu Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani. Musa pernah bertemu dan berbicara dengan Yang Ilahi itu secara “face to face” atau bersemuka. Ketika pertama kali bertemu secara bersemuka dengan Yang Ilahi itu, Musa bertanya kepada Yang Ilahi itu mengenai namaNya. Yang Ilahi itu menjawab dalam bahasa yang difahami Musa, iaitu, dalam Bahasa Ibrani-Suryani,
/’ehyeh ‘asher ‘ehyeh/ atau /yh ‘asher yh/
yang bermaksud,
AKU itu AKU.
(Termaktub di Kitab Taurat Surah al-Khuruj [Keluaran] 3:14.)
Dan kemudian Yang Ilahi itu yang memerintahkan Musa:
/ko to’mar ‘el benei yisra’el ‘elohei ‘avraham, ‘
elohei yitzchaq, ‘elohei ya’aqov yh ‘elohei ‘avotekhem
shelach ‘alekhem zeh shemiy ‘olam zeh zikhriy dor dor/
yang bermaksud,
Beritahulah Bani Isra’il, bahawa AKU ilah yang dimuliakan nenek moyang mereka, ilah yang dimuliakan Ibrahim, Ishak, dan Yakub, telah mengutus engkau kepada mereka. Itulah nama-Ku untuk selama-lamanya yang harus diingat oleh semua keturunan yang akan datang.
(Termaktub di Kitab Taurat Surah al-Khuruj (Keluaran) 3:15.)
Dalam Bahasa Yunani,
ertinya …
AKU itu AKU.
Dalam Bahasa Inggris, “I AM.”
Jadi sesungguhnya, hanya Yang Ilahi itu lah yang berhak dan pantas berkata AKU. Hanya Yang Ilahi itu lah yang berhak dan pantas berkata “I AM.”
Quran Surah Tā Hā [20]:14 menyebutkan:
lā ilāha illā anā
Tidak ada ilah selain Aku
فَٱعْبُدْنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكْرِىٓ
maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.
yang Ilahi berfirman,
“Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu, dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu.
Setinggi langit dari bumi, setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu, dan fikiran-Ku daripada fikiranmu.
(Termaktub di Kitabul Anbiya’ Surah Isya’ya 55:8-9.)
Kitab Taurat, Zabur dan Injil dan Quran menyatakan bahawa masih banyak hal yang hanya Yang Ilahi yang tahu.
وَٱللَّهُ أَعْلَمُ.
Allahu ‘a’lam (Allah yang lebih tahu)
Disebutkan dalam Hadis Bukhari,
يَا أَيُّهَا النَّاسُ، مَنْ عَلِمَ شَيْئًا فَلْيَقُلْ بِهِ، وَمَنْ لَمْ يَعْلَمْ فَلْيَقُلِ اللَّهُ أَعْلَمُ، فَإِنَّ مِنَ العِلْمِ أَنْ يَقُولَ لِمَا لاَ يَعْلَمُ اللَّهُ أَعْلَمُ،
yang bermaksud,
Wahai sekalian manusia, siapa yang mengetahui tentang sesuatu, sampaikanlah. Dan jika tak tahu, ucapkanlah, ‘Allahu a’lam’ (Allah Mahatahu). Karena, sungguh, termasuk bagian dari ilmu, jika engkau mengucapkan terhadap sesuatu yang tidak kau ketahui dengan ucapan: ‘Allahu a’lam.’
Sama seperti semua orang adalah tempat salah dan lupa, orang Bani Isra’il pun merasa banyak salah, lupa dan dosa sampai-sampai mereka tidak berani menyebut nama Yang Ilahi itu, kerana namaNya terlalu suci (ASMAUL HUSNA) untuk disebut oleh orang yang penuh salah dan khilaf.
Kadang mulut mereka kena di-siwak dahulu sebelum mengucap nama Yang Ilahi yang suci itu. Kerana tidak berani menyebut nama Yang Ilahi itu, orang Bani Isra’il menyebutNya dengan memakai sebutan umum atau generik, ELOAH atau ALĀHA atau ELOHIM yang bererti TUHAN dalam Bahasa Melayu dan AL-ILAH dalam Bahasa Arab yang bererti SANG TUHAN. AL-ILAH seringkali disingkat menjadi ALLAH.
Jadi halleluyah dalam Bahasa Arab adalah hallilūlillah هللو لل …
- hallilū atau tahlīl ertinya puji
- li ertinya bagi
- llah ertinya AL-ILAH atau ALLAH
Segala puji bagi Allah.
Kitab Zabur Dawud dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani penuh dengan ungkapan pujian kepada Yang Ilahi itu.
Haleluyah, ki tov zammer ‘elohenu ki na’im na’wa tehilla
yang bermaksud,
Pujilah, Kerana menyanyikan pujian kepada Allah Tuhan kita itu baik, serta menyenangkan dan pujian itu indah!
(Termaktub di Kitab Zabur 147:1.)
Kitab Zabur menyatakan bahawa yang memuji-muji Yang Ilahi itu bukan hanya manusia sahaja, tetapi juga makhluk-makhluk seperti malaikat-malaikat. Matahari, bulan dan bintang-bintang pun juga memuji-muji Allah. Dengan kata lain, yang bertahlil atau yang ber-haleluyah itu bukan hanya manusia namun segala makhluk juga ber-tahlil atau ber-haleluyah.
Termaktub di Kitab Zabur 148:1-5 …
1 Pujilah. Pujilah Dia dari langit, pujilah Dia di tempat-tempat tinggi.
2 Pujilah Dia, hai semua malaikat-Nya, pujilah Dia, hai alam semesta.
3 Pujilah Dia, hai matahari dan bulan, pujilah Dia, hai kamu semua bintang bercahaya.
4 Pujilah Dia, hai kamu langit di atas langit dan kamu air di atas segala langit.
5 Biar mereka memuji nama kerana Dia, melalui KalimahNya, telah memberi perintah lalu mereka dicipta.
Dalam sejarah dan kisah Sayidina Isa. Sayidina Isa dahulu banyak melakukan dakwah tauhid kepada orang-orang yang hidup di luar Tanah Suci Baitul Maqdis Yerusalim.
Pernah suatu ketika harus kembali ke Tanah Suci Baitul Maqdis Yerusalim, Sayidina Isa menunggang seekor keldai menuju ke pintu gerbang Tanah Suci Baitul Maqdis Yerusalim. Dan orang-orang ramai merasa amat lega dan bergembira melihat Sayidina Isa balik ke Tanah Suci Yerusalim dan orang-orang ramai memuji-muji Sayidina Isa. Sayidina Isa menerima suara puji-pujian mereka ketika mereka menyambut Sayidina Isa.
Namun ada orang-orang ahli ibadah dan ahli ugama Yahudi suk tidak suka mendengar orang-orang memuji-muji dan mengalu-alukan kedatangan Sayidina Isa. Mereka menyuruh Sayidina Isa untuk menyuruh orang ramai itu diam dan tidak memuji-muji dan tidak mengalu-alukan Sayidina Isa. Sayidina Isa langsung menegur para ahli ibadah dan ahli ugama Yahudi itu.
Orang-orang Yahudi ahli ibadah dan ahli ugama suk itu berkata kepada Isa, ‘
Kamu dengarkah apa yang mereka katakan?’
Isa menjawab,
‘Ya, belum pernahkah kamu baca, “Dari mulut kanak-kanak dan bayi yang sedang menyusu, Ya, Allah, Engkau telah menyediakan puji-pujian.”
Termaktub di Kitab Injil Surah Matta [Matius] 21:16.
Disebutkan juga di Kitab Injil Surah Luqa 19:39-40 …
Antara orang ramai itu ada beberapa orang Yahudi ahli fiqh dan ahli ibadah dari Mazhab Farisi yang berkata kepada Isa, ‘Tuan Guru, suruh pengikut-pengikut-Mu itu diam.’
Isa menjawab, ‘Aku berkata kepadamu bahawa jikalau mereka diam, batu-batu pula akan bersorak memuji-muji.’
Tiga surah dalam Kitab Injil menyatakan bahawa ramai orang ketika itu memekikkan puji-pujian mereka untuk Sayidina Isa. Mereka memekikkan puji-pujian bagi Sayidina Isa,
/ho shee ah nah/
yang bermaksud,
“SELAMATKAN KAMI” atau “SOS”
Kami minta pertolongan selamatkanlah kami, kami dalam keadaan bahaya.
Termaktub Kitab Injil Surah Marqusa 11:9-10 dan Surah Yahya 12:13 …
‘Ho shee ah nah!’
‘Diberkatilah Dia yang dating dengan nama Allah!’
‘Diberkatilah kerajaan bapa kita Daud! Yang datang dengan nama Allah!’
‘Hosana di tempat yang maha tinggi!’
‘Ho shee ah nah!’
‘Diberkatilah Dia yang dating dengan nama Tuhan Allah, Raja Isra’il, orang-orang yang berjuang mencari pahala dari Allah tak nampak bukan dari manusia!’
Dinyatakan dalam Kitab Injil Surah Ibrani bahawa orang-orang yang takzim kepada Sayidina Isa disarankan untuk terus memberi puji-pujian kepada Allah ketika Imam menyembelih qurban di Baitullah di Tanah Suci Baitul Maqdis Yerusalim.
Termaktub di Kitab Injil Surah Ibrani 13:15 …
Oleh itu melalui-Nya marilah kita terus-menerus mempersembahkan korban iaitu pujian kepada Allah, sebagai buah-buahan hasil bibir kita, sambil bersyukur kepada nama-Nya.
Kitab Taurat, Zabur dan Injil dan Quran menyatakan bahawa al-Masih Isa adalah Kalimah Allah.
Dalam al-Qur’an Tafsir bil Hadis, al-Quran Multazam, disebutkan di Surah Al Imran [3]:39 bahwa janin atau mudigah yang berada di dalam perut wanita tua mandul isteri Zakaria itu bersujud kepada janin atau mudigah yang berada di dalam perut dara Maryam. Itulah erti percaya kepada Isa, yakni, meskipun Yahya lebih tua daripada Isa, namun Yahya yang lebih tua itu mushaddiqa dengan cara bersujud kepada Isa yang lebih muda itu, kerana Isa sifatnya adalah Kalimah Allah.
Munajat:
Seluruh makhluk isi alam semesta ini memuji-muji Engkau, wahai al-Khalik Sang Pencipta yang mencipta aku juga.
Nyawaku sungguh menjadi penuh dengan puji-puji kepada Engkau, ya Allah, atas nikmat keselamatan dari Engkau ya Allah dan oleh kerana diselamatkan Engkaulah, wahai Yang Ilahi, hamba menikmati hayat yang kerana Engkau, ya Allah.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |