Categories: Article

Ya Hayy

الحي

Maha Hidup;

iaitu sentiasa kekal hidup-Nya itu.

Dalam Bahasa Melayu yang sopan, apabila orang sudah mati dikatakan orang itu sudah TIDAK ADA. Apabila orangnya masih hidup dikatakan MASIH ADA. Jadi ADA boleh bererti HIDUP.

Dalam Terjemah Bahasa Arab Kitab Injil Surah Yahya 14:6, Sayidina Isa berkata,

أَنَا هُوَ الْحَيَاةُ (ANA HUWAL ḤAYĀT)

yang bermaksud,

“Akulah Hidup” atau “AKU ADA.”

Lengkapnya Sayidina Isa berkata,

أَنَا هُوَ الطَّرِيقُ، أَنَا هُوَ الْحَقُّ، أَنَا هُوَ الْحَيَاةُ

(ANA HUWAṬ ṬARĪQ, ANA HUWAL ḤAQ, ANA HUWAL ḤAYĀT)

yang bermaksud,

“Akulah Jalan. Akulah Kehakikian. Akulah Hidup.”

Ahli tasawuf terkenal yang bernama Jalaluddin Rumi pernah berkata, “Nafas daripada Sayidina Isa dapat menyebabkanmu menjadi hidup dan menjadikan hidup yang indah dan berbahagia penuh dengan ketenteraman.”

Disebut di dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil Bahasa Bani Isra’il Suryani Ibrani, Yang Ilahi menyatakan diri kepada Musa dalam bahasa Musa, iaitu, Bahasa Suryani Ibrani bahawa nama-Nya adalah,

 /yahweh/

yang bermaksud,

 /chayah/ atau ḥayāt

yang ertinya ada atau hidup.

Itulah kalimah pengakuan yang keluar langsung dari Sayidina Isa,

yang bermaksud,

“Ilah yang disembah oleh Ibrahim, Ishaq dan Ya’qub. Dia lah ilah yang disembah orang hidup, bukan ilah yang disembah orang mati.”

(Kitab Injil Surah Matta [Matius] 22:32 dalam Bahasa Bani Isra’il Suryani Ibrani.)

Disebutkan dalam Kitab Taurat Surah At-Tasniyati [Ulangan] ketika Musa diberi 10 Syariah Ilahi atau 10 Perintah Allah, Musa mendengar langsung suara daripada Yang Ilahi dan Musa berbicara langsung dengan …

“Yang Ilahi Yang Ada, Yang Hidup yang berfirman dari api.”

(Kitab Taurat Surah at-Tasniyati [Ulangan] 5:26.)

Nabiullah Irmiya menyatakan …

(yh) yhwh elohim ’emet hu’ elohim chayyim [chayah]

yang bermaksud,

“Yang Ilahi itu sungguh ada, sungguh hidup. Dialah Sultan abadi untuk selama-lamanya.”

Dalam Kitab Zabur 121:4 disebutkan …

hinne lo’ yanum wlo’ yishan

yang bermaksud,

“Sesungguhnya Yang Ilahi tidak mengantuk dan tidak tidur.”

Quran Surah Al Baqarah 255 atau yang sering disebut Ayat Kursi menyatakan …

لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ

laata’khuduhu sinatuwwalanaum

yang bermaksud,

“Dia tidak mengantuk dan tidak tidur.”

Bahkan disebutkan di Quran Surah Al Furqān [25]:58-59, Allah Ada tidak mati …

25|58|وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِ ۚ وَكَفَىٰ بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا

25|59|الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ

yang bermaksud,

Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya; Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.

Sayidina Isa selalu bicara tentang hidup dan mati dengan siapa sahaja tanpa pandang bulu, baik kepada kawan-kawan beliau mahupun kepada orang-orang yang tidak suka pada beliau. Ya, hidup dan mati itulah intisari jihad dan ajaran Sayidina Isa. Kitab Injil dan Quran menyatakan bahawa Sayidina Isa adalah IZIN ALLAH dan KALIMAH ALLAH, ROH ALLAH sekaligus NABIULLAH. (Kitab Injil Surah Yahya 1, Quran Surah Ali Imran 45, 49, Surah Al Anbiya’ [21]:91-92.)

Sayidina Isa adalah IZIN ALLAH. Termaktub di Quran Surah Ali Imran ayat 49

3|49|وَرَسُولًا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنِّي قَدْ جِئْتُكُم بِآيَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ ۖ أَنِّي أَخْلُقُ لَكُم مِّنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ فَأَنفُخُ فِيهِ فَيَكُونُ طَيْرًا بِإِذْنِ اللَّهِ ۖ وَأُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ وَأُحْيِي الْمَوْتَىٰ بِإِذْنِ اللَّهِ ۖ وَأُنَبِّئُكُم بِمَا تَأْكُلُونَ وَمَا تَدَّخِرُونَ فِي بُيُوتِكُمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

yang bermaksud,

Dan menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, “Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda dari Tuhan Allah, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sakit kusta, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda bagi kamu, jika kamu orang-orang yang beriman.

Isra’il ertinya orang siapapun tanpa pandang bulu, janji, berjuang mencari pahala daripada Allah, tidak mencari pujian-pujian manusia. Orang yang seperti itu secara ilmu boleh disebut Bani Isra’il yang sejati, jauh dari gerakan politik Zionisme.

Dalam Quran Surah Ali Imran ayat 45 disebutkan bahawa Sayidina Isa adalah muqarrabīn (dekat kepada Allah). Oleh kerana itulah Sayidina Isa mengibaratkan dirinya sebagai Putera daripada Yang Ada yang abadi, yang ibaratnya adalah Bapa, yang tidak lain adalah AL-ILAH atau ALLAH, ilah yang diutamakan Ibrahim, Isma’il-Ishaq dan Ya’qub.

Sayidina Isa dengan tegas menyatakan,

“ALLAH yang maha pengasih dan maha penyayang (yang diibaratkan sebagai BAPA) adalah sumber hidup, maka DIA menjadikan PUTERA-NYA juga sumber hidup.

(Kitab Injil Surah Yahya 5:26.)

Setelah kejadian pembunuhan Sayidina Isa oleh Allah dan dihidupkannya lagi Sayidina Isa oleh Allah dan diangkatnya Sayidina Isa oleh Allah kembali kepada-NYA, Yahya al-Hawari menyimpulkan mengapa Kitab Injil ada tertulis:

31 أَمَّا هَذِهِ فَكُتِبَتْ لِكَيْ تُؤْمِنُوا أَنَّ عِيسَى هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ اللهِ، وَلِكَيْ تَنَالُوا الْحَيَاةَ بِاسْمِهِ عِنْدَمَا تُؤْمِنُونَ.

yang bermaksud,

Tetapi segala yang telah dituliskan di sini bertujuan supaya kamu percaya bahawa Isa adalah al-Masih, Putera Allah (ibaratnya), dan kerana kamu percaya kepada-Nya, kamu akan memperoleh hidup dalam nama-Nya.

(Kitab Injil Surah Yahya 20:31.)

Disebutkan pula di Kitab Injil Surah 1 Yahya 3:16 yang bermaksud,

Dengan demikian kita tahu bagaimana cara mengasihi seseorang: Isa al-Masih telah menyerahkan nyawa-Nya untuk kita. Oleh itu kita harus menyerahkan nyawa kita untuk saudara-saudara kita.

Kitab Injil ditutup dengan munculnya bacaan-bacaan suhuf-suhuf para hawariyyun yang juga menyatakan kejadian seputar pembunuhan Sayidina Isa qurban sembelihan yang besar oleh Allah dan dihidupkannya lagi Sayidina Isa oleh Allah dan diangkatnya Sayidina Isa oleh Allah kembali kepada-NYA.

Bulus al Hawari mengingat kejadian-kejadian qurban Isa yang bagaikan peristiwa ajaib Ibrahim melaksanakan perintah qurban untuk membunuh putera Ibrahim sebagai qurban. Dibunuhnya Isa sebagai qurban dan dihidupkannya Isa dari kuburnya oleh Allah dan diangkatnya Isa oleh Allah adalah peristiwa qurban yang amat penting dan mustahak untuk selalu diingat kerana Isa diqurbankan oleh Allah sebagai badal kaffarah pengganti yang membayar lunas dengan darahnya segala macam kekurangan dan dosa-dosa kita.

Suhuf Bulus al-Hawari 1 Kurintus 15:3-4 menyebutkan:

… Bahawa al-Masih telah mati untuk menebus dosa kita, sebagaimana tersurat dalam Kitab Allah bahawa Dia telah dikuburkan, dan telah dibangkitkan pada hari yang ketiga, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci;

Kemudian Bulus al-Hawari mengingatkan apa yang sabdakan Nabi Husya’a (Hosea) dahulu kala:

‘Maut telah ditelan dalam kemenangan.’

‘Hai Maut, di manakah kemenanganmu?

Hai Maut, di manakah sengatmu?

(Suhuf 1 Kurintus 15:54-55 dan Husya’a 13:14.)

Sebenarnya kitalah insan yang penuh salah dan lupa yang kena diazab disiksa sampai mati, namun kenyataannya Isa keturunan Ibrahim itu yang dibunuh sebagai qurban badal kaffarah yang menggantikan kita manusia yang penuh salah dan lupa. Sebenarnya kita yang penuh lupa dan salah inilah yang harus dibunuh sampai mati. Hanya kerana ada peristiwa pembunuhan Isa sampai mati, kita ada dan hidup kerana maha pengasih dan maha adilnya Allah.

Al-Masih Isa adalah izin-Nya. Al-MasihIsa adalah Kalimah-Nya. Al-Masih Isa adalah kehendak daripada Allah yang pernah berkehendak menurunkan kibas dari langit untuk badal kaffarah yang menggantikan putera Ibrahim yang harus dibunuh.

Munajat:

Segala puji bagi-Mu ya Allah yang maha kuasa kerana Engkau menghidupkan lagi orang-orang yang sudah mati dan karena Engkau memberi harapan pada hamba yang penuh salah dan lupa ini dalam menghadapi akhirat di masa yang akan datang.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago