الخبير
Maha Waspada
Diceritakan Raja Bani Isra’il yang bernama Raja Daud sedang menunggu-nunggu khabar mengenai perang besar yang dihadapi umat Allah. Ketika itu, ada dua khabar yang disampaikan kepada Raja Daud. Yang satu khabar baik. Yang satunya khabar buruk. Khabar baiknya adalah umat berjaya memenangkan peperangan besar itu. Khabar buruknya adalah setelah dengan penuh perjuangan berjaya memenangkan peperangan besar itu, putera kesayangan Raja Daud yang bernama Absyalum mati dengan cara yang amat memprihatinkan.
Dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani, khabar baik atau khabar buruk disebut
Dalam Bahasa Arab disebut basyār بشار.
Dalam budaya di dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani,
selalu dibawa oleh kurier atau pembawa khabar seperti yang termaktub di Kitabul Anbiya’ Surah Shamu’il Tsaani (2 Samuel) 18:20 dan seterusnya.
Pemakaian al-khabir الخبير untuk asma Allah yang ertinya adalah Yang Maha Waspada sungguh sangat berkaitan dengan makna di masa kini. Dalam Bahasa Arab masa kini, al-khabir الخبير bererti stesen radio atau stesen televisyen pemancar khabar atau agensi risikan, atau peperiksaan sekolah macam PMR.
Asma Allah al-khabir الخبير dengan makna di masa kini seperti ini tidak ada di dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil.
Namun, dalam Kitab Taurat ada surah yang disebut surah akhbār al-ayyām أَخْبَارِ الأَيَّامِ (Khabar Zaman). Dalam Bahasa Bani Isra’il, surah itu disebut Diḇrê Hayyāmîm דִּבְרֵי־הַיָּמִים yang ertinya Amalan-amalan Zaman.
Surah itu berusaha menceritakan khabar umat Allah setiap harinya dari zaman ke zaman. Mulai dengan menceritakan khabar umat Allah di zaman manusia mula-mula yang bernama Adam. Tentunya itu tidaklah mudah. Tulisan para imam Bani Isra’il Para Nabi macam Harun itu tentu sangat berkaitan dengan raja-raja Bani Isra’il Para Nabi dan perjalanan mereka di zaman dahulu kala. Tentu tidak semua risalah Bani Isra’il Para Nabi dan perjalanan mereka dibuka dan diceritakan di surah itu sahaja, kerana secara terperinci, semua itu sudah ditulis di surah-surah sebelumnya macam …
Penulisan Surah itu terjadi pada tahun 400 sebelum Masehi. Penulisannya pasti berdasarkan cara tafsir yang unik ketika itu mengenai apa yang berlaku pada zaman-zaman sebelum tahun 400 sebelum Masehi itu. Memang kalau membaca surah itu, jelas surah itu berusaha menyoroti kehidupan Raja Daud secara apa adanya tanpa ditutup-tutupi. Surah itu juga tidak menutup-nutupi kenyataan bahawa Raja Daud pun adalah orang yang penuh khilaf, walau memang Raja Daud adalah seorang pemimpin yang kehebatannya amat terkenal.
Kerana Raja Daud melakukan kekhilafan, seorang nabiullah yang bernama Nabi Natan menyampaikan ketetapan Allah bahawa Raja Daud, oleh Allah, tidak diberi izin membina Bait Allah di Tanah Suci Al-Quds Yerusalem. Hal ini termaktub di Surah akhbār al-ayyām awwal (1 Tawarikh) 17:3 dan seterusnya.
Juga diceritakan, pada masa kejayaan Raja Daud, Raja Daud ingin menunjukkan kekuatan kerajaan beliau dengan cara mengadakan cacah jiwa atau penghitungan jumlah penduduk untuk menunjukkan betapa kuat kerajaan beliau. Dengan begitu, Raja Daud khilaf kerana beliau lupa bahawa kekuatan Allah lah yang membuat kerajaannya itu kuat, bukan jumlah penduduknya yang besar.
Akhirnya Raja Daud insyaf dan membatalkan rencana cacah jiwa itu. Raja Daud insyaf atas segala kekhilafannya dan berkata kepada Allah,
فَقَالَ دَاوُدُ للهِ: “أَخْطَأْتُ جِدًّا بِأَنِّي فَعَلْتُ هَذَا. فَأَرْجُوكَ أَنْ تُزِيلَ إِثْمَ عَبْدِكَ, لأَنِّي تَصَرَّفْتُ بِغَبَاءٍ شَدِيدٍ.
Yang bermaksud,
Kemudian Raja Daud berdoa kepada Allah, “Ya Allah, aku sudah melakukan dosa besar! Ampunilah aku, kerana tindakanku itu sangat bodoh.”
Termaktub di Surah Akhbār al-ayyām awwal (1 Tawarikh) 21:8.
Berikutnya, kekhilafan Raja Daud mencuri bini orang pun juga tidak ditutup-tutupi oleh Kitabul Anbiya’ Surah Shamu’il Tsaani (2 Samuel).
Kekhilafan Raja Daud itu dimulai dengan cara membunuh Uriyya suami dari seorang perempuan yang bernama Batsyaba’. Raja Daud membunuh Uriyya dengan cara yang pelik dan sulit. Setelah Uriyya, suami daripada Batsyaba’ itu meninggal dunia, Raja Daud langsung mengawini Batsyaba’.
Namun Tuhan Allah melihat perbuatan sulit Raja Daud itu. Tuhan Allah menegur Raja Daud lewat perantaraan Nabi Natan yang adalah penasihat Raja Daud ketika itu. Dan Tuhan Allah menyuruh seorang nabi yang bernama Natan untuk menghadap kepada Raja Daud dan membuka dosa Raja Daud itu yakni dosa zinah, pembunuhan dan rencana jahat. Inilah teguran Nabi Natan kepada Raja Daud.
Termaktub di Surah Shamu’il Tsaani (2 Samuel) 12:9 dan12, yang bermaksud,
9 Tetapi mengapa engkau melawan perintah-Ku? Mengapa engkau melakukan perkara yang jahat itu? Engkau sengaja membiarkan Uria terbunuh di medan peperangan. Engkau membiarkan orang Amon membunuh dia, lalu engkau mengambil isterinya!
12 Engkau berbuat dosa secara sembunyi-sembunyi, tetapi Aku akan membiarkan hal yang sama terjadi secara terang-terang.
Yang dimaksud dengan hal yang sama yang akan terjadi secara terang-terangan itu adalah bahawa Raja Daud juga akan dipermalukan oleh Allah secara terang-terangan. Tahta Raja Daud akan mengalami banyak kesusahan yang besar, namun walaupun begitu, masih tidak akan hilang dan musnah tahtanya. Memang benar, akhirnya, putera Raja Daud yang bernama Sulaiman dari hasil perkahwinannya dengan Batsyaba’ lahir. Dan melalui perantaraan Sulaiman lah, Bait Allah akhirnya berjaya dibina.
Surah Khabar Zaman yang sangat terbuka itu akhirnya menceritakan bahawa Sulaiman bin Daud dilantik menjadi raja menggantikan Daud, ayahandanya. Dan termaktub di Surah Khabar Zaman bahawa Sulaiman bin Daud adalah ibnan ḥakīman ‘indah żakā’un wa fahmun liyabniya baitan lillah, ابْنًا حَكِيمًا عِنْدَهُ ذَكَاءٌ وَفَهْمٌ لِيَبْنِيَ بَيْتًا للهِ, yang bermaksud, Sulaiman itu
… putera yang bijak, berpengetahuan, dan cerdas, yang kini merancang untuk membina Bait Allah.
Termaktub di Surah Akhbār al-ayyām tsani (2 Tawarikh) 2:12.
Munajat:
Ya Allah, Engkau lah al-ilah Tuhan yang membuktikan diri bahawa Engkau adalah penuh kehakikian khususnya pada waktu kehakikian itu sungguh membuat kami seperti makan buah simalakama.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…