Ya Khāfiḍ

الخخافض

Yang Maha Merendahkan.

Di dalam Kitabul Anbiya’ Ayub 40:15-17 yang berbahasa Bani Isra’il Ibrani, ada kata yang sama dengan kata Bahasa Arab خافض /khāfiḍ/. Kata dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani dalam Kitabul Anbiya’ Ayub itu ertinya mengesankan adanya seekor behemot atau makhluk raksasa yang sedang menurunkan ekornya. Kata dalam Bahasa Bani Isra’il itu juga terdapat di Kitab Al-Qur’an Surah Al Hijr [15]:88 yang ertinya mengesankan adanya seekor haiwan bersayap yang sedang menurunkan atau merendahkan sayapnya.

Ada juga beberapa kata dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani yang ertinya merendahkan atau menurunkan sama seperti kata Bahasa Arab خافض /khāfiḍ/.

Berbicara perihal menurunkan derajad atau merendahkan derajad, sebenarnya bukan hanya Allah sahaja yang dapat menyebabkan derajad seseorang menjadi turun atau rendah. Disebutkan di dalam Kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil bahawa manusia pun juga dapat menyebabkan derajad seseorang menjadi turun atau rendah.

Kitab Allah Az-Zabur menggambarkan Allah menjawab doa orang yang dizalimi yang memohon keadilan dan kemenangan dari Allah agar Allah merendahkan derajad penzalim-penzalim orang tersebut sebagai ungkapan balas-dendamnya kepada penzalim-penzalimnya.

Dalam Kitab Allah Az-Zabur 94 ayat 2 disebutkan bahawa Allah adalah Hakim “yang menjatuhkan hukuman atas orang yang sombong.” Dan di ayat yang terakhir, iaitu ayat 23, disebutkan bahawa Allah “memusnahkan orang-orang yang zalim.”

Disebutkan pula di Kitab Allah Az-Zabur 2:4-5 bahawa barangsiapa yang melawan Sunnah Allah dan Almasih Ketetapan Allah akan diazab oleh Allah.

Ibaratnya, Dia yang bertakhta di syurga tertawa mencemuh barangsiapa yang melawan Sunnah Allah dan Almasih Ketetapan Allah. Allah menegur mereka dalam kemarahanNya dan menakutkan mereka dalam kemurkaan-Nya.

Berbicara mengenai keadaan yang rendah, disebutkan pula di Kitab Allah Az-Zabur 88:6 bahawa pernah ada orang yang merintih memohon dikeluarkan dari keadaan yang bagaikan berada di kubur paling dalam, dalam kegelapan jauh di dalam. Itulah rintihan manusia di dalam Kitab Az-Zabur.

Disebutkan di dalam Kitab Az-Zabur dan Kitabul Anbiya’ Yesaya, sujud dan berlutut adalah bukti seseorang sedang dalam keadaan yang rendah dan kemungkinan besar adalah bukti telah insaf dan bertaubat.

Zabur Surah 22:30

Semua orang yang sombong akan sujud kepada-Nya; semua insan akan berlutut di hadapan-Nya.

Yesaya 60:14

Anak-anak penindasmu akan datang bersujud untuk menghormati engkau.

Sujud dan berlutut adalah ciri khas Hamba Allah.

Di dalam Kitabul Anbiya’ Daniyal (Daniel) disebutkan bahawa Tuhan AL-ILAH Yang Maha Kuasa menurunkan Raja Nebukadnezar dari tahtanya. Raja Nebukadnezar diturunkan derajadnya kerana telah melupakan pertolongan Tuhan AL-ILAH YANG MAHA KUASA yang telah banyak memberikan pertolongan kepadanya. Disebutkan Raja Nebukadnezar menjadi orang gila yang tidak waras.

Daniel 5:20

Tetapi kerana baginda menjadi sombong, keras kepala, dan kejam, baginda diturunkan daripada takhta lalu kehilangan keagungannya.

Janji Tuhan AL-ILAH Yang Maha Kuasa yang telah ditepati dengan menurunkan AL-MASIH ISA untuk menghancurkan al-masih DAJJAL Sumber Fitnah sungguh disambut dengan gembira dan penuh kelegaan oleh orang-orang yang dalam keadaan terzalimi dan dalam keadaan direndahkan oleh fitnah-fitnah Dajjal. Kerajaan Allah atau Syurga Jannah nya Allah tidak pernah mengkafir-kafirkan orang dan tidak pernah membeza-bezakan orang. Kerana adanya AL-MASIH ISA dengan izin Allah, orang sakit kusta yang dianggap najis dan dianggap menajiskan pun tidak anggap najis dan tidak dianggap menajiskan.

Orang-orang yang dianggap telah rosak akhlaqnya dan yang dianggap telah jatuh ke dalam kemaksiatanpun tidak dicap sebagai orang rosak dan tetap dihargai harkatnya. Orang-orang Samari yang dianggap memiliki akidah yang sesat yang terpesong daripada Tanah Suci Al-Qudsi Yerusalem  pun tetap diterima dan tetap dihormati sudut padang dan alam pikirnya. Mereka tidak beza-bezakan. Mereka tetap dimuliakan. Harkat dan harga diri mereka tetap dijunjung tinggi.

Yang Mulia Sayidina Nabi Isa terkenal dengan kesabarannya dan sifat pemurah dan sifat pengasih. Yang Mulia Sayidina Nabi Isa menyatakan dalam Tarjamah Bahasa Arab Kitab Injil Surah Matta (Matius) 11:29 …

 لأَنِّي وَدِيعٌ وَمُتَوَاضِعُ الْقَلْبِ، فَتَجِدُوا رَاحَةً لِنُفُوسِكُمْ.

Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan sejahtera.

Dan apabila ada hamba Allah dizalimi oleh orang-orang yang zalim, Yang Mulia Sayidina Nabi Isa memberi nasihat yang sangat menyejukkan hati.

22 هَنِيئًا لَكُمْ إِذَا أَبْغَضَكُمُ النَّاسُ، وَإِذَا رَفَضُوكُمْ وَشَتَمُوكُمْ وَأَهَانُوا اسْمَكُمْ بِاعْتِبَارِ أَنَّكُمْ أَتْبَاعُ ابْنِ الإِنْسَانِ كَأَنَّهُ عَارٌ.

23 اِفْرَحُوا فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ وَتَهَلَّلُوا لأَنَّ أَجْرَكُمْ فِي السَّمَاءِ عَظِيمٌ. فَإِنَّ آبَاءَهُمْ عَامَلُوا الأَنْبِيَاءَ بِنَفْسِ الطَّرِيقَةِ.

22 Diberkatilah kamu apabila orang membenci kamu, menyingkiri kamu, menghina kamu dan mengutuk kamu kerana Putera Insan.

23 ‘Bersuka rialah apabila perkara itu berlaku dan melonjak keriangan, kerana besar ganjaranmu di syurga kelak. Demikian juga perbuatan nenek moyang mereka terhadap nabi-nabi.

Tarjamah Bahasa Arab dan Melayu Injil Surah Luqa (Lukas) 6:22-23.

Munajat:

Ampunilah aku atas khilafku yang hanya mahu menjadi hamba-Mu, Ya Allah, apabila aku mengalami keadaan yang sangat rendah dan penuh penderitaan dan penuh dengan hinaan dunia ini, aku tidak terima. Ampunilah aku, ya Allah Yang Maha Memelihara.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini