Contact Information

Theodore Lowe, Ap #867-859
Sit Rd, Azusa New York

We Are Available 24/ 7. Call Now.

الخالق

Yang Maha Pencipta.

Ada tiga nama yang dengan penuh pujian menyatakan bahawa Allah adalah Pencipta alam semesta ini. Tiga nama itu adalah:

  • Ya Khāliq الخالق (Yang Maha Pencipta)
  • Ya Bāri البارئ (Yang Maha Mengadakan Daripada Tiada)
  • Ya Musawir المصور (Yang Maha Pembentuk)

Kitab Tarjamah Bahasa Arab Taurat, Zabur dan Injil sering menyebut Al-Khaliq.

Seperti dalam Bahasa Bani Isra’il, Al-Bāri yang lebih menyatakan bahawa Allah adalah Maha Mengadakan daripada tiada, juga sering disebut, contohnya di Kitab Taurat Surah At-Takwin (Kejadian) 1:1.

Kisah yang pertama kali disebutkan dalam Kitab Taurat bahawa Allah selama 6 hari menciptakan alam semesta juga tetap disebut oleh Kitab Al-Qur’an Surah Al A’rāf [7]:54 dan Surah Al Ḥadid [57]:4.

Allah yang membuat segala sesuatu  dengan sangat baik itu juga membuat makhluknya boleh membuat juga, yaitu, membuat keturunan dengan cara berkembang-biak menjadi banyak. Allah Sang Pembuat membuat makhlukNya menjadi pembuat juga. Allah lah yang membuat Adam. Oleh Allah, Adam dicipta menjadi suratan ilahi ertinya dicipta menjadi cermin yang mencerminkan Allah.

Sang Pembuat membuat Adam menjadi pembuat juga! Allah Sang Pembuat bukan hanya membuat Adam boleh membuat keturunan menjadi banyak, namun juga membuat Adam menjadi raja yang menguasai segala makhluk. Menjadi Khalifatullah. Menjadi Wakil Allah. (Termaktub di Kitab Taurat At-Takwin (Kejadian) 1:28).

Kepada Adam, Sang Pencipta mewariskan ilmu mencipta. Oleh kerana itulah, Adam dan keturunannya boleh mencipta apa sahaja namun bukan mencipta daripada tiada.

Kemudian, Kitab Al-Qur’an Surah Al Baqarah [2]:20 menyebutkan bahawa Adam lah yang memberi nama segala makhluk. Setiap makhluk, oleh Adam, dinamai. Apa sahaja yang telah dicipta Allah, oleh Adam diselidiki dan satu per satu, oleh Adam, diberi nama. Adam berhasil membuka tabir misteri penciptaan. Oleh kerana itulah, Allah memerintahkan semua malaikat-malaikatNya sujud menyembah Adam. Semua malaikat, kecuali Iblis, sujud menyembah kepada Adam. Kerana sombong dan demi gengsi, Iblis tidak mahu sujud menyembah Adam. Oleh kerana itulah, Iblis disebut Syaitan. (Termaktub di Al-Qur’an Surah Al Baqarah [2] ayat 33).

Banyak kitab menyatakan Adam sungguh-sungguh berjuang berusaha menjalankan apa yang diamanahkan Allah kepadanya, sampai akhirnya Adam menjadi tahu menyebut bukan hanya semua nama-nama makhluk, namun juga tahu menyebut semua nama-nama Allah. Hal itu jelas membuktikan adanya awal berpikir logisnya manusia atau awal kemampuannya manusia untuk berhujah dengan meyakinkan. Hal itu sekaligus juga menjadi awal bukti-bukti beribadahnya manusia mula-mula itu kepada ilah sesembahannya, iaitu, Allah. Hal itu membuktikan bahawa kepada Al-Khaliq dan kerana Al-Khaliq lah, Adam mengabdi atau beribadah, bukan kerana makhluk dan bukan kepada makhluk, Adam mengabdi atau beribadah.

Hal itu membuktikan bahawa kepada Sang Pencipta dan kerana Sang Pencipta lah, Adam mengabdi atau beribadah, bukan kerana ciptaan dan bukan kepada ciptaan, Adam mengabdi atau beribadah.

Kisah perjuangan Adam manusia mula-mula dalam mengemban dan melaksanakan amanah Penciptanya menggambarkan permulaan adanya ibadah yang sesungguhnya dan permulaan adanya mengabdi yang sesungguhnya.

Kalau mengaku beribadah, namun tidak sesungguhnya seperti itu bererti  hanya sekedar berpura-pura beribadah, hanya sekedar berpura-pura mengabdi.

Berpura-pura beribadah atau berpura-pura mengabdi sungguh sangat merbahaya. Pa’ul al-Hawariyun yang dengan setia takzim dan tawadu’ kepada Sayidina Isa pernah menulis surat kepada orang-orang di kota Ar Ruum (sekarang Rom).

لِذَلِكَ تَرَكَهُمُ اللهُ إِلَى شَهَوَاتِ قُلُوبِهِمْ لِيَرْتَكِبُوا النَّجَاسَةَ، فَأَهَانُوا أَجْسَامَهُمْ بَعْضُهُمْ مَعَ بَعْضٍ. 25 لأَنَّهُمْ تَبِعُوا الْبَاطِلَ بَدَلا مِنْ حَقِّ اللهِ، وَاتَّقَوْا وَعَبَدُوا الْمَخْلُوقَ بَدَلا مِنَ الْخَالِقِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى الأَبَدِ.

liżalika tarakahumullah ‘ila syahawāti qulūbihim liyartakibūn najāsat, fa’ahānū ‘ajsāmahum

ba’ḍuhum ma’a ba’ḍi. li’annahum tabi’ūl bāṭill badalā min haqqillah, wattaqau wa ‘abadūl makhlūqa badalā minal khāliqi tabāraka wa ta’āla ‘ilal ‘abadi

24 Oleh itu Allah membiarkan mereka menurut nafsu melakukan pelbagai noda, maka mereka mencemari tubuh sesama sendiri. 25 Mereka merangkul yang palsu dan berpaling daripada yang benar daripada Allah. Mereka menyembah makhluk ciptaan dan berpaling daripada Allah Pencipta Yang Maha Suci dan Maha Tinggi selama-lamanya.

Termaktub di Risalah Ar-Ruum 1:24-25.

Di zaman turunnya wahyu Taurat, Zabur dan Injil, banyak sekali orang lebih suka mengabdi kepada makhluk demi untuk memuaskan syahwat nafsu kehendak mereka sendiri walaupun mereka sudah diberi peringatan keras oleh Tuhan Allah melalui syariah Musa baik peringatan pertama maupun peringatan kedua, yakni, لا يَكُنْ لَكَ آلِهَةٌ أُخْرَى مَعِى  /lā yakun laka ālihatun ‘ukhrā ma’ī/, yang bermaksud, jangan sembah ilah lain; sembahlah Aku sahaja. Namun manusia tetap sahaja lebih cenderong mendustakan Allah. (Termaktub di Kitab Taurat Surah At-Tasyniyati (Ulangan) 5:7).

Kerana merasa prihatin akan betapa ingkarnya orang-orang Bani Isra’il di zaman Nabiullah Isya’ya kepada Sang Pencipta, Nabiullah Isya’ya dengan jelas membandingkan bahawa Allah menciptakan segala isi alam dengan sangat sempurna, namun manusia yang diciptakanNya dengan sangat cepat melupakan Allah Sang Pencipta demi untuk lebih mengutamakan ciptaan daripada Sang Pencipta. Apa yang menjadi keprihatinan Nabi Isya’ya mengenai bangsanya memang terjadi sungguh, akhirnya kerana ingkar kepada Allah Sang Pencipta, seluruh Bani Isra’il, oleh Allah, diazab dengan cara dihancurkan sampai porak-peranda bercerai-berai kemana-mana di dunia ini.

Namun bukan hanya berhenti pada keprihatinan yang mendalam dan perasaan sedih yang amat sangat mengenai nasib bangsanya, iaitu, Bani Isra’il dan nasib kotanya, iaitu, Yerusalem, Nabiullah Irmiya, oleh Allah, masih diberi pandangan bahawa masih ada harapan bagi bangsanya dan kotanya untuk bernasib baik kerana Allah!

وَالآنَ هَذَا كَلامُ اللهِ الَّذِي خَلَقَكَ يَا شَعْبِي, وَالَّذِي كَوَّنَكَ يَا يَعْقُوبُ. لا تَخَفْ, لأَنِّي فَدَيْتُكَ. دَعَوْتُكَ بِاسْمِكَ. أَنْتَ لِي.

wālāna hażā kalāmullāhillażī khalaqaka yā sya’bī, wallażī kawwanaka yā ya’qūb.

lā takhaf, la’annī fadaituka. da’utuka bismika. ‘antalī.

Hai Bani Isra’il, demikianlah firman ALLAH yang telah menciptakan kamu, “Janganlah takut! Aku akan menebus kamu. Aku telah memanggil kamu dengan nama kamu, kamu milik-Ku.

(Termaktub di Kitabula Anbiya’ Surah Isya’ya 43:1-2).

Walau merasa prihatin yang sangat mendalam terhadap keadaan bangsanya, Nabi Isya’ya, kerana Allah, menyatakan masih adanya kemurahan Allah bagi barangsiapa yang dalam keadaan memprihatinkan.

Kerana Allah, masih ada yang diharapkan!

Harapan untuk bernasib baik kerana Allah itu adalah masa di mana Almasih dari Allah menjadi raja Wakil Allah yang menguasai segala makhluk. Datangnya Isa yang adalah Almasih dari Allah itu adalah masa baharu yang diharap-harapkan bagi barangsiapa yang prihatin yang amat sangat mendalam. Itulah yang dinyatakan dalam Kitabullah Injil Surah Yahya al-Hawariyun 1:1

فِي ٱلْبَدْءِ كَانَ ٱلْكَلِمَةُ، وَٱلْكَلِمَةُ كَانَ عِنْدَ ٱللهِ، وَكَانَ ٱلْكَلِمَةُ ٱللهَ

fil bad’i kānal kalimat, wal kalimatu kāna ‘indallah, wa kānal kalimatullah.

Pada permulaan sudah wujud Firman, dan Firman itu bersama Allah dan Firman itu adalah Allah.

Allah yang Maha Mengadakan daripada tiada.

Apabila ada yang cuba mengadakan daripada tiada, pasti itu adalah sihir yang nyata.

Asal daripada Allah, manusia kena terima dengan penuh bersyukur.

Terima sahaja Almasih Isa yang berasal daripada Allah, itulah seharusnya sikap hamba Allah dalam keprihatinan yang amat sangat mendalam.

إِذاً إِنْ كَانَ أَحَدٌ فِي الْـمَسِيحِ فَهُوَ خَلِيقَةٌ جَدِيدَةٌ.

‘iżān ‘in kāna ‘ina ‘aḥadun fīl masīḥi fahuwa khalīqatun jaḍīdatun

Sesiapa yang ada dalam al-Masih adalah ciptaan baru.

Termaktub dalam Kitabullah Injil 2 Kurintus 5:17.

Munajat:

Ya Allah, dengan penuh kemurahan dan kasih-sayang Mu, Engkau mencipta hamba dan seluruh umat manusia.

Ya Khaliq Tuhan Sang Pencipta, tolonglah hamba menjadi suratan ilahi yang mencerminkan Engkau, wahai Sang Pencipta.

Manusia suka mengkaji.

Malaikat sujud kepada Adam.

Manusia khalifah Allah menyelidiki segala ciptaan Allah.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


Share:

administrator