Contact Information

Theodore Lowe, Ap #867-859
Sit Rd, Azusa New York

We Are Available 24/ 7. Call Now.

اَلْمَلِـكُ

Hanya Allah Maha Raja

Seperti kisah-kisah yang termaktub di kesusastraan zaman dahulu, Kitab Taurat, Zabur dan Injil juga penuh dengan kisah tentang seorang maharaja atau sultan atau Yang di-Pertuan Agong. Dalam segala bahasa dan kebudayaan manusia, seorang raja atau sultan atau Yang di-Pertuan Agong pasti adalah seorang yang punya wibawa dan kekuasaan yang tinggi. Dalam masyarakat yang menjunjung tinggi ugama, seorang raja atau sultan atau Yang di-Pertuan Agong cenderong dianggap memiliki kekuasaan dan wibawa bak Tuhan.

Istilah اَلْمَلِكُ (Al-Malik) juga terdapat dalam Kitab Taurat, Zabur, Injil dalam bahasa Ibrani, iaitu,מֶ֫לֶך (melek). Ertinyapun juga sama, iaitu raja atau sultan atau Yang di-Pertuan Agong.

Dari 99 nama Tuhan, Al-Malik adalah salah satu dari 10 nama Tuhan yang pertama kali disebut ketika membaca Asma-ul Husna (Nama-Nama Terbaik daripada Tuhan Allah).

Di dalam Al-Qur’an ada satu ayat yang menyebutkan banyak asma Allah dalam satu ayat. Ayat itu adalah QS Al Hashr [59]:23-24 …

Dia lah Allah, yang tidak ada ilah melainkan Dia; Yang Menguasai; Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera; Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat; Yang Melengkapi segala Kebesaran-Nya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan; Yang Membentuk rupa; bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepada-Nya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

Nabiullah Isa memberi peringatan yang sangat keras tentang sungguh merbahaya kalau orang selama hidup di bumi ini bersikap acuh tak acuh dan kedekut pada fakir miskin. Ketika memberi peringatan keras itu, Nabiullah Isa tahu tentang adanya Hakim Yang Adil iaitu Sang Maha Raja pemilik hari pembalasan.

Tarjamah Kitabullah Injil Surah Matta 25:34-40 … dan Nabi Isa mempersilakan barangsiapa yang semasa hidupnya bermurah hati memberi makan dan pakaian dan silaturahmi kepada “orang-orang kecil saudara Nabi Isa itu” untuk ibaratnya duduk di sisi sebelah kanan Kursi Tahta Sang Maharaja Yang Maha Kuasa.

Kalau kita membaca Tarjamah Kitabullah Zabur 110, kita akan mendapati banyak kiasan yang tidak dapat dimaknai secara harfiah. Disebutkan di situ, Rabbana Tuhan kita memerintahkan Sayidina (raja kita) untuk duduk di sisi sebelah kanan tahta kursi Rabbana Tuhan kita dan untuk segera menghancurkan Dajjal, segala raja dan musuh-musuh Rabbana Tuhan kita. (Termaktub di ayat 5).

Hamba Allah, Ibrahim, pernah dilawan banyak raja-raja besar di Tanah Kanaan. Namun dengan kekuatan Allah, semua raja-raja besar itu dihancurkan oleh Ibrahim. Hanya ada satu raja sahaja yang boleh bertahan. Padahal raja itu tidak punya apa-apa untuk menghadapi Ibrahim. Raja yang tidak punya apa-apa itu bernama Malikusshadiq (Raja Kehaqiqian).

Namun justeru raja yang tidak punya apa-apa itulah yang disebut dengan mulia di Tarjamah Kitabullah Zabur 110:4 dan Tarjamah Kitabullah Injil Surah Ibrani 5:6 sebagai imam untuk selama-lamanya.

Orang-orang yang takzim kepada Sayidina Isa haqul yaqin bahawa Malikusshadiq (Raja Kehaqiqian) yang tidak punya apa-apa itulah yang menjadi dalil tentang pengharapan akan datangnya Sayidina Isa yang sudah ditetapkan Allah menjadi imam untuk selama-lamanya dan menjadi raja karena Allah.

Dan disebutkan pula di Tarjamah Kitabullah Taurat Surah At-Tasyniyati (Ulangan) 18:15 bahawa seorang Isra’il yang bernama Isa sudah ditetapkan Allah menjadi nabi yang diramalkan oleh Nabi Musa ribuan tahun bahkan sebelum Isa lahir.

Nabi Musa berkata kepada Bani Isra’il, “Sebaliknya TUHAN kamu akan mengutus seorang nabi kepada kamu; nabi itu akan seperti aku dan dia daripada bangsa kamu sendiri; kamu mesti taat kepadanya.” Ulangan18:15.

Raja yang sudah ditetapkan Allah itu bukan hanya menjadi pemilik hari pembalasan di akhirat nanti, tapi juga sangat berwibawa dan berkuasa di bumi tempat kita berada sekarang ini. Sayidina Isa sering menyatakan wibawa dan kuasa beliau tidak lain adalah “Kerajaan Allah atau Jannah Syurganya Allah.” Sayidina Isa sangat sering dan lama sekali menjelaskan kepada orang-orang pilihan beliau atau sahabat-sahabat beliau yaitu para hawariyun mengenai perkara agung ini, yakni perkara Jannah Syurganya Allah atau Kerajaan Allah.

Pokoknya, insyaflah, wahai manusia, jika dirimu berdosa. Itulah syarat pertama menjadi ahli Jannah Syurganya Allah atau ahli Kerajaan Allah. Termaktub di Tarjamah Kitabullah Injil Surah Matta 4:17.

Kita kena berusaha mengutamakan Jannah Syurganya Allah atau Kerajaan Allah daripada apapun juga. Tapi walaupun begitu, Jannah Syurganya Allah atau Kerajaan Allah itu tidak akan secara penuh dan sempurna terasa di dalam kehidupan kita di bumi ini.

Termaktub di Tarjamah Kitabullah Injil Surah Matta 6:10. Sayidina Isa justeru memerintahkan barangsiapa yang takzim kepada beliau untuk selalu berdoa memohon kepada Allah … 

لِتَأْتِ مَمْلَكَتُكَ

(lita’ti mamlakatuka)

“Datanglah Kerajaan Mu ya Allah.”

Di bawah kuasa Allah dan kekuatan Allah. Itulah Kerajaan Allah. Itulah yang harus kita utamakan bukan kuasa-kuasa yang lain dan bukan kekuataan-kekuatan yang lain. Keadaan seperti itulah yang kena kita utamakan bukan keadaan-keadaan yang lain betapapun seronoknya keadaan-keadaan yang lain itu.

Termaktub di …

… juga menyatakan hal yang sama.

Semua orang dari jongos sampai menteri besar kena menyadari bahawa memang mereka punya kuasa namun kuasa mereka itu hanyalah titipan atau amanah ilahi. Kita semua tunduk pada kekuatan Yang Maha Kuasa Yang Maha Tahu. Oleh kerana itulah kita kena berserah diri bulat-bulat kepada bimbinganNya.

Pada tahun 40 jauh sebelum Muhammad lahir, seorang Hawariyun yang bernama Pa’ul mendoakan muridnya yang bernama Timutawus semoga muridnya itu selalu berserah diri bulat-bulat kepada satu-satunya Raja sekalian raja, iaitu, Allah yang telah menetapkan datangnya Yang Mulia Almasih Isa untuk membunuh Dajjal demi tegaknya keadilan dan ni’matnya Jannah Syurganya Allah atau Kerajaan Allah.

Berserah diri bulat-bulat kepada Allah yang seperti itu adalah ISLAM.

Munajat:

Ya Allah Raja sekalian raja pemilik kehidupan kami baik di dunia maupun di akhirat, hamba ingin selalu ta’at kepada Mu dalam segala segi kehidupan ini, kerana hanya Engkaulah ya Allah Yang Maha Kuasa Yang Agung sekaligus Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sayidina Isa Allah reda.

Usahakan suasana syurga.

Ahli Syurga tak kikir pada fakir.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


Share:

administrator