Yā Muakhkhir

اَلْمُؤَخِّر

Maha Membelakangkan, Maha Mengakhirkan;

iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.

Al-Muqaddim — Al-Muakhkhir sungguh merupakan satu pasang …

  • Al-Muqaddim (اَلْمُقَدِّم) Yang Maha Mendahulukan, dan
  • Al-Muakhkhir (اَلْمُؤَخِّر) Maha Membelakangkan, Maha Mengakhirkan, iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.

Al-Muqaddim — Al-Muakhkhir ibaratnya, Banjaran Yang Ilahi Yang Maha Luas.

Bahasa Bani Isra’il dan Bahasa Arab memiliki akar kata yang sama untuk muakhkhir.

Dalam Bahasa Bani Isra’il …

 /achorin/.

Dalam Bahasa Arab … آخِر /ākhir/.

Akhir dalam Bahasa Melayu adalah kata pinjaman dari Bahasa Bani Isra’il dan Bahasa Arab.

Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani dan Bahasa Arab moden, akar kata ini berkembang menjadi banyak makna. Demikian pula, dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil, muakhkhir menjadi pembahasan penting.

Dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil dalam Bahasa Ibrani Surah Isya’ya [Yesaya] 2:2-3 ada istilah …

 /acharit ha yamim/,

yang oleh Quran Surah al-Baqarah [2]:8 disebut …

اليوم الآخر al yaumil ākhir,

yang bermaksud,

‘hari akhirat atau hari kemudian.’

Sesungguhnya salah satu dari 99 nama Allah adalah Al-Akhir اَلآخِر.

Al-Muqaddim اَلْمُقَدِّم Yang Maha Mendahulukan berbicara tentang Yang Ilahi yang adalah awal daripada segala kejadian, dan adalah ilah atau penguasa daripada keabadian dan kita adalah buah pertama Roh Allah atau Roh Yang Ilahi.

Sebagai buah pertama Roh Allah, kita pasti akan haqul yaqin bahawa Al-Muakhkhir اَلْمُؤَخِّر pasti akan menjalani masa yang ada sampai bilapun atau masa abadi itu.

Di Tanah Suci Baitul Maqdis Yerusalem ada kata yang seakar dengan muqaddim iaitu kata …

 /qadim/

yang ertinya adalah kawasan di sebelah timur Tanah Suci Baitul Maqdis Yerusalem.

 /qadim/

sendiri ertinya,

‘ufuk timur tempat matahari terbit.’

(Suhuf Hazqiya [Yehezkiel] 11:1.)

Al-Muakhkhir, dalam Kitab Taurat at-Tasniyati [Ulangan] 11:24 dan Suhuf Ayub 18:20, adalah …

/acharon/

yang juga bererti adalah,

‘ufuk barat tempat matahari terbenam.’

Sayidina Isa Almasih berbicara bahawa di akhir zaman akan terjadi suatu paristiwa yang akan menyebabkan banyak orang dari ufuk timur dan banyak orang dari ufuk barat berkumpul menikmati jamuan syurga bersama Sayidina Ibrahim, Ishaq dan Ya’qub. (Kitab Injil Surah Matta [Matius] 8:11 dan Surah Luqa [Lukas] 13:29.)

Dalam Kitab Injil Bahasa Yunani, timur dan barat adalah anatoli kai dusmeAnatoli ertinya ‘ufuk timur tempat matahari terbit.’ Dusme atau Dusk dalam Bahasa Inggris ertinya ‘ufuk barat tempat matahari terbenam.’ Anatoli kai dusme. Dari ufuk timur dan dari ufuk barat.

Dalam bacaan Doa Iftitah Setelah Takbiratul Ihram disebutkan …

وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

Wa subhanallahi bukrataw wa a’silan.

Maha Suci Allah dan terpujilah Allah dari terbitnya matahari di ufuk timur sampai pada terbenamnya matahari ufuk barat.

Nabi Daud dalam Kitab Zabur menyatakan …

مِنْ مَشْرِقِ الشَّمْسِ إِلَى مَغْرِبِهَا يُسَبِّحُ النَّاسُ اسْمَ اللهِ

min masyriqis syamsi ‘ila magribihā yusabbiḥunnāsusmallah

yang bermaksud,

Dari terbit matahari di ufuk timur sampai pada terbenamnya matahari di ufuk barat, nama Allah dipuji.

Yang Mulia Sayidina Isa pernah berkata,

“Ketahuilah! Ramai orang akan datang dari ufuk timur dan ufuk barat lalu duduk menikmati jamuan bersama Ibrahim, Ishak dan Yakub dalam kerajaan syurga.”

(Kitab Injil Surah Matta [Matius] 8:11.)

“Orang akan datang dari timur dan barat, dari utara serta selatan untuk menikmati jamuan di dalam kerajaan Allah.”

(Kitab Injil Surah Luqa [Lukas] 13:29.)

Itu kata Yang Mulia Sayidina Isa.

Allah memang bersifat membelakangkan atau mengakhirkan.

Suhuf Hawariyyun Butrus Tsāni [2 Petrus] 3:8-9 menjelaskan tentang Allah yang memiliki kuasa untuk Membelakangkan atau Mengakhirkan.

Tetapi, saudara-saudara yang kukasihi, jangan lupa satu perkara: Di sisi Tuhan satu hari serupa seribu tahun, dan seribu tahun serupa satu hari. Tuhan bukannya lengah menepati janji, seperti sangkaan sesetengah orang, tetapi amat bersabar dengan kita, kerana Dia tidak mahu seorang pun binasa dan Dia ingin semuanya bertaubat.

Jadi menurut Suhuf Hawariyyun Butrus Tsāni [2 Petrus] 3:8-9, Allah memang bersifat membelakangkan atau mengakhirkan, namun dengan hal itu justeru membuktikan kesabaran ilahi.

Disebutkan pula di Quran Surah Hūd [11]:8

وَلَئِنْ أَخَّرْنَا عَنْهُمُ الْعَذَابَ إِلَىٰ أُمَّةٍ مَّعْدُودَةٍ لَّيَقُولُنَّ مَا يَحْبِسُهُ ۗ

Dan demi sesungguhnya! Jika kami tangguhkan azab daripada menimpa mereka hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah mereka akan berkata (secara mengejek): “Apakah yang menghalangnya?”

Maksudnya, kesabaran Allah tidak ada batasnya. Dari ufuk ke ufuk. Dari ufuk timur sampai ke ufuk barat. Di sisi Tuhan satu hari serupa seribu tahun.

Disebutkan dalam QS Hūd 11:8 …

أَخَّرْنَا /akhkharnā/

yang bermaksud,

‘Allah menanggguhkan atau mengurungkan.’

Itulah bahasa ungkapan untuk mengungkapkan kesabaran ilahi.

Dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil bahkan disebutkan …

/yinnachem yh/

yang bermaksud,

“Allah menyadari dan bertimbangrasa dan penuh keperihatinan, oleh kerana itu Allah mengurungkan azabNya.”

Itulah masa yang lama di mana Allah mengurungkan atau menunda azabNya walau Allah sudah lama mengetahui bahawa manusia banyak salah dan lupa yang mengecewakan dan mendukakan Allah. Namun, disebutkan dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil, Allah mengurungkan azabNya, menyadari dan bertimbangrasa dan penuh keperihatinan. Allah mengurungkan azabNya dan menyadari dan bertimbangrasa dan belas kasihan!

Oleh kerana itulah, Allah pada zaman dahulu masih mencari Nuh dan akhirnya menyelamatkan Nuh dan sekeluarganya.

Setelah Allah bertemu dengan Nuh, Allah menyelamatkan Nuh. Baru setelah mengurungkan azabNya dan menyelamatkan Nuh dan keluarganya dan haiwan-haiwan, akhirnya Allah mengazab bumi dan segala isinya.

 /yinnachem yh/

Allah mengurungkan dan menyadari dan bertimbangrasa dan penuh keperihatinan. Itulah bahasa ungkapan untuk mengungkapkan kesabaran ilahi.

Pada zaman dahulu, orang-orang Bani Isra’il menyembah patung lembu yang terbuat dari emas. Allah mengetahui makhlukNya menyembah patung lembu emas itu, namun Allah tidak langsung marah kepada orang-orang Bani Isra’il yang membuat berhala patung lembu dari emas untuk disembah.

Walau Allah mengetahui umatNya menyembah berhala, Allah tidak langsung marah. Allah tidak langsung mengazab orang-orang Bani Isra’il penyembah-penyembah berhala itu. Allah menyadari dan bertimbang rasa dan penuh keperihatinan. Allah tidak langsung mengazab orang-orang Bani Isra’il penyembah-penyembah berhala patung lembu emas itu, Allah menangguhkan azabNya.

Dengan sabar Allah masih mahu menunggu Musa dan Harun kerana Musa dan Harun masih ingin membuktikan bahawa masih ada orang-orang di antara Bani Isra’il yang masih beriman kepada Allah. (Kitab Taurat Surah al-Khuruj [Keluaran] 32:14.)

Disebutkan dalam Suhuf Hazqiya [Yehezkiel] 18:30, Yeremia 26:3 dan seterusnya,

/yh shuvu/

yang juga bermaksud,

‘Allah mengurungkan dan menyadari dan bertimbangrasa dan penuh keperihatinan.’

Di suhuf itu, manusia pun diperintahkan Allah untuk mengurungkan niat buruknya untuk bergelimang dengan salah dan lupa dan kekhilafan. Urungkan niat buruk untuk bersalah-salah. Urungkan niat buruk untuk berlupa-lupa. Urungkan niat buruk untuk berkhilaf-khilaf. Urungkan niat buruk untuk berasyik-asyik.

Manusia pun diperintahkan untuk …

 /hashivu kol pish’ekhem/

‘mengurungkan segala macam niat buruknya untuk menuruti nafsu haiwannya.’

Masakan, manusia kalah dengan haiwan. Di zaman Nabi Nuh, haiwan pun mahu masuk ke dalam bahtera ilahi Nabi Nuh. Haiwan-haiwan mengurungkan niat buruknya untuk berasyik-asyik sesuka hati. Haiwan-haiwan itu akhirnya masuk ke dalam Bahtera Ilahi Nabi Nuh. Nabi Isa tidak lain adalah Bahtera Ilahi Nabi Nuh.

Jadilah orang-orang yang mengikuti Yang Mulia Sayidina Isa hingga hari kiamat. (Quran Surah Ali Imran [3]:55, 45.)

Dalam Bahasa Ibrani, mengurungkan dan menyadari dan bertimbangrasa dan penuh keperihatinan adalah shuvu atau yinnachem yang bermaksud ‘insaf dan bertaubat.’ Bahasa Inggrisnya adalah, change of mind.

Mengurungkan segala macam niat jahat. Menjadi perihatin. dan penuh dengan belas kasihan. Tidak lain, itulah makna bertaubat dalam Bahasa Ibrani-Suryani.

Dalam alam pikir Ibrani-Suryani, Nabiullah Irmiyah, di zamannya yang penuh dengan kesesakan dan penuh masalah, merayu orang-orang Bani Isra’il untuk bertaubat dan kemudian menanti Allah untuk bertaubat juga, dalam alam pikir Ibrani-Suryani. Ertinya, Nabiullah Irmiyah memohon orang-orang untuk mengurungkan niat buruk mereka dan kemudian menanti Allah mengurungkan azabNya. Itulah makna bertaubat dalam alam pikir Ibrani-Suryani.

Namun orang-orang Bani Isra’il di Yerusalem itu tidak mahu mengurungkan niat buruk mereka. Oleh kerana itulah, azab Allah tidak diurungkan dan Yerusalem terkena azab Allah. (Suhuf Hazkiya [Yehezkiel] 18:30, Yeremia 26:3 dan seterusnya.)

Kalau kita membaca makna Kitab Taurat, Zabur dan Injil, kita akan mendapati bahawa Allah masih menyisakan sedikit orang-orang yang sungguh-sungguh beriman kepada Allah. Allah mengazab sebahagian besar orang-orang Bani Isra’il itu, namun Allah juga melewatkan beberapa orang beriman di antara Bani Isra’il.

Orang-orang yang sungguh-sungguh beriman kepada Allah yang tersisa itu berharap kepada janji Allah yang tersebut di Suhuf al-Mulūkil Tsānī [2 Raja-Raja] 19:31

31 لأَنَّهُ تَخْرُجُ بَقِيَّةٌ مِنَ الْقُدْسِ, وَجَمَاعَةٌ نَاجِيَةٌ مِنْ الْجَبَلِ الْمُقَدَّسِ. اللهُ الْقَدِيرُ مُصَمِّمٌ أَنْ يَعْمَلَ هَذَ ا.

Baik di Yerusalem mahupun di Bukit Sihun (Jabalil Muqaddas) akan ada orang yang terselamat, kerana Allah telah tentukan bahawa perkara ini akan berlaku.

Bulus al-Hawari mengingatkan bahawa pada zaman dahulu Nabi Ilyas dan 7,000 orang selamat dan terlewatkan dari azab Allah sebab mereka tidak mahu menyembah berhala-berhala. Begitu jugalah, pada zaman ini, ada baki yang dipilih berasaskan ni’matullah. (Suhuf Rom 11:4.)

Munajad:

Ya Allah yang maha pemurah dan penyayang yang penuh dengan ni’mat, terangilah jalan yang hamba lewati di dunia ini agar hamba terlewatkan dari azab Allah dan dengan aman hamba menuju ke akhirat-Mu.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini