Categories: Article

Yā Mubdi’

المبدئ

Maha Memulai/Pemula; Maha Pencipta dari Asal;

iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.

المبدئ Al-Mubdi adalah nama ilahi yang ertinya Maha Memulai, Pemula, sama dengan al-Khaliq (Yang Maha Pencipta), al-Bāri (Yang Maha Mengadakan daripada tiada), al-Muṣawwir (Yang Membentuk Rupa).

Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani ada kata yang akar katanya sama dengan mubdī’ iaitu,

 /bada’/

yang ertinya adalah ‘usaha manusia membuat inovasi-inovasi atau sesuatu yang baru untuk diperkenalkan sebagai kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru. Apapun itu, janji, inovasi-inovasi yang baru pasti boleh disebut,

 /bada’/.

Pada zaman dahulu ketika Kerajaan Bani Isra’il sudah mulai lenyap, salah satu raja Kerajaan Bani Isra’il mencuba melakukan pembaharuan dengan cara menciptakan hari raya untuk memuja dan memuji ilah yang sebelumnya tidak pernah dimuliakan oleh nenek moyang Bani Isra’il, iaitu, Ibrahim, Ishaq dan Ya’qub, Musa, Dawud, Sulaiman.

Suhuf al-Mulukil Awal [1 Raja-Raja] 12:33. Itupun boleh disebut sebagai,

 /bada’/.

Dahulu dikisahkan musuh-musuh Bani Isra’il,

membuat tuduhan-tuduhan yang memfitnah umat Allah, Bani Isra’il.

(Suhuf Nehemia 6:8 dan seterusnya.)

Usaha-usaha manusia untuk menciptakan pembaharuan-pembaharuan itupun, dalam Bahasa Ibrani disebut bada’.

Harus diakui, pembaharuan-pembaharuan atau inovasi inovasi itu ada yang baik, ada pula yang jahat.

Tapi rupanya, apabila ada orang membuat inovasi-inovasi atau sesuatu yang baru yang diperkenalkan sebagai kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru, orang itu pasti dianggap بدعة‎ bid’ah atau menyimpang daripada jalan yang benar yang sudah diakui oleh nenek moyang. Apa reaksi orang awam terhadap inovasi atau بدعة‎ bid’ah?

Orang-orang awam seringkali menganggap inovasi atau بدعة‎ bid’ah sebagai hal yang sesat atau terkeliru yang pelik yang menyimpang dari yang biasanya. Misalnya, pemakaian tasbih untuk dzikir 99 Asmaul Husna pun dahulu dianggap bid’ah, hanya kerana itu dilakukan orang di zaman setelah Nabi dan para sahabat meninggal dunia.

Di Arab Saudi, bahkan, perayaan hari raya Maulud Nabi untuk menyambut hari lahir Nabi pun dianggap bid’ah. Di Arab Saudi, pemasangan batu nisan atau batu tanda pada kubur pun dianggap bid’ah.

Memang ada bid’ah yang baik, ada pula bid’ah yang jahat.

Ada inovasi yang baik, ada pula inovasi yang jahat. Ada pembaharuan yang lebih banyak manfa’atnya daripada mudaratnya, ada pula pembaharuan yang lebih banyak mudaratnya daripada manfa’atnya. Ada pembaharuan yang lebih menguntungkan, dan adapula pembaharuan yang cenderong lebih merugikan.

Pada dasarnya, inovasi atau bid’ah yang menguntungkan hanya boleh dilakukan oleh Allah. Hanya Allah lah Satu-Satunya yang mencipta dari tiada apapun menjadi ada.

Bagi umat manusia, ciptaan-ciptaan ilahi atau bid’ah-bid’ah ilahi itu adalah sungguh baru bagi manusia dan menakjubkan manusia. Umat manusia dapat mengambil manfa’at dari ciptaan-ciptaan baru itu.

Umat manusia dapat mengambil manfa’at hal-hal yang baru yang dari Allah maupun hal-hal yang baru yang dari inovasi-inovasi manusia demi terbentuknya kesejahteraan dan ketenteraman di masyarakat agar tidak merugi.

Nabiullah Isya’ya paling suka dengan suatu keadaan yang baru. Dalam suhuf Nabiullah Isya’ya dalam Bahasa Ibrani Suryani, kata,

/chadash/

yang bermaksud, BARU, selalu disebut berulang-ulang.

Dalam Terjemahan Bahasa Arab Taurat, Zabur, Injil disebut jadīd الْجَدِيدِ

Disebutkan di suhuf Nabiullah Isya’ya bahawa Allah akan menjadikan kamu,

‘papan pengirik yang baru,’

(Suhuf Isya’ya [Yesaya] 41:15),

dan, oleh Allah, Tanah Suci Yerusalem akan disebut dengan,

‘nama yang baru’

(Suhuf Isya’ya [Yesaya] 62:2),

dan, bagi orang-orang yang beriman kepada Allah, oleh Allah, akan disediakan,

‘langit baru dan bumi baru.’

(Suhuf Isya’ya [Yesaya] 66:22.)

Mulai baru lagi, dari permulaan lagi! Itulah hal yang amat mustahak untuk dialami oleh orang-orang mu’min.

فِي الْبَدْءِ /fil bad’i/

bermaksud,

‘pada permulaan sudah terwujud.’

Terjemahan Bahasa Arab Kitab Taurat Surah At-Takwin (Kejadian) dan Terjemahan Bahasa Arab Kitab Injil Surah Yahya dibuka dengan kata,

فِي الْبَدْءِ /fil bad’i/

yang bermaksud,

‘pada permulaan sudah terwujud.’

Apa yang pada permulaannya sudah terwujud?

Para pembaca Terjemahan Bahasa Arab Kitab Taurat, Zabur dan Injil pasti tahu bahawa kata,

فِي الْبَدْءِ /fil bad’i/

yang bermaksud,

‘pada permulaan sudah terwujud’

itu tidak lain adalah Kalimah Allah. Kalimah Allah lah yang pada permulaan sudah terwujud bersama dengan Allah.

فِي الْبَدْءِ كَانَ الْكَلِمَةُ. وَكَانَ الْكَلِمَةُ مَعَ اللهِ. وَالْكَلِمَةُ هُوَ اللهُ، وَكَانَ فِي الْبَدْءِ مَعَ اللهِ.

Pada permulaan sudah terwujud Kalimah, dan Kalimah itu bersama dengan Allah dan Kalimah itu adalah Allah. Kalimah bersama dengan Allah pada permulaan.

(Terjemahan Bahasa Arab Kitab Injil Surah Yahya1:1-2.)

Dan Kalimah Allah itu tidak lain adalah al-Masih Isa. Disebutkan pula di dalam Kitab al-Quran Surah An Nisa’ [4]:171

إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَىٰ مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِّنْهُ ۖ

yang bermaksud,

Sesungguhnya al-Masih Isa putera Maryam itu adalah utusan Allah dan Kalimah Allah yang disampaikanNya kepada Maryam dan adalah Roh dari Allah.

Jadi kalau begitu, yang pada permulaannya sudah terwujud adalah al-Masih Isa Kalimah Allah.

Kalau seandainya pada permulaannya belum terwujud Kalimah Allah, bererti tiadalah sifat Allah yang selalu memiliki Kalimah. Kalau sifat Allah pernah tidak ada, bererti Allah pernah tidak ada. Itu bererti meniadakan Allah. Itulah tuduhan yang sama jahatnya dengan mensyirikkan Allah.

Disebutkan pula di dalam Kitab al-Quran Surah Ali Imran [3]:45

3|45|إِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ

yang bermaksud,

(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan Kalimah daripada Allah, namanya: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan di sisi Allah.

Jadi memang benar Quran menyatakan Nabi Isa adalah seorang hamba, dan justeru itulah wujud kesudian Allah dan bukti ketidak engganan Kalimah Allah untuk menjadi manusia, hamba Allah, yang bernama Isa. Al-Quran justeru berusaha mencerminkan bahawa Isa al-Masih adalah wujud kesudian Allah untuk sabar terhadap manusia ciptaan Allah yang menjauh dari Allah.

4|172|لَّن يَسْتَنكِفَ الْمَسِيحُ أَن يَكُونَ عَبْدًا لِّلَّهِ

Al-Masih sudi dan tidak enggan menjadi hamba Allah

(QS An Nisa’ [4]:172.)

Bani Isra’il selalu merayakan hari raya dengan penuh ucapan syukur memperingati pertolongan dan kesabaran Allah dalam menuntun Bani Isra’il keluar dari cengkaman Fir’aun yang bengis.

Hari raya itu disebut hari raya …

/Pesakh/

hari yang merayakan pertolongan dan kesabaran Allah dalam memerdekakan umat Allah daripada cengkeraman Fir’aun yang bengis. Hari raya itu biasanya dirayakan dengan cara mengadakan pesta syukuran dengan memakan hidangan hidangan makanan dan minuman dalam bentuk roti dan jus anggur yang lezat dan Sayidina Isa adalah salah satu dari jutaan Bani Isra’il yang merayakan hari raya Pesakh itu. Namun bersama para hawariyun, Sayidina Isa merayakannya dengan inovasi atau cara yang baru dalam merayakannya dengan cara memasukkan dirinya menjadi bagian dari sejarah kesabaran Allah terhadap umat manusia.

Sayidina Isa berkata kepada mereka,

‘Jus anggur ini adalah ibarat darah-Ku bagi perjanjian baru, ditumpahkan untuk beberapa ramai manusia. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, Aku tidak akan minum jus anggur lagi hingga Aku minum yang baru dalam kerajaan Allah.’

(Terjemahan Kitab Injil Marqusa 14:24-25.)

Dalam Suhuf al-Isra’ [Ibrani] 12:24 Sayidina Isa disebut sebagai,

وَسِيطِ الْعَهْدِ الْجَدِيدِ

wasīṭil ‘ahdil jadīd

pengantara atau orang tengah daripada Perjanjian Baru.

Munajat:

Ya al-Khalik Sang Pencipta, mulailah dari permulaan, mulailah dari permulaan lagi, teruskanlah berkarya cipta di dalam kehidupan hamba ini.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago