Categories: Article

Ya Mudzil

المذل

Al-Mudzil (Yang Maha Menghinakan)

AL-QĀBIḌ (Yang Maha Menyempitkan) AL-BĀSIṬ (Yang Maha Melapangkan)
AL-KHAFIḌ (Yang Maha Merendahkan) AR-RĀFI’  (Yang Maha Mengangkat)
AL-MU’IZ (Yang Maha Memuliakan) AL-MUDZIL (Yang Maha Menghinakan)

Dibanding dengan Allah, kapasiti berpikir manusia jelas sangat terhad atau sangat terbatas.

Menurut kapasiti berpikir manusia, Al-Mudzil (Yang Maha Menghinakan) dengan Al-Mu’iz (Yang Maha Memuliakan) memang kelihatannya terkesan saling bercanggah.

Melihat enam asma Allah di atas, kapasiti berpikir manusia pasti akan bertanya-tanya mengapa Allah memiliki sifat yang saling bercanggah.

Manusia dengan kapasiti berpikirnya yang terhad itu jelas tidap mampu memahaminya, kerana menurut kapasiti berpikir manusia, jelas sifat-sifat itu saling bercanggah dan saling bertentangan. Namun menurut Allah yang maha arif dan maha bijaksana, sifat-sifat itu sungguh tidak saling berlawanan, namun justeru menunjukkan spektrum ilahi yang maha luas.

Namun masalahnya, manusia terbiasa memandang apapun dari satu dimensi sahaja. Spektrum ilahi yang maha luas itu dipandang manusia dari satu dimensi sahaja. Itulah sebabnya, menurut manusia, spektrum ilahi sifat-sifat Allah diatas itu terkesan saling berlawanan.

Padahal itulah spektrum ilahi yang maha luas seperti yang termaktub di Kitab Allah Injil Surah Ruum (Rom) 11:22,

22 لاحِظْ هُنَا لُطْفَ اللهِ وَقَسْوَتَهُ. فَهُوَ قَاسٍ عَلَى الَّذِينَ سَقَطُوا، وَلَطِيفٌ مَعَكَ إِذَا كُنْتَ تَبْقَى أَهْلا لِهَذَا اللُّطْفِ. وَإِلا فَأَنْتَ أَيْضًا تُقْطَعُ.

Oleh itu, fikirkanlah belas ihsan dan juga kekerasan-Nya; kekerasan kepada mereka yang terjerumus; belas ihsan kepada kamu, asalkan kamu berterusan dalam belas ihsan-Nya. Jika tidak, kamu juga akan dibuangkan.

Disebutkan dalam  Kitabullah Injil Risalah Hawariyun Surah Ruum 11:22, bahawa Allah bersifat belas ihsan sekaligus juga bersifat keras penuh dengan adzab.

Bahasa Bani Isra’il Ibrani dan Bahasa Arab memiliki istilah yang sama untuk menyatakan adzab Allah, yaitu kata dzill.

Dalam paradigma atau alam pikir Bahasa Bani Isra’il Ibrani, memuliakan selalu ditandai adanya perasaan memberi berat atau perasaan berat hati dan tidak sampai hati.

Yang merasa berat hati dan memberi berat dan tidak sampai hati selalu disebut sebagai memuliakan.

Namun, menghina atau meremehkan selalu ditandai adanya sikap sederhana dan menganggap enteng atau menganggap biasa seolah-olah sudah faham.

Yang bersikap sederhana dan menganggap biasa atau menganggap enteng, tidak ada rasa berat hati selalu disebut menghina.

Jadi dalam paradigma atau alam pikir Bahasa Bani Isra’il dan Bahasa Arab, memuliakan adalah letupan ungkapan relung hati seseorang yang mengambil berat dan tidak sampai hati. Jadi, apabila awak mengambil berat dan tidak sampai hati, itu bererti awak sedang memuliakan. Apabila awak memuliakan, pasti itu adalah letupan ungkapan relung hati awak, akibatnya, semua orang pasti mengetahui dan merasakannya.

Demikian pula dengan menghina, dalam paradigma Bahasa Bani Isra’il dan Bahasa Arab, menghina adalah sikap yang tampaknya sederhana dan biasa sahaja, namun sesungguhnya adalah ungkapan relung hati seseorang yang sedang menghina. Sikap yang tampaknya sederhana dan biasa sahaja, namun sesungguhnya menghina adalah sikap yang menganggap sederhana dan menganggap enteng atau menganggap biasa sahaja. Itulah sesungguhnya menghina.

Jadi, apabila awak menganggap sederhana dan menganggap enteng atau menganggap biasa, itu bererti sesungguhnya awak sedang menghina.

Apabila awak menganggap sederhana dan menganggap biasa dan menganggap enteng, pasti semua orang mengetahui dan merasakan sikap awak yang sederhana itu membuktikan bahawa sesungguhnya awak sedang menghina.

Di zaman Nabi Isa melakukan dakwah menyampaikan ketauhidan, Nabi Isa sering difitnah oleh orang-orang yang tidak takzim kepadanya dan yang menganggap Nabi Isa biasa sahaja. Oleh mereka, Nabi Isa dianggap sebagai ancaman yang dapat merosak akidah yang sudah mapan. Pernah ada sekelompok orang yang tidak takzim kepada Nabi Isa dan menganggap Nabi Isa itu biasa sahaja. Orang-orang yang tidak takzim kepada Nabi Isa itu menuduh Nabi Isa sebagai Syaitan yang melawan Allah. Ada pula sekelompok orang yang menganggap enteng dan tidak takzim kepada Nabi Isa itu menuduh Nabi Isa sebagai orang Samari, yakni golongan orang yang sesat yang jauh dari ketauhidan Tanah Suci Al-Qudsi Yerusalem.

Nabi Isa langsung menyanggah tuduhan-tuduhan orang-orang yang menganggap enteng Nabi Isa dan tidak takzim kepada Nabi Isa itu. Kata Nabi Isa kepada mereka,

“Aku tidak dirasuk roh iblis. Aku memuliakan Bapa-Ku, tetapi kamu menghina-Ku.”

(Termaktub di Kitab Injil Surah Yahya 8:49.)

Dengan memakai ibarat, Nabi Isa mengibaratkan al-ilah atau Allah sebagai Bapa al-Khalik. Jelas Allah bukanlah bapa kandung daripada Isa. Dan Isa bukanlah anak kandung daripada Allah. Itu semua adalah kiasan atau ibarat.

Termaktub dalam Hadis Riwayat Muslim,

ٌاَ لأَ نْبِيَءُ إِخْوَةٌ لِعَلَّاتٍ أُمَّهَا تُهُمْ شَتَّ وَدِيْنهُمْ وَحِد

Yang bermaksud,

“Para nabi itu bersaudara dari satu bapa dan ibu mereka berlainan, namun keadaannya satu, yakni semua berserah diri kepada Tuhan Allah.

(HR Muslim 7/96 1626.)

Namun, perlu diketahui, lewat perantaraan dakwah wanita Samari yang dianggap sesat itu kepada golongannya itu,  Isa putera Maryam justeru menjadi lebih dimuliakan oleh orang-orang yang dianggap sesat oleh orang-orang di Tanah Suci Al-Qudsi Yerusalem. Di kampung halamannya sendiri yaitu Tanah Suci Al-Qudsi Yerusalem, Nabi Isa justeru dianggap biasa dan dianggap enteng dan dianggap sederhana. Dengan begitu, oleh orang-orang dikampung halamannya sendiri, boleh dikatakan, Isa secara terang-terangan diremehkan dan dihina kerana orang-orang itu menganggap Isa itu biasa sahaja kerana orang-orang itu merasa sudah tahu Isa. Kerana merasa dianggap biasa sahaja oleh orang-orang di Tanah Suci Yerusalem, Isa putera Maryam sampai berkata, yang bermaksud,

“Seorang nabi tidak mendapat penghormatan di negerinya sendiri!”

(Termaktub di Kitab Allah Injil Surah Yahya 4:44.)

Di Tanah Suci Al-Qudsi Yerusalem, banyak orang-orang Bani Isra’il yang takzim kepada Nabi Isa menjadi was-was mengenai Nabi Isa dan menjadi biasa-biasa sahaja terhadap Nabi Isa. Dan itu ertinya, mereka telah menjadi penuh dengan hinaan terhadap Nabi Isa. Itulah asbabun nuzul surah Ibrani dalam Kitab Injil. Surah Ibrani adalah peringatan bagi orang-orang yang berkiblat ke Tanah Suci Al-Qudsi Yerusalem untuk tetap sungguh-sungguh setia dalam menyokong Nabi Isa, bukan hanya bersikap biasa-biasa sahaja mengenai Nabi Isa.

Surah Ibrani mengingatkan kita akan kejadian di masa lampau di mana banyak orang mu’min meninggalkan iman tauhid dan menganggap iman tauhid biasa-biasa sahaja. Orang-orang mu’min itu tidak lagi beriman kepada Tuhan Allah. Orang-orang mu’min menjadi bersikap biasa-biasa sahaja terhadap Tuhan Allah. Orang-orang mu’min yang bersikap biasa-biasa sahaja terhadap Tuhan Allah seperti itu sesungguhnya penuh dengan hinaan terhadap Tuhan Allah.

Beginilah Surah Ibrāniyain dalam Kitab Injil mengingatkan kita, yang ertinya:

7 ‘Hari ini, jika kamu mendengar suara ilahi,

8 Jangan keraskan hatimu seperti dalam pemberontakan dahulu pada masa cubaan di gurun,

9 Ketika nenek moyangmu menguji-Ku, menduga-Ku, meskipun mereka telah melihat perbuatan-Ku selama empat puluh tahun.

10 Oleh itu Aku murka dengan keturunan itu, dan Aku berkata, “Hati mereka sentiasa sesat, dan mereka tidak mengenal jalan-Ku.”

(Termaktub di Kitab Injil Surah Ibrāniyain (Ibrani) 3:7-10.)

Pada zaman Nabi Musa memimpin Bani Isra’il keluar dari penjajahan Raja Fir’aun yang bengis. Setelah bebas dan merdeka dari penjajahan Raja Fir’aun, orang-orang Bani Isra’il menjadi LUPA kepada Allah yang menolong mereka lepas dan merdeka dari Raja Fir’aun yang bengis. Mereka kemudian membuat patung emas berwujud lembu. Mereka kemudian bersujud kepada patung lembu emas itu. Mereka mengikhlaskan perhiasan-perhiasan mereka, kemuliaan mereka, untuk membuat patung emas berwujud lembu untuk dijadikan sesembahan mereka. Mereka tidak takut, padahal pada saat itu, Nabi Musa sedang menerima batu bertulis yang berisikan 10 Rukun dari Allah di mana di dalam Rukun itu ada perintah daripada Allah yang bermaksud:

  1. Jangan menyembah selain al-ilah Tuhan sesembahanmu.
  2. Jangan mengadakan ilah lain selain al-ilah
  3. Janganlah mempersekutukan al-ilah Tuhan sesembahanmu dengan sesuatu

Ketika mereka menyembah patung lembu itu, Allah mengazabkan mereka semua. Ada 3,000 orang dari mereka dibunuh oleh orang-orang Lewi, yakni imam-imam, ahli ibadah, yang mengabdi kepada Allah dengan sungguh-sungguh. Itulah akibatnya apabila menganggap Tuhan Allah sebagai hal yang biasa sahaja. Hal itu sudah boleh dianggap sebagai perbuatan syirik dan sungguh-sungguh menghina Tuhan Allah.

Kitab Zabur mengingatkan kita bahawa melupakan dan menganggap biasa Tuhan Allah dan menganggap enteng Tuhan Allah adalah sangat merbahaya.

19 Mereka membuat patung anak lembu di Horeb lalu menyembah patung buatan mereka.

20 Dengan demikian mereka menukar kemuliaan mereka untuk patung lembu jantan yang makan rumput.

21 Mereka melupakan Allah Penyelamat mereka.

(Termaktub di Zabur 106:19-21.)

Sungguh amat disayangkan, umat manusia terus menerus LUPA dan menganggap biasa Tuhan Allah dan menganggap enteng Tuhan Allah al-Khalik Pencipta mereka. Akibatnya, Allah mengazabkan manusia. Oleh kerana itulah, manusia kena terus menerus memanfa’atkan masa untuk bertaubat dan menjadi insyaf, dengan begitu, hidup akan terjauhkan dari azab Allah.

Termaktub di Kitab Al-Anbiya’ Surah Irmiya (Yeremia) 15:19, yang bermaksud,

Maka TUHAN menjawab, “Jika engkau kembali, Aku akan menerima engkau. Engkau akan menjadi hamba-Ku lagi. Jika engkau memberitakan perkhabaran yang berguna dan bukan yang sia-sia, engkau akan menjadi saksi-Ku semula.”

Munajat:

Yang aku dambakan dalam kehidupanku adalah aku ingin di dalam kehidupan ku memuliakan Engkau Ya Allah.

Hitunglah niyat hamba ini sebagai amalan yang baik walau, hamba akui, hamba seringkali gagal membuktikan bahawa hamba memuliakan Engkau Ya Allah.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago