اَلْـمُــغْنِى
Yang Maha Pemberi Kekayaan.
Kekayaan seseorang selalu dilihat dari berapa banyak kambing, lembu yang dimilikinya dan berapa luas tanah peternakan yang dimiliki orang tersebut. Begitulah Kitabullah Taurat, Zabur dan Injil dalam Bahasa Ibrani/Suryani menggambarkan kekayaan. Semoga kias ini dapat membantu dalam membayangan nama Allah Al-Ghani Yang Maha Kaya dan Al-Mughnī Yang Maha Pemberi Kekayaan.
Memang akhirnya Kitab Taurat, Zabur dan Injil juga menyatakan bahawa kekayaan itu bukan selalu materialistik. Sayidina Isa dan Bulus Abdulmasih menyatakan bahawa kaya di hati dan kaya di akhirat itu lebih mustahak daripada kaya materialistik yang hanya di dunia ini sahaja. Sayidina Isa bercerita melalui kias atau perumpamaan untuk menyatakan bahawa kekayaan duniawi adalah godaan yang mengasyikkan dan berbahaya kerana boleh membuat lupa pada Akhirat. (Termaktub di Kitabullah Injil Surah Matta 13:22.)
Sayidina Isa juga pernah bercerita melalui kias harta karun yang terpendam di suatu kawasan dan kena diusahakan dan diperjuangkan dengan keras agar boleh dilunasi pembelian kawasan itu sehingga harta karun yang terpendam di dalamnya itu boleh diperoleh akhirnya.
Sayidina Isa pernah bercerita tentang Allah Al-Mughnī (Yang Maha Pemberi Kekayaan).
Sayidina Isa berkata,
“Jangan runsing tentang makanan, minuman atau pakaianmu. Kerunsingan ini dialami oleh orang yang tidak mengenal Allah. Allah yang ibaratnya adalah Bapamu yang di syurga sudah tahu bahawa kamu memerlukan semua itu. Utamakanlah kerajaan Allah dan laksanakan kehakikiyan-Nya; Allah akan memberikan semua itu kepadamu.
(Termaktub di Kitabullah Injil Surah Matta 6:31-33.)
Allah Al-Mughnī (Yang Pemberi Kekayaan) selalu memperluas dan memperbesar kekayaan-Nya dan menjadi rahmatan lil ‘alamin terbuka di mana-mana dan kemana-mana. Begitulah juga para pejuang iman tauhid yang diceritakan di dalam Kitab-Kitab Allah. Mereka pun juga memperluas tanah tanah mereka agar mereka boleh memperoleh rumput untuk memelihara semakin banyak kambing, domba dan lembu. (Termaktub di Kitabullah Taurat Surah At-Takwin [Kejadian] 13:6.)
Di bahagian akhir Kitabullah Al-Anbiya Surah Isya’ya di situ banyak diceritakan kawasan-kawasan bangsa …
iaitu, bangsa-bangsa asing yang tidak berkhatan atau bangsa-bangsa yang kafir atau tidak tahu menahu tentang ilah yang disembah Bangsa Berkhatan iaitu Bani Isra’il.
Kawasan-kawasan bangsa kafir itupun juga harus diusahakan untuk diperoleh rumputnya untuk memelihara semakin banyak kambing dan domba dan lembu di sana agar semakin luas dan semakin besar kekayaan ini untuk menjadi rahmatan lil alamin atau untuk menjadi barakah bagi semua kaum di seluruh alam semesta ini.
Para nabi Allah bahkan dengan keras menekankan pentingnya mengusahakannya demi untuk menjadikan iman tauhid rahmatan lil alam atau untuk menjadi barakah bagi semua kaum di seluruh alam semesta ini. Kalau tidak ikhtiar dan tidak berjuang dan tidak berjihad, maka bangsa-bangsa kafir itu akan menghancurkan pusat iman tauhid Bait Allah di Yerusalem dan keturunan-keturunan Bani Isra’il pemeluk iman tauhid kena menjadi jongos di mana-mana tempat di alam semesta ini. Jadi mahu tidak mahu, pengikut iman tauhid yang beriman kepada ilah yang disembah Bani Isra’il harus berjuang dan berjihad sebelum kekayaan iman tauhid dihancurkan oleh bangsa-bangsa tidak berkhatan yang kafir kepada ilah yang disembah oleh Bani Isra’il ini. Isra’il adalah nama dari Allah untuk Nabi Ya’qub yang ertinya,
“berjihad demi memperoleh pahala dari Sang Ilahi.”
Keturunan dari Nabi Ya’qub ini disebut żurriyyati Isra’il atau Bani Isra’il. Termaktub di Quran Surah Maryam [19]:58. Ketika itu di zaman dahulu kala, Bani Isra’il adalah satu-satunya bangsa yang berkhatan kerana sebab Tuhan yang mereka imani. Tuhan yang mereka imani tidak lain adalah Ya Ilahi atau Allah.
Iman Tauhid adalah iman kepada ilah yang disembah Isra’il dan datuk nenek Isra’il iaitu Ibrahim dan Isma’il dan Ishak. Orang yang menjadi beriman kepada Tuhan yang disembah Isra’il ini selalu disebut muslimin, yakni, orang yang berserah diri.
(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi!) Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepada-Nya lah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman).”
(Termaktub di Quran Surah Al-Baqarah [2]:133.)
Bahkan pada zaman dahulu ada seorang keturunan Isra’il yang bernama Yusuf dan Musa berjaya, dengan izin Allah dan pertolongan Allah, menjadikan Fir’aun yang tidak berkhatan pun menjadi beriman kepada Tuhan yang dipercayai oleh Bani Isra’il.
Termaktub di Quran Surah Yunus [10]:90 …
Allah menghargai keunikan bangsa-bangsa yang tidak berkhatan itu. Allah ingin meluaskan rahmat kekayaan-Nya ke segala bangsa di bumi ini dengan cara memulainya di Bani Isra’il Para Nabi.
Termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Isya’ya [Yesaya] 60:3 …
Bangsa-bangsa lain datang kepada cahayamu, dan raja-raja tertarik kepada cahaya yang terbit bagimu.
Utusan-utusan Allah akan menyampaikan iman tauhid kepada bangsa-bangsa yang tidak berkhatan itu agar merekapun memperoleh ni’mat Allah dan keadilan Allah.
Allah berfirman,
“… Tetapi Aku akan menyelamatkan sebahagian daripada mereka, dan mengirim mereka kepada bangsa-bangsa di negeri-negeri jauh, yang belum pernah mendengar tentang kemasyhuran-Ku, ataupun melihat kebesaran-Ku dan kuasa-Ku …”
(Termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Isya’ya [Yesaya] 66:19.)
Bulus Abdulmasih al-Hawari datang bersilaturahmi dengan bangsa-bangsa tidak berkhatan itu demi untuk menyaksikan iman tauhid kepada Tuhan yang diimani oleh Bani Isra’il. Itulah panggilan ilahi bagi Bulus Abdulmasih al-Hawari, yakni menyaksikan iman tauhid keesaan Tuhan Bani Isra’il kepada bangsa-bangsa yang kafir terhadap Tuhan Bani Isra’il itu agar mereka menjadi bangsa yang alim kepada Tuhan Bani Isra’il, agar mereka menjadi muslimin (berserah diri) kepada Tuhan yang dipercayai Bani Isra’il Para Nabi dan Utusan Allah.
Itulah Bulus Abdulmasih dan satu panggilan yang unik. Melalui suhuf-suhuf atau surat-surat tertulis, Bulus Abdulmasih al-Hawari melakukan dakwah kepada orang-orang bangsa-bangsa tidak berkhatan itu.
Dalam satu suhuf bagi bangsa-bangsa kafir penyembah dewa-dewi itu, Bulus menyatakan bahawa dirinya diberi kekayaan oleh Yang Maha Pemberi Kekayaan itu di dalam izin-Nya dan perantara-Nya iaitu Almasih-Nya.
Dari situ, Bulus Abdulmasih al-Hawari akhirnya menyatakan bahawa kekayaan itu diwariskan dari Allah bagi semua mu’min iaitu semua orang yang memeluk keyakinan yang dahulu kala, yang melalui izin-Nya, yang secara gaib tersembunyi dalam Bani Isra’il Para Nabi sahaja.
Kepada Tuhan itu Bulus Abdulmasih al-Hawari bersyukur kerana telah menjadikannya selamat. Dari situlah berdiri keyakinan iman:
Dalam Almasih-Nya kita mendapat penebusan melalui darah-Nya, pengampunan dosa, menurut ni’mat-Nya yang melimpah, yang dilimpahkan-Nya kepada kita dengan segala kebijaksanaan dan pengertian. Dia memberitahu kita rahsia kehendak-Nya, menurut keredaan-Nya yang sudah ditentukan-Nya dalam Almasih,
(Termaktub di Kitabullah Injil Surah Efesus 1:7-9.)
Lalu diteruskan di ayat berikutnya yakni ayat 10,
bahawa setelah sampai masa pelaksanaannya – Allah akan menyatukan segala sesuatu di bawah Almasih-Nya sebagai kepala, baik yang di syurga mahupun yang di bumi.
Bulus Abdulmasih al-Hawari mendapatkan harta karun di suatu kawasan seperti yang diibaratkan oleh Sayidina Isa dalam suatu kias. Harta karun itu tidak lain adalah pemberian yang penuh ni’mat iaitu Ruh Allah yang menjadi jaminan bagi warisan orang-orang yang percaya hingga penebusan orang-orang yang percaya yang dimiliki Allah. (Termaktub di Kitabullah Injil Surah Efesus 1:14.)
Bulus Abdulmasih al-Hawari amat sadar dan amat haqul yaqin bahawa pada zaman-zaman akan datang, orang-orang yang percaya akan dipertunjukkan pada ruah limpahnya kekayaan ni’mat Allah di dalam Almasih-Nya, iaitu Isa. (Termaktub di Kitabullah Injil Surah Efesus 2:7.)
Namun, bagi, Bulus Abdulmasih al-Hawari, kebahagian yang terbesar adalah kesempatan untuk bersilaturahmi dengan orang-orang dari bangsa kafir iaitu dari kaum-kaum yang terasing daripada perhimpunan tauhid Bani Isra’il Para Nabi. Kaum-kaum kafir tersebut adalah bangsa-bangsa yang bukan Bani Isra’il, namun mereka sampai kepada Tuhan Allah lewat Almasih daripada Allah. Almasih daripada Allah itu bernama Isa. (Termaktub di Kitabullah Injil Surah Efesus 2:12.)
Oleh itu, sekarang, kamu bukan lagi orang asing dan pendatang, tetapi sesama warganegara dengan orang yang salih dan ahli-ahli tauhid keluarga Allah, yang telah dibina atas asas para rasul dan para nabi, dengan Isa al-Masih sendiri sebagai batu penjuru utama.
(Termaktub di Kitabullah Injil Surah Efesus 2:19-20.)
Bulus Abdulmasih al-Hawari menyatakan bahawa, sama seperti orang-orang dari bangsa berkhatan Bani Isra’il penganut tauhid, orang-orang dari bangsa-bangsa kafir tak berkhatan itupun juga sama-sama menjadi waris, satu tubuh, dan sama-sama mendapat bahagian daripada perjanjian Allah dalam al-Masih melalui Kabar Yang Melegakan dari Allah. (Termaktub di Kitabullah Injil Surah Efesus 3:6-7.)
Bagi Bulus Abdulmasih al-Hawari, itulah Kabar Yang Melegakan dari Allah yang dengan ikhlas dan gembira dia kabarkan kepada orang-orang yang kafir akan Tuhan yang dipercayai Bani Isra’il tersebut.
Kepadaku, yang lebih rendah daripada orang salih yang paling rendah, ni’mat ini telah diberikan supaya aku pergi mengajar orang bukan bani Isra’il tentang kekayaan Almasih yang tidak mungkin dapat dicari itu, dan menjelaskan kepada semua orang pelaksanaan rahsia itu, yang dari permulaan zaman telah terselindung dalam hati Allah yang menjadikan segala-galanya. Dengan demikian sekarang pelbagai kebijaksanaan Allah diberitahu oleh jemaah kepada segala pemerintah dan kuasa di syurga.
(Termaktub di Kitabullah Injil Surah Efesus 3:8-10.)
Munajad:
Sungguh hamba sangat menghargai tinggi kebijaksanaan-Mu yang amat tinggi, luas dan dalam itu, namun itu diberitahukan kepada hamba dengan penuh penghargaan kepada hamba. Sungguh Engkaulah Yang Maha Pemberi Kekayaan pada hamba ini.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…