Categories: Article

Yā Muhṣī

المحصى

Maha Menghitung/ Maha Penghitung;

iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandangan-Nya.

Tamadun Arab dan Tamadun Rom atau Rumi sudah lama memakai angka atau hitung-hitungan. Sampai sekarang orang di seluruh dunia cenderong memakai angka Arab dan angka Rumi.

Tasbih atau subha sudah lama dipakai oleh orang-orang dalam Tamadun Arab untuk menghitung doa atau zikir berapa kali puji-pujian untuk Yang Ilahi diucapkan. Abakus atau dekak juga sudah lama dipakai oleh orang-orang dalam Tamadun Yunani dan Tamadun Arab untuk hitung menghitung dengan memakai pemidang dan bola-bola atau butir-butir kecil untuk menghitung-hitung.

Dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil tidak ada kata untuk butir-butir kecil untuk menghitung. Namun hitung-menghitung adalah hal yang menonjol dan sangat nyata dalam Kitab Taurat Zabur dan Injil demi mulianya Asma Ilahi Yang Maha Bijaksana. Dalam Kitab Taurat Zabur dan Injil, hitung-menghitung itu dilakukan oleh Allah.

Dalam Kitab Injil pernah dikisahkan seorang Hawariyun yang bernama Bulus al-Hawari menulis surat kepada seorang majikan yang bernama Filimun yang budak tebusannya melarikan diri. Budak tebusan yang melarikan diri dari pemiliknya itu bernama Onesimus.

Di penjara Bulus al-Hawari bertemu dengan budak tebusan yang melarikan diri yang bernama Onesimus itu. Bulus al-Hawari sedang dipenjara ketika bertemu dengan Onesimus, budak tebusan itu. Bulus al-Hawari menulis surat kepada majikan daripada budak tebusan itu dan menyuruh budak tebusan yang melarikan diri itu untuk datang kepada majikannya dengan membawa surat tulisan tangan Bulus al-Hawari.

Dalam suratnya itu, Bulus al-Hawari memohon Filimun untuk menerima dan melindungi Onesimus, kali ini bukan sebagai budak tebusan, namun sebagai seorang hawariyun mu’min atau saudara seiman yang menyokong Sayidina Isa dengan setia. Bulus al-Hawari memberi tahu Filimun bahawa Onesimus yang dahulu adalah budak tebusan Filimun itu, bukan lagi budak tebusan Filimun, namun justeru menjadi saudara seiman daripada Filimun. Bulus al-Hawari berjanji akan menebus atau membayar lunas segala uang tebusan atau hutangnya budak tebusan itu.

“Jika ada kesalahannya atau hutangnya kepadamu, biarlah aku yang menanggungnya.”

(Terjemahan Suhuf Filemon 1:18.)

Jika diibaratkan, sesungguhnya seperti itulah hakikat percaya kepada Sayidina Isa.

“Jika ada kesalahan atau hutang kepada siapa sahaja, biarlah Sayidina Isa yang menanggungnya.”

Itulah proses hitung-menghitung yang disadari dan diamalkan oleh Sayidina Isa dan orang-orang yang dengan setia mengikuti Sayidina Isa.

Di zaman Sayidina Isa, apabila ada orang membina sebuah menara, orang itu wajib menghitung-hitung dahulu semua biaya yang diperlukan untuk menyelesaikan pembinaan menara itu. Kerana apabila tidak selesai pembinaan menara itu, orang itu akan menjadi amat malu. Hitung-hitung dahulu semua biaya yang diperlukan suatu pembinaan sampai selesai! Itulah ibaratnya yang wajib dilakukan terlebih dahulu apabila seseorang nak mengikuti Sayidina Isa. Kerana apabila berhenti di tengah jalan, pasti dia akan menjadi amat malu! (Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Luqa 14:29.)

Ibarat yang kedua yang digunakan oleh Sayidina Isa bagi orang-orang yang merasa bahawa mengikuti beliau itu sungguh amat mustahak diamalkan. Apabila seorang raja dan penasihat-penasihatnya sedang menghadapi datangnya pasukan musuh yang dua kali lebih kuat dan dua kali lebih besar daripada pasukannya. Sementara pasukan musuh yang besar itu dalam perjalanan menyerangnya dan masih jauh, raja itu seharusnya memutuskan menyerah untuk berdamai sahaja dengan pasukan besar itu. (Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Luqa 14:32.)

Di zaman dahulu di kampung Nabi Isa, dikisahkan pernah ada dua orang di Baitullah. Yang satu ahli ibadah dari mazhab Farisiyin. Yang satunya lagi seorang pemungut cukai yang suka rasuah. Menurut perhitungan manusia, yang ahli ibadah jelas lebih tinggi kedudukannnya daripada tukang pemungut cukai yang suka rasuah itu. Yang ahli ibadah tentu tidak pernah lobang solatnya, selalu membayar zakat sesuai syariat dan selalu berpuasa sesuai syariat.

Pemungut cukai yang suka rasuah itu merasa malu dan kecil berada di dekat ahli ibadah itu. Pemungut cukai itu dengan kepala tertunduk hanya dapat menangis penuh penyesalan menyesali perbuatan perbuatan dosa yang dia lakukan, sambil berseru kepada Yang Ilahi,

“Ya Allah, kasihanilah hamba, orang berdosa ini!”

(Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Luqa 18:9-14.)

Namun menurut hitung-hitungannya Sayidina Isa, justeru pemungut cukai yang suka rasuah itulah yang diterima oleh Allah.

Berkata Sayidina Isa,

“Pemungut cukai itu pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah, tetapi yang ahli ibadah itu tidak. Sesiapa yang yang meninggikan dirinya akan direndahkan derajadnya.”

(Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Luqa 18:14.)

Itulah, menurut Sayidina Isa, apabila hitung-hitung, Yang Ilahi itu penuh dengan nikmat dan kemurahan. Itulah perhitungan Yang Ilahi dalam menebus hutang dan dosa manusia.

/katallagè/,

atau reconciliation, atau perdamaian, atau permuafakatan,

adalah kata penting dan amat menonjol dalam Terjemahan Bahasa Yunani Kitab Taurat, Zabur dan Injil.

Reconciliation atau perdamaian atau permuafakatan berasal dari cara Yang Ilahi yang secara tiba-tiba menjadi ngam dengan manusia. Tuhan Allah secara tiba-tiba menjadi ngam dengan manusia. Tengok macam mana Tuhan Allah langsung secara tiba-tiba menjadi ngam dengan manusia yang bernama Ibrahim hanya kerana Ibrahim percaya kepada Tuhan Allah.

Tuhan Allah langsung sudi dan berkenan mengadakan perdamaian atau permuafakatan dengan manusia yang bernama Ibrahim. Bukan kerana Ibrahim nya, namun kerana Tuhan Allah lah yang tiba-tiba menjadi berkenan kepada Ibrahim. Tuhan Allah melihat dan menghitung hati dan niat manusia yang percaya kepada Nya.

Ibrahim percaya kepada Tuhan Allah, maka Tuhan Allah berkenan kepadanya.

(Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Taurat Surah at-Takwin [Kejadian] 15:6.)

Tuhan Allah hanya melihat hati seseorang yang percaya. Terjemahan Bahasa Arabnya …

فَآمَنَ أَبْرَامُ بِاللهِ فَاعْتَبَرَهُ لَهُ صَلاحًا.

Pandangan Sayidina Isa adalah bahawa hitungan Allah lebih benar daripada hitungan manusia. Cara Allah menghitung jauh berbeza dengan cara manusia menghitung. Itulah hakikat Kitab Allah Injil yang diajarkan oleh Bulus al-Hawari kepada orang-orang hawariyun. Tuhan Allah tiba-tiba menjadi ngam dengan manusia hanya,

“kerana yang dilihat itu adalah al-Masih Isa Kalimat Allah.”

Dunia dan isinya yang penuh dengah nafsu dan dosa ini mendapat perkenanan Allah untuk berdamai atau bermuafakat dengan Allah hanya,

kerana sudah ada korban demi perdamaian antara Yang Ilahi dan manusia.

Korban demi terwujudnya perdamaian atau permuafakatan antara al-Khalik dan makhluk itu berlaku hanya,

karena Sayidina Isa dibunuh oleh Allah dijadikan korban disiksa di hukuman mati paling memalukan ala bangsa tidak berkhatan Rom iaitu hukuman mati salib.

(Suhuf Kulusi 1:20 dan QS Ali Imran [3]:45, 55.)

Munajat:

Ya Allah, ilah yang kami muliakan selama-lamanya. Segala puji kami naikkan kepada-Mu atas belas kasihan-Mu yang begitu melimpah ruah yang demi keadilan yang memperkenan hamba menikmati derajad yang tinggi kerana ni’mat-Mu. Dengan begitu, macam mana hamba dapat menjadi sombong?

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago