Yā Muḥyī

المحي

Maha Menghidupkan;

iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu  yang berhak hidup.

Dikisahkan mukjizat terjadi pada Zakharia ketika berumur sudah amat tua dan istrinya yang bernama Alisobat yang amat tua dan mandul itu akhirnya punya anak. Ketika anak Zakharia itu lahir, terjadi bantah bentah mengenai nama yang diberikan kepada anak mereka yang baru lahir itu. Akhirnya kedua suami-istri Ibrani itu secara ajaib sepakat menamainya Yahya. Zakharia dan istrinya bernazar akan mendidik Yahya untuk menjadi hamba Allah yang zahid. (Kitab Injil Surah Luqa 1:13, 59 dan seterusnya.)

Dalam bahasa Arab, nama Yahya bererti Yang Ilahi sesungguhnya ada hidup!

Baik orang Arab Muslim maupun orang Arab Kristian menyebutnya “Yahya.” Namun terjemahan Bahasa Arab Kitab Injil menyebutnya “Yohanah,” yang bererti Yang Ilahi penuh ni’mat.

Kata “hidup” dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani adalah,

/chaya/,

dalam Bahasa Arab,

الحياة‎ /ḥayat/.

Itulah akar kata dari al-Muḥyī, nama Allah ini dan juga akar kata dari al-Hayat yang juga nama Allah.

Kitab Taurat Surah at-Takwin [Kejadian] menyatakan bahawa semua makhluk hidup dicipta oleh Allah al-Khalik (Kejadian 1:21) dan bahawa semua spesies atau jenis makhluk hidup diberi amanah untuk berkembang biak sesuai dengan spesies atau jenisnya masing-masing (Kejadian1:24).

Adam hidup kerana,

“nafas daripada Allah” (Kejadian 2:7).

Siti Hawa akhirnya dikenal sebagai,

“ibu daripada semua makhluk hidup” (Kejadian 3:20).

Kisah penciptaan dan kehidupan ini memang diselubungi oleh misteri …

kun fa ya kun كُن فَيَكُوْنُ

(Jadilah maka jadilah dia).

Namun al-Khalik juga memberi amanah kepada semua makhluk hidup untuk membuat keturunan. Manusia dan semua makhluk hidup menikmati membuat keturunan dan menjadikan masing-masing mereka bertambah banyak. Itu adalah amanah dari al-Khalik untuk manusia dan semua makhluk hidup. Amanah-Nya adalah menciptakan kehidupan dengan cara kahwin dan hamil dan berkembang biak.

Allah yang ada dan hidup dan yang menyebabkan kehidupan ada. Dia memang layak dipuji. Allah yang ada dan hidup yang menyebabkan semuanya ada itu memang layak dipuji-puji. Dalam Kitab Taurat dan Zabur, Yasyuu’a (Yosua) memuji-muji-Nya kerana Allah lah yang menuntun Bani Isra’il umatNya keluar daripada cengkeraman Fir’aun yang bengis. (Suhuf Yasyu’a 3:10.)

Daud memuji-muji-Nya kerana Allah telah menyebabkan Daud menang dalam menghadapi musuh-musuhnya (2 Samu’il 22:47).

Salah satu Raja Kerajaan Bani Isra’il yang bernama Hezekiah dalam doa memuji-muji-Nya kerana Allah lah yang menjadi sebab taubatan nasuha seluruh warga di Kerajaan Bani Isra’il yang dia pimpin.

Sebenarnya Nabiullah Isya’ya yang hidup di zaman purbakala sebelumnya pun sudah meramalkan taubatan nasuha nya Raja Kerajaan Bani Isra’il itu dan kesembuhan yang dinikmatinya dari Allah pun sebelumnya sudah diramalkan terjadi. Tangisan yang merindukan pertaubatan nasuha daripada Raja Kerajaan Bani Isra’il itu sudah diramalkan oleh Nabi Isya’ya di zaman purbakala.

Hanya orang hidup yang memuji Engkau, seperti sekarang aku memuji Engkau.

(Suhuf Isya’ya [Yesaya] 38:19.)

Nabi Isya’ya di zaman purbakala dahulu sudah menerawang dan meramalkan akan adanya Hamba Allah Yang Amat Sabar Dan Penuh Dengan Penderitaan Dan Pengorbanan.

Hamba Allah Yang Sabar dan Penuh Pengorbanan itu sudah diramalkan bahawa sudah ditetapkan oleh Allah,

“Dia ditahan dan dihakimi, lalu digiring untuk dihukum mati.

Tidak seorang pun mempedulikannya; dia dihukum mati kerana dosa bangsa kita.

Dia dikuburkan bersama-sama orang jahat, dia dikebumikan bersama-sama orang kaya yang kedekut dan angkuh, walaupun dia tidak pernah melakukan jenayah dan tidak pernah berdusta.”

(Suhuf Isya’ya [Yesaya] 53:8-9.)

Di dalam Quran Surah Al-Ma’idah disebutkan Nabi Isa menyembuhkan orang yang sudah buta sejak lahirnya dan menyembuhkan orang sakit kusta dan menghidupkan orang mati keluar dari kubur. (QS Al Ma’idah [5]:109-110.)

Di dalam Surah Al-Maidah itu pula disebutkan kisah Kabil menyiksa Habil sampai mati 5:2732, sebab penyiksaan sampai mati itulah, maka ditetapkan hudud atau syariah Bani Isra’il:

Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia, (bukan kerana orang itu membunuh orang atau bukan kerana orang itu membuat kerosakan di bumi)… maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya.

Sebaliknya, sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.

مِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَن قَتَلَ نَفْسًا … قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا ۚ

Di dalam Kitab Injil Surah Matta 5:21-22, Nabi Isa bersabda bahawa marah pada orang dan mencaci orang dan membodoh-bodohkan orang sudah dianggap sama dengan membunuh. Pembunuhan watak atau pembunuhan kepribadian atau character assassination sudah dapat disamakan dengan tindakan pembunuhan atau memerangi atau menyerang dan menyiksa sampai mati.

“سَمِعْتُمْ أَنَّهُ قِيلَ لِلنَّاسِ فِي قَدِيمِ الزَّمَانِ: لاَ تَقْتُلْ، وَمَنْ قَتَلَ يُوَاجِهُ القَضَاءَ. 22 أَمَّا أَنَا فَأَقُولُ لَكُمْ: مَنْ غَضِبَ عَلَى أَخِيهِ يُوَاجِهُ القَضَاءَ. ومن قَالَ لأَخِيهِ: يَا أَحْمَقُ، يُوَاجِهُ الْمَجْلِسَ الأعْلَى، وَمَنْ قَالَ لَهُ: يَا كَافِرُ، يُوَاجِهُ نَارَ جَهَنَّمَ.

Kamu telah mendengar ajaran daripada nenek moyang kita: “Jangan membunuh. Sesiapa yang membunuh orang akan dihakimi.” Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang marah terhadap saudaranya akan dihakimi. Sesiapa yang mencaci saudaranya akan dibawa ke hadapan Majlis Agama. Dan sesiapa yang memanggil saudaranya “bodoh” akan dihumbankan ke dalam api neraka.

Menceritakan kembali kronologi dan duduk perkara tentang kematian dan pembunuhan Isa memang bagaikan menceritakan kembali paristiwa tabrak-tabruk, tabrak lari yang menyebabkan kematian! Itu pasti meliputi keadaan manusia yang adalah tempatnya salah dan lupa akan Allah yang menetapkan. Itu juga meliputi keadaan manusia yang dizalimi bertemu dengan takdir dan keadilan daripada Allah yang maha penyayang dan maha pengasih sekaligus maha adil.

Perintah qurban manusia bukan kambing kena dikorbankan dan dilaksanakan, itu adalah daripada Allah. Ingatlah Allah memerintahkan Ibrahim untuk membunuh puteranya bukan kambingnya. Tapi akhirnya yang dibunuh kambing yang turun dari langit. Sama seperti itu, kematian dibunuhnya Nabi Isa dan dikuburkannya Nabi Isa dan dihidupkannya kembali Nabi Isa keluar dari kuburnya dan diangkatnya Nabi Isa, oleh Allah, ke langit, itu semua diceritakan dengan amat teliti sekali oleh surah-surah Kitabullah Injil.

Kitab Injil dan Quran menceritakan Nabi Isa menghidupkan kembali orang mati. Kronologi dan duduk perkara dan suasana ketika Nabi Isa menghidupkan orang mati yang bernama La’azar yang sudah dikuburkan empat hari yang lalu itu terdapat di Kitab Injil Surah Yahya 11:17.

Sebelum Nabi Isa mendatangi kampung di mana orang mati itu dikuburkan, di kampung itu memang sudah ada orang-orang yang menyukai Nabi Isa dan haqul yaqin kepada Nabi Isa, namun, di kampung itu juga sudah ada orang-orang yang angkuh dan penuh nafsu haiwan yang mahu menghukum mati Nabi Isa agar pengaruhnya dapat dihentikan. (Kitab Injil Surah Yahya 11:8.)

Setelah tiba di kuburan tempat orang mati itu dikuburkan, Nabi Isa mengangkat tangannya memanjatkan doa kepada Allah asalnya Nabi Isa. Nabi Isa memohon kepada Allah di syurga jannah, yang pada ibaratnya adalah Bapa daripada Nabi Isa.

“Ya Allah tempat aku berasal. Ibaratnya Engkau lah Bapa, Aku bersyukur kepada-Mu kerana Engkau mendengar permintaan-Ku. Aku tahu Engkau memang senantiasa mendengar permintaan-Ku. Aku menyebutnya untuk kebaikan semua orang di sini, supaya mereka percaya Engkaulah, Ya Allah, yang mengutus-Ku.”

(Kitab Injil Surah Yahya 11:42.)

Mayat yang sudah lama dikubur itu langsung keluar dari kubur, hidup lagi mentaati perintah Yang Mulia Sayidina Isa. Oleh orang mati yang dihidupkan lagi oleh Nabi Isa itu, kain kafan yang menutupinya itu langsung dilepas dan dia bebas bergerak dengan leluasa.

Namun walaupun ada tanda yang mengagumkan, orang mati dihidupkan lagi oleh Nabi Isa, tetap sahaja masyarakat terpecah menjadi dua pendapat bahkan perpecahannya semakin menjadi-jadi. Ada yang suka pada Nabi Isa. Namun ada pula yang ikut-ikut orang-orang Yahudi, menjadi selalu was-was dan tidak suka dengan Nabi Isa dan akhirnya menjadi murtad, tidak beriman kepada Allah Yang Ada dan Maha Hidup itu. (Kitab Injil Surah Yahya 11:45 dan seterusnya.)

Munajad:

Ucapan syukur yang sedalam-dalamnya hamba berikan kepada-Mu, Yang Ada, Yang Hidup, dan Yang Maha Pencipta.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini