اَلْمُعِيْد
Yang akan Kembali dan Memulihkan;
iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
Kitab Taurat, Zabur, Injil dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani selalu diliputi suasana yang amat mengharapkan kembalinya المعيد al mu’īd.
Suasana seperti itu dalam Kitab Taurat, Zabur, Injil sungguh amat nyata. المعيد al mu’īd bererti Yang Akan Kembali Secara Lahiriah dan Menyembuhkan dan Memulihkan Lahir dan Batin.
Menanti datangnya Yang akan Kembali secara Lahiriah untuk Memulihkan dan Menyembuhkan dan mengharapkan kesembuhan dan pemulihan dariNya, itulah suasana yang menyelubungi dan meliputi Kitab Taurat, Zabur, Injil.
Dalam Kitab Zabur 23, di situ diibaratkan keadaan umat manusia adalah bagaikan kambing-kambing yang lemas yang boleh terus hidup hanya dengan cara bergantung kepada Sang Gembala,
‘yang memulihkan jiwa.’
(Kitab Zabur 23:3.)
Surah lain dari Kitab Zabur dibuka dengan …
هللوا لله
(Halilūlillah) segala puji bagi Yang Ilahi
… yang …
“mencelikkan mata orang buta” dan “menegakkan mereka yang tersungkur dan tertunduk kepalanya tak berdaya.”
(Kitab Zabur 146:8.)
Surah Kitab Zabur itu kemudian mengumumkan bahawa …
“Tuhan Allah menaungi musafir dan membantu anak yatim dan balu.”
(Kitab Zabur 146:9.)
Jadi suasana mencekam dalam menanti-nantikan kembalinya المعيد al-Mu’īd untuk menyembuhkan dan memulihkan itu memang sungguh-sungguh terasa amat nyata dalam Kitab Taurat, Zabur, Injil.
Tujuh ratus tahun sebelum lahirnya Putera Maryam memang sudah diramalkan oleh para nabiullah pada zaman purbakala bahawa Putera Maryam akan datang untuk memulihkan dan menyembuhkan. Tujuh ratus tahun sebelum Isa Putera Maryam lahir, ramalan itu sudah diketahui ramai orang yang hidup 700 tahun sebelum lahirnya Isa putera Maryam. Inilah ramalan kuno itu dalam Bahasa Suryani Ibrani:
yang bermaksud,
Roh Allah ada padaku,
Dia telah memilih aku dan mengutus aku untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin, untuk memulihkan orang yang hancur hati, untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan, dan pembebasan kepada orang di dalam penjara.
Dia telah mengutus aku untuk mengisytiharkan ketibaan masa bagi Allah untuk menyelamatkan umat-Nya, dan mengalahkan musuh-musuh mereka.
Dia telah mengutus aku untuk menghiburkan orang yang berduka,
(Suhuf Isya’ya [Yesaya] 61:1-2.)
Tujuh ratus tahun kemudian, lahirlah Putera Maryam.
Putera Maryam di baitullah akhirnya mendapat giliran berdiri didepan banyak orang untuk membaca suhuf ramalan para nabi purbakala itu. Banyak orang-orang kampungnya Isa mendengarkan Isa membaca suhuf ramalan purbakala itu. Kemudian setelah selesai membaca suhuf ramalan kuno itu, Isa putera Maryam duduk dan menyatakan kepada ramai orang,
“Pada hari ini suhuf ramalan purbakala ini telah ditepati oleh Allah ketika kamu baru sahaja mendengarnya.”
(Terjemahan Kitab Injil Surah Luqa [Lukas] 4:21.)
Ketika orang-orang Yahudi mendengar Isa berkata begitu, orang-orang Yahudi itu langsung mencerca dan menyerang Isa. Mereka ingin membunuh Isa. Kitab Injil Surah Luqa mencatat kejadian penyerangan yang dilakukan orang-orang Yahudi itu terhadap Isa. Kitab Injil Surah Luqa juga mencatat bagaimana Isa menjawab orang-orang Yahudi yang mencercanya itu.
Isa berkata kepada orang-orang Yahudi bahawa telah terjadi mukjizat orang mati dihidupkan dan dipulihkan dan orang sakit disembuhkan dan dipulihkan. Kedua mukjizat itu terjadi di kampung-kampung orang-orang yang dianggap kafir oleh orang-orang Yahudi. Orang Yahudi adalah kaum berkhatan. Mereka merasa bangga menjadi kaum mu’min, kaum berkhatan.
Namun, kedua mukjizat ilahi itu terjadi di kampung-kampung orang-orang yang tidak berkhatan. Isa berkata kepada orang-orang Yahudi bahawa zaman dahulu kala Nabi Ilyas menghidupkan orang mati di kampung kaum tidak berkhatan di kawasan sempadan yang sekarang disebut Lebanon. (Al-Mulukil Awal [1 Raja-Raja] 17:8 dan seterusnya.)
Mendengar itu, orang-orang Yahudi menjadi gusar dan berang. Kemudian Isa berkata kepada orang-orang Yahudi bahawa, pada zaman dahulu kala, murid Nabi Ilyas iaitu Nabi Al-Yasa’ mengadakan mukjizat orang sakit kusta disembuhkan dan dipulihkan. Dan itu terjadi di kampung-kampung orang-orang kafir yang tidak berkhatan. Yang dipulihkan dan disembuhkan itu bernama Nu’man, seorang dari kaum yang tidak berkhatan. (Al-Mulukil Tsaani [2 Raja-Raja] 5:1.)
Mendengar itu, orang-orang Yahudi menjadi semakin gusar dan berang kepada Isa. Orang-orang Yahudi dengan angkuh merasa merekalah orang-orang mu’min. Di zaman Isa, orang-orang Yahudi amat mengalu-alukan Nabi Ilyas yang hidup di zaman purbakala. Pernah pada suatu hari, Isa ditanya perihal keyakinan orang-orang Yahudi bahawa Nabi Ilyas itu akan datang kembali ke bumi ini untuk menyembuhkan dan memulihkan yang telah rosak dan lemas dan kemudian al-Masih yang daripada Allah akan datang. Isa menjawab,
“Memang benar Nabi Ilyas yang hidup di zaman purbakala itu mesti datang dulu untuk memulihkan semuanya. Tetapi sesungguhnya Aku berkata kepadamu, Nabi Ilyas itu sudah datang tetapi orang tidak mengenalnya. Mereka berbuat sesuka hati kepadanya. Begitulah mereka akan lakukan kepadaku Putera Insan ini.”
Ketika Isa berkata begitu kepada orang-orang Yahudi. Baru orang-orang sadar bahawa yang dimaksud Nabi Ilyas yang sudah datang kembali ke bumi itu adalah Nabi Yahya yang sudah terlanjur dipenggal kepalanya oleh orang-orang Yahudi. Isa pun berkata bahawa beliaulah adalah Putera Insan atau al-Masih yang dicerca dan bahkan dibunuh oleh orang-orang Yahudi yang gusar dan berang itu. Dan orang-orang Yahudi itu tidak sadar bahawa sebenarnya Yang akan Kembali untuk Memulihkan dan Menyembuhkan itu sudah datang kembali untuk memulihkan dan menyembuhkan. (Kitab Injil Surah Matta 17:11 dan seterusnya.)
Jangan penuh nafsu sehingga menjadi berang dan gusar sehingga menyebabkan tidak mengenal tanda dari akhirat.
Dalam Suhuf Hawariyyun Ya’qub 5:17, Nabi Ilyas sungguh amat dialu-alukan dan dihormati kerana Nabi Ilyas adalah orang yang sungguh rajin dan khusuk dalam memanjatkan doa kepada Tuhan Allah. Pernah Nabi Ilyas memohon kepada Allah agar hujan tidak turun selama tiga tahun, Allah mengabulkan doanya dan hujan tidak turun selama tiga tahun.
Nabi Ilyas juga pernah memohon hujan kepada Allah untuk menyuburkan tanah, dan Allah mengabulkan doanya dan hujan turun. Dan disebutkan bahawa Nabi Ilyas juga manusia biasa sama seperti kita. Walau mukjizat terjadi melalui perantaraan Nabi Ilyas, namun Nabi Ilyas pun juga memohon kepada Allah agar dikuatkan dan dipulihkan perasaan dan batinnya.
Para hawariyyun, hamba Allah, yang arif dan alim seharusnya memulihkan sesama yang sedang khilaf dengan lemah lembut.
Jangan sampai tidak mengenal tanda dari akhirat itu, walau kerana alasan khilaf sekalipun. Jangan sampai tidak mengenal bahawa Sayidina Isa adalah,
Al-Masih Yang Kembali Untuk Memulihkan Segala Macam Keadaan Yang Rosak.
Quran Surah Al Anbiya’ [21]:91 …
وَالَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَنَفَخْنَا فِيهَا مِن رُّوحِنَا وَجَعَلْنَاهَا وَابْنَهَا آيَةً لِّلْعَالَـمِينَ
yang bermaksud,
Dan (sebutkanlah peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami tiupkan padanya dari Roh Kami, dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda bagi umat manusia.
(Quran Surah Maryam [19]:34, Surah Ali Imran [3]:49, Surah Az Zukhruf [43]:61, Surah Al Baqarah [2]:87.)
Munajat:
Dunia tidak banyak menolong. Malahan hambalah yang banyak berjuang dan menolong demi ketenteraman dunia. Namun hanya Engkaulah ya Ilahi yang selalu memulihkan dan menyehatkan jiwa raga hamba. Hamba berharap pada janji-Mu untuk selalu mencukupi hamba dengan segala sesuatu yang baik dan menyehatkan mulai dari sejak dahulu sampai selama-lamanya.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |