Ya Mu’iz

المعز

Yang Maha Memuliakan.

Di dalam 10 Rukun yang Allah berikan kepada Nabi Musa, rukun yang ke-5 adalah:

“Ucapkan kepada ibu bapamu perkataan yang mulia.”

Itulah akhlaq yang sungguh indah antara anak dengan ibu bapanya. Barangsiapa yang melakukan rukun ke-5 ini, pahala yang nyata akan diberikan Tuhan Allah kepadanya. Pahalanya adalah:

“Kamu sejahtera dan panjang umur di tanah yang Allah beri kepada kamu.”

Termaktub di Kitabullah Taurat Surah Al-Khuruj (Keluaran) 20:2-17 dan  Surah At-Tasyniyati (Ulangan) 5:6-21.

Di bawah ini adalah 10 Rukun itu.

Yang bermaksud,

  1. Jangan menyembah selain al-ilah Tuhan sesembahanmu.
  2. Jangan mengadakan ilah lain selain al-ilah.
  3. Janganlah mempersekutukan al-ilah Tuhan sesembahanmu dengan sesuatu.
  4. Jangan melanggar (larangan) pada hari ke tujuh.
  5. Ucapkan kepada ibu bapamu perkataan yang mulia.
  6. Jangan membunuh jiwa.
  7. Jangan mendekati zina.
  8. Timbanglah dengan neraca yang benar. (Jangan mencuri).
  9. Janganlah kamu bersaksi secara dusta.
  10. Janganlah mendekati perbuatan keji baik yang nyata mahupun yang tersembunyi.

Termaktub di Qur’an Surah Al An’am [6]:151-153 dan Surah Al Isra’ [17]:23-39.

Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani, perkataan yang mulia adalah כָּבַד (kabod) ertinya rasa berat hati dan tidak sampai hati. Anak kena merasa berat hati dan tidak sampai hati kepada ibu bapanya. Kalau anak tidak punya rasa berat hati pada ibu bapanya, bererti anak tega kepada ibu bapanya, bererti anak tidak memiliki perkataan yang mulia mengenai ibu bapanya.

Dalam tarjamah Taurat ke dalam Bahasa Yunani, Tarjamah Septuaginta, perkataan yang mulia  itu adalah τιμή (timay), ertinya, mahal dan sangat berharga. Jadi dalam Septuaginta, anak kena memperlakukan ibu bapanya bagai emas yang sangat berharga. Kalau tidak menghargai tinggi ibu bapanya, itu bererti anak tidak memiliki perkataan yang mulia mengenai ibu bapanya.

(kabod) כָּבַד dalam Kitab Taurat Bahasa Bani Isra’il dan timay τιμή dalam Septuaginta memang bunyi pelafasannya tidaklah sama dengan bunyi المعز (al-mu’iz), namun maknanya sama persis.

(kabot ‘et ‘avi kha ‘et ‘im),

yang bermaksud,

“ucapkan kepada ibu bapamu perkataan yang mulia,”

kena dibuktikan dengan sungguh nyata.

Begitulah yang termaktub di Kitabul Anbiya’ Surah Malkhī 1:6 …

“Anak rela memberi dengan sangat berlimpah-limpah kepada ibu bapanya agar ibu bapanya hidup mulia,”

demi untuk boleh mengucapkan kepada ibu bapanya perkataan yang mulia. Bagi anak, untuk mengucapkan kepada ibu bapanya perkataan yang mulia itu tidak dapat dilakukan hanya dengan kata-kata sahaja, namun dengan pemberian yang berlimpah-limpah kepada ibu bapanya.

Kemudian Nabi Malkhi itu memberi peringatan yang keras kepada imam-imam dan ahli-ahli ibadah Bani Isra’il bahawa mereka dengan kemunafiqan mereka sesungguhnya telah menajiskan Bait Allah. Dengan begitu, asma Allah menjadi tidak terpuji dan tidak mulia lagi. (Kitabul Anbiya’ Surah Malkhī 1:6-7.)

Mereka tidak mahu berkorban. Mereka lebih menuruti nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati.

Nabiullah Isya’ya (Yesaya) di Kitab Al-Anbiya’ Surah Isya’ya 43:20 pernah membuat puisi yang menyebutkan bahawa binatang-binatang liar pun sungguh-sungguh memuliakan Allah. Binatang-binatang liar pun penuh dengan perkataan yang mulia bagi Allah. Puisi itu sebenarnya untuk menyindir Bani Isra’il yang, oleh Allah, telah dilebihkan namun Bani Isra’il tidak bersyukur dan tidak memuliakan Allah.

Termaktub juga di Qur’an Surah Al Hajj [22]:18, Al Baqarah [2]:47.

Meister Eckhart, seorang Kristian ahli Tasawuf, yang hidup di tahun 1200-an, pernah menyatakan bahawa sesungguhnya “Milik Allah, segala macam kemuliaan!” Kalau segala macam kemuliaan adalah milik Allah, jadi macam mana kita manusia memuliakan Allah?

Allah sudah memiliki segala macam kemuliaan! Siapa manusia yang dapat memuliakan Allah?

Orang yang memuliakan Allah adalah barangsiapa yang meninggalkan dan melupakan dirinya sendiri beserta segala macam nafsu-nafsinya. Semuanya ditinggalkan dan dilupakannya.

Itulah orang-orang yang memuliakan Allah. Nabiullah Isya’ya (Yesaya) di Kitab Al-Anbiya’ Surah Isya’ya (Yesaya) 49:5 menyatakan bahawa Allah sudah lama tidak sampai hati kepada jongos-Nya. Bahkan sebelum jongos-Nya itu lahir, Allah sudah tidak sampai hati kepada jongos-Nya itu,  dengan tujuan untuk membawa kembali dan mengumpulkan umat kembali kepada Al-Khaliq Sang Pencipta.

Termaktub di Kitab Al-Anbiya’ Surah Isya’ya (Yesaya) 49:5

وَالآنَ قَالَ اللهُ الَّذِي كَوَّنَنِي فِي بَطْنِ أُمِّي لأَكُونَ عَبْدًا لَهُ, لأَرُدَّ إِلَيْهِ نَسْلَ يَعْقُوبَ, وَأَجْمَعَ لَهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ, فَأُكْرَمَ فِي عَيْنَيِّ الْمَوْلَى, وَيَكُونَ إِلَهِي هُوَ قُوَّتِي.

Yang bermaksud,

Sebelum aku lahir,  Tuhan Allah telah melantik aku; Dia menjadikan aku hamba-Nya untuk membawa kembali umat-Nya, untuk mengumpulkan, umat-Nya. Tuhan Allah  memberi aku kehormatan, Allahku adalah sumber kekuatanku.

Termaktub di Kitab Zabur 8:4

فَمَنْ هُوَ الإِنْسَانُ حَتَّى تَذْكُرَهُ وَابْنُ آدَمَ حَتَّى تَفْتَقِدَهُ

Apakah manusia itu sehingga Engkau ingat akan mereka? Mereka insan belaka, namun Engkau peliharakan mereka.

Risalah Hawariyun Surah Ibrani menyebutkan bahawa Putera Insan atau Bani Adam yang adalah jongos daripada Allah yang termaktub di Kitab Zabur 8:4 adalah memang sudah menjadi ketetapan daripada Allah, yang tidak boleh dilawan dan tidak boleh diganggu gugat. Putera Insan atau Bani Adam yang adalah jongos daripada Allah itu adalah Isa putera Maryam.

Termaktub di Kitabullah Injil Risalah Hawariyun Surah Ibrani 2:7-8, yang bermaksud:

7 Engkau telah menjadikannya rendah sedikit daripada malaikat; Engkau memahkotakannya dengan kemuliaan dan kehormatan,

8 dan Engkau meletakkan segala-galanya tertakluk di bawah kakinya.’

Pada zaman dahulu ketika Isa Sang Putera Insan menjadi pembantu manusia di bumi ini, Isa Putera Insan itu selalu berkata kepada para hawariyun, yaitu, barangsiapa sahaja yang takzim kepada Isa Putera Insan itu. Kepada mereka, Isa Sang Putera Insan berkata:

 مَنْ أَرَادَ أَنْ يَخْدِمَنِي فَيَجِبُ أَنْ يَتْبَعَنِي، فَخَادِمِي يَكُونُ فِي الْمَكَانِ الَّذِي أَنَا فِيهِ. وَكُلُّ مَنْ يَخْدِمُنِي يُكْرِمُهُ أَبِي.

Sesiapa yang ingin mengabdi kepada-Ku mesti mengikut-Ku, dan di mana Aku berada, di situlah juga abdi-Ku. Orang yang mengabdi kepada-Ku akan dihormati oleh Bapa.

Isa Sang Putera Insan menyebut Allah dengan mengibaratkan-Nya sebagai Bapa.

Termaktub dalam Hadis Riwayat Muslim,

ٌاَ لأَ نْبِيَءُ إِخْوَةٌ لِعَلَّاتٍ أُمَّهَا تُهُمْ شَتَّ وَدِيْنهُمْ وَحِد

Yang bermaksud,

“Para nabi itu bersaudara dari satu bapak dan ibu mereka berlainan, namun keadaannya satu, yakni semua berserah diri kepada Tuhan Allah.

(H.R Muslim 7/96 1626.)

Munajat:

Otak dan pikiranku mengetahui bahawa Engkau, Ya Allah, wajib dimuliakan. Namun hatiku sungguh malu kerana aku menyadari bahawa aku selalu masih jauh dari memuliakan Allah.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini